Monday, August 22, 2016

Bersarapan di Jom Bali

Salam 19 Zulkaedah kawan-kawan!

Macamana hujung minggu kalian? Seronok menghabiskan masa dengan keluarga?

Cuaca hari Ahad lalu pun suram aje. Jerebu pun dah mula manja-manja menonjolkan diri. Tak lama lagi kelamlah pandangan, ya tak?

Hari ni kita bercerita tentang makan-makan ajelah ya! Marilah ikut I ke Jom Bali sekali lagi. Of course dah banyak kali I bercerita tentang restoran ni. Pada sesiapa yang tak tahu, ia terletak di AeonBig Wangsa Maju.

By the time I bercerita kisah sarapan di Jom Bali ni, rasa-rasanya kalau tak silap perkiraan dah berpuluh kali kami ke sini untuk bersarapan, makan tengahari mahu pun makan malam ^_^

HD lah punya angkara ni. Walaupun kerap ke sini, tak sedar pun pakej sarapan di sini murah rupanya. Bila dah tahu, apa lagi, mulalah mengorak langkah makan di luar instead of menyediakan sarapan di rumah. Jimat tenaga ahkak ~_^

Waktu bersarapan sampai pukul 11.30 pagi ya. Kalau datang pukul 12 tengahari tu, jangan bermimpilah nak bersarapan. Anggap aje itu makan tengahari merangkap minum petang ^_^ 

Kami ni kalau terlewat bangun (oops!) memang tuju ke sinilah sebab tahu dah cuma di sini aje waktu sarapan sampai pukul 11.30 pagi. Cubalah pergi ke restoran akak purple yang menjadi kegemaran kat BSP tu, mahunya tinggal bekas aje. Menu sarapan semua dah licin! So, janganlah nak buang masa dan jadi pertelingakahan suami-isteri!

Sarapan di sini antara RM4.90 sehingga RM6.90 siap dengan teh tarik ya. Menu tentulah tak banyak pilihan - cuma ada roti bakar, nasi lemak biasa, nasi lemak dan kari ayam, nasi goreng dan mi goreng. Janganlah orang dah offer murah, kome nak minta spaghetti olio siap dengan udang dua,tiga ekor dan air dengan nama yang kebaboom  ya! Memanglah nak minta kena hempuk! Gunalah akal sebelum membuat pesanan...

Marilah tengok gambar makanan ya...

Excited nak makan si bujang comel ni  ^_^

Bubbly Abang and his favourite nasi lemak and not so favorite kari ayam

Ini adalah kepunyaan Mommy dua superheroes. Pepagi hari telan minyak ni rasa macam best pulak ~_^

Setiap hidangan datang dengan teh tarik percuma

Alamak! Gegar pulak. Maklumlah takut nak snap, milik HD ni

Itu ajelah nak cerita hari ni. 

Selamat menjalani hari Isnin ya kawan-kawan ~_^

Moga yang baik-baik aje berlaku dalam hidup kita hari ni! 
  

  

38 comments:

  1. Kat Kolumpur masih ada sarapan murah lagi MD ...best tu.Boleh lah datang selalu kan :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut jugalah sebab murah. Itu yang datang dan datang dan datang lagi! Malas nak buat breakfast ~_^

      Tapi bukan boleh tiap-tiap masa datang sini. Jemulah pulak nanti, kak!

      Delete
  2. kat jom bali ni pernah la jugak makan beberapa kali dulu.. kali pertama bertentang mata kat tesco e@curve sana.. dulu suka lepak e@curve zaman belum beranak pinak. Lepas beranak pinak, anak pulak jenis ADD ni.. tahu2 la.. dia tak makan. Maka dia mula nak mengukur kawasan sekitar. Sejak ada anak makan pun macam telan je kat luar. lepas siap makan on the spot bangun bayar & pergi la tempat yang anak boleh bergerak bebas hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dulu rajin juga pergi Jom Bali kat E-Curve tu tapi rasa lebih 'gembira' di Jom Bali Wangsa Maju ^_^

      Kalau dah anak 'kaki' jalan, memang makpak tak sempat nak exercise mulut lama-lama. Kalau dapat telan serta-merta tu lagi afdal. Kalau tidak memang berlaparlah gamaknya, Suria!

      Delete
  3. anak saya pun jenis kaki jalan dan kaki bergurau walaupun di tempat public. saya jadi seriau nak bawa depa keluar. memang tak keruan saya dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Payah sikitlah kan kalau nak makan-makan dengan aman. Takpalah, janji anak-anak happy dapat keluar dengan kita walaupun time makan macam nak tercekik-cekik dibuatnya!

      Delete
    2. huhuh memang kalau saya bawak depa keluar memang risau tu lebih banyak. tapi memangla kena bawa jalan juga kan

      Delete
    3. Saya yang anak-anak tak ligat ni pun bukan main alahai suara. Asal hilang aje dari pandangan mata, memang saya jerit sesaja. Hahaha!

      Delete
  4. salam isnin MD
    kalau lah jom bali ni ada kat Brunei mmg kaknoor orang pertama pergi kot
    kenapa makan mee saja MD dah tak lalu nasik ke ni ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam KakNoor!

      Nasib baik Jom Bali ni takda kat Brunei, kalau ada saya takut KakNoor tak rajin pulak ke dapur nanti. Dah namanya makanannya murah ~_^

      Tak sanggup dah saya tengok nasi lemak, KakNoor. Ayam kari pun tak sanggup dah! Saja nak cuba makan mi goreng pulak!

      Delete
  5. Mak berjalan ke MV weyh... entah apa yg dicari tah... sopingkan mata jelah kot.

    Skip makan tengharilah tu kan, mcm tak tau! Terus dinner ptg nanti. Dinner kat mana pulak tu Kak Ton?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah masuk shopping mall tu kalau tak shopping 'manually' maknanya cuci matalah, Mak. Kadang-kadang, hujung minggu nak hilang stress penat bekerja, penat buat kerja rumah kenalah pergi shopping mall. Baru ter'release' tension dan segala stress katanya ^_^

      Oh, weekend memang macam ni! Kalau breakfast, makan tengahari takda, petang nanti baru makan malam. Kalau makan tengahari maknanya makan malam takdalah tu ^_^

      Delete
  6. murahnya! harga sampai rm6.90 saja. teh tarik free lagi. Huiihh, kalau boleh terbang, teringin juga nak breakfast di sana...hangkut sekali bapak dan anak-anaknya...haha

    kami, menghabiskan masa di kampung saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling murah roti bakar kalau tak silap, RM4.90 aje. Siap dengan teh tarik. Mana nak dapatkan? So, kalau malas dan lewat sarapan, ke sinilah kami, KB!

      Delete
  7. Tetiba rasa rindu nak makan tu semua tapi sayangnya nak bagi lelemak naik balik dekat badan ni.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah slim dah tu. Sesekali ada cheat day tak boleh ke, Aiza?

      Saya ni hari-hari pun cheat day tau ~_^

      Delete
  8. Hujung minggu baru ni, kami balik kampung.. hihi.. sarapan pagi masakan mak, mak masak apa pun sedap wp hanya cekodok tepung.. hehe..

    Sedap nmpknye nasi lemak tu..
    Ok la kan masih ada menu sarapan pkl 11.30.. biasanya kat sini kul 11.30 da keluar menu tengahari.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah orang ada mak boleh masakkan itu, ini. Saya kalau balik kampung memanglah tak dapat dah merasa air tangan mak. Merasa air tangan kedai juga jawabnya ^_^

      Kan! Selalu waktu macam ni memang dah consider makan tengahari. Tak mainlah makan mi goreng, nasi lemak, roti bakarkan!

      Delete
  9. Untungnya, hari minggu jer gantung kuali...

    Murahnya kat KL, kalau kt sini boleh tahan juga harganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hari minggu aje, kadang-kala hari bekerja pun gantung kuali tapi rarelah. Hahaha!

      Ini kira antara yang murahlah. Kalau makan waktu biasa, takdalah murah sangat. So-so juga harganya!

      Delete
  10. menarik... rs dkt citta mall ada 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tak tahu pulak akak Zul kat Citta Mall ada Jom Bali. Yang akak selalu pergi di Curve dan Wangsa Maju ni.

      Delete
  11. Cakap pasal jerebu ni, tahun ni xde ke cuti sekolah sebab jerebu? Haha.. awat terasa malas n teringin nak skip sehari dua. Hihi😜😜😜..

    Menarik juga menu kat jombali ni ye.. saya pernah jg tgk kedai ni masa ke rumah akk sy, tak jauh mana mall ni. Tp tak pernah pula singgah, maklumla kalau ke sana pasti makan apa yg kakak masak je. Dh anggap mcm rumah mak kedua dh. Ada masa mengada mitak dia masakkan sesuatu lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lambat pulak jerebu menjelma kali ni ya, AN. Cikgu dan murid-murid dah ternanti-nanti kedatangan jerebu dah ni ~_^

      Sekarang dah ada dua, satu Jom Bali and satu lagi Jom Western. Tapi menu lebih kurang aje sama. Baru-baru ni masa pergi baru saya nampak artikel dengan gambar Wak Doyok. Rupa-rupanya dia ni business partnerlah! Kaya Wak Doyok dibantu oleh saya sekeluarga ~_^

      Hahaha! Biasalah orang ada kakak. Nak juga bermanja walaupun dah berstatus 'mak budak' kan. Saya pun macam tulah, kalau teringin aje main request tanpa segan silu ^_^

      Delete
  12. Kalau sarapan lewat pun biasanya makan tengahari dah tak selera MD
    OK juga makan berat macam tu

    Terima kasih atas doa dititip buat bapak kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Kalau dah lewat bersarapan memang skiplah makan tengahari. Petang nanti sekali harung makan malam. Malam dah boleh bersenang-lenang tak payah memasak lagi!

      Delete
  13. samalah macam saya ni kalau dah sarapam lewat, maknanya tiada lagi makan tengah hari tunggu makan malam pula lah.

    tak pernah sarapan di jom bali tapi pernah makan tengah hari di situ, ok juga makananya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangun pun adakalanya lewat maka memang selalulah lewat sarapan kalau hujung minggu tu, AA. Selalunya memang macam tulah kami di hujung minggu. Mesti kena skip meal time sebab asyik terlajak waktu!

      Delete
  14. Sabtu lepas join my kakak pi ambil anak buah di sekolah Dan masjid besi . Dalam perjalanan balik tu memasing merengek nak mkn di umai cafe ... Heheheee ... Tgk si bubly abg punya hidangan , terliur pulak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dah lama tak pergi ke Umai Cafe! Sekarang ni musim beriadah pulak, Vee ^_^

      Delete
  15. emmm blalah dpt brtembung dgn mommy kan..
    selalu ke sana juga.

    blh lah try nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, akan bertembung juga suatu hari nanti, CikSu. Maklumlah tempat makan, tempat grocery shoppingnya sama ajekan ^_^

      Delete
  16. Macam sedap pulak mee goreng tu MD..
    Terasa lapor pulak tengok petang hari ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap tapi saya lagi suka mi goreng basah, CH ^_^

      Delete
  17. try MD dtg kemaman..jgn tkejut dgn hrga makanan sini..
    mahal pebedil.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ek boleh mahal pulak harga makanan di Kemaman? Kalau ikut sepatutnya, murahlahkan berbanding di KL.

      Delete
  18. Ok nanti bebila boleh lah try melepak dekat sini. Eheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah aje Nani. Sesuai sangat kalau nak makan beramai-ramai dengan kawan-kawan. Tapi, pilihan takdalah banyak mana ya!

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...