Tuesday, April 18, 2017

Berjimat katanya... ^_^

Salam kawan-kawan!

Arghhh... susah sekarang ni nak menaip entri di pejabat (oopsss..)!

Asal nak menaip entri baru aje terbantut kisahnya bila gambar-gambar tak boleh nak ditransfer, edit dan upload di sini. Maklumlah, dah kata waktu pejabat WAJIBlah buat kerja pejabat. Yang pi update blog tu apa ke halnyakan😏

Oleh itu, marilah kita rapu-merapu aje ikut suka hati idea apa datang dalam kepala...

Ni kisahnyalah ya... 

Kejadian berlaku tak lama dulu...

Memandangkan kome tahu yang I ni memang suka betul basuh pakaian, jemur pakaian, lipat pakaian dan menggosok pakaian makanya segala mesin yang terbabit memang kena maintainlah penggunaannya. Kalau rosak, mahu berpeluh sejuk tuan punya barang tau!

Baru-baru ni, papan menggosok di rumah hangus terbakar 😊

Eh, acah aje! Takda apa masalah pun cumanya papan atas tu HDlah punya kerja. Suka sangat usik mengusik membawa derita. Terbako dah cover ironing board I tau. Kenapa tak beli cover baru?

Beb, kalau beli cover baru bila masa I dapat beli ironing board baru pulak? Fikir-fikirkanlah!

Ini pun kira dah baiklah. Cover terbakar, sibuk cari ironing board baru. Nasib baik tak cari punca kebakaran - kena cari iron baru pulak dah! Hahaha!

Maka I pun memulakan misi mencari ironing board yang baru....

Tak jauh pun perginya. Kat Aeon jerk pun tapi nak buat entri punya pasal, macam beli ironing board import dari London gitu πŸ˜ƒ

Kebetulan Aeon ada buat promosi sempena its never ending sale! Spend RM100, dapat voucher RM10.

Harga ironing board yang berkenan sangat di hati cuma RM100 aje tapi memandangkan kalau beli RM100 dapat voucher RM10, lebih afdal kalau kita kumpul voucher untuk beli ironing board warna merah yang memikat kalbu tu!

Jadi my sister and I pun mundar-mandir mencari apa patut dibeli 😏

Kena ingat ya, hanya dua resit maksimum boleh redeem satu voucher RM10 tu. Maka kenalah pandai combine resit yang ada. 

Asal cukup RM100 je, kita redeem. Asal cukup RM100 aje, kita redeem. Asal cukup RM100 aje, kita redeem.

Dah beli-beli barang tetiba bila combine resit baru dapat RM99.80, kita beli barang lagi....

Bila ditokok tambah, jadi RM159.90, kita beli lagi nak up untuk dapatkan voucher RM10...

Begitulah perjalanan hidup setengah hari sepanjang berada di sale ni 😊

Orang perempuan memanglah tak faham celik Matematiknya macamana kekdah tau! Ke I sorang aje berperangai buruk cam ni...

Sampai satu ketika, my sister nak beli barang, I dah malas nak pi kaunter. Dia pun teruslah bayar guna kad Aeonnya sendiri. Sampai aje kat tempat I menunggu, terus kusentap resit dan lelaju tengok boleh tak redeem lagi or combine resit lagi. Okay! Berjaya redeem satu lagi ni! Jomlah berlari nak pi redeem... (part ni I lah kena buat sebab I yang hodoh bebenor perangai nak kumpul voucherkan!)

Sampai kat redemption kaunter tu, staff tu terperasan somethinglah pulak....

Puan, yang ni tak boleh sebab kena guna kad membership yang sama. Yang ni different member ni, puan!

Alamak! Tapi satu tu saya punya satu lagi kakak saya punya. Pun tak boleh ke?

Tak boleh, puan!

Duh, malas nak argue sebab kaki dah sakit nih lama sangat melilau ke sana-sini!

So dengan kehampaan, pulanglah bertemu 'ahli' yang lagi satu. Anak-anak dah tak larat nak tengok perangai Mommynya yang ghairah mengejar voucher! Hahaha!

Jomlah balik!

Esok lepas kerja, Mommy korang ni akan singgah Aeon untuk beli ironing board impiannya. Hari ni tak boleh belilah, kereta penuh!

Dipendekkan cerita, esoknya dengan bersemangat I pun ke Aeon semula lepas kerja. Terus tuju kat ironing board tu, belek sekali lagi bagi kuatkan keyakinan yang inilah bakal ironing board yang akan menyerikan hidup menggosokku!

Angkut dan terus bayar!

Errr.... I ada RM60 voucher ya! Makanya I cuma bayar RM40 aje. Jimat tu πŸ˜‰ Bijak Matematik betullah ahkak sorang ni!

Went back home happily with a brand new ironing board as my sole passenger for that day...

Nah, sekarang mari kita belajar Matematik ya kawan-kawan!

Haip, jangan nak skip kelas! Belajar, jangan malas! Tahu nak ngorok aje time kelas Matematik! KakG, babat sikit murid yang malas-malas ni!

Soalan :

Ibu Meimei hendak membeli sebuah papan penggosok berharga RM100. Kebetulan ada sale di shopping mall pilihannya di mana jika dia memilih untuk belanja sebanyak RM100, dia akan mendapat voucher bernilai RM10.  Pilih cara yang lebih jimat :-

A. Bayar tunai sebanyak RM100
B. Belanja sebanyak RM600 paling minima untuk mendapatkan voucher sebanyak RM60
C. Belanja sebanyak RM1000 untuk mendapatkan voucher sebanyak RM100 dan percuma ironing board
D. Jangan berbelanja langsunglah!

Sapa jawab betul, teacher beri aiskrim Walls Red Velvet, beli satu percuma satu ya! Kome beli, yang percuma tu cikgu punyalah!

PTN : Ini soalan HOTS yang murid-murid. Teacher tak akan pukul dengan rotan siapa menjawab salah. Semua pun betul tapi murid yang cerdik akan memilih jawapan yang paling cerdik untuk kelangsungan masa depannya! Hahaha!

Fuhhhh...tamat dah entri Matematik dan Kemahiran Hidup ni dalam masa 15 minit 😊











32 comments:

  1. Ksa;au kakcik, kakcik pilih A. Lepas tu dapat voucher RM10, simpan dulu untuk kegunaan di lain masa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Pandai Kakcik. Tapi masih tak tepat lagilah, Kakcik. Kena banyak buat soalan HOTS nih ^_^

      Delete
  2. Aduh MD kalau saya terus aje ambil iron board tu dan bayar rm100. Tak kuasalah nak merebut voucher 😊

    Utk soalan exam, saya jawab A. Muktamad!...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnyalahkan, KB! Kalau pilih B atau C, memang tak tahulah nak kata bijak Matematik ke atau sebaliknya ^_^

      Bagus! Bagus! Tapi skil menjawab soalan HOTS kena asah lagi. Banyakkan praktis shopping...eh, menjawab soalan HOTS. Hahaha!

      Delete
  3. kalau saya MD pilih D sajalah..baru jimat duit hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga anak murid saya yang geliga otaknya ya, AA ^_^

      Hahaha!

      Delete
  4. Saya pilih D lah...
    Biar la HD yg ganti baru..

    Nampak sgt ai ni jenis kedekut.. hahaha

    Untung la HD dpt wife mcm MD yg terlebih pemurah...
    Bukan setakat dpt brand new iron board, dpt barang2 extra lain lagi...
    Alah setakat RM600 tu, apa la sgt kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lecturer memang bijak-bijak belaka. Sendiri dah biasa buat soalan-soalan HOTS ni kan, Nur... Hahaha!

      HD lagi kedekut. Kalau dah rosak ironing board tu, silah duduk bersila macam zaman mak kita dulu-dulu. Gosok alas karpet, alas kain kat atas lantai. Ada sanggup? Ohhh...tidaklah! Mahu terseliuh kaki sakit ^_^

      Delete
  5. Akak pilih A ,MD.Kalau shopping dengan abang tak boleh nak leceh2...kena cepat.Biasa kalau ada voucher pun simpan dulu.
    Apa cerita sebenarnya MD sampai terbakar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kan kak, queen control *_* Habis barang kat rumah tu saya yang control. Lagi-lagilah bab iron. Kalau saya guna, tak suka orang ubah-ubah kepanasan dsbnya. Tetiba satu hari tu saya baru letak iron kat atas ironing board (memikirkan iron tu sejuk sebab baru aje switch on) tetiba melekat terus atas cover. Habis dah rentung setompok. Hati saya pun sakitlah. Taknak saya guna ironing board tu lagi. Nasib baik tapak seterika saya licin aje! Kalau tidak, seterika-seterika saya kena beli baru! Banyak sikit dapat voucherkan ^_^

      Delete
  6. Alaa..kot dpt hadiah ironing board ke baru happening kan, tak pun hadiah iron ke, iron man ke..

    Apa susah2, buatla muka kesian ke, mogok taknak gosok baju kr, nescaya dpt iron board baru, boleh gitu? Tak boleh? Aah kan, itu bukan cara nk jadi isteri yg solehah

    Ermm..pilih A jer, tkyah penin2, voucher tu kumpul je, next time, belanja kumpul lagi, next time belanja kumpul lagi, smp dpt kumpul voucher 100, sila tebus satu lagi iron board pastu jual le kat sesapa yg berkenan, hehheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau iron man tu bolehlah diuruskan. Rembat aje anak bujang punya buat hadiah! Kahkahkah!

      KakG, kalau mogok tak gosok baju siapa yang susah? Kita juga. Dah baju kita nak pakai pun tak bergosok. Macamana?

      Kak, ni soalan HOTS. Mana-mana pun betul tapi saya tak suka jawapan yang mudah. Hahaha!

      Delete
  7. Sorry, MD. My brain is cooked right now, I cannot jawap soalan metematik wahahaha!! You suka ironing? Eee...that's the worst housework for me. Tak suka! I prefer any other thing except ironing. Basuh baju pun takpe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu! Kalau tak suka Maths, memang macam-macam alasan PH boleh beri ^_^ Hahaha!

      Ohhh...itu my favorite past time ler... I suka sangat gosok pakaian tau. I suka basuh pakaian, lipat pakaian. Pendekata apa-apalah berkaitan dengan pakaian. Beli pakaian pun suka ^_^

      Delete
  8. Hehe.. Kalau nk berjimat, mmg D la jwpnnya..
    Tapi hati tu nak yg baru jugakkan.. Kena la pilih A..
    B dgn C tu bukan la motifnya nk berjimat, tu lebih kepada nk shopping.. Alang2 shopping, biar sampai blh redeem vaucher.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Pandai pun. Macam nilah baru boleh jawab soalan HOTS UPSR.

      Tapikan setelah diteliti, tak tahulah betul ke ni soalan Maths. Kehkehkeh....

      Delete
  9. Td dah komen, gamaknya line terputus kot..

    Akak pilih D, jgn pening2 kepala lagipun bab gosok baju tak termasuk dlm tugasan hakiki, ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh.... saya takda delete komen kawan-kawan kecuali tak sengaja. Hahaha!

      Habis tu, bab gosok baju kat rumah tu tugasan hakiki siapa, UA?


      Untunglah ada yang membantu. Kalau suami yang bantu tugasan tu, lagilah untung badan weyh...

      Delete
  10. Gigih eh kak nak kumpul voucher Aeon. Hahaha! Nani dah lama tak buat kerja kerja gitu sebab selalu beli barang sikit sikit, tak layak nak dapat voucher. Kalau jawapan C tu, amboi sangat. Nak borong apa sampai 1K dekat Aeon. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalah akak kalau Aeon buat 'spend RM100, get RM10 voucher' nih...

      Memang masalah sungguhlah akak nak mengumpul voucher. Sampai tak ingat balik dibuatnya. Kejap-kejap combined resit ^_^

      Eh, kalau pandai dan ada duit, boleh aje Nani sapsapsoi spend banyak tu. Kita orang perempuankan, takda apa nak beli pun tetap penuh troli. Betul tak?

      Delete
  11. voucher ni kadang lebih pada trick mereka je utk buat sale. hehe. kadang utk beri penghargaan pada customer. Apapun saye pilih D jelah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Dan orang-orang yang selalu terjerumus dalam trick ni, macam sayalah ^_^

      Kalau kata belanja RM100 dapat RM10 voucher, saya rasa macam berbaloi sangat sebab kita cuma spend RM90 aje...

      Hahaha!

      Delete
  12. saya kalau jimat pilih D. kalau nak cepat malas fikir pilih A je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jawab soalan HOTS macam ni tau. Kena berfikir di luar kotak macamana nak 'selesaikan masalah' yang dibuat sendiri. Hehehe!

      Delete
  13. Acik tak rajin nak pi tukar macam MD..nak dapat vaucer kena beli barang ..baik la acik pi beli je barang yang acik nak he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau datang time rajinnya, memang tak boleh kata apalah Acik. Memang teruja bagai!

      Delete
  14. Kalau CH terus jer beli RM100 tu..
    Tak payah spend sebyk RM600 or RM1000 tu..
    Byk wey..
    Lain lah MD minta semua org yg duk beratur kat kaunter bayaran tu guna kad ahli MD..
    Tu mmg untung giler2 dan berbaloi sgt hahaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak gitu, CH...

      Bila dah balik rumah baru terfikir, la rupa-rupanya harga ironing board tu dah jadi RM600 lebih gamaknya sebab sibuk nak kumpul voucher. Kalau dah berkenan, beli ajelah RM100 habis cerita, betul tak?

      Delete
  15. Nape tak pilih C.... Bukan ke Kak ton nak kumpul voucher sambil dapat iron board free?
    Sambil sambil tu dapatlah bersoping. Soping apa weyh sampai RM600 tu...

    Mak punya iron board mak balut pakai kain sekolah si TLBD Kak Ton. Main ikat ikat je nak ketatkan balutan tu . Teringin gak nak beli iron board yg beso tu tapi nak letak mana pulak. Semak ar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ingat nak juga pilih C tapi dah tak tahu nak beli apa...


      Mak, zaman sekarang ni duit dalam poket kalau mengalir kita tak tahu pun beli apa. Kak Ton pun tak tahulah apa barang yang dapat dengan RM600 tu. Campur-campur sebenarnya dengan Ngah. Nasib baik Ngah tak nak claim voucherkan, kalau tidak nangis pulak Kak Ton tak dapat beli ironing board dengan voucher. Kahkahkah!

      Delete
  16. kalau duit cukup2 pilih A. sebab lagi banyak resit lagi banyak duit kena keluar

    kalau takde duit pilih D. lepas tu seminggu duk termunung teringat terindu2 iron board yang dah suka sgt tu

    kalau banyak duit harulah ambik C. barang lain dapat beli selain dapat free gift. hoyehhhh sape yang tak suka percuma hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Kira. Kalau nak kumpul voucher ni kena tabah sikit tengok poket rabak. Hahaha!

      Kadang tu takda benda nak beli tapi dek kerana nak mengejarkan RM10 voucher tu, beli ntah apa-apa. Lepas tu menyesal ^_^

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...