Monday, November 13, 2017

Exam

Salam kawan-kawan!



Okay, hari ni kita bercerita tentang peperiksaanlah ya! Katanya sekarang ni pelajar sekolah Tingkatan Lima sedang menduduki peperiksaan besar SPM buat masa ini. Pasti jenuh beberapa minggu ni nak kena bersengkang-mata mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir dan memerah otak dok berfikir nak menulis jawapan yang bakal score A+ dari guru penanda kertas peperiksaan. 

Kita dulu-dulu pun sama jugalahkan feelingnya. Berdebar! Mahunya tak berdebar! Dah orang keliling dok kata inilah exam yang akan menentukan 'hidup' masa depan! Mahu tak gelabah dibuatnya! Tak dapat result bagus, tak dapat masuk universiti. Tak dapat masuk universiti, maksudnya 'tak jadi oranglah'! Zaman kita dulu, kalau tak dapat ambil jurusan medic, engineering, accountancy (dan segala jurusan yang 'gegak-gempita' bunyinya) maknanya tak berjayalah dalam hidup...

Kasihan alahai nasib ketika tu ya...

Kalau tak lulus exam lagi parah; silap haribulan kena kahwin cepat. Tak dapatlah enjoy life. Orang enjoy, kita dok jaga anak-anak berderet keluarnya setiap tahun. Maklumlah kahwin muda ^_^ 

Bila dithrowback, I pun macam tu juga dulu. Awal-awal bukan main berdebar dan teruja nak sit for exam. Lepas dua, tiga paper, mulalah gelabah dan tak sabar-sabar rasanya nak pegang title 'bekas pelajar sekolah menengah'! Tapi hari ni bukan kisah panjang berjela tentang my SPM exam yerk ^_^ (Duhhhh.... nasib baik alahai! Kalau tidak, kering air liur membaca celoteh dia nih!)

I takda anak yang menduduki peperiksaan; baik UPSR, PT3 mahupun SPM pada tahun ni. Jadi segala apa peperiksaan yang sedang berlangsung, I memang tak ambil peduli langsung. Kecuali peperiksaan hujung tahun untuk murid Tahun 5. Sebabnya, my anak bujang tersado@Bubbly Abang kena sit for that one particular exam ^_^ Well, itu pun dah lama sudahnya, like few weeks ago! Sekarang ni my anak bujang sedang bersenang-lenang saban hari menatap gajet. I okay aje, asal takda exam to sit ^_^

Dek kerana hujung minggu I malas baca suratkhabar dan ambil tahu hal dunia, tak juga rajin nak update blog, maka cerita ni pun agak basilah ya. Tapi takpalah, ini bukan exam pun. Dalam blog, kalau nak berthrowback memanjang, takda sapa kisah pun. Dah namanya blog kita sendirikan. Cumanya kalau asyik syok sendiri, memang makin kuranglah yang membaca... Hahaha!

Jadinya, baru pagi tadi I terbaca kisah ini :- 


*_*

^_^

~_^

Dah, cukup-cukuplah letak simbol! Nasib baik hari ni tak rajin nak letak smileys. Kalau tak... naya penuh sampai ke titik noktah terakhir dia bersmiley tanpa jemu ~_^

Okay, apa kisahnya? 

Tak baca lagi?

Lah...sama aje kekdahnya macam I juga rupanya. Kisah minggu lepas, hari ni baru nak baca! I ada sebab tau. Tarikh tu I bercuti, sibuk melayan kerenah si birthday boy dan makan-makan besar seisi keluarga terdekat ^_^ Of courselah, I takda kisah pun nak baca news, sempat baca gosip aje pun!

I short-cut ajelah ya pada yang tak membacanya...

I pun tak pasti siapa yang menulis surat ni kepada suratkhabar The Star - makpak ke, cikgu ke, atau entahlah mungkin just a 'Worried Malaysian' yang prihatin...

Katanya Paper 1 English SPM 2017, ada satu soalan esei dengan markah penuh 50 (banyak okay, bukan sikit markahnya kome nak buat main-main...) yang bertajuk,

If you had the opportunity to move to another part of Malaysia, where would you choose to live? Explain your choice.

Okay, you all nampak apa bila baca tajuk tu?

Adakah tajuk itu amat mengelirukan akal fikiran yang tengah kusut dan berdebar-debar nak jawab kertas BI pada masa tu?

For me, I baca sekali lalu aje dan takda nampak apa-apa masalah yang mengelirukan pun dalam soalan tersebut. Walaupun kemungkinan besar ada 'butterflies in my stomach' masa nak menjawab soalan ni dan tangan pun berpeluh sakan nak pegang pen untuk mula menulis 'karya teragung' yang mampu menbawa another A+ ( I assume I lah yang tengah ambil exam SPM tahun ni ya ^_^), I tak rasa pun soalan ini mengelirukan akal fikiran ketika itu.

Apa yang paling penting ketika membaca soalan untuk menjawab kertas peperiksaan? 

Carilah kata kunci!

Fikir betul-betul apa yang soalan mahukan!

Dah jelas tertulis to move to another part of Malaysia, tak akanlah you all boleh tulis esei 10,000 patah perkataan (oppss....panjangnya!) tinggal di UK!

Kesilapan macam nilah kalau my anak bujang buat, memang kaw-kaw, I 'tazkirahkan' dia tau!

Samalah macam exam baru ni, karangan Mandarinnya berbunyi begini, Tuliskan kelemahan-kelemahan diri anda. Macam itulah lebih kurang my anak bujang terjemahkan to me. Markahnya 15 ke, 20 tak pun 30 macam itulah kalau tak silap ya.

Boleh pulak dia senaraikan satu aje kelemahannya!

Selepas exam, Laoshi pun tanya satu kelas siapa yang beri satu aje kelemahan...

Dia dengan bangga turut angkat tangan!

Laoshi kata lagi... Tak baca betul-betul ke soalan?

Kan dah kena!

My anak fikir kalau dia beritahu kisah ni to me, I akan bersimpati sambil peluk-peluk dirinya yang gebu itu seraya berkata, "Takpalah, sayang! Exam Tahun 5 pun! Bukan boleh bawa ke mana pun!"

Oh, silap dah tu....

Cerita belum sempat habis, halilintar dah 'terkeluar' dari my mulut!

Kenapa tak baca betul-betul? Tak pandai baca ke? Kalau dah markah banyak macam tu, fikir cikgu nak minta satu aje ke kelemahan diri? 

Habis aje halilintar, guruh panah petir dan sebagainya, barulah I kata,

Takpalah! Nak buat macamana! Terima ajelah markah berapa dapat. Siapa suruh cuai! Tanggung sendirilah ya! Mommy dah berbuih mulut nasihatkan! Kalau sebelum exam nak menyesal takpa. Kalau selepas exam nak menyesal, silap besarlah. Mommy dah banyak kali cakapkan! Doa Mommy aje tak cukup kalau diri tak rajin berusaha!

Tapi zaman sekarang ni, anak-anak memang 'manja' lebih sikit ya! Nak buat macamana, semua ibubapa sayangkan anak-anak. Kalau tak sayang, takdalah mereka peduli hal-ehwal pelajaran anak-anak. Tapi, kalau dah terlebih peduli pun susah juga guru sekolah nak mendidik anak-anak murid ya! Kurang peduli salah, terlebih peduli pun salah... 

Nasiblah siapa suruh jadi makpak ~_^

Maklumlah, itu tak boleh, ini tak boleh. Pukul sikit makpak marah, pukul banyak sampai lebam, lagilah marah. Dapat makpak yang sentiasa tak berfikiran waras, mahu cikgu kena pukul sampai lebam semula ^_^

Eh, kalau my anak yang lebam dek kerana cikgu, I pun akan singsing lengan 'cari pasal' balik dengan cikgu tu di sekolah! Hehehe....

Bak kata my cikgu sister, kalau dah tak boleh nak pukul sikit pun, macamana nak ajar. Kesimpulannya, kalau anak-anak muridnya nakal, degil, malas, dia buat tak tahu ajelah. Nanti marah lebih-lebih, tersayat pulak perasaan anak murid, tertekan, lantas mengadu pada makpak kata cikgu selalu aje 'aim' dia seorang aje dalam kelas tu. Padahal dia yang jadi puncanya!

Dalam kes Paper English SPM 2017 ni, I  tak rasalah ianya mengelirukan. Dan, sebagai ibubapa (kalau yang menulis surat itu adalah salah seorang ibu/bapa pelajar SPM 2017) tak perlulah risau sangat kalau anak tersilap baca soalan sampai nak suruh kementerian check semula soalan straight forward macam ni dan tukar cara pembahagian markah dek kerana soalan begini. 

Nama pun examkan. Bukan semua budak-budak yang dapat soalan begini akan memberikan jawapan yang sama. Silap haribulan, ada yang lagi teruk sampai terkeluar terus dari tajuk yang diberi. Kita tanya soalan di atas, dia pergi dok bercerita pulak macamana kisah hidupnya yang terpaksa tinggal dengan atoknenek selepas makpak bercerai! Ahah, nangis guru penanda kertas; berkoyok-koyok kepala tu nanti nak tanda kertas!

Apa-apa pun selepas menduduki peperiksaan, kita berdoa ajelah semoga terbuka hati guru penanda kertas tu nak bermurah dengan markah. Kita dah berusaha walaupun tersilap baca soalan ^_^ Kenalah belajar dari kesilapan. Kalau tidak, macamana nak pandai dalam hidup ni nanti?

Kalau perkara begini berlaku pada my anak, apa respon I agaknya?

Ehhhhh....marahlah!

Tapi I marah my anaklah sebab cuai baca soalan! Dah hilang markah. Baik-baik ada peluang dapat A+, tetiba dapat satu D, itu pun tanda murah hati cikgu penanda kertas ^_^

Takdanya I nak tulis surat pada Kementerian Pendidikan merayu guru-guru yang sepatutnya menanda kertas subjek tersebut supaya berfikir kembali sebelum gagalkan essay writing my anak bujang tersado alahai comelnya *_*

Kalau tidak, tak akan ada peribahasa  'Nasi sudah menjadi bubur', duh!

P.S. Tak tahulah apa masalahnya sejak entri ni digarap, ruangan komen tak boleh diguna. Satu komen pun tak dapat sebab ada error. Minta tolong HD, sampai ke pagi ni masih lagi tak dijenguk-jenguknya apa masalah yang berlaku. Harap bersabarlah ya kalau teruja sangat nak tinggalkan komen tapi tak dapat ^_^

Update : Dah okay nampaknya entri ni. Silalah mengomen berjemaah kalau sudi ya, my 'darlings' semua ^_^












15 comments:

  1. Replies
    1. TQ UA. Nasib baiklah 'bijak' juga saya ni rupanya tau. Selesai masalah. Hahaha!

      Delete
  2. Smlm akak dh komen panjang lebar .Kata ada problem pulak.Takpe lah akak testing juga lh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian akak. Penat memerah otak mengomen semalam ya tetiba tak boleh publish.

      Hari ni tak jadi nak komen panjang berjelalah ya? Hehehe!

      Delete
  3. Sama la.. Pagi tadi dah komen, tapi keluar error.. Malas nak komen lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Ni kes penat-penat baca lepas tu tak boleh komen kononnya give uplah ya Nur ~_^

      Usaha tangga kejayaan tau! Kalau tak boleh komen first time, cuba dan cuba lagi sampai berjaya. Hahaha!

      Delete
  4. Tahun ni mak masih boleh enjoy tengok wayang lagi haha....
    Tahun depan padan muka mak dan muka kak Ton, kena banyak bertafakkur weyh!

    Walaupun soklan nampak senang, tapi kalau suruh mak mengarang essay sekarang ni, belum tentu jugak lepas tu. Mau grammer tunggang langgang hihi...Lainlah Kak Ton....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, enjoy tengok wayang aje ke? Lain-lain takda 'keenjoyment'? Hahaha!

      Oh, ya... tahun depan Mak ada anak nak exam PT3 ya? Habis tu, macamana kita ni nanti? Nak low profile ke tahun depan? Hahaha!

      Delete
  5. I am so glad that I have no more exams! As a matter of fact, sometimes I still mengigau that I have an exam tomorrow and I still have not prepared. What a nightmare!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Right! I also agree with you. No need to talk about real exam in life. That one is a never ending story ^_^

      I neverlah mengigau because of exam sebab I memang selalu teruja at first and in the middle mulalah buat perangai 'aku dah bosan' ngan exam ^_^

      Delete
  6. Tulah, smlm punyolah panjang den komen tup2 takleh publish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni yang tak puas hati. Komenlah panjang-panjang sekali lagi! Hahaha!

      Penatkan membaca macam nak rak, berkobar-kobar nak komen tetiba tak boleh. Patah hati terus...

      Nasib baiklah sudi singgah semula ya ~_^

      Delete
  7. Assalamua'laikum MD
    akak pun nak testing jugak ni kang hilang nayaaa
    how are you dear hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumsalam, Kak Noor!

      Lama tak berjengah. Rindu gak pada masakan KakNoor tau!

      I'm good. Hopefully KakNoor pun sentiasa sihat ya ^_^

      Delete
  8. Yang aneh nya ibu memang suka musim exam sebab kepuasan tu tak terkata bila dah belajar

    dan dapat beri yang terbaik

    ReplyDelete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...