Tuesday, August 29, 2017

Kisah postdated cheque

Salam kawan-kawan!

Masih ingat lagi kisah ini?

Ahah, dah hampir selesai pun kisahnya!

Bagus betullah bank 'rimau' I ni.... kata hantar advice slip guna pos biasa tapi sehari selepas I telefon ,GDEX dah hantar ke rumah tau. I pun apalagi, dengan rakus membuka sampul surat tersebut. Memang sahlah, cheque tu postdated. Sebab itulah jadi punca masalah!

Ini bukti I 'menjelajah' KLCC semata-mata nak bank in semula cheque ni😊



Walaupun perkara begini mungkin jarang berlaku, I tetap jugalah nak kongsi cerita bagaimana nak menyelesaikan masalah yang timbul.

Okay! Since I memang tak perasan dan tak diberitahu awal-awal yang I akan menerima postdated (PD) cheque ni, I pun dengan super efisiennya teruslah ke bank dan deposit cheque ni menggunakan mesin sebab it's Saturday.  Everything was okay.  On Monday and Tuesday, I nampak cheque floating dalam akaun. Biasanya memang ambil masa tiga harikan; hari ketiga tu kira dah clearlah. 

Tapi dalam kes I ni, masuk hari Rabu bila I checked semula akaun tetiba cheque yang sepatutnya dah clear terus hilang! I pun checklah my transaction history dan barulah nampak status 'clearing cheque returned'. 

Of courselah masa ni I gabrah habis.  Mulanya memang nak salahkan diri sendiri; dok fikir kalau I yang buat silap tapi lepas I checked resit deposit tu, takda apa-apa pun yang silap! Nama, amaun, nombor akaun yang I letak pun semuanya betul. Of courselah betulkan, kalau tidak  tak akanlah cheque tu boleh floating dalam my bank account pulak!

Bila I called the bank, mereka kata cheque ni kena returned tapi tak tahu apa sebabnya. Walaupun begitu, advice slip akan dihantar keluar pada hari itu ke alamat rumah menggunakan pos biasa. Jadinya, dalam dua atau tiga hari I akan dapat advice slip dari bank dan boleh check apa puncanya.

I pun tanyalah biasanya apa punca cheque kena returned?

Pegawai bank ni pun beritahu sebab-sebabnya mungkin kerana 'fizikal' cheque tu ada kesilapan seperti nama atau amaun yang salah, atau mungkin PD cheque. Bila I dengar aje PD cheque, I pun keluarkan semula resit deposit.

Aduh! Memang tepuk dahilah masa tu! Langsung tak perasan pun cheque yang diberi oleh tadika ni adalah PD. Kalau I tahu, tak mungkinlah I bodoh dan terhegeh-hegeh pergi ke bank pada hari Sabtu nak bank-in cheque ni!

Amaun cuma tiga digit aje, memang I tak sangka akan dapat PD cheque! Itu yang punca I marah sangat pada tadika ni. Kenalah verbally beritahu I yang cheque ni postdated supaya I lebih alert!

Bila dah tahu punca, I pun tunggu ajelah advice slip seperti yang disuruh. Tup, tup, esoknya GDEX dah hantar ke rumah 😊 Kembang setaman hati ahkak bila mengenangkan kecekapan bank rimau ni tau 😊 Macam nilah baru super- E namanya!

Jadi semalam I teruslah ke bank. Bila dapat advice slip ni, original cheque dah takda ya. Kena bawa advice slip ni ke bank dan cuma boleh bank in di kaunter sahaja. Kenalah isi form untuk deposit cheque ni. Sampai di kaunter, staff tu cuma acknowledge dengan stamp bertarikh aje mengesahkan cheque dah boleh bank in! Tak sampai 1 minit pun urusan di kaunter tu! Selesai sudah masalah. 

Pagi tadi masa check akaun, cheque ni masih 1-day floating ya! Harap-harapnya esok takdalah amaun ni menghilang lagi dari dalam my bank account. Kalau hilang lagi, amukan ablasa memang akan berlaku  serentak dengan segala taufan yang melanda bumi masa nih! Hah! Jangan main-main! Tapi... mungkin tak jugalah sebab bendera dah turun separuh tiang 😃

Oleh kerana dah bayar parking RM5 untuk 'melepak' di KLCC dan urusan bank pun tak begitu lama, makanya apa lagi... marilah kita ukur jalan 😊

Begitulah kisahnya ahkak dengan postdated cheque ni. Harap-harapnya janganlah ada sesiapa lagi yang teringin hati nak beri ahkak postdated cheque ya kalau tak mahu tengok ahkak berubah jadi harimau betina jadian di malam bulan mengambang penuh 😤









10 comments:

  1. hah..hah...MD you kind of remind me of the Incredible Hulk. Don't make me angry. You won't like me when I am angry. Wahahaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Lucky the problem solved this morning ^_^ I' m not going to turn 'green' this time. Hehehe!

      Delete
  2. Semoga xde masalah lagi ye MD, boleh shopping raya dengan duit yg ada tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya takdalah masalah lain yang timbul. Penat juga melayan masalah aje nih!

      Delete
  3. Alhamdulillah selesai jugak urusannya.. gabra jugak kan bila ada kesilapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak gabra tetiba duit yang sepatutnya masuk tak masuk. Mahu stress kejap! Berapa pun amaun, duit tetap ada nilainya. Hehehe!

      Delete
  4. Hakak lagilah tak biasa bab bab cheque ni Kak Ton...
    Mmg akan hakak serahkan ajelah pada Pak Jilapkalau bab ni. Tp masalahnya sapa yg nak bagi mak cheque? Huh....mmg tak de sapa ah! So tak payahlah nak risau sangat...

    So bila plan nak joli duit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayakan akauntan rumahtangga. Memang sayalah yang selalu pikul tanggungjawab. Lagi-lagi bab cek nak kena deposit ni. Memang tugas hakiki nampak gayanya.

      Nasib baik cek dah clear, Mak. Walaupun kita yang bayar, dah namanya duit tadika Adik Cute makanya Adik Cute punyalah. Mommy 'gigit jari' je tolong gaduh-gaduh!

      Delete
  5. Alhamdulillah.
    Akhirnya berjaya cek tersebut diclearkan..
    Maka berakhirlah episod gaduh2 manja dgn tadika adik cute ni😊😆.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dapat balik duit walaupun tak sepenuhnya. Tamat sudah satu episod yang meletihkan!

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...