Sayur Bening, errr...betul ke tajuk nih?

Salam kawan-kawan!

Alkisah semalam balik aje dari kerja, teruslah ke dapur memasak. Maklumlah, jadi supermak ni semua kena buat secepat mungkin. Walaupun supermak namanya, kerjarumah macam takda penghujungnya setiap hari! Tak tahulah kenapa!

Rancangan asalnya konon nak buat kobis masak bening atau selalunya I panggil kobis masak tumis air, gorengkan ayam untuk anak-anak macam selalu dan juga terung masak kari. Cukuplah tiga jenis. Kalau masak banyak-banyak di hari bekerja ni, pukul berapa pulak nak menghadap makan malam. Seringkas yang boleh sudahlah. Nanti badan sendiri juga yang penat dengan kerja yang tak pernah sudah!

Dalam pada I sibuk potong kobis, potong bawang bagai (Kak Saniah, saya pun jarang guna bawang kecil 😊. Malaslah nak beli bawang kecil, bawang besar, bawang holland, bawang putih dan segala bawang yang ada dalam pasaran! Gunanya tak juga semua!) tetiba terdetik apa kata hari ni buat kobis masak putih ajelah. Letak suun banyak sikit, Adik Cute tentu suka masakan berkuah dengan suun macam ni! Padahal kalau kobis tumis air pun berkuah juga. Boleh aje bubuh suun tapi entah mengapa tetiba tukar plan.

Alah, rencah lebih kurang aje! Apalah susah sangatkan. Takda hal punya pada tukang masak amatur😊

Dalam punya berangan, I pun panaskan periuk dan letak minyak untuk menumis...

Dengan penuh keselambaannya, I pun menumis bahannya...

Tetiba Adik Cute menjerit,

Mommy! Kenapa internet takda nih?

Ish, dia ni! Time kita sibuk kat dapur, time tulah dia sibuk tanya itu, ini, bersoal jawab itu, ini. Time gini I nakkan 'me time'  - sendirian aje memasak di dapur tanpa gangguan. Sebabnya, kalau ada aje anasir gangguan luar, memang parahlah masakan tak jadi. Maklumlah, I kan chef amatur aje!

Campur berangan, campur gangguan luar dan... bila I tengok dalam periuk, bahan tumisan dah hampir hangus!

I pun segeralah menyelamatkan apa yang patut! Cepat-cepat masukkan kobis. Cepat-cepat nak masukkan santan kotak!

Errr... santan kotak?

Eh, bukan ke tadi I nak buat kobis masak lemak putih? Apa sebabnya I menumis bahan pulak ni?

Punyalah berangannya sampai dah nak siap masak baru tersedar dari mimpi. Apa hal pulak nak main tumis-tumis ni?

Maka kobis masak lemak putih telah bertukar menjadi kobis tumis lemak putihlah akhirnya...
Baik-baik sepatutnya putih suci aje warnanya terus jadi putih kuning sudah...

Jenuh jugalah I dok mengasingkan bawang yang hampir hangus. Si Bubbly Abang tu cerewet. Buatnya dia nampak warna hitam bawang yang hampir hangus dalam kuah, mulalah tu muka berubah. Tak pasal-pasal pulak nanti jadi penyebab I naik angin tak tentu arah.

Lauk terung masak kari dan ayam goreng tak payahlah tempek gambarnya di sini ya. Bukan you all tak pernah nampakkan. Hal kobis ni lainlah sikit, sampai gambar pun kena 'alter'. Hahaha!

Eh, by the way, kobis masak lemak putih ni takda siapa pun makan kobisnya. I dan Bubbly Abang tak makan sayur. HD tak suka kobis masak macam ni. Adik Cute pun tak makan kobis juga. Apa motif I nak masak menu ni pun I tak tahu; masih lagi menjadi misteri nusantara yang tak terjawab.

But then I rasa ni semua salah aweks blogger tau! Hari-hari tanya masak apa, tunjuk masakan lagi. Tahulah kome semua pakar masak! Errr....yang sebelah rumah tu, jangan perasan pulak dia pakar juga eh! Sila sedar diri!

Makanya hanya kuah dan suun aje yang laju jalannya. Pagi ni, masih elok lagi tersimpan rapi lauk ni dalam peti sejuk. Sampai petang nanti I balik, tak tahulah apa nasib si kobis nih 😞







Comments

  1. Kobis masak lemak putih makan dengan sambal belacan pun sodap tau MD... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh...sambal belacan asal ada depan mata, makan dengan apa pun sedap, Kakcik ^_^

      Delete
  2. kobis masak lemak putih sedapnya MD, ada ikan masin dengan sambal belacan...fuhhh bertambah2 saya kalau makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, ikan masin, sambal belacan, telur hancur dan nasi panas-panas tuang kuah kubis masak lemak putih sampai banjir, memang sedaplah, AA!

      Delete
  3. Haha, idok penoh dibuat org masak lemak putih kubis ditumis bawangnya, kot nak tumis air tu betuilah kena tumis dulu.
    Dah tau dah nasib lauk kubis tu.Tapi Kalau jiran sebolah yg masak harus lah dia yg habiskan, habis kari terung tu sape plak yg makan, katanya si HD tak makan terung, si tukang masaknya pun tak makan sayur, ke ank2nya yg makan, ishh...kompius sudah teman memikionya..
    Baik cam teman ni, semua sayur teman makan tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Mana ada pakar masak menumis bahan nak masak lemak putihkan! Itulah pasalnya KakG, saya ngakulah saya ni tukang masak amatur! Kang kalau tak ngaku, lebih teruk kena hentam! Kahkahkah!

      HD tak makan kobis masak berkuah macam ni. Kobis goreng makan tapi saya taknak goreng kobis semalam ^_^ Terung tu HD makan, KakG. Sekarangkan dah jadi peminat kari. Hari-hari nak kari. Semua benda nak dikarikan!

      Delete
  4. baru kejap td baca kat 1 blog pasal sayur bening ni <3 syok2 berangan, eh eh tersalah resepi dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, orang tua dah kata jangan berangan sambil memasak. Nanti jadi menu lain. Eh, ada ke orang tua kata begitu? Hahaha!

      Otak kata bening, tangan kata masak lemak putih. Akhirnya, jadilah juga lemak putih kuning gitu...

      Delete
  5. salam MD. lamanya tak dengar khabar ya. sayur bening always my fav jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni baru dua hari keluar dari gua pertapaan, Raihanah ^_^

      Ni tengah syok-syok mengarang, gambar pulak buat hal. Tergendala lagi agenda nak aktif mengarang entri ^_^

      Saya pun sesekali kalau tak tahu nak makan, dapat sayur masak bening macam ni best juga. Tapi saya makan kuah aje, sayur tak makan!

      Delete
  6. Memang kelam kabut betul tu MD..
    Dari sayur tumis air ke sayur lemak putih..
    Jauh benor sesat jalannya tuπŸ˜‚πŸ˜ƒ

    Udah teman pun konpius..
    Dah tahu tak mkn sayur..
    Siapa lak yg nak habiskan tu..
    Nak sedekah kat kucing ..
    Kucing pun tak mkn sayur..
    Kucing mkn tulang jerπŸ˜ƒπŸ˜‚
    Takut penyudahnya tong sampah yg mkn MD oiii 😰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, bawa lagi handphone ke hulu ke hilir kat dapur ^_^

      Saya pun tak pastilah CH kenapa kena masak menu sayur yang suami tak suka makan! Sajalah suka-suka, kalau grup tanya kurang-kurang boleh jawab dah pernah masak; walaupun sekadar masak lemak putih aje ~_^

      Entahlah tak tahu nasib kobis masak lemak putih ni. Rasanya kuah tu sayalah yang kena habiskan. Kobisnya tak tahulah nak buat macamana. Kalau suami saya tahu lauk akhirnya ke tong sampah, memang kena marahlah!

      Delete
  7. Tah pape...dah tau semua tak makan kobis, yg masak kobis tu buat apa. Masak ajelah suun masak lemak. Tak membazir. Lain kali lanting ke jiran kobis tu. Semua daun ai makan hokey!
    Hari ni mak goreng kobis you. Nampaknya dari semalam memasing kena sawan kobis hihi....

    Tulah lama sangat mengeram dlm gua kan dah kena sawan berangan. Sudahnya mak yg masak tumis air kobis suun semalam haha...

    Nota Jiran: Pak Jilap MC le hari ni weyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah namanya gatal mengenyam, Mak! Dah tahu semua tak suka makan, tetap juga nak menyusahkan diri nak masak lauk tu. Yang sebenarnya, kuah masak lemak putih tukan sedap. Santan, sapa tak suka ^_^

      Yakan! Kentang dan suun masak lemak sedap juga. Mak, ada tak orang buat terung masak lemak putih? Kehkehkeh!

      Memangnya kelmarin semua geng sawan kobis ke Mak?

      Sebab nak habiskan lagi sejemput kobis dalam fridge, semalam Kak Ton goreng kobis tu. Itu pun tak habis. HD tak makan banyak sebabnya si isteri mithali guna ikan bilis original bukan serbuk untuk rencahnya. HD mana makan ikan bilis!

      Delete
  8. Besar dah adik abang tu.acik kan MD tak kan beli sayur yang tak de orang dalam rumah nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni yang makan sayur cuma suami aje. Tapi memang rajinlah saya beli sayur yang adakalanya HD tak suka. Lepas masak pening kepala tak tahu nak buat apa dengan lauk tu kalau tak habis!

      Delete
  9. Hahahhaha ! Maka terjadilah pembaziran kobisssss ! Kenapa mamikkkk tak makan kobis?? Sedapnya kobis... iolsss boleh makan banyak2 kobis tu lagi2 masak lemak gittew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tahu akan terbazir tapi tetap juga nak membazir. Ish, memang kawan syaitan. Hehehe!

      Entahlah ya kenapa tak suka kobis! Yang sebenarnya rasa pun tak pernah!

      Delete
  10. MD, you don't eat sayur? **pengsan jap** And since nobody like kobis, you masak kobis pulak hee..hee.. I happen to like kobis, so if I were there, I kautim the kobis for you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's true, PH. I memang tak makan sayur. Dulu lagi teruk semua pun tak makan tapi now, bolehlah rasa sikit-sikit certain sayur tu. But then greens memang I tak makan ler... However, kentang tu is my favorite. I tak label kentang as vege but as buah. Hahaha!

      Delete
  11. erkkkkkkkkkkkkk aweks blogger pula disalahkan.. ~_^

    akakpn keliru, katanya semua tak makan sayur kubis, abis yang p masak kubis apakah hal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun! Sapa suruh tayang menu makanan selalu? Rasa tercabar ler teman. Hahaha!

      Memanglah sampai ke hari ni menjadi misteri. Kenapa ek dah satu rumah tak suka kobis tapi saya tetap nak masak kobis lemak putih? Serius tak tahu apa sebabnya! Hahaha!

      Delete
  12. Hahaa...kelakar lah MD ni,tiba2 dah jadi resepi lain.Tapi sebenarnya ada juga orang yang buat tumis santan kobis gitu...tapi bagi orang yang makan semua boleh bedal je masak apa pun...regu pulak dengan sambal...terangkat juga.Tapi kalau rumah akak memang tak laku lah sayur lemak apapun...Akak je lh yg mkn.
    Lain kali jangan berangan tengah masak tau :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak best aje tumiskan santan kobis tu, Kak Saniah. Putih suci warna kuahnya barulah sedap makan. Rasa lemak santan semata. Ni dah tercampur rasa bawang goreng hangus dan minyak pulak ^_^

      Lepas ni tak boleh berangan, tak boleh main WA waktu tengah masak. Hahaha!

      Delete
  13. Ok lah tu kak, lain dari yang lain sikit masak lemak kobis kali ni. Heheh. Sedaaapnya! Dekat cafe ni susah betul nak jumpa masak lemak putih T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk simple macam ni memang jaranglah jumpa kalau nak belikan, Nani. Tapi yang simple macam ni pun akak boleh buat silap. Hahaha!

      Itulah asyik aje berangan mengalahkan chef tengah masak untuk rancangan TV!

      Delete
  14. ok la tu MD, boleh makan. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik boleh makan tau. Tapi taklah lemak putih lagi. Dah jadi lemak kuning dek kerana bawang 'terbakar'. Hahaha!

      Delete
  15. Misteri wan peah sangat tau. Dah tahu semua tak makan sayur kubis kenapa beli dan masak sayur kubis? Berangan erk MD ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha!

      Itulah yang jadi misteri sampai ke hari ni! Entahlah kenapa. Nak kata kobis tu tanam kat belakang rumah tak juga. Kena beli!

      Sajalah nak show off walaupun tak makan sayur, I pandai masak sayur tau. Hehehe!

      Delete

Post a Comment