Salam 25 Safar dan Salam Jumaat kawan-kawan!
Apalah nasib badan nih... hari ni lagi bertambah malas jadinya; rasa macam nak cuti-cuti sekolah juga. Semalam dok google hotel, penuhlah alahai. Yalahkan, esok nak pergi malam ni baru google memanglah. Lagi-lagi cuti sekolah dah bermula. Sajalah nak kata plan terpaksa dibatalkan ^_^
By the way, Mami @ mak mertua den rasa-rasanya bulan 12 ni sampailah ke Malaysia. Dua bulan nak duduk dengan anak, menantu dan cucu. So lepas ni memang muka Mamilah yang kena tempek dalam blog ^_^
Dan... semalam my anak bujang tersado@Bubbly Abang main-main whatsapp lagi. Siapa punya angkara? Si Daniellah. Kata Daniel dia dah ada grup whatsapp. Nanti dia masukkan Bubbly Abang pulak. Tak boleh masuk sebelum ni sebab dia fikir Bubbly Abang tak pandai whatsapp. Cis, Daniel! Awak tak tahu ke anak bujang aunty ni memang kerja main whatsapp. Nak makan apa-apa pun main order kat Mommynya dalam whatsapp jerk ^_^
Yang paling tak menahan bila Daniel pesan kat Bubbly Abang minta datang awal sikit hari pertama persekolahan tahun depan!
Amboi nak oi! Cuti sebulan ni enjoylah dulu. Cerita sekolah kita sambung tahun depan ajelah yerk! Aunty tak boleh berjanji lagi nak hantar Bubbly Abang ke sekolah tepat pukul 6.30 pagi. Sekali tertipu, selamanya Aunty tak percaya dah!
Jom kita masuk ke kisah Adik Cutelah pulak. Nampak tak betapa adil dan saksamanya Mommy depa ni. Kalau cerita anak ni, lepas tu kena cerita anak tu. Padahal anak-anak bukan buka blog pun. Cuma Bubbly Abanglah yang tahu dan pernah juga dia tanya macamana Mommy ada blog ~_^ Hehhhh...itu rahsia ^_^
Harijadi Adik Cute jatuh pada Nov 9 yang lalu. Macam biasalah kalau harijadi ni memang takda adegan tiup lilin, bergambar dengan belon dan lepaskan belon bagai (^_^) Paling-paling awesome pun makan beramai-ramai. Biasanya I bawa anak-anak ke tempat yang mereka suka. Dan macam selalu, baik my harijadi, HD, Bubbly Abang mahu pun Adik Cute, memang I akan ambil cuti. So, 4 hari cuti setahun memang wajib untuk sebab ini.
Macam I kata sebelum ni kebetulan My Chik ada datang ke KL. Makanya I buat makan-makan simple ajelah. Dah pagi harijadi Iron Man pun masih lagi tak tahu nak buat apa! Jadi belilah senang cerita apa mahunya si kecil ni...
Buatnya pun di rumah Ngah aje sebab senang sikit ramai yang membantu. Kalau buat di rumah I, lintang-pukang ahkak kena keluar masuk dapur which I tak sukalah ~_^
Kek ni buat cukup syarat aje. Adik Cutekan memang suka potong kek. Habis kek harijadi orang, dia yang sibuk nak potong. Sampai nangis-nangislah kalau tahu harijadi orang sekelilingnya tapi takda kek nak potong!
Dek kerana tak habis, dua hari berturut-turut juga I terpaksa 'sarapan' kek, bawa bekal pergi pejabat tau dah semua yang lain tak mahu makan lagi! Sebab itulah tak payah membazir beli kek besar dan mahal. Menangis I nanti mengenangkan nasib kena sarapan kek!
Selesai sudah majlis harijadi Adik Cute, kiranya yang paling last untuk tahun ni. My family ni memang first birthday I punya, lepas tu Daddy mereka, and then Bubbly Abang dan last sekali turn Adik Cute. So tutup buku majlis makan-makan sempena segalanya untuk tahun ni.
Bulan satu nanti ada hari penting juga tapi selalu kena skip sebab mak mentua den biasanya ada di Malaysia waktu begini. HD tak berapa minat nak memperingati itu, ini bila Mami ada. Yalah, nak jaga hati ibunya supaya Mami tahu yang anaknya memang sentiasa sayang dan tempatkan dia nombor satu dalam hati ^_^
I okey ajelah sebabnya dah biasa begini. Lagi pun yang rajin buat kerja macam ni, I juga selalunya.
Dan berbalik kepada Adik Cute, I rasa cukuplah dia 'perasan' bila nampak kek harijadi ni. Kalau tidak, nayalah habis semua harijadi orang terdekat dia suruh beli kek sebab dia nak potong. Entah berapa kali setahun agaknya dia nak potong kek. Pening omaknya tau! Kita sambung lagi tahun depan nak merengek menangis apa sekadar nak potong kek harijadi orang lain ya dik!
Aha, untuk penutup majlis tahun ni, akan ada kenduri kahwin my anak saudara, Afiq. Nasib baiklah sawan pengantin I tak muncul tiba tau. Kalau tidak, nangis guling-guling you all membaca kisah sawan pengantin I macam yang berlaku ketika majlis kenduri kahwin Iwan tahun lepas ^_^
Selamat bercuti sekolah untuk anak-anak dan selamat bekerja keras melayan kerenah anak-anak untuk semua mak budak, mak saudara budak dan kakak budak-budak yerk ^_^

![]() |
Dah tiga kali beli kek di tempat yang sama. Selain murah, rasanya sedap tapi bab tulisan tu memanglah tak berkenan di hati ... |
Dek kerana tak habis, dua hari berturut-turut juga I terpaksa 'sarapan' kek, bawa bekal pergi pejabat tau dah semua yang lain tak mahu makan lagi! Sebab itulah tak payah membazir beli kek besar dan mahal. Menangis I nanti mengenangkan nasib kena sarapan kek!
![]() |
Manjanya si kecil ni dengan Kak Sarahnya memang dah macam mak dan anak! |
![]() |
Banggalah dapat hadiah. Hadiah dari Mommy, Daddy n Abang takda dalam gambar sebab dah dapat dua hari sebelum tu. |
![]() |
Idea kreatif Kak Sara. Last hadiah buat Adik Cute sebab tahun depan Kak Sara mungkin dah di Kuwait. |