Thursday, August 25, 2016

Siapa yang lebih protective? (Part 2)

Salam 22 Zulkaedah kawan-kawan!

Hari ni marilah kita menyambung kisah semalam yang terhenti di tengahari katanya...

Dah bersiap-sedia nak membaca laju-laju? 

I tak tahulah berapa panjang entri kali ni tapi sebab semalam Cho kata 'takde ler panjang sangat' (macam tulah maksudnya...) maka hari ini I akan perpanjangkan lagi entri ni. Hahaha!

Pada yang tak tahu jalan cerita novel kali ni, silalah baca di sini dulu ya. 

Jangan malas-malas! Rajinkan diri anda untuk MEMBACA walaupun hanya bebelan aje ~_^ 

Berbalik cerita semalam,  akhirnya I tahulah mengapa my bapak tak mengizinkan I sambung belajar di luar negara. Selain daripada takut berpisah jauh dengan anak kesayangan (Kata bapak nanti kalau beliau 'mati', I tak dapat tengok! But at the end faktanya memang I tak sempat pun tengok saat bapak menghembuskan nafas terakhir walaupun rushing balik ke kampung dalam gelap malam dan hujan selebat-lebatnya bila dapat tahu bapak nazak), bapak takut I berkahwin dengan orang asing dan tak mahu pulang ke Malaysia. Dulu-dulu I rasa memang kelakar alasan tersebut dan I betul-betul terkilan hanya kerana sebab itu aje, dua kali I terpaksa tolak peluang yang datang! 

Tapi bila difikir-fikirkan balik sekarang ni memang betullah. Kalaulah sungguh I kahwin dengan bangsa asing ketika belajar di luar negara, memang kalau ikut perangai I ni, pastinya memang tak balik Malaysialah ^_^ Semangat patriotik kurang ^_^

Itu pun akhirnya memang tertulis jodoh dengan bangsa asing. Betullah jangkaan my bapak. Cuma nasib baiknya (yang bapak tak mampu saksikan), I suami isteri kekal memilih tinggal di Malaysia ^_^

Sekarang bila dah ada anak, pandai pun sayang anak, pandai pun rindu alahai kalau tak dapat tengok anak walaupun seminit ^_^

Jom kita kembali ke zaman my anak-anak pulak ...

I memang mengakulah I ni terlebih protective bila melibatkan my anak-anak. Itulah sebabnya my superheroes 'sopan-sopan' belaka bila di khalayak ramai. Sikap I ni selalu juga jadi bahan bertelagah dengan HD apatah lagi bila mak mertua@ Mami sendiri mengakui yang I ni terlalu melindungi anak-anak sampaikan anak-anak tak jadi berani mencuba dan tak adventurous sikap masing-masing!

Yang lebih 'bersopan' of courselah Bubbly Abang! Sebab itulah kata Daddynya, budak-budak lain tak rasa 'gerun' pun dengan Bubbly Abang walaupun saiz badannya besar. Dia tak nampak kuat pun seperti lelaki mengikut kata Daddynya. Dan, of courselah Mommy yang dipersalahkan dalam hal ni.

Sekurang-kurangnya si Adik Cute tu lebih berani walaupun adakalanya dia pun jadi 'sopan' juga dalam situasi tertentu!

Kalau nak tahu, my anak-anak tak dibenarkan keluar without me or their Daddy. Itu pun kalau keluar dengan Daddy, kejap-kejap I telefon my husband dok pesan itu, ini sampaikan kena marah balik. Kata HD, macamlah beliau tak reti nak jaga anak! Nak pesan berbakul-bakul, macam dia aje Mommy yang bagus ^_^ Tak nak panjang cerita dan berterusan bertikam lidah, wajiblah berhenti menghubungi walaupun hati gundah-gulana yang teramat!

My sister Ngah yang menjaga mereka sejak kecil tu pun I tak benarkan kadang-kala nak bawa mereka keluar. Kalau balik kampung, jangan haraplah nak bawa my anak-anak. Makanya, timbullah masalah kemudian siapa nak tolong tengok-tengokkan mereka bila Ngah takda. Pandai-pandailah nak arrange masa tu!

Selalunya bila Ngah telefon  kata nak bawa mereka keluar berjalan, I terus kata tak payah. Jadi untuk lebih senang, Ngah biasa bawa mereka keluar siap-siap lepas tu baru telefon beritahu yang Ngah bawa my anak-anak berjalan.

Naik apa?

Teksilah...

Baik-baik tengok budak berdua tu. Jangan lepas tangan. Mereka tu takut ligat aje kalau emaknya takda. Bagi telefon kat abang jap... (lepas tu buatlah pesanan penaja berbakul-bakul!)

Ahah, macam tulah selalunya! Tak terkata apa dah bila diberitahu....Dah tu, tak tentu arahlah diri ni di tempat kerja. Tak sabar rasanya nak telefon rumah tengok-tengok kalau mereka dah balik!  

Baru-baru ni Adik Cute ada trip ke Semenyih anjuran tadikanya. Bila dapat aje borang (dan habis baca) terus I turunkan tandatangan dan kata tidak. Lepas tu baru perasan, boleh aje kalau makpak nak pergi, ada pakej keluarga. Boleh pergi naik kereta sendiri instead of naik bas sekolah. I pun tanya HD nak turut serta tak. HD kata tak nak! Nanti semua budak pergi naik bas, anak kita aje yang makpaknya ikut. And then, lepas tu nak buat apa makpak sibuk kat situ... 

Dek kerana HD kata tidak, makanya tak lepaslah si Adik Cute nak naik bas ikut school trip tu. 

Dik, nak tak pergi petting zoo ni dengan kawan-kawan naik bas?

Mommy ikut tak?

Mommy tak boleh ikut! Adik pergi dengan kawan-kawan dan teachers aje!

Taknaklah.... Adik tak nak pergi kalau Mommy takda. Adik takutlah naik bas!

Hah! Bagus anak Mommy ni! (sambil gosok kepalanya)

Hah! Baguslah tu anak dia tak berani! Baguslah sangat! (sampuk Hubbydearie dengan sinis ~_^  

And by the way, si abang ni tak pandai naik basikal ya! Puncanya masa kecil badannya sado, basikal untuk budak-budak tu tak sesuai sungguh untuknya. Bila dah besar sikit, dia tak heran pun nak naik basikal. Dia nak terus naik kereta ~_^ 

Sampailah mula bersekolah... Bila kita ajar, dia dah cuak-cuak gitu. Boleh nangis-nangis macam orang nak jatuhkan dia aje. Pernah sekali I nak beli basikal dari my niece sebabnya takutlah nak beli basikal baru, takut membazir dek kerana dia tak mahu belajar naik basikal. My niece ni pulak tetiap tahun dapat basikal hadiah pelajar cemerlang sekolah, makanya banyaklah basikal di rumah. Suruh si abang pilih. Dengan mencukanya dia memilih. So lepas settled kita nak angkutlah basikal tu balik dari rumah my sister di Putrajaya.

Sampai di kereta, tak muat pulak masuk bonet kereta. Senyum lebar si abang tahu bila tengok terkial-kial kami makpaknya nak masukkan basikal tu bagi muat dalam bonet. Bila tak berjaya juga, cancellah plan. Lagi lebar senyumnya. 

But then, bila I kata nak juga beli basikal, terus senyap sunyi- sepi dok kat belakang tu tak kata apa. Berharap sangatlah tu kami tukar topik cerita lain. Mesti dia berdoa bersungguh-sungguh supaya kami tak belikannya basikal. Sebabnya, sampai sekarang tak terbeli-beli pun basikal. Asal tinjau aje mesti mencuka. Asal nak berhajat aje, mesti ada aje yang buat tak jadinya! Sukalah hatinya...

Bila I tanya kenapa tak suka naik basikal dan betapa ruginya nanti bila dah dewasa takda pengalaman berbasikal masa kecil-kecil, inilah jawapannya...

Bukan abang nak naik basikal pun kalau dah besar! 

Gitu! Confident betullah boleh terus memandu kereta bila dah besar nanti!

Lagilah HD marah pada I. Katanya ni semua my salah. Sebab selalu menghalang anak-anak daripada belajar benda baru macam ni. Asal anak nak panjat tinggi aje di taman permainan, terjerit-jeritlah I ni di bawah. Lepas tu sibuk pegang badan anak tolong pushkan ke atas. Lama-lama anak-anak pun dah tak thrill nak memanjat bagai!

You memang tak kisah. Kalau anak jatuh macamana? Budak tu bukan pakai sport shoes pun! Palang-palang tu licin tau tak! Selipar si abang tu dah licin tapak tau tak! (seribu satu alasan I berikan untuk menyokong hujah sendiri)

Eleh! Anak-anak orang lain okey aje! Ke memang Melayu macam ni? Tapi I tengok semua makpak Melayu, anak-anak bukan main melenjan! You je ni selalu itu tak boleh, ini tak boleh. Mami pun kata you yang jadi punca anak-anak tak berani! I masa sebaya abang dulu, habis satu kampung I ronda tau. Terpijak paku kat kaki sini, terluka jatuh kat situ. Anak-anak you, satu parut pun takda!

Habis tu you nak anak-anak you berparut juga ke?

Susah cakap dengan orang tak faham bahasa ni! 

Argghhhh!  

Itu belum cerita dalam rumah lagi ya.

Kalau anak-anak nak buka bungkusan makanan, beranilah ke dapur ambil gunting. Mahu I menjerit marah-marah. Asal nampak aje mereka nak buka something, I pun lelaju rampas dan tolong guntingkan sambil membebel ingatkan mereka betapa bahayanya gunting tu sebab tajam and sebagainya!

Itu belum cerita susunan pisau dan juga fork and spoon. Kejap-kejap I tukar. Asal rasa bahaya aje, I pergi tukar tempat letak segala benda yang tajam dalam rumah. Sampai mereka pun kadang-kala dok pelik kejap alatan tu ada di sini, kejap ada di sana! Nak buat macamana, Mommynya memang 'menakutkan' perangai ^_^

Pernah sekali I balik, tengok-tengok ada microwave container yang tak dicuci bersih. Bekas masak mi maggi. I pun tanya pada HD sama ada beliau makan maggi. Bubbly Abang pun menyampuk,

Taklah, Mommy! Abang yang makan!

Siapa basuh ni?

Abang basuh sendiri!

Siapa masak maggi ni? 

Abang!

Guna apa?

Microwave! Daddy ajar!

Siapa buka suis?

Abang!

 I pun meluru ke HD sambil dok potpetpotpet bertanya mengapa HD benarkan Bubbly Abang masak sendiri maggi guna microwave dan suruh dia switch on suis tu tanpa pengawasan?

Hah! Mulalah ni... Jadilah 'bibik' sampai ke tua! Anak makan maggi dia tak kisah, anak belajar masak maggi yang dia kisah!

Arghhh...   

Pendekata memang 'dahsyat'lah I ni bila memilih untuk  jadi terover protective sampaikan anak-anak pun dah terbiasa dengan sikap Mommynya!

HD pulak dah malas nak bertekak dengan I lagi. HD ambil sikap senang aje - kalau apa-apa berlaku, salahkan terus Mommy! Memang Mommylah punca masalah!

Oh, alahai...

Susah nak ubah perangai tau...                    

P.S. Oh, I lupa terus nak cerita pasal bidang 'glamour' tau ^_^ You all dah puas ke menonton my superheroes untuk promo TV AlHijrah? Dah nak habis tahun barulah   I teringat ceritanya. Langsung tak buat entri, rapi tersimpan dalam draft ^_^ Eh, pi lah tengok ya kemunculan beberapa minit Adik Cute dan Bubbly Abang kat promo AlHijrah sepanjang tahun tu. But for sure, yang jadi 'bapak', yang jadi 'kakak' tu bukanlah I suami isteri. Terkilanlah you all nak tengok my HD and I. Huahahaha! (perasan tahap nak muntah!)  Ini bukan kali pertama ya, my anakanda berdua tu pernah buat promo untuk Zon Aulad di TV AlHijrah in 2013 ^_^ Oh, anak-anakku separa retis rupanya. Hahaha!

27 comments:

  1. Kak Ton bila mak baca entri Kak Ton ni kan, betullah, Kak Ton mmg nampak sangat over protective, mak setuju sangat dengan mami dan HD.... Kak Ton kena ubah. Sebab kesian anak anak Kak Ton nanti. Sebab mak takut, kalau terus Kak Ton mcm ni, once dia dapat peluang jauh dpd Kak Ton dia akan rasa bebas sangat. Dan akhirnya mereka over excited. Kesian jugak kalau diaorang kena ejek dan kena buli .... Lagi pun anak Kak Ton ni lelaki. Nak mendidik anak lelaki menjadi kental kena dari sekarang Kak Ton. Kak Ton pun tak nak kan anak lelaki Kak Ton lembik.... Sekian terima kasih, mak ni kadang cakap aje pandai hihi

    Tapi sebagai mak, mak faham perasaan Kak Ton tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak berubah tu yang susahnya, Mak. Macamana susahnya nak suruh abang mengubah tabiat makan, belajar naik basikal, macam tulah susahnya Kak Ton nak ubah perangai yang terlalu protective ni. Sebab itulah kalau anak-anak buat hal, Kak Ton faham. Bukan senang nak mengubah diri seperti kehendak orang tersayang!

      Itu yang Kak Ton bimbang. Takut anak-anak takda survival skills langsung. Sekarang pun dah bimbang. Takut mereka tak boleh berfikir lebih jauh demi kepentingan diri sendiri.

      HD banyak kali marah Kak Ton sebab katanya anak-anak lelaki mesti berani, 'kaki gaduh', bengis gitu!

      Stress Kak Ton jadinya!

      Delete
    2. Yelahkan..... bukan mudah nak ubah, umur Kak Ton pun dah berapa, kalau ayam mmg liat sungguhlah daging tu kehkehkeh..
      Tp nak mengubah abang belum terlambat Kak Ton, umur abang masih belum liat lagi Kak Ton, masih sempat lagi tu .....

      Delete
  2. Yalah MD sifat2 MD tu macam ada sikit perangai hubby akak.Semua tak boleh ,kalau terpaksa juga kena buat punya lah risau dia.Bukan saja pada anak2 ,pada akak pun juga.
    Tengok anak2 orglain tak kisah pun berbasikal kat jalanraya tapi anak2 akak dilarang keras padahal kami ni duk kampung je.
    Bila anak2 balik naik bas express ,sebelum anak tiba pasti nak kena tiba dulu ....risau keselamatan anak kalau tunggu lama katanya.
    Hmmm....macam2 lah lagi MD .Akak selalu cakap anak2 tu dah besar ,pandai lah dorang jaga diri.Cuma sekarang ni kurang lah sikit perangai nya sebab dah sibuk apatah lagi dah berusia.Skg ni Azim balik dari asrama pun boleh naik bas sendiri dibandingkan abang kakak dia dulu ,tak merasalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga orang macam saya ya, Kak Saniah. Saya ingatkan saya aje 'rare spesies' di mukabumi ni. Takut tak bertempat, protective yang amat. Masalah tu sebenarnya walaupun niatkan hanya untuk melindungi anak-anak kerana kasih-sayang yang tak terhingga banyaknya!

      Kasihan suami akak. Saya rasa kasihan pada diri saya juga! Tapi, nak berubah tu siksalah orang kata 'let go' aje!

      Delete
  3. amboi kemain ye anak2 MD ni...artis gituuu...
    saya jarang bukak tv al hijrah tu...hahaha...jujur bagitahu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebenarnya jarang tengok AlHijrah. Asyik buka 'asteruk' aje!

      Lama dah mereka 'bersiaran' sejak awal tahun lagi. Dah ada draft tapi sampai terlupa nak update entry ^_^

      Delete
  4. Sokong komen Mak Hainom tu MD..
    Kena didik anak lelaki jadi kuat dan berani..
    Sebab dia juga akan melindungi mak nya..
    Hendak ke MD nanti abang jadi takut terpaksa berlindung di belakang MD sedangkan masa tu MD dah tak berdaya..
    Boleh jadi juga bila dia dapat kebebasan dia akan lupa diri..
    Macam MD dulu-dulu reka cerita dengan bapak pada hal dah pergi melenjan..
    Yang kesian nya MD punya ngah menggigil ketakutan apa nak cakap..
    Masa tu memang menakutkan siapa yg hendak disalahkan..

    Namun macam mana pun CH faham perasaan Mak-mak ni kuat sangat perasaan takut tu..
    Hendaknya zaman sekarang..
    Anak pergi surau pun hilang..
    Tau2 dah mati kan huhuhuhu ..

    Teringat pulak CH masa solat maghrib yg sudah ..
    Nabil rupanya pergi solat sorang2 ke surau sebab abah nya tak sempat..
    Nak jadi ceritanya.. Nabil pergi dulu karang abahnya menyusul..
    Yang CH dah solat jemaah dngan kakaknya dibilik atas ..
    Bila turun bawah tengok en suami solat sendiri..
    Punya berderau darah CH..
    terus capai tudung nak cari Nabil kat surau..
    Berlari dengan kakaknya ke surau..
    Sampai pertengahan jalan nampak berjalan seorang nak balik..
    Muka kita dah pucat dia boleh pulak cakap..
    Abah tak ada lah kat surau mama..
    Lepas nabil solat cari abah tak ada..
    Ye la abah ko tak sempat nak jemaah sebab dah lambat..
    Jadi solat kat umah ajer..
    Semenjak dari itu akak pesan kalau abah tak pegi surau jangan gi sorang2 dulu..
    Nampak tak yg CH juga penakutkan.. protective juga..
    Tapi bagi anak lompat.. panjat2 kat taman dan berbasikal CH bagi jer..
    Sampai luka lah lutut dan terkoyak lah seluar sebab jatuh basikal.. hahhaha..
    Tu pun kena marah juga sebab yg koyak tu seluar sekolah huhuhu..
    Tak pasal2 kurang dah satu seluar..
    Mujur lah lagi 2 bulan jer nak habis sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah CH bila dah terlalu protective pun tak bagus juga. Terbantut terus pengetahuan dan pengalaman anak-anak. Saya ni ada satu perasaan memang sentiasa fikir hal negatif. Asyik dengan 'what if' nya. Tapi adakalanya saya redha aje tapi masa tulah masalah timbul! Itu lagilah buat saya fobia!

      Nasib baiklah Nabil tak apa-apa. Kalau saya pun mahu dah pucat lesi. Silap hari bulan pitam terus pengsan, CH.

      Itulah sebab saya, anak-anak tak hairan nak belajar naik basikal tapi nasib baiklah si kecil tu okey banyak berbanding dengan abangnya. Dia suka aje melenjan. Itu pun dia takdalah nakal mana berbanding dengan anak-anak orang lain yang aktif melompat sana-sini keluarkan peluh!

      Delete
  5. bila baca sampai habis, MD mmg over lah . tapi itu hak MD . klu saya, saya lbh suka budak yg lasak Dan berdikari . saya sependapat dgn HD ... Heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Saya dah kata, saya memang over protective orangnya. Ini bukan over tapi dah terover-over. Sayakan bila rasa hati nak kurangkan sikit kawalan tu mulalah berfikir yang bukan-bukan. Contohnya kalau selalu saya tak benarkan mereka bermain di luar sesama mereka tanpa pengawasan saya, tiba-tiba saya benarkan mulalah dok fikir 'Buang tabiat ke aku ni?' 'Jangan-jangan sebab aku izinkan kali ni, ada benda tak baik pulak berlaku! Nyesal kang tak guna!'

      Punyalahkan...

      Delete
  6. Adik auni yang no.3 pun mama overprotected dia sangat sampai umur 22tahun dah pun still duduk rumah dan mama risau nak bagi dia keluar. Satu tahap adik auni jadi unmatured sangat2 sampai mama cakap menyesal sebab tak bagi adik auni tu bebas sikit. Adik auni ni OKU tangan je, dulu selalu kena buli kat sekolah. Itu sebab kot mama jenis cenggini.

    Kira mamikkk ni ada iras2 mama auni punya protective laa tapi mamikkkk lagu rare............... nak guna suis pun tak boleh tanpa pengawasan. Hahaha !

    Tak boleh salahkan mamikkk jugak. Dah namapun IBU so tahap kerisauan tu selalu to the max la.. Auni pernah jugak tegur mama auni why so protective, dia slumber cakap ----- "hang tak jadi mak lagi...." sobsss... sedih hatiku ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak perempuan, Auni haruslah makpak kena kawal ketat. Bukan apa, zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku even depan mata makpak sendiri. Kalau akak jadi mak macam mama Auni pun akak akan over juga mengawal anak. Bukan apa, sebab kita sayang anak-anak kita. Cumanya cara menunjukkan kesayangan dengan kawalan berlebih-lebihan tu memanglah salah!

      Oh, janganlah Dik rasa sedih hati! Memang betul kata mama Auni tu. Bila kita belum jadi emak, kita tak tahu dan rasa tak logiklah emak buat macam ni. Tapi bila sendiri jadi emak, tahu pun sayang anak macam apa! Semua pun tak boleh!

      Delete
  7. salam jumat MD..semuga ceria selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga buat Kak Yon, semoga ceria-ceria selalu ^_^

      Delete
  8. MD, sorry ek. saya sependapat dengan HD. Tp mungkin MD ni, sudah terbiasa dgn cara didikan dan asuhan bapak, ia dah terbawa-bawa dlm hidup anak2 MD pula. Takpelah, mungkin boleh diubah perlahan-lahan. kena keras sikit hati tu, boleh? hihi

    Kalau tanya saya, saya suka anak2 kutip segala pengalaman sementara mereka masih di alam childhood ni. biarlah jatuh pun, tak apa. jgn mati sudahlah.

    Kerja2 yg dah mampu anak2 buat pun, mmg saya serahkan mereka buat sendiri dgn pemantauan saya dan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, KB. Memang pun mostly makpak lebih memihak kepada HDlah. Betullah tu. Saya ni memang terover-over-over protective tapi adakalanya bukan senang nak lepaskan fikiran-fikiran negatif tu terutama yang melibatkan anak-anak. Rasa cuak aje tau. Harap KB fahamlah apa yang saya maksudkan kerana walaupun cara tak serupa, kita tetap juga ada perasaan melindungi mak-mak tu kan!

      Delete
  9. Istilah 'pesanan penaja berbakul-bakul' tu memang gak sesuai utk SB. Dah jadi mcm satu kemestian pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh SB kalau tak buat pesanan penaja tu. Ada-ada aje yang nak diingatkan setiap hari sampai naik muak dah telinga anak-anak mendengarnya!

      Delete
  10. Dulu tinggal rumah mertua. Anak2 memang susah nak lepas main atas tanah.. which mean kawasan tempat tinggal walau berdepan dengan padang tapi memang susah nak tengok anak2 lepas bebas gitu. La ni bila tinggal sendiri, memula terkurung jugak anak2 tapi la ni time waktu main deme main dekat luar. Jatuh luka berdarah tu biasa, kalau deme tak rasa, deme tak tahu rasa sakit. Itupun pada ai biasa je, tak macam zaman ai kecik dulu. Bebas macam2 boleh buat, lasak mengalahkan budak lelaki.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni memang tak lepaskan anak-anak ke luar rumah tanpa pengawasan. Kalau mereka minta izin, dengan saya-saya sekali akan turut serta 'bermain' di luar. Sebab itulah saya peruntukan masa tertentu setiap minggu bawa anak-anak ke taman. Masa tulah mereka rasa lepas bebas tapi itu pun, terjerit terpekik alahai Mommy depa ni tau. Buat malu aje ^_^

      Delete
  11. saya setuju juga dengan HD tu, tapi ye lah kita sebagai ibu kan memang macam tu, saya ni pun bab pisau gunting tu memang saya akan buat untuk anak2, tapi bab panjat memanjat dan berbasikal tu saya bagilah, ikut rombongan sekolah tu memang saya bagi.

    sebab saya kecik2 dulu belajar berbasikal sampai luka, panjat pokok perkara biasa hehehe..jadi nak biar anak2 alami perkara yang sama. pun begitu anak2 saya ni dibelakang saya tetaplah sopan dan pemalu, mendengar kata cikgu, didepan mamanya, ya ampunnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni lain macam sikit sifat melindungi anak-anak tapi bila tiba kat saya, lagilah teruk sifat tu jadinya. Mungkinlah pengaruh zaman kecil-kecil dulu tapi kalau difikir balik, memang saya ni jenis suka berfikiran negatif tau. Kalau saya buka pintu rumah dan biarkan Adik Cute bermain sendirian di luar (manakala saya pulak di dapur atau perlu buat hal lain dan tak mampu mengawasinya bermain), memang secuak-cuak perasaan yang timbul, AA! Hahaha!

      Saya pun masa kecil merasa juga naik basikal, mandi kat longkang depan rumah (masa tu air jernih), main air pasang, mengendap dan baling batu ke rumah Cina di belakang rumah yang dikelilingi hutan pokok sagu. Pendekata merasalah keriangan zaman kanak-kanak. Anak-anak saya memang lebih teruk dari sayalah pengalaman mereka hanya kerana zaman mereka berbeza dengan zaman saya dulu-dulu!

      Delete
  12. HEHE,, maybe MD kna bg pluang jugak dkt abg & adik explore lps ni.. tp still kna pntau... ye la..budak2 kan.. nntikan bsr, tkut dia xleh nak berdikari..
    tp part suis2/dpur gas..lya pom x bnrkan jgk fasya buat.. ishhh..bahaya ...

    waahhhhh... dh jadi retis rupanya... nnti nk try tgk ch al hijrah tu.. x pnh buka ch tu.. adoii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang timbul kebimbangannya! Bila si abang tu dah besar, akak dah mula risau sebab nampak sangat 'survival skills'nya tak begitu memberangsangkan. Banyak perkara yang dia tertinggal. Tak tahu dah macamana nak buat supaya jangan terlalu risaukan sangat, Lya...

      Delete
  13. Kita pon over gak. TApi MD lagi over protective kot.. hehehe... Kekadang kita bagi gak dorang explore macam nak gi rombongan ker kan. Memang berat nak bagi tapi sesekali apa salahnya dia bergembira dgn kawan2 skolah.

    DAh tengok promo tv alhijrah tu ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang sangat protectivelah, Fiza. Itu memang tak boleh sangkal. Tak tahulah mengapa, selalu sangat fikir yang negatif instead of positive! Risau aje lebih, akhirnya anak-anak semua memang betul-betul duduk bawah ketiak emaklah jawabnya!

      Delete

KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Salam kawan-kawan!  Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊 Apa khabar semua? Saya...