Wednesday, June 29, 2016

29 June - Meningkat usia lagi ~_^

Salam 24 Ramadhan kawan-kawan!


Jom nyanyi ramai-ramai...

Panjang umurnya!
Panjang umurnya!
Panjang umurnya serta mulia
Serta muliaaaa
Serta muu-lii-aaaaaaa ~_^

Kenapa meroyan, MD?

Yalah, hari ni harijadi kita! Of courselah nak juga meroyan little-little macam gegirl walaupun usia dah tak layak dipanggil gegirl ^_^

Sekali-sekala apalah salahnya ^_^ Jangan you all meluat pulak ya!


Alhamdulillah! Hari ni bertambah lagi angka walaupun yang sebenarnya makin berkurangan usia. 

Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan yang diterima. Segala kekurangan tu tak payahlah nak disentuh. It's like a never ending story. Lebih banyak difikir, lebih kurang rasa bersyukur yang mampu diluahkan. Jadinya, apakata kita bergembira ajelah dengan apa adanya dan berbanyak-banyak syukur di atas segala apa yang diperolehi dalam kehidupan setakat ni. 

Berapa my umur?

Tanyalah pada my jiran sebelah. Rasanya dia aje yang boleh menganggak hampir tepat berapa my umur sekarang ^_^

I'm not that young anymore. Nak kata tua sangat pun tidak juga. Dah dewasalah kiranya *_*

Okeylah, tak payahlah berteka-teki dengan perkara yang kita tak ingin nak bercerita panjang lebar.

InsyaAllah, mana tahu satu hari nanti I nak tutup blog, I muncullah di depan kamera dalam blog ni nanti. Kalau terjumpa di luar tu, barulah boleh bertegur-sapa, berpeluk-mesra dan mengumpat-mengata ^_^ 

Setakat ni memang kena low profilelah sebab suami tak mengizinkan ...

Okey, nak continue buat persiapan raya ^_^

      


Tuesday, June 28, 2016

Anak-anak demam...

Salam 23 Ramadhan kawan-kawan!

Semalam terima berita  gembira. Hari ni tak berapa rasa nak gembira pulak walaupun katanya tak sabar-sabar menunggu penghantaran!

Semalam I dapat panggilan dari Laoshi lagi. Seriau bila dengar Laoshi tanya sama ada I ni ibu Bubbly Abang. Bila I kata 'yes', Laoshi pun beritahulah yang my anak tak sihat, demam. Dia minta telefon Mommynya sebab nak balik ke rumah, tak tahan pening katanya!

Dek kerana I tak boleh nak keluar, I pun calledlah HD minta tolong ambil anak di sekolah. Biasalah responsenya, memekak-mekak membebel! Tak sama tau response mak-mak dengan bapak-bapak ni...

I dah siap-siap called my sister juga minta tolong tengok-tengokkan si Bubbly Abang. Entah kenapa pulak. Pagi tu pergi sekolah okey aje keadaannya. Bila dah sampai rumah, my sister pun called me back. 

Katanya si abang pitam di sekolah sebab perhimpunan lama sangat. Sejuk badannya dan pucat lesi muka. Abang kata dia tak tahan pening kepala. My sister pun terus sediakan air Milo dan beri makan!

Tengahari tu tetiba my sister called tanya tarikh lahir si abang. Rupa-rupanya Ngah bawa abang ke klinik sebab suhu badannya tinggi. Demamlah pulak. 39 Darjah Celcius dah! Meleleh-leleh air mata kata my sister sementara menunggu dipanggil doktor. Katanya tak tahan sakit kepala sangat! Suruh baring atas sofa di klinik, tak mahu pulak. Malu katanya!

Doktor beri MC dua hari terus termasuk hari ni. Kata doktor kalau by esok tak kebah juga demam, kena ambil darah. Dengar nak kena ambil darah, lagilah seriau dia jadinya...

I ni di pejabat of course tak tentu arah dibuatnya. Badan di pejabat tapi seluruh jiwa raga dah sampai rumah! Risaukan anak-anak!

Bila I sampai rumah semalam tengok dua-dua tengah lena tidur. Sentuh dahi masing-masing. Dua-dua pun panas! Aduhai, bila masa pulak si kecil ni pun demam sama! Kata HD, masa ambil di tadika tu dia okey aje membebel macam biasa. Tapi balik aje dari rumah Ngah, dua-dua pun 'tumbang'!

Lepas uruskan anak-anak, mulalah memasak untuk berbuka pulak. Sebelum berbuka, I siap-siap suap makan Bubbly Abang dan Adik Cute. Si Adik Cute ni kuat cemburunya. Kalau kita uruskan abangnya, dia nak kita uruskan dirinya juga. Kalau kita bercakap dengan abangnya, dia pun nak kita bercakap dengannya perkara yang sama juga! 

Ingatkan dia pura-pura demam sebab nak dapatkan perhatian yang sama tapi rupa-rupanya memang demam pun! 

Lepas Isyak, adik dah boleh bangun main tapi si abang terus berbaring keletihan sebab masih sakit kepala katanya. Mengadulah dia pada Mommy katanya takutlah kalau demam tak baik sebab tak nak kena ambil darah! Si adik pun samalah juga nak mengadu walaupun dia nampak dah okey aje!

Bila Adik Cute main tak berhenti I pun katalah,

Dik, kalau tak demam lagi esok mesti pergi tadika!

Eh, mana boleh! Adik demamlah!

Mana ada demam! Dah boleh main, dah boleh menjerit! Tak demam dah! Kalau demam mesti baring aje macam abang!

Eh, kenapa pulak esok nak sekolah! Cikgu kata tak payah sekolah. Esok raya!

Raya minggu depanlah!

Esok  rayalah! Cikgu kata tak payah sekolah!

Sukahatilah, Dik! 

Letih Mommy nak berdebat!      

Pagi tadi masa sahur bila sentuh dahi dan badan si adik dan abang, nampak dah kurang. Harapnya takdalah demam berterusan lagi. Susah hati Mommynya nanti. Dahlah mood nak bekerja pun semakin merundum penangan raya nak tiba ni!         

    

KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Salam kawan-kawan!  Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊 Apa khabar semua? Saya...