Monday, May 15, 2017

Hari Ibu : Ke Garden Lobster lagi kita... ^_^

Salam kawan-kawan!

Mulai hari ni waktu persekolahan Bubbly Abang bertukar ke 7.30 pagi. Kena sampai sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. Selama hampir 11 tahun di sekolah ni,  waktu persekolahannya bermula pada pukul 7 pagi dan kena berada di sekolah sebelum pukul 6.50 pagi.
 
Selalunya kami dua beranak keluar rumah pukul 6.30 pagi. Sekolah pun sepelaung aje dari rumah. Dalam 10 minit dah sampai. I pun dah terbiasa juga dengan rutin awal macam ni. Sebab itulah I selalu sampai di pejabat awal.
 
Tapi sejak sebulan lepas bila dapat surat dari sekolah menyatakan tentang pertukaran waktu persekolahan bermula daripada 15hb Mei ni, gembira bukan kepalang dua beranak ni ^_^ Bolehlah keluar lambat. Memang dah plan pun hari ni nak keluar rumah pukul 7 pagi. Tapi entah mengapa, memang kebetulan pulak I lompat katil pagi ni. Pukul 6.20 pagi baru terjaga!
 
Itulah padahnya bila alarm berbunyi, matikan dan tidur semula! I set alarm pukul 5 pagi. Ada 3 kali snooze setiap 15 minit ^_^ Tapi dek kerana bingit dengar tone alarm yang dipilih sendiri, semalam I set sekali aje alarm pukul 5.15 pagi. Pagi ni bila alarm berbunyi, I pun bermalas-malasan menutupnya. Keluar bilik dan sambung tidur kat sofa ^_^ Bila I terjaga kali kedua, tengok jam dah pukul 6.20 pagi! Apalagi, aktiviti lintang-pukang pun bermulalah...
 
Kenapa ya pihak sekolah tukar balik waktu persekolahan ke 7.30 pagi?
 
I bet ada ibubapa yang komplen. Yalah, sebelum ada bangunan baru, semua murid Tahun 1 dan 2 bersekolah di sebelah petang. Tapi mulai tahun ini, semua murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6, berada di sesi pagi. Tentu ada ibubapa murid Tahun 1 dan 2 yang komplen anak-anak mereka kena bangun awal sangat untuk sampai di sekolah sebelum 6.50 pagi. Yalah, kalau nasib baik macam I ni, rumah dekat aje. Kalau nasib tak baik, bukan ke lagi awal kena keluar rumah!
 
Mulai tahun ini juga, setiap pagi ada sukarelawan yang tolong ambil anak-anak ni dari kereta. I pun tak susah hati macam dulu-dulu; kena perhatikan anak sampai masuk dalam kawasan sekolah. Kalau tidak, memang tak geraklah kereta walaupun kena hon ^_^
 
Mulai tahun ini, asal kita sampai aje depan sekolah, berlumba-lumba sukarelawan bukakan pintu kereta, ucap selamat pagi, tutup pintu kereta dan hantar anak sampai melepasi pintu pagar sekolah. Lapang dada menengoknya.
 
I tak tahulah sekolah lain macamana, tapi inilah yang berlaku di sekolah my anak bujang tersado mulai tahun ni...
 
Eh, bukan ke tajuk tentang Hari Ibu dan makan-makan?
 
Oh, biasalah tu kalau I yang berceritakan. Mesti corner baringnya jauh tersimpang dari tajuk entri. Nak buat macamana... I memang suka bercorner-baring ^_^
 
Hari Ibu semalam, I bangun paling awal. Oh, bukan nak siapkan sarapan pagi pun! Nama pun Hari Ibu, haruslah I jadi queen control! Kalau I kena sediakan sarapan, I dah siapkan teks ucapan awal pagi...
 
Yalah! Kasihan nasib Mommy ni! Nama aje Hari Ibu, tapi Mommy juga yang kena siapkan makanan untuk beri korang makan! Takda sapa yang nak appreciate Mommy tau! Kalau hari penting yang lain, memang Mommy beria-ia buatkan untuk semua orang!(sambil-sambil buat muka sedih dengan harapan ada yang tersentuh hati!)
 
Hmmm... bapaknya tak tersentuh hati pun! Ada ke patut kata HD, makin tua makin cepat datang sensitifnya! Huhuhu....
 
Anak-anak pula biasanya, kalau I emotional sikit, memang mereka peluk erat tanda sayang bangat! Tapi mereka bukan berduit pun ^_^ Bak kata my Bubbly Abang...
 
Alahai, MakNgah ni keluar satu hari pulak! Baru nak ajak MakNgah beli hadiah untuk Hari Ibu buat Mommy...
 
Oh, ada niat nak 'pow' MakNgah rupa-rupanya.... ^_^
 
Jadinya semalam, lepas semua dah bangun tidur, masing-masing datang peluk cium Mommynya sambil ucapkan Selamat Hari Ibu. Bubbly Abang takda kos nak sediakan hadiah (^-^) manakala Adik Cute pulak lagi best, dikeluarkannya segala lukisan lamanya lepas tu pilih yang 'terbaik' sekali ^_^ Dia dah siap tulis ucapan atas kertas lukisan gambar 'perempuan terkangkang' tu  hari semalamnya tapi bila tiba paginya, dia minta maaf sebab lukisan tu dah terpotong dengan gunting ^_^ Oh, alahai....
 
Lantas kami pun bersiap-siap ajelah untuk mengukur jalan...
 
Ke mana hala tujunya kali ini?
 
Kami mengukur jalan sepanjang Sunway Velocity Mall ^_^
 
Penat tau tak! 4 jam mengukur jalan... 'Jem' tangan dan kaki ^_^
 
Selepas balik dari Sunway Velocity ni, barulah HD tanya nak makan malam di mana sempena Hari Ibu...
 
Mulalah masa ni dok berfikir manalah nak pergi makan ni...
 
Akhirnya kami tujulah ke tempat ini semula - Restoran Garden Lobster ^_^
 
 






Kali ini kami pesan menu yang sama juga ^_^ HD terberkenan sangat dengan tom yumnya. Maka kali ni I make sure I order tom yum ayam sahaja supaya puas HD dan anak-anak makan. Ayam goreng kunyit pun tetap orderlah sebab budak berdua ni terutama Bubbly Abang memang suka ayam bergoreng macam ni. Sayur-sayuran macam biasa, HD ada maka akan ditolong habiskan ^_^
 
Ini nasi putih dengan ulam dan sambal belacan yang menyengat tu, harganya RM2.50 aje ^_^


Kali ni lala masak pedas Nampak pekat sikit berbanding dengan kali pertama dahulu. Tapi nampak macam portionnya kurang pulak berbanding dulu...
 
Kotnyalah kalau mereka ada beberapa orang tukang masakkan...



Kita up pulak dengan satu menu baru - Mixed Seafood in Salted Egg berharga RM18.50


Masa menu ni sampai, bukan main terliur lagi tengok. Ada kupang, scallops, sotong (paling banyak) dan udang besar dua ekor ^_^ Sekali makan seafood goreng tepung bersalut dengan telur masin ni, sedaplah pulak. Lemak berkrim, kolestrol pun happy meresap dalam tubuh ^_^ Tapi bila dah dua, tiga kali makan seafoodnya, rasa mual pulak sebab salted egg punya rasa lelemak tu...
 
Ingatkan semua makanan dah sampai, tetiba dihantar pulak udang goreng tepung... Dalam hati nak juga tapi bila terfikir balik banyaknya seafood nak kena habiskan, I pun cepat-cepat beritahu kat waiter yang udang goreng tepung ni I tak order pun! Nasib baiklah dia cepat ambil, kalau tidak mahu aje I kata...
 
Okey, takpalah! Masukkan aje dalam bil ya!
 
 
Minuman pulak mereka tiga beranak order teh 'o' ais aje - RM1.80 segelas. I pulak tetap maintain dengan air sirap bandung ^_^ Lagilah muak bila makan makanan macam ni...
 

 
Selesai makan, HD pun tanya puas hati ke tidak dapat makan-makan ikut kehendak hati sempena Hari Ibu ni. Katanya lagi, ni kalau tak bawa makan, mahu emotional sampai pagi esok tak habis lagi. Hahaha!
 
Okaylah, sebab HD tolong bawa makan sempena Hari Ibu nanti bila tiba Hari Bapa, I akan tolong anak-anak celebrate kaw-kaw untuk Daddy mereka pulak. Tapi bersyaratlah - masa birthday I nanti jangan buat-buat lupa; empat hari aje lepas raya ~_^ Kalau lupa, mahu adegan emo berlaku lagi dengan teks ucapan entah apa-apa. Maklumlah bak kata HD, makin tua ni makin emo tak kena tempat! Hahaha!
 
 
Selamat Hari Ibu buat semua ibu di luar sana. I tak sempat ucap semalam sebab semalam hari cuti, I tak memblog masa hari cuti ^_^
 

36 comments:

  1. hahaha...betullah MD macam saya jugalah bila makin tua ni makin emo pulak rasanya, tapi takdelah teks ucapan pun bila semalam tiada siapapun yang wish selamat hari ibu, en.azmi pun tak apatah lagi anak-anaknya, mamanya tetap perlu memasak untuk lunch, tapi takpelah kan, dapat juga bunga setaman hahaha.

    betullah agaknya seafood dengan telur masin tu kalau dimakan banyak akan rasa muak. seronoklah MD ye dapat makan sepuas hati pada hari ibu, haa nanti hari lahir nak apa pula tu ya..kena tunggu raya nanti la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Tak tahulah mengapa. Cepat benar tersentuh hati rasanya. Masa hari Jumaat tu berlaku satu insiden buat saya kecil hati dengan anak bujang. Pelikkan? Budak 11 tahun pun kita boleh terasa kecil hati... Memanglah emo tak kena tempat tau!

      Saya hint berpuluh kali. Kalau tak masuk juga dalam kepala, memang ada juga yang lari pergi cari batu belah batu bertangkup. Itu pun kalau adalah. Hahaha!

      Sekali makan sedap tapi bila dah berkali menyuap, muaknya rasa lain macam pula, AA. Tak boleh order lain kali.

      Saya dah pesan pada HD, lain kali kalau saya nak order seafood, silalah halang. Sebab nanti saya yang merana badan!

      Delete
  2. Best .. ending..
    Ada gak seleberet nya..
    Yg kita nan ado 😢😢

    Mmg mkn benda berulang kali jadi muak.
    Kalau CH oder yg lain..
    Mana itu hari teringin nak mkn..
    Oderlah utk kali kedua dtg..

    Abg tu smkin sado ye MD..
    Ni boleh dtg lewat.
    Lagi boleh lah bermalas2 dgn abg sado tu..
    Balik pukul brpa pulak MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut kata HD memang tak mahu diraikannya. Yalah bukan tradisi agama kita pun nak rai-raikan Hari Ibu ni. Kalau ikutkan makan, hari-hari bila berkehendak pun kita pergi makan juga. Tapi yalah, nak melayan supaya saya jangan terlebih emo, ikutkan ajelah. Buruk perangai saya ni tau ^_^

      Suami teringin nak makan tom yum lagi, CH. Kalau nak bershell out memang tak merasalah. Siapa nak habiskan shell outnya yang banyak tu nanti. Lain, lain kalilah!

      Oh, memang! Dia kan kejap turun sekilo, naik dua kilo. Sekarang dah pandai malu bila tengok diri sado sangat. Bab lengan tu kalau hempap orang memang menangis juga tau!

      Plan beria-ia nak keluar rumah pukul 7 pagi mulai hari ni tapi bila tengok jalan jem, rasa macam tak bolehlah. Nak ajak Bubbly Abang keluar 15 minit lewat daripada dulu ajelah...

      Delete
  3. Ada yang kata kita tak boleh sambut hari ibu ni.
    Kira hari2 hari ibulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnyalahkan tak payah sambut. Tapi kali ni saya ni gatal mengenyam tahu nak minta perhatian anak-anak dan suami. Itulah dapat makan malam free, suami belanja. Hehehe!

      Delete
  4. mula2 baca ingat salah tajuk td.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tajuk tu perkara biasa, PB. Kalau terkeluar tajuk pun perkara biasa juga. Itu teknik-teknik suruh pembaca baca sampai habis my novel tau ^_^

      Delete
  5. Takdo den nak sambut2 do, hari2 pun hari ibu, ibu masak, ngomeh, bebel, tulah hari ibu, haha.

    Wah,baguslah sek si bubbly abg tu, siap ada sukarelawan yg sambut, harapnya sek2 lain pun boleh buat perkara baik camni.

    Bestkan dpt mkn2 ikut apa yg kita nak ni. Meriah kolesterol ye, sesekali, balik umh buat detox, hihi..rajin tak? Tapi kalo dah mkn kt luar camni mmg kolesterol tu tolak tepi dulu, dah konyang baru tingat kan, betui tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya tak juga mengenyam nak sambut tapi boleh pulak tahun ni dok kerja hint aje kat suami dan anak-anak. Nak tak nak, mereka sambutlah dengan ajak makan-makan. Kalau tidak, muncung sedepanya tak boleh nak ukur dengan pembaris ^_^

      Ha'ah. Sekarang ni ada sukarelawan. Macam pagi tadi, hujankan. Sukarelawan tunggu siap dengan payung!

      Itulah, masa makan mana fikir kolesterol tu apa ke bendanya. Dah lepas tu baru regret, guling-guling atas lantai. Oh, nampak sangat tipu ^_^

      Delete
  6. LOL! Kesian MD, kena buat2 emo pulak for attention. But you are appreciated lah by your 3 boys hee..hee.. Wah you must like Garden Lobster a lot to go back again. I pun look at the food again and makes me even more hungry. I want my dinner now! LOL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kalau you nak tahu PH, katrumah ni mereka tak peduli pun hari apa. Daddy mereka kata, tak payah sambut-sambut even birthday sekali pun. Kalau sambut atas nama sayang, makanya, hari-hari pun kena sambut kalau sayang. Kalau tak sayang, sambut sehari itu ajelah. Mana nak? Of courselah tak nakkan. Tapi kali ni, I mengada-ngada lebih. Jap-jap merajuk so mereka sudah tak tahan nak layan I merajuk ^_^

      Delete
  7. Happy Mother's Day Mommy... Eh, syoknya ada sukarelawan kat sekolah... tengah menaip ni, asyik bunyi benda baling kat atas bumbung opis ni..terus hilang idea nak tulis apa... apabenda lah tengahari bunyi ni oi...kang dah tersalah komen..eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same to you, Ema!

      Apa bendanya tu yang dok dibaling? Sekali dengar dah macam horror story. Tapi horror story tak berlaku di siang hari apatahlagi lepas kenyang makankan, Ema...

      Delete
  8. Hahah! Kalau terlambat memang lintang pukang lah cerita dia. Nani pernah jugak jadi gitu, kemain sedap matikan alarm bila terjaga tengok jam lagi sepuluh minit sebelum kelas. Hahah! Tercungap cungap bersiap, elok sampai kelas, kelas cancel. Hahahha!

    Wah mudah lah bila sampai sekolah ada sukarelawan tolong hantar. Mak ayah pun tak risau dah keelamatan anak anak masing masing kan. Btw, Happy Mother's Day kak! Heheh.

    Sunway Velocity ni baru buka kan, tak sempat lagi nak pergi mengukur jalan dekat sana. Hahahha! Jauh pun iye jugak. Terliur pulak tengok makanan sedap sedap tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah terlambat tu memang tak boleh nak kata apalah, Nani. Memang panik memanjang. Semua benda pun salah dibuat jadinya!

      Ha'ah, senang sekarang ni. Takdalah rasa gusar sangat. Bila turun dibukakan pintu, ditutupkan pintu dan dipimpin sampai ke depan pagar sekolah. Lega sikit buat mak-mak yang cepat panicking macam akak ni!

      Thank you, Nani. Esok-esok dapatlah sambut Mother's Day juga untuk diri sendiri ya ^_^

      Sunway Velocity ni luas. Seronok mata memandang dan duit mencurah tau!

      Delete
  9. Untung HD, wife x banyak kerenah, bawak makan je hepi.nampak sedap, tapi kalau sy minum sirap bandung ngan seafood mau muak. Selamat hari ibu MD!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD memang untung. Yang tak untung, wifenya. Hahaha! Selalu aje tau depa pakat tak payah sambut. Tak ikut hokum-hakamlah. Yalah, kalau dah gitu gayanya apa lagi boleh katakana!

      Entahlah akak ni selalu sangat tau kalau dah suka, tak mahu ubah-ubah. Buat masa ni akak gian minum sirap bandung. Eh, bukan ke selama ni pun memang terjah sirap bandung dulu kalau dapat? Hahaha!

      Terima kasih, Sal!

      Delete
  10. hehehehe... selamat hari ibu mommy.. senyuman anak2 tu hadiah hari ibu tuu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Zul.

      Kalau tak sambut pun sebenarnya tak apa. Bak kata Zul, kehadiran anak-anak pun dah cukup. Kalau mereka senyum, lagilah hancur hati ibu ni tak tahan berjauhan tau!

      Delete
  11. Nak try pergi sini ah....mcm sedap je tengok seafood telur masin tu. Banyak ke tak kak Ton seafoodnya. Kalau banyak kira berbaloilah dengan harganya.
    Hihi....nasib jadi mak, sama je kita. Gitulah kak Ton, untung sabut kadang timbul untung batu kadang tenggelam... Tp banyaknya mcm batu je, apa taknya tenggelam manjang haha

    Oklah tu, dapat jugaklah makan spesel, mak ni dpt makan cendol je tau haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, nak try!

      Eh, bukan ke dah pergi? So macamana? Penat tak berselfie? Ke penat makan? Hahaha!

      Portion nampak besarlah, Mak. Kalau Mak nak melahap sorang-sorang, memang darah tinggi naiklah rasanya ^_^

      Hahaha! Selalu pun kita tenggelam juga Mak. Entah kenapa kali ni boleh tertimbul pulak. HD bukan boleh baca perasaannya ^_^

      Delete
  12. Salam MD...
    sedapnya gambar2 seafood tuuhh! Selamat Hari Ibu, takpe lah lambat wish... hari2 pun mother's day kan?
    Citer sekolah anak MD tu lebih kurang mcm sekolah anak I jugak... tahun lepas tahap 2 semua balik pukul 2... kesian anak2 balik dah lapar tak hengat. Dah dekat pukul 3 baru nak lunch. Tapi agaknya ada parents yg komplen, tahun ni dah gostan balik ikut time lama, 1:30 hehehe... lega...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlambat takpa asal jangan terlupa terus. Hahaha!

      Yalah, bagi kita mak-mak, hari-hari pun Hari Ibu. Kalau siapa tak nak ngaku hari-hari tu kita punya, memang nak kena tau!

      I pun selalunya tak bersambut Hari Ibu ni, selalu aje syok sendiri. Tapi kali ni I bantai emo sikit-sikit makanya dapatlah makan free, suami belanja. Hahaha!

      Anak I sepatutnya balik pukul 3 petang tapi dia ngada-ngada tak nak tuisyen sekolah sebab penat katanya. Padahal dia lapar tu. Mana boleh tahan lapar my abang sado tu, Nin!

      Delete
  13. wah bestnya makan2 lagi, memang ada lobster ke kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah. Patutnya adalah. Kalau tidak tak akan namanya Garden Lobster. Tapi saya ni syok sendiri kalau makan seafood. Jadi lobster memang out of topiclah jawabnya. Kita makan yang lite-lite sikit supaya kolesterol pun malu-malu nak singgah lama ^_^

      Delete
  14. Kiranya dah ok sikit lah ya tak perlu terkejar2 masa pukul 6.50....pagi sangat tu.
    Wah banyak makann sedap2 ,sayang HD dengan wife dia kan...tetap celebrate juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni rileks sikitlah, kak. Dah bersiap boleh tidur sekejap, sama naik anak beranak ^_^

      Kalau tak merajuk, tak dapat makan di Hari Ibu. Kena masak! Hahaha!

      Delete
  15. Alahai, memang menaikkan selera betul tengok setiap menu yang mummy ambil tu. Rasanya, harga sangat berpatutan kot. Don't you think? Thought about bringing my husband here too, just to give it a try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali dapat makan seafood, memanglah sedap. Tak terkata! Apatahlagi kalau dibelanja suami sendiri. Hahaha!

      Harga memang berpatutan. Takdalah mahal mana. Tapi itulah, second time pun boleh terlupa nak order ikan sweet sour ke, tiga rasa ke. Silap betul!

      Trylah, mana tahu sesuai dengan selera seisi keluarga. Boleh rekomen kat kawan-kawan pulak ^_^

      Delete
  16. Hai MD lama tak dtg sini picture sekarang dah ada watermark ye...wah2 hahaha..

    Ok la tu hari ibu dpt juga merasa makan si lobster.kite ni buat la ayat sedih camna pun.nan hado..kami tak smbut hari ibu.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, PK. Bukan awak sahaja, kita pun lama tak singgah sana. Baru 'beranak' lemak memang macam nilah, PK. Malas ^_^

      Eh, dah lamalah awak gambar kita ada watermark. Maklumlah terasa macam popular sikit. Huahahaha!

      Saya pun selalu tak dapat sambut. Kali ni ayat emo saya jalan pulak. Tetiba ditanya nak makan di mana sempena Hari Ibu. Kita apalagi, cepat-cepatlah beri cadangan ^_^

      Delete
  17. i jarang pun menyambut hari ibu ni. lagi2 lah bila dah tak ada 2 heroes ni.. tunggu depa balik nanti kita buat sambutan sekali harung kan. heeee..
    Happy Ibu Day yang dah lalu ye.. sebab hari ibu every day. heeee..moga kita terus kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Ke mana perginya dua heroes tu? Tak tinggal di rumah lagi ya? Lama tak singgah sana, KakYan.

      Same to you too. Hari-hari pun Hari Ibu tapi sajalah mengada-ngada nak sambut juga Hari Ibu on this specific day ^_^

      Delete
  18. garden lobster !!! ntah bila mau repeat :)
    aida thn ni x sambut hari ibu.
    1st bcoz asben memang x suka sambut dah skang.
    2nd bcoz emak abah ada dtg dok umah aida 2 minggu. so tak le balik umah mak mertua. kalu balik umah mak mertua, wajib sambut ha ha ha :)
    emak aida x sambut jugak hari ibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan suami saya satu hari pun tak mahu disambutnya. Takda dalam agama pun nak sambut anniversarylah, Hari Ibulah, Hari Bapalah, hari itu, hari ini! Tapi entah kenapa tahun ini mendengar pulak luahan hati... Eleh, gi makan aje pun!

      Oh, gitu pulak ya! Tapi takpalah. Sini tak sambut, sana sambut. Dapat juga merasa ^_^

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...