Tuesday, April 11, 2017

Kunci

Salam kawan-kawan!

Pada hari bekerja, macam selalu I akan keluar rumah pukul 6.30 pagi. Selepas menghantar Bubbly Abang ke sekolah, teruslah memandu ke pejabat. Awal pagi macam ni jalan memang tak begitu sesak. Seawal pukul 7 pagi atau 7.15 pagi dah sampai ke kawasan pejabat.

Dek kerana pejabat berkunci dan hanya dibenarkan masuk selepas 7.45 pagi, kenalah I 'melepak' di Karyaneka. Hampir 30 atau 45 minit juga I lepak di sini sambil pekena sarapan pagi sendirian. Maklumlah pepagi hari macam ni memang takda geng!

Dekat-dekat 7.45 pagi, barulah gerak ke pejabat. Duduk 'bertapa' sekejap dalam kereta, barulah masuk ke pejabat 😊 Buat apa yang patut sebelum memulakan kerja dan macam pekerja makan gaji yang lain, mulalah bekerja 8 jam sehari. Adakalanya kurang 😊

Semalam pun rutinnya samalah. Yang berbeza sedikit kerana ada adegan yang tak diingini berlaku ...😊

Dalam pukul 8.15 pagi macam tu satu whatsapp masuk dari HD...

Where is my car key?

Alamak!!!

Segera selongkar handbag dalam drawer. Yeah! Yeah! Betul! Kunci kereta HD ada dalam my handbag 😊

With me... in my handbag!

You nihhhh..... where is the spare key?

Again, selongkar handbag sekali lagi....

Also with me....

You nihhhhhhhh!!!!

Sebelum kena marah lebih lanjut, I pun segera minta izin bos nak balik rumah atas sebab 

"I brought my husband's car key with me ACCIDENTALLY!"

Dek kerana itu juga, si Adik Cute tak dapat pergi tadika. Bukan main petis lagi dia beritahu pada MakNgahnya yang dia tak dapat pergi sekolah sebab 'Mommy bawa kunci kereta Daddy pergi office!'

Yalah! Yalah! Baik punya alasan!

Apa kes hari Jumaat minggu lepas tak pergi sekolah?

'Mommy and Daddy saya kena kerja awal, takda siapa hantar pergi school!'

Semua pun salah makpaknya; tiada satu pun kesalahannya yang tetiba malas nak pergi tadika!

The problem is, I keluar pagi dengan Bubbly Abang. Lepas tu of courselah kunci rumah. HD pula hanya akan buka pintu rumah around 8 pagi, masa nak hantar si kecil ni ke tadika. So, masa tu I pun dah nak mula kerja. Kad pun dah punched! Memang masaklah kalau terbawa sekali kedua-dua kunci kereta 😊

Kenapa berlaku macam ni?

Sebabnya bila nak keluar rumah, memang kami bawa kedua-dua kunci kereta. Lepas tu baru decide kereta mana yang nak dipandu. Dan HD memang suka tinggal barang dalam kereta. Bila HD drive my car, diletaknya kunci kereta dalam my kereta. I lah tukang kutip segala barang yang ditinggalkan. 

Kebetulan masa keluar bercuti hujung minggu lalu, I terus kutip kunci keretanya yang diletakkan dalam my car. Takutlah kalau terlupa kunci tinggal kat situ. Kononnya dah cukup selamat berada dalam my handbag. Nanti balik, terus keluarkan simpan di rumah. Manalah I tahu I boleh terlupa tentang kunci tersebut...

Ini bukan kali pertama. Pernah beberapa tahun sudah, I bawa kunci rumah ke pejabat tanpa mengetahui kunci rumah HD dah hilang. Kunci rumah spare di rumah pulak ditinggalkan dalam keretanya. 

Bila nak keluar hantar Bubbly Abang ke sekolah or tadika masa tu, barulah HD sedar kunci takda! Terus dicallednya I di pejabat...

I terkunci dalam rumah! Kunci spare mana?

Bukan ke kunci spare you yang bawa semalam? Dalam kereta you ke?

Macamana nak keluar ni?

Maka I pun pecut balik rumah dengan beri alasan pada bos,

I need to go home urgently. Emergency at home!

Malu weyh nak beritahu kat bos suami dan anak terkunci dalam rumah!

Nasib baiklah rumah dan pejabat sekangkang kera aje. But then I tetap lambat sampai balik ke pejabat kerana jalan dah jem teruk! Duh!







34 comments:

  1. Perkara begitu memang kerap berlaku juga pada saya. Tspi saya tak terbawah kunci, saya terbawa bini ke pejabat.

    Tapi boss yg suruh saya hantar balik bini saya. Nasib baik masa tu saya boss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Nasib baik terbawa bini ke pejabat! Kalau tertinggal dalam kereta? Pengsan dibuatnya...

      Mujurlah bos pandai cari masa hantar isteri pulang ke rumah ya ^_^

      Delete
  2. Assalam MD, saya ni bukan lama tak ke mari. Sejak you keluar dari gua hari tu, saya dah dtg sbg silent reader. Skrg ni 'saka malas' sudah hinggap kat saya, semuanya jadi malas. Update blog pun tempek gambar dgn ayat satu dua patah perkataan saja. Aduh tak tahulah mengapa, malas sgt!

    Kisah kunci ni, sama jugaklah dgn saya. Ada saja ceritanya. Lebih kuranglah dgn kisah MD ni.

    Lebih parah, satu hari kunci rumah saya tertinggal di rumah, dah balik dari mengambil anak di sekolah, kami tak boleh masuk dek kerana rumah sudah dikunci oleh suami. Suami pula kerjanya nun di Ipoh sana. Mmg tak wajarlah nak balik menghantar! Akhirnya, anak disuruh panjat rumah sendiri ikut pintu balakang.

    Byk lg kisahnya kalau nak diceritakan satu per satu. Sadis betul tau! hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam, KB!

      Lama tak 'nampak'. Rupa-rupanya ditimpa penyakit M macam saya juga. Time malas memanglah saya pun suka jadi silent reader sebab malas nak mengomen. Tapi blog awak memanglah saya baru terjah hari ni ^_^

      Itulah susahnya kalau bercerita bab kunci ni. Kalau terlupa memang naya. Kalau rumah dekat takpalah jugakan.

      HD pulak tu memang suka tertinggal kunci. Macam kunci rumah, selalu aje dihilangkannya. Sayalah mangsa pi buat duplicate kunci baru!

      Delete
  3. So kalau dah berlama lamaan kat Karyaneka tu selain menganyam bubu, selain mengalihkan sayur mayur dalam mee, buat apa lagi? Ngorok ar tu, mcm orang tak tau hahaa....Patutlah pepagi tak menyampuk.


    Nasiblah rumah dengan ofis Kak Ton dekat, kalau jauh jadi satu hal jugak tu sebenarnya. Takut sambil sambil hantar kunci tu, ada pula sesuatu yg berlaku haha...

    Apa pasallah tak decide sebelum keluar rumah lagi nak naik keta mana. Nak kena nampak parking lot jugak ke. Haish....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macamana Mak... dah tak boleh nak masuk pejabat. Kenalah berlama-lama lepak kat Karyaneka. Bukan ngoroklah. Mana ada. Very rare tau. Paling-paling pun main game tak pun baca novel. Tak pun ngumpat kat WA ^_^

      Memangnya begitu. Asal nak keluar aje, bawa dua-dua kunci. Yang best tu, kunci spare pun kadang-kadang bawa sekali ^_^

      Delete
  4. Hihii...bab suami dan anak terkunci dalam rumah tu yang akak gelak.Kalau lah boss tau sebab MD balik rumah bagaimana lah respond agaknya.
    Memang lah MD kisah kunci ni banyak kalau nak ceritakan...boleh huru hara jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan nak beritahu kat bos. Cakap ajelah ada emergency kat rumah. Prepare juga kalau bos nak tahu lebih lanjut tapi nasib baik dia tak tanya ^_^

      Delete
  5. Tak tahu nak nangis ke nak gelak... Kesian HD.. Yg untungnya si adik cute lah.. hihihi

    Saya tak pernah lagi ada drama dgn kunci ni.. Biasanya En hubby yg akan pastikan kunci kereta dan kunci rumah tergantung di tempat sepatutnya sebelum dia keluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah Adik Cute yang untung banyak. Asal ada masalah makpak aje, dia yang dibenarkan bercuti tanpa alasan kukuh. Nak buat macamana...

      Kawan pejabat saya kata ni kes queen control. Kunci kereta suami pun dia pun sembunyikan. Hahaha!

      Delete
  6. Pernah sekali terbawa kunci rumah spare dan hubby punya kunci ... tapi mia x hantar balik, hubby yang terpaksa drive kat opis ambil kunci rumah ... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes saya ni kunci kereta suami dibawa ke pejabat. Memang takdalah HD tu nak bersusah-payah ke pejabat. Nak suruh ambik Uber/Grabcar, tidaklah. Dah sendiri yang angkut, sendirilah kena pulangkan. Hahaha!

      Delete
  7. hahahhaahha..
    Yang selalu tertinggal kunci ni CH , MD..
    Pastu sibuk tanya..
    Abg ada ambil kunci tak..
    ehhh mana ada katanya..
    tengok dalam beg lagi satu..
    pernah juga terkurung anak beranak dalam rumah..
    sebabnya en suami kerja hari sabtu..
    jadi kalau jumaat , en suami dah ada rumah awal,
    so terlupa lah nak angkut kunci dari dalam kereta..
    sebab tengok pintu rumah terbuka..
    tak pasal hari sabtu terkurung dalam rumah sebab en suami gi kerja awal.. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni Queen of the House, CH. Semua urusan rumah saya yang handle. Itu pasallah memang saya pegang semua. Kunci spare suami pun pada saya! Punyalahkan...

      Payah tau kalau terkunci di rumah. Yang bimbang bila berlaku kes kecemasan. Selepas mereka terkunci di rumah, saya duplicate kunci banyak sikit. Tapi yang banyak tu pun saya yang handle. Hahaha!

      Delete
  8. Camnilah kakTon, rasanya ko ni jenis tk cukup satu kunci spare nih, apa kata ko tmbh lagi, then bg si HD simpan, 2 ke, 3 ke tak pun 5 set sekali, haha.

    Agaknya apalah alasan si cute tu bgtau cikgu dia kenapa dia tk boleh gi skul, haha.
    Alamak, otak dah tepu, mata dah ngantuk, nak ngorok jap, ngorok petang balik kojo, ponek amek nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau banyak kunci spare pun, memang Kak Ton yang menyimpannya. Hahaha!

      Oh, dia lurus betul! Maklumlah budak-budak. Kalau kita kata tak payah pergi sekolah, dia cakaplah dengan teachernya Mommy kata tak payah pergi sekolah!

      Pernah sekali teacher kata esok kalau tak buat homework, teacher nak rotan. Dia pun terus cuti esoknya sebab homework tak siap. Bila teacher tanya kenapa tak datang, dia pun jawablah sebab teacher nak pukul dengan rotan sebab homework tak siap!

      Delete
  9. MD, next time hang the kunci around your neck macam kalung. One for you and one for HD. hah..hah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hang pun belum tentu tak lupa, PH. You don't know me. Memang cepat lupa sekarang ni; faktor usia kot tak pun I memang over kalau berangan!

      By the way, entry card pejabat pun I pernah tercicir dua kali walaupun gantung as a kalung berlian you....!

      Delete
  10. Jam 7-7:15, masa ni akak sibuk siapkan Alya

    Seawal jam 6pagi, dia sudah bangun & berendam dalam air suam sekurang2nya 30 minit, akak pula sibuk kat dapo sambil mandikan dia.

    ntuk sendiri idok sempat nak bersiap awal2, sokmo 10 minit sebelum jam 8 baru bergegas ke tempat kerja.. hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah tak jumpa jem. Saya ni pun kalau anak tak sekolah pagi, bantai aje keluar rumah pukul 8 pagi. Lepas tu sibuk mesej bos kata lambat sebab sangkut dalam jem. Dah tahu jem, siapa suruh keluar lambatkan!

      Lamanya dia mandi! Anak bujang saya pun kalau tak kerana nak pergi sekolah, tiap masa pun kena jerit suruh keluar dari bilik air. Entah apa dibuatnya. Belek segala benda kotnya!

      Delete
  11. Betul tu awal2 pagi kurang jem.. kena tambah lagi kunci spare..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi banyak kunci spare, lagi rajin mereka menghilangkan/cicirkannya, Bunda. Stress saya tau!

      Delete
  12. Dah besar dah bujang2 tu...dah lama bunda tak kemari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak cepat membesar, Bunda. Hari ni tengok macam kecil lagi, esok lusa terasa dah besar pulak ^_^

      Yang kecil dah nak masuk 6 tahun, yang abangnya tu dah nak masuk 11 tahun!

      Delete
  13. Hahah! Kalau bab bab tertinggal kunci ke takpun kunci tak ingat letak dekat mana memang seksa jiwa raga. Nani hari tu terlupa bawa kunci lepas tu dekat dua jam bertapa dekat koridor sebab nak tunggu kawan balik. Azaaaab jugak lah sebab lama gila kena tunggu. Sejak tu setiap kali sebelum keluar mesti cek kunci dah ada ke belum. Hahahh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, Nani. Kalau macam akak ni bolehlah salahkan faktor usia. Kalau orang muda macam Nani ni, akak tak tahu nak salahkan apa. Banyak termakan semut dalam minuman kotnya. Hahaha!

      Akak memang tak suka menunggu. Kalau kena gaya gitu, memang lebih baik akak keluar berjalan-jalan daripada dok melanguk tunggu si kawan tu balik!

      Delete
  14. Haru di buatnya. 2-2 kunci pula tu hehe. Selamat opis dgn rumah dekat ye sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dua, empat kunci semuanya! Hahaha!

      Itulah kata kawan pejabat, queen control! Habis semua benda nak dicontrolnya termasuk kunci kereta suami. Kahkahkah!

      Delete
  15. adoi MD kelakar sangat nih, kesian HD terkunci dalam rumah, nasib baik dekat ofis dengan pejabat bolehlah pergi hantar kunci ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah AA nak rasa kasihan ke atau kelakar bila mengenang kisah ni. Itulah suami nak harapkan saya, bila saya lupa memang habislah!

      Nasib tau office dekat aje dan bos pun flexible. Itu pun bila jalan dah mula jem, lambat juga nak balik semula ke pejabat!

      Delete
  16. Tumpang gelak bila baca. Sian HD & adik. Nasib office dekat dengan rumah yerp ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, memang rarelahkan kunci anak dan suami dalam rumah. Ini kes queen control aje. Hahaha!

      Delete
  17. ahahahahaha sebab takut berlaku perkara macam ni lah yang suami kira marah simpan kunci spare dalam handbag. dia lebih prefer simpan kunci kereta yang spare tu dalam rumah. dan kunci rumah spare dalam kereta. sebab selalu yang terbawak kunci atau tertinggal kunci tu isteri tersayang dia hekhekhek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni memang spesies pelik sikit. Semua pun nak angkut semua. Tak percaya pada orang. Tapi sejak entri ni digarap, akak telah tinggalkan kunci spare kedua-dua buah kereta di rumah ^_^ Lepas ni kalau ada yang call dari luar minta kunci spare kereta, memang minta maaflah ya, takda pada akak. Hahaha!

      Betul juga ya, Kira. Kunci spare rumah tinggal dalam kereta dan kunci spare kereta tinggalkan di rumah. Tapi tak bahaya ke simpan kunci rumah dalam kereta?

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...