Monday, April 24, 2017

Kerja pada hari cuti umum...

Salam kawan-kawan!

Alkisah yang sebenarnya I bekerja hari ni. Memanglah rasa cemburu bila semua orang seronok bershopping bercuti tetapi I pula kena bekerja. Yang sebenarnya, I yang 'terdatang' ke pejabat 😊 Nak tahu mengapa? Beginilah kisahnya...

Hari Jumaat minggu lepas I bekerja separuh hari. Tak larat rasanya dek tetiba kena batuk berpanjangan dan datang sekali dengan pakej demam. Nak pergi jumpa doktor pagi Jumaat tu terasa seganlah pulak. Nanti doktor kata sajalah tu nak cuti lama-lama memandangkan hari Isnin minggu depannya cutikan. Jadi I gagahkan ajelah diri memandu ke pejabat.

Sampai di pejabat memang tak tahanlah nak bekerja dalam sepoi-sepoi aircond gitu. Sejuknya sampai menusuk ke tulang hitam katanya!  I pun terus minta cuti setengah hari nak balik rumah.

Memang pun I tahu hari Isnin kami kena bekerja tapi takda hitam putih lagi. Ada yang kata kena datang bekerja macam biasa, siapa nak cuti kenalah isi leave form. Ada yang kata boleh pilih nak datang ke tidak; kalau datang dapat cuti extra sehari. Menunggulah kami ni hitam putih dari pihak HR yang entah bila nak merasmikan 'khabar-khabar angin' tersebut. 

Terlanjur dah cuti setengah hari, I pun pesan kat my colleague kalau ada apa-apa berita just let me know kemudian. 

I sebenarnya memang ada plan nak balik kampung hujung minggu dek kerana HD ada urusan di JB pada hari Ahad. So kalau betul cuti hari Isnin, best jugalahkan walaupun hakikatnya I takdalah merancang nak duduk di BP sampai hari Isnin. Cuti tak cuti, hari Ahad tetap balik ke KL. Kalau Isnin I dapat cuti, bolehlah berehat-rehat di rumah pulak cuci pakaian, lipat pakaian dan iron pakaian.

Dek kerana dah cuti setengah hari, lagi afdallah kalau balik kampung lepas solat Jumaat. Lagi best dapat berlama-lama di kampung halaman kononnya.  Badan tak sihat tapi bila bab jalan-jalan ni, yang tak sihat pun disihatkan serta-merta 😊

Sebab utama I kasihankan HD. Kalau kami tak balik kampung, HD terpaksa memandu dari KL-JB-KL pada hari Ahad. Penat weyh! Jadi kalau kami ikut balik sampai ke BP, dapatlah HD rehat. Hari Ahad just drive dari BP-JB-KL. Takdalah penat sangat. Nampak tak betapa isteri mithali yang ini sayangkan suami? Hahaha...

Maka berkonvoilah kami dua kereta - HD memandu sendirian manakala I pula memandu another car bersama anak-anak termasuk Ngah. Eh, kalau kena bawa kereta berasingan I memang macam ni; anak-anak semua with me. HD bawalah kereta sorang-sorang!

Sakit badan, batuk tak berhenti, gigil kesejukan semua dilupakan demi nak balik kampung! Ingatnya nanti balik kampung barulah pergi klinik tapi hmmm... cakap ajelah! 

Cerita di kampung tak payah elaboratelah ya. Kalau tidak, memang panjang bedo'oh entri ni jadinya nanti 😊 I tak susah menaip tapi you all yang susah membaca nanti!

So, plan hari Ahadnya, HD bertolak dari BP ke JB dan kami pula bertolak cari brunch dulu sebelum gerak balik ke KL 😊 Rugilah kalau balik kampung takda aktiviti makan-makan. Makan kat Johor semestinya lebih best dari JJCM merata kat KL ni...

Dah sampai di rumah barulah teringat nak tengok kotnya ada mesej dari my colleague...

Tengok handphone takda apa-apa mesej. I pun segeralah WA. Kata my colleague ni dia tak pasti apa cerita sebab ada terima email tapi lewat sangat maka dia tak check. Yang pasti memang kena kerja. Disuruhnya I check dengan another colleague.

I pun WA another colleague. Katanya ya kena kerja macam biasa tapi dapat extra leave (Nanti cuti Hari Raya pun sama, hari Selasa kena kerja dan dapat one day extra leave... duh!) I pun dok tanya balik maknanya kami semua kena kerjalah, kalau tak datang kena ambil annual leave ke?

Dan inilah kisahnya blue ticks tu... Lambat sangat masuk dan bila masuk, mata pun baca antara pejam dengan celik 😊 Malam tu I tak lena tidur dek batuk berpanjangan dan nak demam balik. Mengenangkan kalau tak kerja kena ambil cuti dan kalau nak MC pun kat mana nak cari? I bet klinik pun tutupkan sebab public holiday. So malas nak fikir tentang MC, malas nak mohon cuti tahunan makanya I pun pergilah kerja...

Seronok tau memandu ke tempat kerja hari ni. Macam kena pergi kerja di pagi Ahad. Lengangnya jalan....

Yang best, bos pun terkejut tengok I datang. Bos ingat I tak datang sebab katanya tak sihat. Bila I bersuara aje terus dia angguk-angguk,

Ohh! Your voice...

Oh, yes..... my suara kalau tak serak-serak basah macam Ella, adalah macam bunyi itik serati, ayam serama tu semua! Sekodi je okay!

Tentu bos pun pelik. Selalunya sakit sikit dah cuti. Ini dah hilang suara pun masih nak datang kerja bila mana semua orang TAK kerja!

Arghhhh... itulah ceritanya!

Yang sebenarnya hari ni semua pekerja dibenarkan bercuti kerana cuti umum tetapi ada beberapa section yang staffnya diminta datang bekerja. Dan sesiapa yang kena datang bekerja memang akan diberi satu hari cuti percuma. Yang tak datang, sukahati koranglah!

Aduh... menyesalnya I datang kerja hari ni!

Kalau tidak, boleh lepak-lepak dengan my sister dan anak-anak di shopping mall jalan-jalan dan makan-makan!

Nak balik, kad dah punched. Lagipun tak akan tak mahu cuti extra satu hari!

Begitulah kisahnya...










12 comments:

  1. Alahaiiiii siannya MD, masih batuk lg k? Patut le senyap sunyi je dlm group sebelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hilang suara nih. Kalau bersuara aje, macam ayam serama dah! Malas nak cakap banyak ^_^

      Delete
  2. Bagus2 pekerja contoh ni...sakit2 pun keja ya.Cam na harini dah sehat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus sangatlah, kak... Yang sebenarnya tipah tertipu ^_^ Tipah ingat kalau tak datang kena ambil cuti tahunan, itu yang Tipah gagahkan diri datang kerja semalam. Rupa-rupanya tak datang pun takpa. Kalau datang dapatlah extra sehari cuti tahunan....

      Oh, batuk masih tak berhenti lagi! Tidur tak lena dibuatnya. Kalau dah asyik batuk, memang badan pun jadi seram sejuk baliklah...

      Ini pun suara kalau akak dapat dengar memang merdu sesangat sampai tak sanggup nak bersuara tau ^_^

      Delete
  3. Apa yg isteri mithalinya. Kalau hantar laki gi JB pas tu drive pulak balik KL barulah mithali . Eleh, setakat jadi pengiring laki apalah sangat.....
    Tapi kan Kak Ton, kalau mak kena drive balik kg mmg malas tu weyh....Yak suka ar

    Brunch apa kat BP tu?

    Susah jugakkan mcm tu, cuti tak cuti....mulalah jadi mcm ni. Tragedi Hari Cuti namanya....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh hantar ke JB sebab dia ada kawan datang dari Singapore dan angkut ke KL pulak. Kalau tidak, lebih baik kita orang bermalam di JB aje, boleh terus JJCM kat JB tau!

      Kak Ton pun tak sukalah drive lama-lama macam ni. Kalau kat KL pun tak suka, pergi kerja tu terpaksalahkan...

      Oh ada satu resto kat BP ni yang bukan 24 jam. Kalau tanya Acik Erna mungkinlah dia tahu sebab selalu melawat anak bujangnya di ITTHO dulu tu kan...

      Memang tragedi sungguh tau. Tiba-tiba xtra leave yang sehari tu kena ambil dalam masa sebulan ni. Nak nangis I you...

      Delete
  4. semangat betul MD dalam tak sihat tu pergi kerja juga, hai kalau tahu macam tu baiklah MD cuti sajakan, boleh juga lepak2 dirumah dengan anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punyalah bersemangatkan. Rupa-rupanya tersalah semangat ^_^

      Kalau tak kerja tu macam-macam boleh 'diusahakan' tau ^_^

      Delete
  5. Actually MD, it is a blessing also lah you ter"accidentally" masuk office. I think the extra day off for Hari Raya is better.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not really blessing sebenarnya, PH. Nak tahu kenapa? Tak boleh nak ambil cuti tu sewenang-wenangnya! Kena clearkan dalam masa 4 minggu nih! Where got time mah! Hahaha!

      Delete
  6. Ni kerja sebab tak tak tahu lah ye..
    Ok lah tu dapat cuti extra masa ..
    Lagi best..
    CH suka macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan kalau tak kerja kena memohon cuti tahunan. Itu yang beria-ia datang pejabat walaupun tak berapa sihat sebenarnya. Manalah tahu bila tiba pejabat kata kawan-kawan tak datang pun takpa sebab cuti umum...

      Dah terlanjur datang tu, kita teruskan ajelah. Dapat juga cuti extra seharikan. Dah guna dah pun, CH...

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...