Monday, May 22, 2017

Projek Sekolah

Salam kawan-kawan!

Apa khabar semua? Seronok nampak enjoy makan-makan luar di hujung minggu; butter prawn sepinggan besar campur mixed seafood lagi terorder kononnya...  ^_^ Maklumlah hujung minggu ni dah mula berpuasa, makanya melantaklah apa dapat supaya tak meleleh air liur mengharungi minggu-minggu mendatang ^_^

Lemau rasanya bila tak menulis entri hari-hari. Kes I ni bukannya disebabkan kekeringan idea untuk menulis entri tapi malas. Entah kenapa 'semangat' malas tu menular sungguh dalam badan. Sibuk pun ya juga tapi takdalah terlalu sibuk sampai tak dapat nak melayan whatsapp katanya...
 
Menulis entri ni lain sikit. Kena penuh penghayatan untuk merapu. Even nak merapu pun bukan senang ya. Bukan boleh main bantai tulis aje apa nak. Kena juga ada idea berterusan. Hah... gitulah lebih kurang ^_^
 
Ni nak cerita tentang projek sekolah my anak bujang tersado, siapa lagi kalau bukan Bubbly Abang. Adik Cute takda lagi projek-projek sekolah membabitkan Mommynya. Yalah, sekolah pun belum lagi ~_^
 
I suspect cikgu Bubbly Abang ni memang tau kelemahan diri I ni tau - suruh buat shopping baglah, kerislah, projek 'tie and dye' lah. Mungkin cikgunya tahu Mommy si Bubbly Abang ni memang terlebih kreatif!
 
My anak pun satu, setiap kali ada projek memang tuju ke Mommynya dulu. Tak pernah pula dia mengadu pada Daddynya sebab dah tahu endingnya yang tak berapa enak di pendengaran tu...
 
Tak payah buat! Kenapa cikgu suruh buat benda bukan-bukan macam ni?
 
Ahah, takutlah my anak bujang nak mengadu dengan Daddynya. Maka, yang 'memikul beban' dah tentulah Mommynya ni...
 
Tapikan I tak pernah ingat tau dulu-dulu masa zaman I belajar di sekolah, my parents sibuk ambil tahu urusan sekolah anak-anak. My colleague pun berkerut dahi kalau setiap minggu ada aje cikgu beri projek pada 'mak dan anak' macam kami ni ^_^ Dia sendiri pun tak ingat masa zaman sekolahnya dulu emaknya membantu buat kerja-kerja kreatif macam ni!
 
Lantak koranglah nak jadi apa. Nak buat homework, buat. Tak nak buat, sukahati! Sendiri tanggung! Nak buat tikar, pi beli bahan dan buat sendiri. Nak lekat-lekat suratkhabar basah buat tembikar kononnya, pandai-pandailah nak hidup! Tak reti, belajar sendiri! Zaman tu lagi teruk, internet mana ada. Harapkan pondok telefon awam je buat berdating; mana ada jalur lebar-jalur lebar ni semua nak merujuk!
 
Tak macam emak zaman sekarang ni; anak kena buat tikar, emak yang sibuk-sibuk 'menganyam;' tikar warna-warni! Anak kena buat shopping bag, emak yang sibuk mengarah suruh buat macam tu, macam ni tau! Siapa sebenarnya yang kena buat projek sekolah ni - emak ke atau anak?
 
Eh, I aje ke atau semua emak macam tu juga?
 
Hahaha!
 
Tiga minggu sudah, my anak telefon I di pejabat...
 
Mommy, minggu ni cikgu suruh buat keris pulak!
 
Oh, senang je! Main beritahu gitu je. Nanti Mommy boleh uruskan bahan-bahan dan cara-caranya. Dia tukang translate aje. Ada masanya dia sendiri tak tahu nak translate apa! Yalah, bila baca nama kain, dia dah kalut. Kita ni lagilah kalut sebab tak tahu entah apa kain yang dimahunya. Nasib baik pakcik google translate adakalanya membantu. Oh, nak kain felt rupa-rupanya! Padanlah my anak tak tahu ^_^ Ini memang dah macam kerja sekolah emak pula, bukannya anak!
 
Bila ada terjemahan ni, selalu jugalah berlaku 'kesilapan teknikal' ^_^ Pernah sekali nak buat teknik 'tie and dye', Bubbly Abang kata nak kain cotton. Mommynya almaklum ajelah, bab-bab suruh jadi kreatif ni memang malaslah nak tunjuk pandai sangat ^_^ I sendiri tak tahu teknik tie and dye ni. Maka I told my son, banyak kain cotton tak pakai di rumah kita ni. Nanti boleh potong. Manalah I tahu dia nak kain berwarna putih.
 
Nak buat projek pun selalunya malam Ahad! Bila kena 'brief' kali kedua masa nak buat tu, barulah terkial-kial. Nak kain warna putih rupanya! Mana nak cari? Hari dah malam. Nak keluar sudah malas. Nasib baiklah ada baju sekolah lama. Marilah kita 'siat' aje and buat projek teknik 'tie and dye' tu. Hahaha!
 
Hasilnya?
 
Eh, ni cantik sangat! Yang I anak beranak buat lebih 'cantik' coraknya daripada ini tau ^_^ Ini pun sumbernya Google ^_^
 
Eh, dapat jugalah 4/5 markah ^_^ Cikgu ni pun dah kenapa eh? Rabun sama macam I ke apa ni? Tak pandai menilai langsung mana satu jauhari, mana satu 'maniam' tau ^_^
 
Berbalik pada kisah keris tadi. Bila tengok bahan dan caranya, kami dua beranak pun gelak. Dah kenapa contoh keris tu ada manik-manik pulak... My anak kata bukan manik-manik Mommy tapi sequins ^_^
 
Adoi, yalah-yalah kita panggil sequins jerk... ~_^
 
Maka suatu petang Ahad tu kami pun off ke Popular BookStore nak mencari bahan. Mereka nak 'kain bulu' pada pandangan rabun I ni tapi my anak kata 'cotton wool' ^_^ Okey, okey! Tak mahu gaduh-gaduh!
 
Sampai di Popular, 'kain bulu' macam dalam buku lukisan tu ilek. Maka Mommy yang 'terror' terus rembat kain felt lagi. Apa bezanya pun! Sama je tengok! Amboi, mentang-mentang dah tahu kain felt tu apa, bukan main lagi sikit-sikit nak guna kain felt. Padahal kain felt untuk projek sebelum ni ada lagi. Warna tak sesuai kata Mommynya ^_^ Eh, ni kan projek Mommy maka anak pun kenalah dengar kata! Mommy yang kena buat, Mommy yang kena keluar duit beli bahan, of courselah dengar aje apa Mommy kata!
 
Cari sequins tak jumpa, kita beli ajelah apa namanya habuk manik halus-halus yang glittering tu ya? Hah, kita hias keris guna habuk-habuk manik tu aje, senang kerja ^_^ Penuh satu bilik glittering dengan habuk manik tu ^_^ Susah kerja balik jadinya... Kain felt yang dibeli nak lekat pun payah. Maka kita gunting ajelah kertas warna-warni buat hiasan ulu keris tu. Selesai tugas! Kaki dah lenguh dok bersila lama sangat! Maklumlah, bukan budak-budak lagi nak duduk bersila lama-lama buat 'homework' macam ni tau!
 
Dua minggu sudah, ini pulak projek terbaru...
 
Mommy, cikgu suruh tanam pokok. Beli tak boleh. Menjerit cikgu bila ada yang suggest sama ada boleh beli ke tidak...
 
Laaa... baru nak usulkan cadangan yang sama!
 
Sumber Google ya ^_^
 
Macam biasalah, Bubbly Abang cuma beritahu apa project of the week(end) aje tapi urusan selanjutnya kenalah Mommy yang lakukan. I kata, tanam pokok bukan kerja sehari dua. Kena mula dari sekaranglah kalau nak bawa pokok ke sekolah dua minggu lagi. I pun suruh dia minta tanah baja MakNgahnya sikit. Berpuluh kali suruh, dia kata belum minta sebab MakNgah asyik tak free bila nak tanya! Dia fikir pokok tu boleh tanam hari ni, esok dah tumbuh gamaknya...
 
Mommy pulak biasalah, mana pandai berbudi pada tanah. Asal berbudi aje, kering-kontang tanah tu makanya tumbuhannya pun faham-faham ajelah. Nak tanam cili pun tak lepas! Senang cerita sama ajelah dua beranak ^_^ 
 
Bubbly Abang asyiklah ingatkan I yang plant tu tak boleh beli. Eleh, kalau I beli pun bukan cikgunya tahu tapi yalah, dah kata begitu, tak akanlah I nak beli jugakan...
 
Maka, I pun 'sub' my friend yang suka bercucuk-tanam/kreatif di pejabat tu. I main pesan aje,
 
You ada tak pokok yang agak-agak baru tumbuh dua minggu?
 
Projek anak you lagi ke?
 
Of courselah. Kalau I, lama lagi baru you boleh witness I bercucuk-tanam tau!
 
Makanya pagi tadi dapatlah I sepokok 'sayur' siew pak choy ke entah apa namanya siap dengan pasu ^_^
 
Esok my anak bujang nak kena hantar ni... Hahaha!

I dah beritahu my friend selalunya lepas cikgu rate, akan dibawa pulang. Tapi kalau cikgu tak pulangkan (manalah tahu cikgu nak guna untuk hias sekitar sekolah...) I akan belikan pasu baru untuk my friend ni. Hehehe...
 
By the way, I dah 'berusaha' sebenarnya menanam halia dah tumbuh tunas pun. Tapi setakat tunas ajelah, tak tumbuh-tumbuh pun. Mana ke tidak dah Mommynya letak dalam bekas tanpa baja ^_^
 
MakNgah mereka tolong ambil halia yang dah bertunas tu dan sebiji bawang. Kononnya nak tolong tanam properly. Tapi sampai hari ni takda khabar berita pun ^_^ So, I pun kenalah ada plan B - my kawan yang kaki berbudi pada tanah ni tadi ^_^ Dia pun macam dah tahu aje memang kesudahan jalan cerita ni akan berbalik kepada dia juga ^_^
 
Sorrylah ya! Gambar-gambar tak sempat I nak ambil sebab tak terfikir pun sebenarnya nak buat entri. Lain kalilah kalau I dapat projek gempak dari my anak bujang, kita snap siap-siap buat kenangan betapa banyaknya 'pengorbanan' Mommy membantunya menjadi insan terbilang suatu hari nanti ^_^
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

32 comments:

  1. Replies
    1. I biarkan aje bawang bertunas tapi still juga tak jalan. Entahlah I ni memang 'buta huruf' bab-bab pertanian ni tau ^_^

      Delete
  2. tu dia banyaklah hasil kerja mommy untuk bubly abang ye, susah jugakkan kerja sekolah anak2 ni. tapi ye lah MD rata-rata kawan saya pun lakukan benda yang sama. kerja sekolah yang seni begini biasanya mereka yang buatkan untuk anak-anak.

    macam saya ni belum ada lagilah, kalau ada pun anak bawa balik saya biarkan terbengkalai saja hahaha sebab anak saya pun macam tak berseni saja nak membuatnya. ada tak ada saya sediakan bahan saja buat masa ni. masa akan datang saya tak tahu macamana kota jadi macam MD juga terpaksalah saya mensenikan diri sendiri hahaha maklumlah sendiri puntak berseni juga ni. tapi ya nanti MD ambilah gambar nak tengok juga rupa keris yang MD buat tu hehehe, mana tahu nanti anak kena buat bolehlah tiru idea kikiki.

    anak bawa balik soalan periksa untuk seni ada jugalah yang perlukan idea-idea kreatif ni tapi biasanya saya suruh anak pilih soalan yang melukis saja contoh "rumah impian saya" hahaha..ye la darikan nak cari bahan bina rumah segala baik lukis saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dulu takdalah macam ni kan. Paling-paling pun kena anyam tikar, buat tembikar. Pejam mata pun boleh buat. Takdalah nak menggoogle bagai.

      Sekarang ni macam-macam nak disuruh buat. Kejap itu, kejap ini. Memang kalau kerastangan macam saya ni, memang teruklah hasilnya!

      Anak bujang saya pun bukan jenis kreatif, AA. Itu yang dia main order aje apa projek cikgu suruh buat. Tapi tak sangkalah dalam keras tangan saya pun dapat juga markah baik-baik. Hahaha!

      Delete
  3. Nowadays budak2 sekolah banyak projek, ek? So you pun become project manager lah, MD. Back in my time, the only project I remember was having to soak newspapers in water and use it to make mangkuk or something like that. All kena buat sendiri. I did not have a project manager >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam projek ada sekarang ni, PH. Demi mengeratkan silaturrahim emak dan anak, terpaksalah I masuk campur. Hahaha!

      I did that too. Tapi I memang kerastangan sejak zaman sekolah dulu. Sekarang ni no choice. Dah anak pun sama mengeras tangannya, terpaksalah I masuk campur ^_^

      Delete
  4. saya dulu mak ayah tolong gitu-gitu je..pastu pandai2 lah. dulu persaingan tak hebat mana. kita result x perfect pun parents x kisah..hhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu memang kita takda siapa yang tolong. Kalau ada abang atau kakak, mungkinlah ada juga tukang beri idea. Sekarang ni kalau tak ditolong mahu melolong. Hahaha!

      Delete
  5. ingat betullah butterfly tu kak MD dan Abang yang buat..haha. baru nak musykil nape cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa? Musykil kenapa cantik sangat? Ni indirectly nak kata akak ni kerastangan tau, Sal. Kena hantar kad rayalah jawabnya tahun ni tau ^_^

      Delete
  6. Macam tu lah ibu2 kan MD..
    CH ni lagi lah 3 org nak dibuat projek.. ni skrg tinggal nabil seorg utk menyediakan projek.. kakak2 dah sekolah menengah.. 😀

    Laaaaa paling senang tanam kacang hijau MD..
    CH buat tu jer..
    Masuk dlm bekas kapas
    Pastu taruk air dan tabur kacang hijau 10-15 biji..
    Letak jer tepi tingkap..
    Akan tumbuhlah pokok tu dgn jayanya selama 2 minggu tu..
    Cuma rajin tuang air jer..
    Abang sado tu pun boleh tolong siram kan 😁😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa...CH ni habaq lewat sangat! Nape ek saya tak terfikir nak tanam kacang hijau? Tapikan CH tanam halia/bawang yang tumbuh tunas pun gagal, macamana ceritanya ni? Hahaha!

      Pagi tadi kawan saya tanya, pokok tu saya siram tak? Saya selamba jawab dah letak dalam aircond sepanjang malam, nescaya subur ler... Hahaha!

      Delete
  7. Wah sibuknya MD dengan projek sekolah.Akak anak yang 4 dulu gitulah,akak yang terlebih2 buat kerja2 seni dia orang....seronok sebenarnya .Tiba masa Iman ni akak dah serah kan pada dia je buat sendiri....Akak sekadar tolong dengan mulut je....hihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru seorang, kak. Sibuknya mengalahkan macam ada anak 10 nak buat projek sekolah. Hahaha!

      Kalau empat macam akak ni, tak tahulah saya macamana. Mahu tidur dengan muka penuh glitters gitu. Kahkahkah!

      Delete
  8. Setakat ni kalo den lantakle kome nk buat projek apa, tak kose nk menyibuk, cam nadhrah yg ting.1 tu mcm2 gak kena buat, heh..buatlah sendiri, den nengokkan je.

    Ni terlebih cerdik ni MD, boleh plak tempah ngn kawan ank pokok sayur ek, takpe..asal jgn beli yek, kira adalah usaha kt situ, nasib baik kawan tu pemurah mau tolong..
    Kalo den jadi cikgu si abg mesti ada rasa musykil kenapa projek dia mcm camtik je, tak macam projek bebudak, pastu kalo tau omak eh yg buatkan, den bagi markah kosong yo, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan perangai Daddy mereka. Kalau tak tahu, nasiblah. Pergi aje sekolah dengan tangan kosong; cakap cikgu tak reti nak buat macamana! Tapi mak-mak prihatin macam saya ni yang suka masuk campur, memanglah akan masuk campur KakG ^_^ Kalaulah kerja sekolah saya boleh tolong buatkan, akan kusiapkan demi anak-anak tercinta. Hahaha!

      Itulah, rasa-rasanya cikgu pun musykil. Ni balik nak tanya, plant kawan-kawan yang lain macamana. Jangan-jangan dia sorang aje bawa plant sikit punya subur, orang lain bawa taugeh jerk! Penuh markah lagilah kalau cikgu tak musykil ^_^

      Delete
  9. Masa anak2 bunda kecik2 dulu pun bunda rajin jugak membantu projek sekolah dorang... apa lagi nak buat kraftangan khas masa Hari Guru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah anak bujang saya tak 'terliur' nak buat benda kreatif-kreatif masa Hari Guru, Bunda. Kalau tidak, jenuh juga saya ni sibuk jadi project manager lagi ^_^

      Delete
  10. Macam2 projek seni ye bdk2 skg ni..
    Terpaksa la mak ayah pun jd kreatif..
    Mujur ada kawan yg rajin bercucuk tanam kan, kalau x jenuh juga tu..

    Ira pun kalau menanam, xde yg tumbuh lama.. Akhirnya terkulai layu.. Hehehe..

    MD kalau free, emelkan nama & alamat rumah ye. Ni emel ira hdzal262@gmail.com
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ayah yang tak kreatif kenalah jadikan google tu BFF ^_^ Memang letihlah dok perah otak kalau google tak menolong tau!

      Saya memang tak pandai berbudi pada tanah. Itulah sebabnya rezeki pun tak lebih mana. Hahaha! Ke situ pulak padahal orang cerita pasal projek sekolah ^_^

      Dah! Dah! Dah hantar dah tadi ~_^

      Delete
  11. Sekarang budak sekolah rendah dah kena buat macam-macam projek... memang advance sangatlah...nasib baik sekarang boleh minta bantuan google..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam projek ada. Tapi dapat yang tak kreatif macam anak saya, memang emaklah jadi mangsa. Dapat emak yang tak kreatif macam saya, memang nahaslah. Hahaha!

      Delete
  12. Projek2 seni sekolah sekarang ni mmg dah jauh mencabar dari kita dulu tapi itulah banyak bantuan dari sekeliling terutama dari mak bapanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah boleh minta bantuan googlekan, Mia. Kalau tidak, mahu pengsan dibuatnya. Dapat emak macam saya, memang terkial-kiallah nak mencari idea nak buat macamana!

      Delete
  13. Huwaa, banyaknya projek..
    Nasib baik dpt mummy yg rajin membantu..
    Kalau saya, mmg sub terus kat si ayah... hahaha

    Ala, naper takde gambar..
    Tak aci...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujurlah boleh sub ke ayahnya, Nur. Legalah Nur tak perlu nak 'masuk campur' ^_^ Kalau saya ni, memang sayalah yang kena tolong anak buat projek sekolah. Kalau dibiarkan, entahlah tak tahu apa berlaku.

      Tak terfikir pun nak ambil gambar sebab tak terfikir nak masuk blog. Hahaha!

      Tapikan ada apa gambar shopping bag yang saya buat anak beranak tu dalam entri lepas-lepas ^_^ Cun tau ^_^

      Delete
  14. Ha a....lain betul kita sekolah dulu dgn budak sekarang ek.
    Bila Kak Ton sebut pasal surat khabar basah buat tembikar dengan menganyam tiko tu dan dan mak teringat zaman kecik tau. Tp rasanya mak buat pingganlah bukan tembikar.

    Budak budak kat rumah ni mcm tak delah sangat mcm abg tu. Adalah tp tak selalu. Mak tak pernah tolong buat pun hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Kita just anyam tikar dan buat tembikar aje. Bila dah besar, terror pun anyam 'mulut'. Hahaha!

      Tapi la ni, budak-budak sekolah memang macam-macam projek cikgu bagi. Kalau HD ni, digeleng kepala aje. Pelik katanya suruh budak-budak lelaki buat projek macam ni. Yalah dalam satu kelas tu ada lelaki dan perempuan. Takkanlah budak perempuan aje terpilih buat projek kreatif macam nikan!

      Delete
  15. Terhibur betul baca entry akak yang ni. Hahah! Lepas ni makin kreatif lah mommy sebab cikgu selalu bagi homework yang luar biasa dekat anak anak muridnya. Macam macam kan sekarang, buat keris, buat tie apa semua. Dulu dulu anyam tikar je selalunya. Hahah! Mujur ada Google, semuanya jadi mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya Nani sampai sekarang ni tak juga kreatif-kreatif anak beranak ni. Hahaha!

      Kalau sekadar tengok youtube, minta tolong pakcik google, memang semua orang pun kreatif jadinya Nani. Cubalah zaman akak dulu-dulu, mana ada bantuan ni semua. Makpak pun tak sudi nak bantu tau. Kalau menjadi, itu baru betul-betul kreatif. Ni zaman sekarang nampak aje hasilnya kreatif padahal makpak yang bantu ^_^

      Delete
  16. sama ler kita, MD.
    asal ada keje skola aje = ibu.
    ibu... ibu... ibu...
    adoh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!

      Tapi masalahnya saya ni memang tak dilahirkan kreatif tau. Kreatif saya dibantu oleh pakcik google selalunya. Itu yang sama naik pening kalau anak ada projek sekolah ni!

      Delete

Adik Cute dan Anais, si Adik Gumball ^_^

Salam kawan-kawan! Sejak dua menjak ni rasa macam malas aje nak bangun pagi. Sejuk😁 Dah jadi tabiat, sejuk macamana sekali pun memang ...