Friday, September 30, 2016

Alahai, bangsaku....

Salam 28 Zulhijjah kawan-kawan!

I ni ada masanya suka juga buka laman gosip atau pun membaca hal ehwal semasa. Sejak media sosial menjadi 'penting' kepada manusia sejagat, adakalanya rasa seronok bila membaca sesuatu tu.

Lebih-lebih lagi kalau dapat banyak response dari para keyboard warriors. Memang best jadinya aktiviti membaca yang santai.

Mulanya I terbaca satu kisah ni di blog si LekatLekit @ rakan seperjuangan menyelusuri alam ghaib katanya (^_^) dan kebetulan malam semalam bila berkesempatan menonton berita di Astro Awani tetiba muncullah kisah yang sama ~ si penjual daging online dengan salah seorang 'potential customer'nya yang sedikit racist.

Ada you all baca kisah ni? 

Boleh klik di link yang diberikan. Dipendekkan cerita, seorang pembeli ni tak jadi membeli daging dari si penjual bila mendapat tahu yang budak dalam gambar profile si penjual adalah anak si seller, mixed blood Melayu-Negro. Alasan yang diberikan kerana suami si pembeli tidak suka si pembeli berurusan dengan Negro kerana mereka 'dahlah buruk, jahat perangai' lagi... 

Bila si seller ni menjawab dengan kata-kata yang agak 'menyakitkan hati' si potential buyer, maka si buyer ni pun mulalah kata si seller kurang ajar dan nak viralkan conversation mereka! 

Eh, dia yang mulakan, dia pulak yang terasa di'mangsa'kan.... ^_^

Pada my pendapat, memang kelakarlah kisah ni! 

Okey, tak dinafikan memang bangsa yang satu ni terkenal dengan sikap negatif bagai. I sendiri pun tak berapa gemar kalau nampak seorang berhampiran ^_^ So, kiranya I pun adalah juga sifat perkauman tu.

Tetapi, kita tak bolehlah main hentam ikut pepatah 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga' ^_^ Bukan takda langsung yang baik, ada aje tapi mungkinlah sedikit dan mungkin juga kita tak berpeluang langsung mengenali hati budi mereka yang baik ini.

Teringat pada pengalaman my Japanese friend ni. Rasanya I pernah cerita dalam blog juga dulu-dulu. Bila kawan sebangsanya tahu yang dia berkahwin dengan lelaki Melayu, mereka pun bertanya kenapa berkahwin dengan Melayu? Bukan ke orang Melayu ni malas, tak bagus, suka 'menyekat' kebebasan isteri dan boleh kahwin empat?

Jadi my friend ni pun jawablah yang mereka kena faham, setiap bangsa pun ada orang baik dan jahat. Bukannya kalau seorang tu jahat, seluruh bangsa tu jahat juga! Even bangsa sendiri pun katanya ada aje penipu, jahat, pengotor dan sebagainya ^_^

I respeklah dengan jawapannya tu ~_^

Yang sebenarnya, kita ni memang ada sifat perkauman tu cuma kecil atau besar, nampak ketara atau tidak aje. Contoh paling mudahlah, kalau kita ada satu barang tapi kena beri kepada dua orang staff yang berlainan bangsa - satu sebangsa kita dan satu lagi bukan. Tentu immediate response dalam hati nak beri pada staff sebangsalahkan! Itu pun dah kira racist jugalah walaupun alasannya demi kebaikan bersama ^_^

Yang seronoknya bila sesuatu perkara menjadi viral sekarang ni ialah membaca response para pengomen. Oh, alahai, yang ni memang boleh bikin hati sejuk, panas, sejuk, panas terus berbara api tau! Akhir cerita, kisah yang diviralkan tu takda apa-apa tapi pengomen yang menyokong pihak berbeza tu pulak bertelagah dan berpuak-puak jadinya menyuarakan pendapat 'benar' masing-masing. Oh, memang kelakar tau!

Antara yang I sempat baca, adalah pengomen yang kata si potential buyer tu mungkin orang kampung.com, guna duit laki pun tak minta izin, guna nama laki kata tak boleh deal dengan Negro bagai and etc. 

Eh, janganlah main tuduh orang kampung pulak! Apa kes ni...

Orang kita ni memang adakalanya pemikiran kolot tu tak boleh diajar dan tak mahu belajar upgrade ilmu di dada. Kalau ilmu tak banyak mana, bukan ke lebih baik kita menuntut ilmu sebelum menyebarkan ilmu yang entah apa-apa aje. 

Kalau kita tak tahu, kita belajar. Kalau kita malu orang tahu kita tak tahu, kita belajar senyap-senyap, cari 'guru' yang berkaliberlah. Jangan berguru dengan Mr. Google aje lepas tu sibuk nak mengata orang tu salah, orang ni bengap ^_^

Teringat pulak pada kes kawan my sister ni. Dia tak pernah tidur hotel. So kali pertama kena pergi kursus, tidurlah di hotel berkongsi bilik dengan my sister. Bila dia mandi, bukan main lama duduk dalam bilik air. So satu hari my sister pun tanyalah, kenapa mandi lama sangat! 

Dia pun bercerita, katanya dia tadah air masuk bathtub (ni jenis ada kolah mandi di rumah rasanya, selalu mandi air kolah) lepas tu kena tunggu air tu 'sejuk' ^_^

Nasib baiklah my sister bertanya dan dia bercerita. Maka, my sister pun tolongkan  tukarkan air 'panas' tu ke air 'sejuk' dan dia pun takdalah selamanya jadi malu !

Kalau ada antara si keyboard warriors yang baca kisah ni mesti statement yang keluar,

Orang kampunglah ni! Tak pernah masuk hotel....

Kadang-kadang perkara yang dibincangkan tu kecil aje tapi diperbesar-besarkan sampai menjadi perbalahan dengan alasan yang langsung tak munasabah. Bacalah kisah artis kat Malaysia ni yang kerap kena kutuk. Memang kelakar habis tau. 

Dan lumrah manusia, bila sendiri buat salah walau kesalahan tu sebesar gajah, tetap buat tak nampak. Tapi cubalah kalau orang lain buat salah sebesar kuman aje, habislah dok menghentam tak sudah-sudah! Lumrah alam ya ^_^

Cubalah bayangkan situasi macam ni terjadi kat you all..

Katakan you all ni seller, jual baju kurung. Cantik-cantik design dan harga pun memang berpatutan sangat untuk membocorkan poket para pembeli. Tiba-tiba dapat potential buyer ni yang memang gedik tak tahan nak membeli daripada kita, sibuk tanya boleh hantar hari yang sama jugak ke tidak sebab nak pakai majlis sepupu bertunang esok harinya dan siap tanya akaun bank bagai nak buat payment sesangat ni, tak boleh lewat walau sesaat pun!

Tiba-tiba dia ternampak gambar kat profile kita yang loving gila dengan satu omputih ni. Dek kerana sifat 'curiousity killed the cat' yang menebal dalam hati si buyer ni, dia pun tanpa segan silu memulakan conversation :-

Sis, nak tanya ni? Yang bergambar kat sebelah sis tu siapa ya?

Oh, itu my husband, Dik! Kenapa? Adik kenal ke? (debar dah jantung ni, kotnya ex-gf hubby ke apa nih....)

Ohhhhh...sis kahwin mat saleh yerk?

Ahah ^_^ From America *_*

Dan tiba-tiba tanpa diduga...

Sis, sorry ek! Tak jadilah nak beli baju tadi!

Oh, ya ke? Err.. boleh sis tahu kenapa?

I tak sukalah omputih, kristian ni semua... Sebenarnya kalau boleh memang nak sokong bisnes orang Melayu kita...

My husband was a Christian tapi dah lama convert, dik!

Takpalah, sis! Cancel order bolehkan?

(Sukahati kaulah, Dik....) jawab dalam hati si seller. Mesti seller pun pelik tahap tak terfikir dek akal fikiran yang waras apa kaitan 'suamiku omputih' dengan nak beli baju kurung yang dijualnya ^_^ Tak ke pelik jadinya...

Kalau fikir secara logik memanglah tak nampak apa kaitannya tapi cubalah viralkan dan tanya pendapat para keyboard warriors kita yang sanggup melakukan apa sahaja demi bangsa, agama dan negara, for sure you all akan dapat tahu punca dan logik akalnya di situ ~_^

Oh, ya... inilah rupanya anak si seller yang tanpa sebab jadi mangsa perkauman dek kerana gene bapanya yang 'dahlah hodoh, jahat perangai' pulak...


Sumber dari sini
Okey, sudah-sudahlah ya berburuk sangka! Ahad ni dah Awal Muharram. Marilah kita jadi orang yang lebih baik demi bangsa, agama dan negara ~_^










Thursday, September 29, 2016

Riang-ria di Taman Perdana & Taman Tasik Titiwangsa

Salam 27 Zulhijjah kawan-kawan!

Semua pun tahu yang my superheroes dan taman memang 'pasangan ideal'. Kalau boleh hari-hari mereka nak ajak kami ke taman. Daddynya sukalah melayan tapi bila kena kat Mommynya ni, ke taman membawa maksud 'bersantai sambil makan-makan (aiskrim)' bukannya beriadah ~_^

But then again, apakan daya kerana permintaan mereka itu tak dapat nak dipenuhi setiap hari kerana Mommynya ni bukan surirumah sepenuh masa ^_^

Oh, well! I membayangkan kalaulah I surirumah sepenuh masa memang banyaklah bonding rebonding time dengan anak-anak; janji mereka happy. I pun of course happy jugalah! Setakat nak pergi taman pagi dan petang setiap hari, pastinya no big hal punyalah ~_^ 

Itu cuma kata-kata ajelah tapi berdasarkan kepada beberapa pengalaman menjadi surirumahtangga separuh masa, nak telan air liur pun payah, inikan pulak nak tunaikan permintaan anak-anak ke taman setiap hari. Oh, payah oi!

Ada kemungkinan banyak kerjarumah yang never ending tu tak mampu disiapkan kalau asyik nak ke taman! Macamana nak jadi isteri dan ibu mithali nanti?

Oh, alasan ~_^

Bubbly Abang di Taman Tasik Perdana. Masa ni mood tak berapa baik sebab baru lepas kena marah dengan Mommy sebab buat muka ~_^ Kenalah snap gambar yang sama 2 kali. Yang pertama tu muncung duplohlapan depa kalau diukur dengan pembaris! Mommy depa ni sebenarnya garang tau. Kalau dengar ada perempuan tetiba menjerit, cubalah toleh. Besar kemungkinan MD lah tu ~_^
My anak-anak ni kalau ke taman memang tak berpakaian yang sesuai untuk beriadah sebabnya bila keluar rumah, bukan sekadar taman aje yang kami terjah. So kenalah pakai proper sikit. Kotnyalah Mommy mereka ni nak masuk shopping mall pulak lepas penat beriadah makan aiskrim di taman ~_^ Lainlah kalau nak main football di taman atau memang betul-betul keluar nak beriadah aje, okeylah kita pakai pakaian sukan ~_^


Semenjak mengenali buaian ni, bukan main lagi tau asal ke taman aje nak main buai. Ni mood dah okey sebab dah nampak buaian ^_^

Asyik gambar si Bubbly Abang aje, Adik Cute ala-ala Justin Bieber tu cuba you all teka di mana?


V
V
V
V
V
V


Aha ada di sinilah! Entah celah 'lubang' yang mana, rasanya yang kat hujung tu ~_^

Gambar ni Mommynya dah zoom sikit punya banyak tau! Kata you all suruh I 'lepaskan' sikit anak-anak tu beri mereka freedom lebih sikitkan, jangan asyik nak menjerit macam bini Tarzan jerk, itu tak boleh, ini tak boleh! 

So I lepaskan dengan pengawasan penuh dari kejauhan tau sambil tutup mulut jangan beri menjerit! Lagipun bukan ada ramai orang pun masa ni. Kalau ramai, jangan haraplah Mommy yang over protective ni akan melepaskan anak-anaknya main sendirian! I is still cannot ler buat gitu...

Dah! Jom kita ke Taman Tasik Titiwangsa pulak ^_^

Lama sungguh tau kami tak ke sini. Eh, rasanya sejak ada anak, memang tak pernah jejak Taman Tasik Titiwangsa ni untuk beriadah. Ingatkan takda apa-apa di sini rupa-rupanya kami silap ~_^


Eh! Mana pulak pergi heli dalam gambar ni ek? Ke I yang rabun teruk sangat sampaikan heli pun tak nampak!

Cantik dah Taman Tasik Titiwangsa sekarang ni rupanya ^_^

Aha! Barulah nampak heli ^_^ Boleh sewa tau kalau nak tour tengok KL dari atas! I tidaklah, I gayat tempat tinggi ^_^

Indahnya ciptaan Tuhan yerk! Tang mana yang indah,  carilah sendiri...
Eh, ini gambar masa dah nak balik! Padanlah muka masing-masing dah 'senget' ^_^ Ke Mommynya yang salah snap gambar?



Masa di sinilah dari kejauhan Adik Cute dah nampak ni semua. Maka apalagi, aktiviti memujuk pun berlangsung...

Adik macam nak naiklah tapi Adik takut Mommy marah!

Yalah tu, Adik! Mommy dah tahu dah taktik memujuk gaya 'Justin Bubur' nih!


Adik Cute nak naik kereta 'mewah' sebenarnya tapi tak available pulak sebab ada budak lain tengah main! Terpaksalah naik kereta polis negara China ^_^

Bubbly Abang mampu telan air liur ajelah sebab memang tak mampu nak masuk dalam kereta tu ^_^ Dia tak terliur pun, sajalah Mommy nak menyakat! Jadi tukang control ajelah kekdahnya...

Teruja sakan Adik Cute dapat bawa kereta polis. A dream comes true gitu ^_^ Dulu kat rumah ada motor polis tapi takda kisah dia nak naik pun!

Adik, bawa kereta kena tengok depan! Ada ke pulak tengah memandu boleh sengih-sengih tengok kiri kanan belakang. Dahlah bawa kereta polis, kang terlanggar orang awam camna? See you in courtlah Adik oi ^_^
Sekali naik kereta ni harganya RM10 untuk 20 minit kalau tak silap. Kalau nak bayar RM20 dapatlah naik lupa pulak berapa minit ~_^


Gambar di atas ni pulak muka sedih dan tertanya-tanya kenapalah dia ditinggalkan oleh Daddy dan Bubbly Abang kesayangan yang bersuka-ria naik basikal berdua-duaan.

Kenapa Mommy tak naik basikal?

Eh, I tahulah kayuh basikal okey! Tapi macam tak sopanlah pulak nak naik basikal pakai kain labuh ^_^ Lagi pun I tak berani nak bawa Adik Cute naik basikal bersama-sama. I ni cepat panik. Kalau I kena bawa Adik Cute naik basikal, rasa-rasanya anak I kena pakai full gear gitulah ^_^

Itu ajelah kisah kami di taman-taman larangan. Kisah di taman ni biasa-biasa aje tapi kalau tak bercerita dalam blog, rasa macam luar biasa pulak jadinya MD ni ~_^








Wednesday, September 28, 2016

JJCM : Orchid Bistro

Salam 26 Zulhijjah kawan-kawan!

Lama sungguh tak singgah di Orchid Bistro ni. Kalau tidak dulu-dulu memang rajin terjah ke sini. Maklumlah kalau dah ke Wangsa Maju ni, memang situ-situ ajelah kawasan lepak makan-makan katanya...



Kalau dulu makan di sini agak murah juga dan boleh tahanlah sedapnya. Nak kata sedap sangat tu tidaklah, tapi bolehlah diterima oleh anak tekak kami sekeluarga.

But then baru-baru ni kami makan, takdalah murah lagi dah walaupun masih kurang daripada RM100. Berbanding dahulu, memang nampaklah perbezaan harganya. 

Meh tengok apa yang kami minum dan makan di sini ~_^ 





Menu dua di bawah tu dah tentulah kepunyaan Adik Cute. Sejak kebelakangan ni, Adik Cute ni kuat makan tau. Habis licin pinggan. Kalau dulu letak nasi separuh pun tak habis, sekarang ni licin! Boleh kutip sebutir-butir nasi tu sampai licin berkilat pinggannya! Well, baguslah sikap makan macam tu! Lega hati Mommy ^_^

Itu ajelah nak cerita untuk hari ni. Bila dah masuk pertengahan minggu ni, fikiran pun dah melayang sampai ke hujung minggu. Mood malas dah sampai ^_^
















Tuesday, September 27, 2016

(JJCM) Seri Iskandar : Mr. Cendol & Ikan Bakar Pak Teh

Salam 25 Zulhijjah kawan-kawan!

Hari ni jom kita sambung kisah di Seri Iskandar lagi ^_^

Memandangkan Seri Iskandar ni takdalah besar mana, makanya I malaslah nak menggoogle apa yang ada di sini. Dengar cerita mulut dari my jiran sebelah ajelah...

Bila sampai di sini, memang lapar betullah tapi tak tahu nak makan apa. Berlegar-legar kami ni di kawasan sekitar, masih lagi tak boleh buat keputusan di mana harus mencuba makan. Yang senang dilihat (dari jauh) satu aje ~ Mc Donald ler ^_^

Teringat kata jiran sebelah, ada cendol di Billion. Maka,  I pun suruhlah HD memandu ke Billion. Buat-buat tak nampak aje McD yang tersergam (indah)  di pandangan mata tu!

Jadinya, marilah kita pekena cendol di Mr Cendol (Eh, betul ke Mak nama kedai ni? Ke Kak Ton yang memandai-mandai salah ingatan?)


Semangkuk kecil cendol biasa ni harganya RM3. Tak tahulah murah ke mahal tapi kata my Chik, kalau kat BP baru RM2.50 lagi besar mangkuk ^_^ 

Rasanya?

Bolehlah kalau teringin sangat nak 'mengcendol' gitu ~_^ My anak-anak dan HD pada mulanya main minum aje cendol ni tanpa letak gula melaka dek kerana gula melaka diletak dalam botol sos, di atas meja. Nasib baiklah Mak dah explained dalam blognya ~_^

Maka I dengan bangganya suruh mereka curahlah gula melaka tu sebanyak mana yang mereka suka, ikut manis anak tekak sendiri!

Mommy, sure ke ni gula? Bukan kicap eh?

Anak bujang tersado bertanya...

Lepas tu kami pun masuklah jenjalan kat Billion. Masa tulah baru perasan D hotel yang Mak katakan tu ^_^ Ish, dari bawah tak nampak pulak canggihnya walaupun sebangunan dengan Billion!

Jalan-jalan dalam Billion tu pun tak bawa apa-apa makna. Takda apa pun yang best. Tapi Kak Ton ni kalau nampak Watson ke, Guardian ke, kedai-kedai biasa yang ada melambak di KL tetiba muncul di daerah terpencil, mulalah terasa macam, "Oh, wow! ....... (sila isi sendiri nama kedai) ni pun ada kat sini!" 

Apa yang pelik pun tak tahulah!

Penat merayau, kami pulang ke hotel bajet semula ^_^

Petang tu keluar merayau lagi. Kot-kot nasib baik nampak kedai makan berkenan di hati. Sebelum tu, kita pergilah ke homestay my sister, Chik dan anak-anaknya. Nampak baru, cantik dan bersih! Tapi takpa, tak menyesal pun tak pilih homestay ^_^

Keluar dari homestay Chik, kita jalan lagi cari makan. Nampak pulak orang menjual pisang goreng, keropok lekor dan cempedak goreng. Apalagi, teruslah berhentikan kereta dan borong ikut tahap kelaparan waktu itu ~_^

Selesai memborong, tetiba kereta dah menuju ke McD ^_^ 

Makanya, 'minum petang' di McD lah kami....

Dek kerana my anak-anak kecoh sangat, si staff McD ni terus datang menghampiri meja makan dan berborak dengan kami sekeluarga ^_^ Oh, masa ni HD takdalah! HD lepak dalam bilik, enjoylah dapat conquer katil sorang-sorang ^_^

Malamnya kami keluar lagi cari makan. Kali ni pun berpusing-pusing mencari makan, tak tahu nak singgah di mana walaupun bukan sikit kedai makan yang ada.

Akhirnya kami sepakat ambil mana senang ajelah. Jadi, kita pun makanlah di Ikan Bakar Pak Teh ^_^







Tengoklah gelagat my superheroes ni. Orang lain dahlah panas, mereka berdua tetap juga nak pakai gaya gini! 

Sukahati komelah! Mommy malas dah nak kata apa! Daddynya bukan main marah lagi dok tengok gaya anak-anak di malam hari ^_^ 

Inilah menu yang kami order. Ini pilihan di depan meja kamilah, itu aje yang I dapat snap. Yang jauh-jauh tu tidaklah I sibuk nak snap ya, lagi sedap menunya ^_^






Panjang sebenarnya meja makan sebab ada tiga keluarga yang makan di sini. My Chik dan anak-anak cari makan di tempat lain. Teh dan anak-anak pun di tempat lain. Both my brothers lepak di bilik aje malas nak keluar malam katanya!

Kali ni my 5th sister yang belanja ^_^

Rasanya?

Macamana gegar dan kelamnya gambar yang  I snap, macam itu jugalah 'kelam' rasanya.  Tapi dah katanya lapar, makan ajelah ya! Lagi pun orang yang belanja, ucap terima kasih sudahlah ^_^

Balik dari makan malam, kami sambung buat 'kerja' sikit di homestay my Teh. Seronok bila 5 beradik perempuan dapat berkumpul bersama. Yang seorang lagi balik bilik berdengkur katanya!

Selesai semua, barulah kami pulang ke Anggun Hotel. 

Bermulalah kisah tidur di lantai untuk 'bibik' macam saya untuk beberapa jam berikutnya. 

Keesokan paginya, seawal pukul 8 pagi kami dah packed segala barang dan checked out!

Well, the main purpose kami semua 'berkelana' di Seri Iskandar kerana ada majlis perkahwinan pada 17hb tu tapi minta maaflah ya, kisah Seri Iskandar berakhir di sini. Takdalah ahkak nak berkisah tentang majlis perkahwinan tu pula ^_^






Monday, September 26, 2016

Seri Iskandar : Anggun Hotel

Salam 24 Zulhijjah kawan-kawan!

Apa khabar pagi ni? Seronok berhujung minggu dengan keluarga? Mesti seronokkan...

Hujung minggu baru ni kami tak buat apa-apa yang luar biasa pun, sekadar keluar makan macam selalu. Maklumlah, kalau hujung minggu tu memang gantung kualilah jawabnya. Tapi yang sebenarnya, hari bekerja pun ada masanya gantung kuali juga~_^

Hari ni marilah kita sambung kisah ke Perak. Penat I mengwatermark gambar untuk entri-entri minggu ni. Bajet macam hari-harilah ada entri tapi tengoklah mood macamana. Hari ni mood ada baik sikit sebab bos tiba-tiba ambil cuti ^_^ 

Merdeka!

================

Selepas ke Kellie's Castle, kami pun meneruskan perjalanan ke Seri Iskandar. Kenapa ke Seri Iskandar? Ada apa di sana? 

Oh, silalah teruskan pembacaan ^_^

Walaupun tak minat tumbuh-tumbuhan, bila nampak pemandangan macam ni, terasa sejuk pulak hati ^_^
Kali ni perjalanan memang lama sikitlah sebabnya separuh perjalanan atas highway, I yang memandu. I kalau memandu, memang ikut peraturan jalanraya sesaja ^_^ Kalau HD ni, tak main dah tengok meter tu berapa. Semua pun main bantai saja! Lepas tu eh, tak perasan laju pulak rupanya...

Akhirnya sampai juga kami ke Seri Iskandar, tempat jiran ahkak suka sangat menghabiskan hujung minggu melawat si Bujang Sadonya ^_^


Kalau nak tahu apa ada di Seri Iskandar ni, tanyalah dia ya sebab dia lebih arif rasanya berbanding Kak Ton walaupun kami berdua bukan berasal dari sini. Tempat melepak paling happening sekarang buat MakJilap sekeluarga ^_^ 

Lepas 'bersiar-siar' di kawasan sekeliling, I beritahu kat HD,

Dear, kalau pencen, I tak bolehlah duduk kat sini! I lemas ler kalau takda shopping mall besar-besar!

Siapa suruh you pencen duduk sini?

Kahkahkah....

Kali ni kami menginap di hotel bajet aje. Yang ni lagilah kelakar cerita. Tukang membooking dah tentu-tentulah si pelakar cerita dalam blog ni. Yang lagi bagus, dia ni tak pernah book hotel bajet pun. So dia 'bajet' hotel bajet ni ala-ala 3 star hotel ler gitu...


Cuba teka, Kak Ton menginap di mana dan MakJilap pulak di mana? Hehehe...
Alkisah yang panjang berjela, perancangan asalnya nak menetap di homestay. Ada dua homestay dibooked oleh my brother dan satu lagi oleh my sister.

I dan Ngah pulak 'kerek' sikit. Kononnya berilah peluang pada adik beradik lain tinggal di homestay yang ada 3,4 bilik tu. Biar kami dua keluarga tinggal di hotel. 

Kenapa bajet hotel?

Memandangkan dah ada homestay, bajetnya tentulah kami melepak di sana dan cuma pulang ke hotel untuk 'melingkar' di malam hari yang tak berapa panjang  rasanya.

Maklumlah 9 keluarga okey yang pergi trip ni. Haruslah takda masa nak 'bertidur-tiduran' sesaja. Lagi pun, kami tak pernah sampai di Seri Iskandar. Bak kata one of my brother in laws, kat sini ada Starbuck ler, itu ler, ini ler... ^_^

Lagi pun sedang I rancak mencari penginapan di Seri Iskandar through booking.com, tetiba keluar nama hotel bajet ni dengan harga murah, murah, murah katanya ~ RM108 aje sebilik! (Padahal last minutenya bila booked  satu lagi extra bilik melalui telefon, RM90 aje sebilik!)

So berpakatlah dengan Ngah, jomlah stay di hotel ni ~ Anggun Hotel

Ngah memang takda masalah sebab berdua aje sebilik. Kak Ton ni kena berempat tinggal sebilik tau. Kisahnya kalau hotel biasa-biasa tu, kita rapatkan aje katil. Cukuplah untuk tidur sekadar 5,6 jam gitu! 

I pulak kalau tidur hotel, memang tidur-tidur ayam aje. Pukul 1,2 pagi pun tak tidur lagi, pukul 4 pagi dah terjaga. Ada masanya setiap jam pun boleh terjaga! Maklumlah ahkak selalu rasa 'seram' kalau tidur kat hotel ni walaupun katanya suka cerita seram ~_^


Nak dijadikan cerita, bila dapat tahu I dan Ngah booked bilik di bajet hotel, my brother pergi cancelled penginapan di homestay dan minta I book lagi bilik di Anggun Hotel ni. Total booking di sini kesemuanya 7 bilik; berperingkat-peringkat I membookingnya sebanyak 4 kali dek kerana kejap orang ni nak pergi, kejap orang tu pulak baru kata nak pergi! Another sister memang dah booked homestay di kawasan perumahan berhampiran Amigo Hotel. 

Asal cerita, tak tahu sebenarnya siapa yang nak pergi tapi akhir jalan cerita, semua pulak nak pergi termasuk my anak-anak saudara 3 keluarga! So my sister (mak kepada dua keluarga anak saudara) teruslah last minute booked another homestay di kawasan perumahan yang agak baru, Lakeville ke entah apa (di belakang Tesco)

Yang lagi best, lain-lain keluarga yang menginap di hotel ni ada anak-anak yang dah besar. Ahah, berasaklah dalam bilik yang kecil ni ^_^ Suruh pergi homestay, masing-masing tak mahu. Nak tidur bawah ketiak emak masing-masing ^_^

Jadi, masing-masing pun komplenlah. Bilik 'besar sangat'lah, bilik takda tingkaplah, takda space even nak solat pun payah! But it's  true, asal berselisih jalan aje, seorang lagi kenalah lompat atas katil untuk beri laluan. Memang kecil ya, dah namanya pun bajet hotelkan. 

My brother yang sampai lewat siap bergurau lagi katanya dari biliknya asal buka 'tingkap' aje terus nampak pemandangan menghijau gitu!

What do you expect, ya tak? I ni tak tahu sekecil ini, makanya redha ajelah...

Nak solat pun tepi pintu. Bila ada yang solat, tak bolehlah nak guna bilik air atau pun nak buka pintu bilik. Masing-masing duduk atas katil ^_^

Bab nak tidurlah yang terseksa. Nak bentang toto pun tak lepas. Atas katil pun cuma boleh muat tiga orang sebab si Adik Cute kecil. Makanya, I lah yang kena tidur kat lantai ya.

Lagi best sebabnya I kalau berjalan memang tak bawa toto ke, selimut ke, satu apa pun tak bawa! Harapkan hotel yang bekalkan...

Maka malam itu I lah yang offer diri tidur atas lantai! Dahlah aircond sikit punya sejuk, menggelupur I tau dok pakai baju sejuk si Bubbly Abang. Selimutkan diri dengan segala towels yang belum berpakai lagi!

Last-last HD kesian kat isterinya, bergilirlah kita tidur kat lantai yang sempit tu! Hehehe....

Walaupun begitu, dari segi kebersihan dan keramahan receptionistnya, memang tiptoplah Anggun Hotel ni. Senang nak berurusan dengan mereka.  



Ini kawasan perumahan baru yang menempatkan homestay di mana my second sister tinggal bersama anak-anaknya
Sekurang-kurangnya merasa jugalah tidur di hotel bajet. Kata HD, hotel bajet belakang rumah tu lagi ohsem. Entah ya ke tidak, I pun tak tahulah.

Nak dijadikan cerita, sebelum ke sini, boraklah dengan MakJilap, jiran sebelah rumah ahkak yang kuat selfie tu ^_^ Katanya minggu yang I ke Seri Iskandar ni, dia tak mai sini sebab ada majlis kahwin juga.

Rupa-rupanya, jiran ahkak ni 'stalking' ahkak tau ^_^ Last minute dia pi hantar anak bujangnya balik lepas tu siap hantar gambar D Hotel lagi (Perancangan asalnya, bila tanya pada Mak hotel apa yang ada di Seri Iskandar, Mak pun suggestlah D Hotel ni. Jadi Mak surelah fikir Kak Ton sekeluarga menetap di hotel ni... )

Nak dijadikan cerita kelakar, rupa-rupanya kami 'berjiran' hotel lagi di sini. Hampir seluruh keluarga besar Kak Ton tinggal di Anggun Hotel manakala Mak sekeluarga pulak menginap di Hotel Kristal! (Hotel Kristal ni di penjuru dalam gambar hotel di atas ya ^_^)

Kami bertemu ke tidak?

Tidaklah... 

Dah I pun tak tahu MakJilap ada di 'sebelah' dan MakJilap pun tak tahu pada mulanya yang I sekeluarga menginap di Anggun Hotel ^_^

Esoknya, awal pagi kami dah checked out sebab nak pergi ke majlis perkahwinan ^_^

Takda rezekilah nak berjimba dengan MakJilap bergosip tentang dunia alam maya ....

Nanti kita sambung lagi cerita Seri Iskandar ya ~_^

Friday, September 23, 2016

Jom ke Perak : Kellie's Castle

Salam 21 Zulhijjah kawan-kawan!

Hari ni barulah berkesempatan nak menyambung kisah yang tertangguh ~_^

Kisah hari raja haji macam dah tak relevan pulak nak bercerita. Kita kumpulkan sekalilah sambutan hari raya haji tahun ni dan tahun depan, senang cerita ^_^

Berbalik kepada tajuk, kami ke Perak pada cuti Hari Malaysia yang baru berlalu. Ada majlis perkahwinan di Seri Iskandar sebenarnya tapi dah terlanjur ke sana, apalah salahnya kita melenjan sekali.

But then again, kami tak tahu nak melenjan kat mana ^_^ Lupa nak tanya kat kawan kita KB tak pun Cho yang pakar bab negeri Perak ni, maklumlah negeri sendiri ^_^

Kalau tanya kat MD, memang tak berjawablah semua soalan. Geografi Negeri Perak ni memang I gagallah. Tak tahu hujung pangkal. Masa nak ke sini, I tanya HD (baguslah alahai tanya kat Suamiku Bukan Warganegara ~ tajuk drama Melayu terbaru di TV10 ^_^), Seri Iskandar ni belah selatan ke atau utara Perak? Mana sampai dulu, Seri Iskandar ke Ipoh ke Taiping?

Well, KB janganlah ngengada nak gelak-gelak sambil tutup mulut ya! I takmo kawan dengan kome nanti ^_^

Perjalanan 9 buah keluarga ni berlainan waktu. Of courselah, my family yang gerak dulu. I sefamily memang punctual. Kalau kata nak gerak pukul 7 pagi, memang 7 pagilah kita keluar rumah. Tak kiralah masa tu cuaca mendung ke, hujan tengah lebat ke, tetap juga gerak keluar rumah!

Kami ikut highway dan keluar di tol Gopeng sebab HD macam ada rancangan rahsia aje. Lambat sikit perjalanan kali ni sebab my pemandu F1 tetiba sakit kepala. Jadi, bila co-pilot @ MD ambil alih kerusi driver di pertengahan jalan, memang sopan-santun aje perempuan Melayu akhir zaman ni memandu tau! Maklumlah, nak kekalkan prestasi free saman sepanjang karier memandu katanya ^_^

Masa masuk tol Gopeng ni sebenarnya masih pagi lagi tapi dek kerana MakJilapah tu dok promote Restoran Adily, makanya Kak Ton sekeluarga pun teringinlah nak mencuba! Rupa-rupanya inilah sebab HD nak masuk tol Gopeng dan adalah sebab yang lain juga ^_^ Buah hati I ni kalau nak ke mana, memang menggoogle tempat makan/menarik aje tapi no worries, bab jalan HD memang mahir walaupun kali pertama jejak. Takda sesatnyalah, insyaAllah!

Sekali tengok, baru nak prepare lauk-pauk untuk makan tengahari! Nasib baik tertoleh ke kanan jalan, nampak pulak ini...



Masa pergi ke Penang dulu dah teringin nak singgah. Bukan apalah, sebab kalau tempat macam ni mesti ada kuih-muih tradisional. Nak jugalah mencari sagun, wajik sirat, kotnya ada pisang salai (^_^) ke kan, boleh borong.

Dah  terlepas sebenarnya tapi demimu isteri mithali, sanggup HD berpatah semula ^_^

Bila sampai di sini, lenganglah. Takda apa-apa pun. Macam tak 'hidup' aje tempat ni. Macam baru kena serang zombie pulak! Tak tahulah kotnya banyak kedai tutup sebab cuti umum; atau pun memang tutup tak pernah dibuka-buka pun ~_^ Cuma singgah kat Mydin aje beli jajan untuk my superheroes! Mak depa ni kan, dapat membeli di Mydin Gopeng pun boleh ^_^

Dah terlanjur masuk tu, apalah salah kita bergambar di atas pentas kosong katanya ...



Bila Adik Cute nampak ada playground, apalagi... kenalah singgah bagi tenang sikit hati si anak. Bubbly Abang malas nak layan kerenah adiknya dan terus  masuk kereta menemani Daddy. 

Seronoklah dia bermain sendiri sambil berkata,

Mommy! Nanti birthday Adik belikan playground macam ni satu eh!

Oh, alamak! Dia nak bawa playground ni masuk rumah! Pitam Mommy mendengarnya!


Itulah hoodie yang dipakainya ke tadika yang menjadikan dirinya 'dahlah handsome, macam Justin Bieber pulak' Cubalah kata dia 'Justin Bubur', memang meraung merajuklah semua orang dia 'no friend friend' katanya! 
Bila dah sakan bermain, jomlah kita gerak! Sebelum masuk kereta, Bubbly Abang bukan main menunjuk-nunjuk ke arah sesuatu. Rupa-rupanya dia suruh Mommynya snap photo bukit nun (dalam photo collage pertama, gambar no. 3) Katanya, 

Mommy mesti nak masukkan dalam blogkan....

Hehehe ^_^

Tanya yang lain-lain, rupanya takda seorang pun yang masuk ikut Gopeng. Kata my adik beradik, jalan dah jem. Hahaha! Padanlah muka you all, siapa suruh tak nak keluar rumah sesudah subuh sapi'e katanya ^_^

Lalu sekali lagi kat Restoran Adily tapi decided tak nak singgah pulak sebab HD macam tak nak je makan di situ! Kami memang cam ni perangai, keputusan boleh berubah-ubah dalam sesaat kalau bab JJCM ni tau. Makanya, tak merasalah nak baca review menghentam MD yerk ^_^

Lepas tu dalam perjalanan, kami nampaklah Taman Herba. Kami sekeluarga ni kan memang pantang nampak  taman, asyik nak menyinggah aje. Tapi, dek kerana taman di laluan bertentangan, malas pulak nak menyinggah. Lagipun dah nak dekat pukul 12 tengahari. Panas berdeting, gelap rupa paras nanti ~_^

HD kata nak bawa kami ke satu tempat ^_^

Rupa-rupanya nak ajak singgah di sini...


Eh. salah snap!

Eh, salah snap lagi ^_^ Nampak sangat tak pakarnya ~_^

Ahah! Ni barulah betul Kellie's Castle ^_^
Bubbly Abang tanya buat apa nak singgah sini. I pun jawablah selamba yang kat sini banyak hantu ~_^

Hantu betul ke atau tempat untuk shoot movie seram, Mommy?

Memang ada hantu pun!

Adik, Adik tahu tak tempat ni ada apa? Ada banyak hantulah, Dik!

Baik punya penerangan. Akhirnya my superheroes setakat nak bergambar kat bawah tu aje, tak mahu masuk dalam castle. Menjerit-jerit si Adik Cute merayu tak nak naik atas sebab takut hantu. Si Bubbly Abang pun sama, tak nak naik juga! Seram katanya! Suruh HD naik sendirian, tak mahu pulak. Asyiklah nak bertemankan anak-anak dan isteri mithali ^_^

Hehehe...




Mommynya nak snap gambar sambil mulut membebel, 'Abang! Adik, jangan berdiri kat lubang tu! Belakang tu sungai!' Punyalah Mommy kome ni over-over-over protective ^_^ Bak kata orang, kita cuma berhati-hati aje sebab malang takda smell,smell from afar, okey ^_^

Suka tengok bila mereka dua beradik close like this ^_^

Sebelah toilet yang busuk pun mak kome suruh posing yerk. Kasihanlah anak-anak, semput tahan nafas ^_^
Dan selepas itu, perut pun berkeroncong kerana dari sejak keluar rumah, belum makan apa-apa pun. Melantak biskut chipsmore aje dalam kereta! Nak singgah kat RnR especially Tapah, penuh yang amat. Tak kuasalah nak beratur panjang!

Kita snap photo lagi... ~_^



Akhirnya kita makan di area Kellie's Castle ni aje. 



Jangan pandang remeh pada nasi goreng Cina dan mihun gorengnya yang berharga RM2.50 ni. Boleh tahan pulak sedapnya; ke sebab kami semua dah kebuluran?

Selesai makan, kami pun meneruskan perjalanan ke Seri Iskandar. Dalam kereta jenuhlah si Bubbly Abang menggoogle kisah Kellie's Castle dan Scottish ownernya, William Kellie Smith. Nampak tak di situ pelajaran Sejarah sedang berlangsung? ~_^

Ahah, berhenti di sini dululah ya sebab gambar yang sempat diwatermark sampai setakat ini aje ^_^

Hah, you all pun memang dah arifkan. Walaupun perjalanannya 2H1M aje, kalau MDlah yang punya angkara buat entri, memang berpart-part jadinya.

Nasib baiklah dia  tak travel obersi ya, kalau tidak nangis korang menghadap entri travelnya yang dua minggu tu. Mahu 100 entri dibuatnya ~_^

Jumpa lagilah next entry ya!

Selamat berhujung minggu!  


Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...