Thursday, April 20, 2017

Anak-anak

Salam kawan-kawan!

Entah kenapa sekarang ni suka betul guna tajuk sepatah perkataan aje. Mungkinnya dah penat dok fikir nak letak tajuk apa gamaknya, pilih perkataan yang pendek sudahlah. Entri pulak memang macam selalu, tak pernah kurang daripada 10, 000 patah perkataan 😊 

Jadi, kenalah menjimatkan masa di situ. Lagi pun kena ingat, entri selalunya 'digarap di pejabat'. Huuhaaa... melampau betul! Nasib baik bos tak bisa memahami bicaranya...

Semalam sedang I leka melipat pakaian, tetiba terdengar suara mengekek-ngekek dua insan tersayang - Bubbly Abang dan Adik Cute. Entah apa yang menggelikan hati mereka pun tak tahulah. Kejap dengar mereka bermain, sekejap lagi dengar mereka bercakaran pulak. Mereka dua beradik ni memang selalu tak sependapat dalam bermain 😊

I memang malas nak 'serang hendap' anak-anak, I terus aje masuk bilik tengok apa mereka sedang buat!

Rupa-rupanya tengah belek gambar lama... my gambar-gambar lama😊

Bila mereka sedar kehadiran Mommy, mulalah Adik Cute berkata,

Mommy! Kita tengah tengok gambar Mommy!

Kata Bubbly Abang sambil gelak,

Mommy! Adik kata dia suka sangat Mommy masa ni. Mommy comel je. Mommy cantik aje!

Habis tu sekarang Mommy tak cantik ke?

Teruslah si kecil tu peluk Mommynya sambil berkata,

Eh, taklah! Mommy cantik! Adik kata dulu Mommy lagi cantik! Adik suka Mommy dulu...

(Aduh! Tepuk dahi terus!)

Jom, Mommy tunjuk album gambar Mommy dulu-dulu!

Masing-masing berlari kegembiraan mengekori I mencari album lama... 😊

Tergelak-gelak mereka melihat my gambar lama daripada umur 3, 4 tahun sampailah sehingga mula bekerja.

Eh, muka Mommy tak banyak berubah! Tapi kenapa masa sekolah rendah Mommy nampak 'lebih tua' daripada masa Mommy kat universiti ek? ... tanya si Bubbly Abang!

Dan I keluarkan pulak satu album lama masa si Bubbly Abang baru lahir...

Masa ni takda simpan gambar dalam komputer, sebab itulah Mommy ada satu album untuk Abang masa mula-mula lahir... Tanya Daddy, dulu Mommy guna kamera Kodak lepas tu guna instant printer tau. Mahal Mommy beli masa tu!

Tetiba...

Mommy! Adik nak tanya eh.... Kenapa gambar Adik takda dalam album?

Ni Mommy nak beritahu eh... gambar Adiklah paling banyak Mommy simpan dalam komputer. Adikkan suka selfie... Nanti kita buat photobook ya!

Nasib baiklah makan pujuk si kecil ni tau... 

Tapi entah bila pula nak buat photobook ni. Orang dah habis cuba, I masih lagi tak terbuat-buat. 

Dan dua malam sudah ketika menonton Kong : Skull Island, tetiba I dapat pertanyaan yang tak tahu macamana nak kata dari mulut mungil si Adik Cute...

Mommy! Adik nak tanya eh... (standard ni kalau dia nak tanya sesuatu...)

Kenapa ya bila lelaki jumpa perempuan, lelaki tu mesti nak buka seluar?

Apa????

Berpandangan I dan HD, terkesima sekejap. Lidah kelu dan otak beku memikirkan jawapan...

Guess what did I tell my boy?

πŸ˜‰

Kita sambung di lain harilah pulak...






18 comments:

  1. Hahah. Kemain dia buat perbandingan mommy yang dulu dengan sekarang πŸ˜‚ Soalan adik cute yang last sekali tu hahaha. Kalau Nani pun mesti terpinga pinga kejap nak jawab πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si kecil ni kalau bab bercakap dan bertanya soalan pengetahuan am memanglah petah, Nani. Cuba suruh belajar, aduhai... masak dibuatnya!

      Delete
  2. Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. Sekejap dh besar anak2 yer MD. Makin handsome dua2 tu. Tajuk n3 tak penting yg pntg n3 pjg berjala mcam biasa he3.. i like. Lagi2 bab anak beranak bersoal jawab sgt cute.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you again KA sebab sudi singgah bila ada kelapangan.

      Anak-anak memang begitulah... walaupun di depan mata kita, tetap juga kita tak perasan mereka semakin membesar rupanya. Mungkin jugalah masa yang berlalu begitu cepat. So kita salahkan masa ajelah ya, KA ^_^

      Delete
  3. Uwais kalau tengok gambar lama kitorang kadang tak kenal. kalau tengok gambar dia masa kecik claim kata tu adik dia

    mana dorang Nampak "drama" tu kak? omggggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surprisingly anak-anak akak boleh camlah mana satu akak. Akak tunjuk gambar akak umur maybe 3,4 tahun attended birthday party my sepupu kalau tak silap. Bila suruh tunjuk mana satu Mommy, pandai tahu dua-dua teka Mommynya yang mana. Tapi bila kita tunjuk gambar mak-mak saudara, pak-pak saudara, bukan main mengekek mereka gelak sebab katanya jauh berbeza!

      Hah, itulah akak pun tak pasti. Memang kalau menonton movie tu mereka ada bersama. Kalau adegan lite-lite kita suruh mereka tutup muka. Kalau ada adegan berat memang movie pun rated pukul 10 malam punya. Tapi budak-budak sekarang ni kita pantau yang ini, lepas juga yang itu. Kenalah berjaga-jaga!

      Delete
  4. Aduhhhh Adik Adikkkk...

    Takkan mommy nak jawab sebab bebird nak terbang kottttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Terkesima saya sekejap, Kakcik. Manalah kita tahu dia nak tanya soalan menusuk kalbu macam nih...

      Nantilah saya beritahu jawapan dalam entri lain ^_^

      Delete
  5. cemas dengar soalan terakhir tu hahaha saya tunggu jawapan MD, mana tahu nanti anak2 saya tanya soalan yang sama bolehlah saya gunakan jawapan MD saja nanti.

    pandai sangat adik tu buat perbandingan mommy dulu dan mommy sekarang ye..maknanya apa tu adik cute, suka mommy dulu sebab mommy cantik? apa sekarang mommy tak cantikkah? aduhh itu bikin sentap la adik hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak terjangka yang dia akan tanya soalan macam tu. Tapi, si kecil ni memang selalulah over dengan soalan-soalannya. Mulut memang boleh tahan.

      Mahu tak terkecil hati bila dia kata dia lagi suka Mommy dulu. Something wrong somewhere dah nih... ^_^

      Delete
  6. Bukan main lg budak berdua tu bagi kritikan yer... Mommy tak sentap ka?hihihi

    Saya dah beli bebereapa voucher photobook... Ada beberapa yg nak expired.. huhuhu. bz betul la lately ni...

    Jgn lama sgt tau tulis sambungan tau...
    Tapi kan, kalau sy jwb soalan Adik tu dgn soalan juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentap tu sentap jugalah tapi bila tengok keletah mereka dua beradik, hilang pulak rasa sentap pada mulanya tu ^_^

      Biasalah kena akui jugakan umur bukan muda lagi. Muda pernah datang, datang sekali aje lepas tu ditelan usialah kita ni. Tak gitu, Nur? Hahaha!

      Delete
  7. anak saya pun suka sangat kalau tengok gambar mama. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka anak-anak saya boleh cam rupa Mommynya walaupun masih kecil lagi masa tu. Mungkinlah muka saya tak banyak berubah. Berubah tua aje. Hahaha!

      Delete
  8. eh mommynya kan genius, pandai2lah mencari jawapan yg brilliant jugak! hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... dah bagi jawapannya. Saja tak tulis di sini. Thrill lah kononnya...

      Delete
  9. Hadoiiii... Dah keluar soalan cepuk cemas. Iolls yang baca pon terkedu jugak dengan soalan adik nih ☺☺

    Kekadang memang letih fikir tajuk entry. Tak tau nak lepat tajuk apa. Fikir tajuk jer dah setengah hari... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali dia bertanya soalan, mahu berpeluh sejuk dibuatnya. Nak fikir jawapan lagi, nak nampak cool kengkononnya kan...

      Itulah, fikir tajuk aje dah setengah hari. Macamana nak menggarap entrikan! Itulah pasal datang 'malas' ^_^

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...