Teguran

Salam kawan-kawan!

Sebenarnya dari pagi tadi I cuba nak watermark gambar anak-anak; kononnya nak berkongsi cerita tentang keletah my superheroeslah hari ni. Ohhh, I tell you! Si bujang kecil tu mulut makin menjadi-jadi kecohnya. Tak tahu ikut siapa 😃 Yang selalu terkena dah tentu-tentu Daddynya. Dengan Mommynya dia takut sikit... Tapi acara memilih gambar asyik tergendala sampai ke sudah tak siap-siap. Makanya kita lupakanlah kisah anak-anak. Marilah kita berborak kisah masyarakat pula... 😊

Pada yang tak biasa mengikuti FB, twitter, instagram dan sebagainya seperti ticer kita yang sibuk dengan kerenah anak-anak didik dan pakar masakan tradisional yang kat wall FBnya asyik lalu-lalang resepi aje, memanglah tak akan tahu betapa 'seronok'nya membaca  komen-komen yang ditinggalkan di media sosial ni 😊

Lainlah macam Kak Ton dan Mak, memang sukalah perkara lagho macam ni. Tak gitu, Mak? (Aha... Kak Ton pernah nampak tau Mak mengomen kat FB pokcik terlajak laris tu, kemain lagi!)

Oh, lupa! Mak terambil 'dadah' tanpa sengaja pagi tadi makanya mungkin dia tengah mamai-mamai lagi sekarang ni 😉 Selamat Kak Ton... kalau tidak, asyik nak bergusti lengan aje kerjanya!

Yang sebenarnya Kak Ton ni bukannya aktif sangat di media so-si-al 😃 I takda instagram, takda twitter, telegram, wechat dan entah apa-apa lagilah! Malaslah, takut nanti Nora Danish ketinggalan pulak dari segi kutipan follower 😝 FB tu pun dah kata kelmarinkan, hangat-hangat tahi ayam aje. Jangan kata takda tapi lagi teruk dari blog ni keadaannya!

Jadinya, bila terbaca post di mana-mana media sosial ni, yang paling interesting sekali dah tentu-tentulah bab komen yang diterima. Memang luluhlah hati pada yang terlebih emosi; ada masanya boleh jadi macam orang gila ketawa tanpa sebab bila membaca komen-komen ni terutama yang melibatkan artis 😊

I memang betul tak fahamlah sikap netizen ni. Bila ada aje modal untuk membahan orang, bukan main laju menaip mengutuk mengata mengalahkan diri sendiri tu sudah sangat sempurna. Nasib baiklah I ni bukan artis, kalau tidak memang makan hati aje hari-hari dok nak jaga sangat peminat. Nanti berbalas-balas kutukan, hilang pulak populariti. Kasihan sungguh! Keluar pulak nanti statement - tanpa peminat, tak kemana perginya! Aduh! Sakit tuh di sini, sini dan sini!

Tapi, kenapa ya bila kita nak menegur tentang sesuatu tak boleh ke kita menegur dengan cara baik dan menggunakan perkataan yang elok-elok sahaja? Bukan ke bila kita menegur demi kebaikan kita mengharapkan orang yang ditegur itu akan tersedar dan kembali ke pangkal jalan.  Tetapi, bila menegur dengan cara yang silap dan kasar bunyinya, siapa yang ada hati untuk berubah demi kebaikan selepas mendapat teguran tersebut? I pun tak nak 😊

Adakalanya bila membaca sesuatu post, I tak nampak pun di mana silapnya. Tapi bila 'bergelumang' dengan netizen ni, memang ada sahaja salah-silapnya. Kalau takda sekali pun, akan dicari kesilapan tu sampai ke lubang cacing biar menjadi viral. Orang berkongsi cerita baik, dikatanya riak. Orang beri pendapat bertentangan dengan pendapat orang kebanyakan, dikatanya berlagak. Kalau semua pun tak suka, apa kata jangan masuk campur. Lebih baik duduk menghabiskan masa berzikir, membaca AlQuran tak pun buatlah perkara yang lebih berfaedah daripada sibuk menekan keyboard menaip komen yang tak masuk di akal. 

Memanglah ada masanya, ada juga insan-insan yang mengemaskini media sosial dengan status atau post yang memang minta di'tujal-tujal' dek pembaca. Itu tidak dinafikan, memang sahaja nak minta kena kutuk. Dah tahu orang suka mengutuk tentang apa sahaja, pergi cari pasal nak buat apa? Yang lagi baik, kalau tak sanggup menerima  tohmahan atau pun hati tu memang lebih rapuh dari kristal, lebih baiklah jangan dikongsi apa-apa di media sosial. Hati pun tak sakit...

Kita ni kalau nak buat sesuatu memang kena berfikir betul-betul. Lagi-lagi bila nak berkongsi dengan semua makhluk di muka bumi ni. Silap haribulan, perkara baik yang kita kongsi pun kena kutuk tak semena-mena. Cubalah suka-suka tulis kata 'Alhamdulillah! Dapat juga solat dhuha pagi ni...'

Kalau nak kena kecam kata riak,  berlagak macam baik dan segala kata luka nestapa yang menyentap jiwa raga, uplah status macam ni. Ada masanya niat nak saling mengingati pun disalah-anggap. Dunia memang dah nak terbalik sangat nih...

Memang benar sebagai insan, kita haruslah menegur kalau  ternampak salah-silap di mana-mana. Tetapi, biarlah teguran itu dengan nada dan cara yang betul. Kalau menegur menggunakan kata-kata yang kesat adakah itu bermakna kita lebih baik daripada si pembuat kesilapan?

Contoh yang selalu sangat I nampak bila menegur tentang aurat atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan agama. Kalau kita nampak pengetahuan agama seseorang tu cetek, kita tegurlah dengan cara baik. Tak perlu dihentam, tak perlu diperkotak-katikkan kecetekan ilmunya. Janganlah guna ayat-ayat yang boleh menyentap hati dan perasaan orang yang ditegur. Elok-elok niat tu baik, tiba-tiba aje berat bahu sebelah menanggung dosa!

Tergelak tadi bila  membaca kisah seorang wanita yang tidak berhijab meluahkan pendapat tentang aurat. Menurut wanita ini manusia sekarang (lebih spesifik - Melayu Malaysia) semuanya berbicara  tentang kepentingan aurat sahaja. Walaupun solat tak tinggal lima waktu dan rajin buat amal jariah, tetap juga dipandang serong kerana tak menutup aurat. Kalau kita tutup aurat, tak solat 5 waktu dan tak beramal banyak pun, orang masih kata inilah perempuan yang baik sebab menjaga auratnya sedangkan kalau suatu hari nanti wanita begini menutup auratnya, mungkin juga dia lebih baik daripada yang menutup aurat dan tak menjaga agamanya tadi.

Memang ada kebenarannya, I pun bersetuju. Kita tak boleh menilai secara fizikal aje.  Memang salah tak menutup aurat tetapi itu tak bermakna dia seorang yang jahat. Adakah benar, kalau kita menutup aurat tapi tak solat, tutup separuh badan manakala separuh lagi pakai seketat mungkin sampai nampak G-string, tak hormat ibubapa dan tak menjaga adab lebih baik daripada wanita yang tak menutup aurat tetapi tak tinggal solat 5 waktu dan menjaga adab-adab yang lain?

Contohnya kalau kita nampak seorang wanita yang berpakaian seksi, adakah dia lebih jahat berbanding dengan wanita yang berhijab tetapi berbaju dan berseluar ketat? Adakah confirm wanita seksi ini akan masuk neraka akhirnya? Adakah dia langsung tak mempunyai kebaikan dan tak mungkin akan berubah suatu hari nanti? Dan bagaimana pula dengan kita yang menutup aurat tetapi tak menjaga adab dan agama sebaik-baiknya? Adakah kita sempurna? Dalam dunia ni tiada manusia yang sempurna ya.

Kalau kita nampak seseorang cuba menjadi baik, mula menutup aurat, belajar memperbaiki bacaan AlQuran dan sebagainya, kita sepatutnya menyokong niatnya. Berikan kata-kata sokongan dan bukannya menambahkan beban kepada si dia yang berusaha untuk menjadi lebih baik ni.

Ini tidak. Pakai tudung pendek sikit kena tegur. Buat ini silap, buat itu silap. Langsung tak beri ruang untuk si pelaku tadi berusaha menjadi lebih baik. Kalau pun nak menegur, janganlah guna ayat-ayat yang kasar. Nak suruh orang lain jadi baik, kita tunjukkanlah contoh. Kalau kita sendiri memaki hamun dan menggunakan perkataan yang kurang baik, agaknya ada ke orang yang nak dengar teguran kita tu?

Tak elok menghakimi sesama manusia. Kalau buat silap, kita tegur secara berhemah. Kalau kita nampak orang lebih baik daripada kita, haruslah rasa cemburu yang positif dan ambil jadikan tauladan. Kalau takda perkara baik yang nak kita katakan, lebih baik lihat dari kejauhan aje; jangan kata apa-apa. Menegur demi kebaikan tu memang patut dilakukan tapi janganlah berlebih-lebihan sangat macam  hanya kita yang terbaik berbanding orang lain.

Selepas ini kalau terbaca sesuatu yang kita tak mampu sependapat, fikir dulu kalau nak turut serta menegur. Kalau kita sendiri tak tahu cara menegur yang baik bermakna kita pun sama ajelah satu geng 😊 Tak usah susah-susah hati fikirkan bagaimana nak menegur orang lain, kita 'tegur' diri kita sendiri dulu!












Comments

  1. MD, I so agree with you that we should not be too quick to pass judgement on others. After all, we don't know them and don't know their full story and we ourselves also have our own weakness. And seriously, some of the comments can be so mean and hurtful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We cannot simply judge other people. Who are we and what right do we have to judge others? We can advise them but do it properly. If you irritate others with your negative comments/advice, it won't do good either ^_^

      Delete
  2. as salam akak...
    long time no see..
    bru smngat2 nak bw ni.. hehe


    begitulah kdg2 tindakan netizen.. penulisan melampau-lampau.. dalam media sosial ni, mmg kita kena hati2.. especially nk berkongsi sesuatu & nak mengomen sesuatu isu.. bg lya..klo isu yang kt tak tahu hujung pangkalnya.. baik baca sudahlah..drp mengomen yang entah apa2 lagi.. kdg2 gaya bahasa pom sgt kasar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, Lya!

      Apa khabarnya awak di sana? Lama juga tak singgah di blog Lya. Bukan kerana kesuntukan masa nak berblogwalking tapi kemalasan yang melanda ^_^

      Kita selalu tak 'nampak' perkara tak baik yang kita buat tapi bila orang lain yang melakukannya walau sebesar kuman, bukan main lagi kita bersemangat nak mengutuk mengata. Itu sangat-sangat tidak baik, betul tak?

      Delete
  3. Amboi MD panjang lebar pulak bagi ceramah ya:-)
    Betul lah tu melampau2 netizen2 ni kadang2 org buat baik pun kena yang tak baik lagi lah di kutuk teruk2....macam lah netizen yg menulis tu org yg sempurna.Akak kalau baca kat FB selalunya elak dari baca komen2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali, kak. Katanya asyik merapu aje ^_^

      Bukan apa, kadang-kadang naik peliklah dengan perangai manusia ni. Yalah sejak rambut pun dah tak sama hitam warnanya, lagi pelik perangai masing-masing.

      Bukan salah menegur sesuatu yang kita nampak silapnya, tapi biarlah berpada. Kita nak tegur orang supaya berubah ke arah yang baik, kalau kita yang menegur pun nada entah macam apa, siapalah yang nak dengar kata.

      Kalau makpak kita marah dengan nada bingit, kita pun macam payah aje nak berubah walaupun takut amat pada makpak. Tak gitu, kak? Hehehe!

      Delete
  4. Lorrrr akak ingatkan isu mengambil "dadah" terhenti dalam group "aweks blogger", rupa2nya merebak kemari.. 😂😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, anything yang melibatkan jiran sebelah, haruslah direbakkan, UA! Hahaha!

      Inilah salah-satu penyebab kenapa viral ni tak bagus adakalanya. Habis semua nak cerita tanpa kesudahan!

      Delete
  5. Salam, saje jer singgah sat...lama tak singgah

    Adik dah sekolah betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumsalam, Bunda!

      Adik belum masuk sekolah lagi. Tahun depan baru nak masuk Tahun 1 ^_^

      Delete
  6. Fuyooo.....ngeri mak! Menulis mcm
    wartawan gossip membela nasib artis ah haha....maklumlah ada anak sedara selebriti kan hihi...

    Alamak!! Terperasan je komen mak. Dlm pada katanya tak wujud tak wujud dlm FB, bab nak membahan jiran,perasan aje kak Ton ni tau dia!

    Memanglah sepatutnya teguran tu dgn cara yg paling lemah lembut. Mcm kita jugaklah. Kalau ditegur kasar dgn laki, mau majuk sebulan haha.... tp yelah namanya manusia, jarang sangat kita dapat mcm apa yg kita harapkan...

    Lega kita ni bukan selebriti Kak Ton...kalau tidak mental kot haha...





    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Mak. Nasib baik ada kesopanannya semasa menulis komen. Kalau main hentam ikut sedap mulut aje gaya bahasanya, mahu kena 'belasah' dengan Kak Ton dalam blog tau!

      Mak ni, Kak Ton merapu salah. Kak Ton tazkirah salah. Dah rasa macam senasib dengan pelakon yang menari separa bogel tu je gamaknya tau!

      Betul, Mak. Walaupun Kak Ton perasan selebriti macam MakJemah tu, nasib baiklah kita ni tak terkenal sangatkan. Kalau tidak, semuanya main 'No komen' aje ^_^

      Delete
  7. betul tu MD. kata orang kita should have better words kot utk menegur kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fikir dulu sebelum nak menegur. Jangan sampai teguran kita tu menambah dosa buat diri kita sendiri.

      Kalau menegur orang lain kenalah ada caranya. Main menghentam aje tak bawa ke manalah teguran tu.

      Delete
  8. itulah MD kadang2 takut baca komen netizen nih, tegur tu boleh tapi jangan sampai mengaibkan orang kan. tegurlah dengan berhemah. biarlah tingkah laku kita selari dengan hijab yang kita pakai. apa yang penting bukan permulaan seseorang tapi pengakhiran seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila baca online ni, paling win memang komen netizenlah. Entah apa-apa kadang-kadangnya. Nasib bukan diri kita yang diperkatakan, kalau tidak mahu juga angin satu badan. Tapi, sekadar membaca komen pun dah terasa angin macamanalah tuan punya badan ya!

      Delete
  9. Selalu kalau bab ni, rajin juga baca komen-komen netizen dalam sesuatu isu, tapi baca tu sambil istighfar panjang-panjang. Setakat ni tak pernah nak komen di mana-mana isu pun.. bimbang dapat dosa kering..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejujurnyalah ya, saya ni masih suka juga baca benda-benda ni walaupun tahu membuang masa. Tapi sekadar membaca ajelah, tak kuasa nak menjadi keyboard warrior. Yalah, kita pun jalan tak lurus lagi dalam hidup ni, nak pandai-pandai nasihat orang pangpungpangpung, hidup sendiri pun tak tentu arah. Hahaha!

      Delete

Post a Comment