Mudah lupa atau OCD?

Salam kawan-kawan!

Pernah tak berlaku pada you all, perasaan tak pasti, was-was atau rasa macam terlupa akan sesuatu, nak check lagi dan lagi sebaik sahaja melakukan sesuatu perkara dan perkara itu pula adalah sesuatu yang rutin, yang biasa kita lakukan sehari-hari?

Pernah tak? 

Tak pernah?

Well, good for you ^_^

But for me, memang kerap juga perkara sebegini berlaku terutama bila usia semakin meningkat katanya ~_^ Yalah, setiap tahun baru yang datang mengurangkan setahun umur kita di dunia ni. Dalam erti kata yang lain, semakin tualah ~_^ 

Sebenarnya I pun tak pastilah apa puncanya. Nak kata I ni pelupa orangnya, tak juga! Adakalanya I akan ingat sesuatu perkara dengan penuh terperinci dan ada juga situasi di mana I lupa terus kejadian tersebut!

Lately ni, ada satu penyakit lagi ~ I boleh lupa terus apa yang I nak beritahu padahal ianya berlaku pada hari yang sama

Blank terus kepala ni padahal masa nak cerita tu, ingat apa yang nak diceritakan. Tetapi, bila nak memulakan cerita aje, terus hilang segala fakta kejadian!

Nampak tak dah semakin tua rupanya I ni... ^_^

Okeylah, yang itu kita tak perlu sentuh. Kita bercerita tentang hal yang satu ni ajelah. Kalau tidak, panjang sungguh entri ni jadinya nanti!

Perkara ni selalu terjadi bila I memasak di dapur. Biasanya selepas memasak, kita teruslah tutup gas tu, kan. Jadi I ni pun buat perkara yang biasalah, takda yang luar biasa pun. Sebaik selesai aje memasak, terus tutup api dapur gas tu. 

Tapi, yang selalu terjadi contohnya, lepas goreng ayam, tutup api gas. Letak ayam goreng dalam pinggan dan hantar ke meja makan. Patah balik ke dapur sebab nak check sekali lagi betul ke dah tutup gas tu

Tak puas hati tengok takda api, tunduk kepala pulak jenguk bawah kuali tu betul ke memang gas ni dah tutup ^_^ Padahal, boleh aje tengok kat penunjuk gas tu sama ada ia tutup atau buka! Rasa tak pasti sangat tau!

Kalau sebelah pagi tu, siap panggil Bubbly Abang lagi untuk tolong check walaupun I dah check berkali-kali. Kononnya adalah saksi yang boleh mengesahkan yang I memang dah tutup gas tu ^_^

Tak cukup dengan itu, siap pesan lagi HD supaya check gas kat dapur sebelum keluar rumah! Manalah tau kotnya I terlupa nak tutup! 

Damn!

Memang teruk tau!

Tapi, alhamdulillah sehingga ke hari ini belum pernah lagi terjadi kejadian I terlupa tutup dapur gas. 

Sebaliknya pulak yang berlaku. HD pernah tak tutup api dapur gas selepas menggunakannya dengan minyak dalam kuali elok aje terletak atas dapur! I rasa dekat berjam jugalah kejadian tu. Nasib baik tak mendatangkan kemudaratan. Kebetulan mereka tiga beranak ada di rumah! Bila I menjenguk ke dapur, berasap dah my kuali!

Kalau ingat-ingatkan, aduhai takutnya! Lagilah menjadikan sifat was-was I makin teruk walaupun bukan I penyebabnya!    

Sama juga kejadiannya bila I tutup lampu atau kunci rumah. Berkali-kali I check. Siap berdiri diam sejenak tengok suis lampu tu sama ada betul ke dah tutup atau belum! Macam orang tak betul pun ada ^_^

Kalau keluar berjalan pun memang I orang terakhir yang keluar rumah. Lagilah parah. Adakalanya dua, tiga kali I patah balik check betul ke pintu dah berkunci. Ada masanya siap buka balik, masuk dalam rumah dan check all over again semua benda!

Sahlah kepenatan! Lepas tu mengamuk asyik nak rasa marah jerk ~_^  

Pernah dengar tak OCD?

Ini terjemahan OCD di internetlah ya ^_^  


Obsessive–compulsive disorder (OCD) is an anxiety disorder characterized by intrusive thoughts that produce uneasiness, apprehension, fear or worry (obsessions), repetitive behaviors aimed at reducing the associated anxiety (compulsions), or a combination of such obsessions and compulsions.    

Signs of compulsion include :

i) Constant counting
ii) Constant checking
iii) The repeated cleaning of one or more items
iv) Repeatedly washing your hands
v) Constantly checking the stove or door locks
vi) Arranging items to face a certain way  


Boleh fahamkan... ~_^

Ahah! Ada di antara tanda-tanda tu memang keraplah I buat terutamanya (i), (ii), dan (v). Macam habit jadinya. Tapi mengikut katanya adakala habit kita juga boleh menyebabkan kita mengalami OCD ni.

Jadi, apa agaknya punca I jadi begini?

Tepuk dua belah pipi, tanya diri sendirilah, MD! Apa pulak tanya kat kita orang! Rupa MD pun kita tak kenal tau....

Yalah, yalah! I akan tenung cermin dan tanya pada diri sendiri untuk mencari jawapan sebenarnya ^_^

Hahaha!   

 

 



Comments

  1. OCD kot..tp mild. saya lagi teruk..tetibe terlupa dah tutup tingkap kete ke belum. lagi pelik, kena turun parking check selalu..huhu. kak MD kita serupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kita serupalah, Dik Sal. Tapi akak tak pasti pulak apa punca Sal pun ada 'mild OCD'. Sal sebaya dengan akak ke apa ni? Hahaha!

      Delete
    2. hahaha, dah 30 something layak la kot..kah kah

      Delete
    3. Eh, takkanlah Sal sebaya akak, kan ^_^ Akak kalau bilang bulan, memang lebih kurang 30 something jugak! Hahaha!

      Akak dengan kakak mertua Sal berada di kelasnya yang tersendiri tau. Seorang tu kilauan emas permata, yang lagi seorang pulak kilauan diamond gitu. Hehehe!

      Delete
  2. erm... alahhh sy pun selalu jadi dah benda ni MD... kadang takut tau... pelik juga semenjak 30++ dah pandai mcm tu.. boleh blurr dalm beberapa saat.. paling sadis MD, sy boleh blurr masa nak baca doa Iftitah.. parahh naw tau.. bab check rumah dah kunci ke belum mmg sllu jd jugak.. huhuhu.. apo nak buek ni??? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sekarang ni selalu juga tau lupa rakaat! Terutama antara rakaat kedua dan ketiga. Siap boleh berdetik tu dalam hati, tadi rakaat dua ke tiga ek? Ada baca tahiyyat awal ke tidak tadi ek! Habislah!

      Delete
    2. ok bab solat ni aida nak nyampuk skit MD.
      sama ler kita kekadang time solat terdetik ~ alamak ni rakaat ke brape ekk? eh, aku da tahyat ke ekk?
      memang kronik.
      ada dgr satu ceramah dlm tv. biasa la kalu mak abah dtg umah, tv alhijrah ajer la diorang tgk and tertgk skali.
      bila bab solat, sebeno nyer bisikan syaitan. dia nak kita lalai dlm solat.
      so bila bila kita terdetik yg kita ni rakaat ke brape ke hape ke, ustaz tu kata anggap ajer kita ni di rakaat yg kita ingat.
      contoh ~ skang kita yakin kita rakaat ketiga. tapi mcm takde plak tahyat awal. takpe. ustaz kata proceed je solat mcm kita di rakaat ketiga. dan keempat dan tahyat akhir. then before bagi salam, buat sujud sahwi.
      sebab kita terlupa kan hala tuju solat kita rakaat ke brape kan.

      tu yg aida dgr and ada betul nyer la.
      syaitan tu memang sentiasa bisik agar kita lalai. lari dari khusyuk :)
      sekian saje sharing aida ekk...
      bukan aida kata, tapi dgr ustaz dlm tv kata :) hi hi...

      Delete
    3. Menyampuk banyak pun takpa, Aida ^_^

      Oh, ya ke? Terima kasih ya di atas pencerahan ni. Sebelum ni saya dengar kalau kita terlupa rakaat, kita anggap saja kita berada di rakaat yang kita terlupa tu. Andai kata kita terlupa sama ada kita di rakaat kedua atau ketiga, kita anggap sahaja kita di rakaat kedua.

      Tapi kalau ikut kata ustaz yang Aida beritahu ni, kita anggap ajelah kita berada di rakaat yang kita ingat ya.

      Biasalah tu, Aida. Nak khusyuk tu bukan senang. Syaitan merata menggugat ^_^

      Delete
  3. haha, akak pun selalu lupa jugak
    letak cerek nak masak air tp tak bukak api
    nak masak nasik tp tak on suis rice cooker
    bukak periuk nak makan, tgk beras je yg ado
    itu petanda dah tua MD

    jgn berkhayal masa buat sesuatu
    atau jgn fikir byk benda pd satu2 masa
    boleh elakkan OCD ni agaknya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi serius! Kalau nak minum tak masak air, nak makan nasi tak masak, itu tanda-tanda tengah berdiet tu! Hahaha!

      Entahlah ya. Kadang tu saya memang tak berangan over-over pun tapi tak tahu kenapa bila dah selesai memasak tu mesti nak bongkok tengok betul ke gas dah tutup! Fobia tak bertempat! Tapikan perkara macam ni, kalau sekali kita tak buat, masa tulah perkara yang tak diingini terjadi. Itulah punca rasa was-was tu tak hilang kot!

      Delete
  4. Assalamualaikum MD
    kaknoor pun sama jugak bila dah meningkat umur penyakit pelupa tu menjadi2
    tapi rasa lah taklah teruk sngt smpai ke pringkat OCD tu
    cuma pernah la sekali sdg rebus telur kat dapur
    sebab lama pergi kedepan lah tengok tv, main laptop
    akhirnya bau hangus baru sedar rupa nya telur yg direbus sudah kering kontang hitam legam nasib baik dera hidung ni masih kuat
    kalau tak tau lah
    rumusan nya sama lah saja terjdi pada kita2 ni
    cuma peringkat je tak sama
    ada ke ubat utk hilangkan OCD tu MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni dah samalah tualah, KakNoor ^_^ Cuma anak-anak KakNoor dah besar panjang tapi anak-anak saya ni kecil-kecil lagi. Kasihan alahai dapat emak pelupa ^_^

      Serius ni, KakNoor! Sampai begitu sekali terlupa ya! Saya pernahlah juga tapi selalu sebab menonton TVlah, apa lagikan!

      Delete
  5. muda lagi dah jadi camtu ye MD..acik dulu macam tu la..kadang dah sampai keluar kunci pintu bagai teringat eh..dah tutup ke..
    nanti suami acik jawab,dah..lama2 hlang dah..sebab tau dah ada tukang jawap..pastikan..benda tu dah dibuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdalah muda sangat Acik saya ni...

      Itulah selagi tak check balik hati rasa tak tenang. Kadang tu kena juga tegur tapi tak boleh tukarlah tabiat tu buat masa ni...

      Delete
  6. Seboleh2nya sebelum keluar rumah kakcik akan mengelak dari memasak atau menggosok pakaian. Sebabnya, bila dah di pertengahan jalan mulalah kakcik tertanya-tanya, aku dah tutup api ke belum, aku dah tutup suis ke belum...

    Aduhaiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang tak bestkan, Kakcik. Nak minta berpatah balik, memang nak kena marahlah jawabnya.

      Saya pulak adakalanya masa nak keluarlah nak iron tudung, nak iron baju! Lepas tu dok tenung suis tu betul ke dah tutup ^_^

      Delete
  7. NO 2, 3 dan 4 biasa ai buat.. tapi paling ketara no. 4.. Bukan takat tangan, kaki pun ai basuh lebih dari sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa adik lelaki saya berumur 15 tahun, teruk dia kena penyakit was-was ni. Asal masuk bilik air aje tak keluar. Habis dibasuh berkali-kali mana yang patut. Sampai kering kolah air dikerjakannya. Bila kita tanya, dia jawablah masa dia basuh kaki yang kotor, dia rasa air tu terpercik ke dinding bilik air. So kena basuh dinding. Lepas tu terpercik ke tempat lain, so kena basuh lagi and so on! Pening emak saya dibuatnya!

      Delete
  8. Akak pun sama je MD terutama bab was2 tu ,kalau nak keluar rumah biasanya akak lah yang last.Pekse pintu ,api dapur berkali2.Itupun masih was2 lagi bila dah dlm perjalanan...biasanya resah dalam hati je tapi ada kalanya bertanya juga pada encik suami ,betul ke dah tutup.
    Akak ni memang dah tua MD ,memang dah banyak lupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya memang kebanyakan orang ada terkena penyakit was-was nikan, kak. Cumanya serius atau tidak aje. Adik lelaki saya antara yang teruk was-wasnya. Itu pun masa dia berumur 15 tahunlah. Sekarang ni dah takda penyakit was-was tu dalam diri!

      Muda ke tua, kalau dah kena penyakit lupa memanglah alahai kasihan betul ~_^

      Delete
  9. Kes terlupa tu biasa la MD bila umur meningkat ditambah pulak ibu2 mithali.. macam2 nak fikir... memory pulak dah tinggal sikit.. nak delete kasi clear semuanya penting....

    Tapi bila dah check, ulang check, minta orang lain pulak pi check... memang penyakit dah tu.. ia la kot OCD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, itulah Makchaq! Dah check berkali-kali pun masih nak kepastian dari saksi lagi! Maklumlah saya ni dulu nak jadi pelakon CSI tapi tak dapat!

      Betul tu, Makchaq. Nak kasi delete terus, takut terdelete segala yang penting untuk diingat. Hah! Lagilah parah hidup nanti!

      Delete
  10. akak le salah seorangnya, maklum le dah masuk kilauan emas, makin menjadi2 lupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit ni tak kira usia ^_^ Kilauan emas ke, diamond ke, intan ke, kalau nak kena, kena aje. Hahaha!

      Hah! Saya pun sejak dua menjak ni selalu aje menjadi-jadi lupanya. Blank sekejap kepala!

      Delete
  11. Ira pun sama MD. Selalunya check pintu kete dgn tgkp kete. Tgh2 rushing nk kejar tren, blh plak patah balik nk check da lock ke blum. Kdg tu yakin kan diri je dah lock, terus pegi x patah balik. Kalau ada masa lg pegi check. Haha.. pdhal da lock pun. Kalau tingkap kete tu, pk blk td masa da nk sampai parking takde rasa angin tgkp, so da tutup la tu.. lps tu tawakkal je la. Hehe.. malas nk layan perasaan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah bab kereta ni takda pulak datang OCDnya, Ira. Kalau tidak, pengsan saya tau! Semua-semua pun nak kena check berkali-kali!

      Kadang tu kita nekad aje tak nak check lagi tapi itulah syak wasangka dalam hati ni melarat-barat ^_^

      Delete
  12. Pernah.....Hish! Lega mak ada kawan tau!

    Mak selalunya iron Kak Ton. Kadang tu otw nak balik kg, tak pun otw nak keluar berjalan, time tulah pulak OCD dia datang. Kalau dah jauh nak ckp ngan Pak Jilap takut, nanti dia bising sebab kena patah balik so tawakkal ajelah...

    Mak dpt bayangkan apa yg Kak Ton buat tu tau.... U turn - bongkok - pas tu tengok api haha....confirmed tak nampak api baru jalan.... sebab mak pun pernah, sebijik cenggitulah hihi...

    Entahlah Kak Ton.... apa pasallah kita jadi cenggini ek.... Kurang kasih sayang kot haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. I lap you, Mak ~_^

      Nak nyanyi lagu Abang Jenal jap ~ 'Kita serupaaaaa.....'

      Panjang hah yang 'serupa' nya ^_^

      Itulah Mak, tak ke tension jadinya bila kena bongkok-bongkok tengok api gas. Tak macam celebrity chef langsung tau! Hahaha!

      Ya ke Mak penyakit ni sebab kurang kasih-sayang? Celah mana tu yang kasih-sayangnya terkurang agaknyalahkan, Mak!

      Delete
  13. No i , ii dan v selalu terjadi pada CH tu ..
    Sebab takut kena marah..
    Hendaknya gosok baju..
    Udah tutup ke belum iron ni ..
    Gi tengok semula..
    Kekadang betul dah tutup..
    Kekadang tidak..
    Pernah sekali rupanya CH tak tutup..
    Smpi balik rumah baru perasan.
    Punya marahlah en suami..
    Sejak hari tu en suami double cek..
    Ada sekali siap hantar wasap gmbr yg iron tak tutup..
    Pastu pjg berjela marah CH😒😒
    Ye ye ye salah saya 😣😣
    Dah byk wayar yg putus kan..
    Lahir anak tiga ni..
    Pastu kena belah lak perut..
    Brpa lapis tu kan..
    Mahu tak lupa memanjang..
    Jadi skrg saya buat mcm k.cik nak keluar tak buat semua tu..
    😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Urat dah banyak sangat putus sana-sinikan, CH. Haruslah jadi macam ni. Tak bestlah asyik nak salahkan kita aje. Cuba kalau mereka yang kena buat kerjarumah macam kita, mahu lagi cepat datang OCDnya!

      Suami saya pun macam tu juga, CH. Kadang tu salah sendiri tapi tetap juga nak menegakkan benang basah, kata kita yang jadi puncanya. Mentang-mentanglah urat kita yang banyak putuskan!

      Delete
  14. Akk pn pernah jugak mcm tu terutama seterika tu...risau kot2 terlupa tutup suiz....yg plg haru bila tringat masa otw nk p kerja...adeh...sabar jelah...kalau hati xsedap mmg akk patah balik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu juga saya ni dengan seterika. Siap tenung suis tu betul-betul, dah tutup ke belum ~_^ Punyalah perasaan was-was tu datang tak kenal simpati tau!

      Delete
  15. saya takde masalah camni
    tapi suami saya ia. aduss. kadang banyak kali dok ulang tengok
    nak tergelak pun ada juga, cam comel pun ada juga...haha
    selalu lupa bab kunci kereta
    dah agak jauh menapak,
    baru dia tanya, "eh, abang kunci kereta tak tadi?"
    kalau kita jawab ye pun dia check juga,
    selalunya jawab tak tahu aje =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, tu nak beritahulah tu yang dia masih 13 tahun sebab tu takda penyakit was-was! Nyampah pulak~_^

      Tak baik tau, orang tanya tak jawab betul-betul. Tak ke kasihan kat yourchintahati tu dok berulang check benda yang sama! Berpeluh member tau!

      Delete
  16. Owhh tetiba teringat kes yg pernah berlaku dirumah kuarters lama di Johor dulu.En suami masak air pastu beliau tertidur tak sedarkan diri smp terbakar dapur kita.memang dasyat la nasib tong gas tak meletup tau.habis sofa n lantai semua hitam dek asap..penat sy nk menyental.huhu..ni bukan kes lupa la..tp kes penat tp ada hati nk tolong bini masak air.sy tgh keja n nasib masa tu aiman kt rumah pengasuh.huhu

    Penyakit lupa ni cmna ye nk atasi..kena makan kismis byk2 MD.hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan terlupa, PK... itu tertidur namanya ^_^ Hahaha!

      Yalah, dia nak tolong masakkan air, takdalah salah mana. Yang salah sebab dia tidur mati tak ingat dunia. Air mendidih berbunyi pun dia tak dengarkan. Itu aje kesalahannya. Kalau ditanya, mahu berbolak-balik nak mengaku kesalahan!

      Masa PK balik tu, suami PK tak penuh dengan asap ke mukanya? Hahaha... Macamana dia tak tercium bau terbakar yerk!

      Hahaha... dah terlambat untuk saya nak makan kismislah! Kalau terlebih makan kismis, penyakit lain pulak yang hinggap!

      Delete
    2. Hidung smp hitam penuh lubang hidung dengan asao agaknya.jenuh menyental dengan sabun.tu pun boleh tak sedar dasyat sgt tahap kepenatan tidur mati beliau.haha sy takdalah nk marah sbb bnda dh jadi..kita jenis cool je..cuba klu sy yg buat..maunya kena ceramah seminggu siang malam pastu habis dijaja cerita satu famili mertua.huhu..

      Delete
    3. Aduhai! Macamanalah dia tak sedar ya! Mesti kuat dah bau asap. Nasib baiklah awak balik rumah masa tu, PK.

      Biasalah depakan. Cuba kalau kita yang buat silap, tazkirah berminggu-minggu. Kerja mengungkit aje makan bertahun. Kalau depa yang silap, marah pulak tu kalau kita ungkit!

      Kalau sayalah, tentu membebel panjang masa tu! Memang sakitlah telinga si pembuat salah tu ~_^

      Delete
  17. alhamdulillah saya takde macam ni. kalau ada tanda macam ni boleh ambil lecithin MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada juga ambil lecithin ni, Raihanah tapi tahu ajelah saya ni bukan istiqomah sesangat kalau bab ambil ubat/vitamin ni ^_^

      Delete
  18. Selalu was-was bila keluar rumah pergi kerja iron dah tutup suis lom. sellaulah call en suami untuk tengokkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya bab ni kebanyakan kita sama aje kekdahnya yerk! Ingatkan saya aje selalu syak wasangka macam tu, tak pasti!

      Delete
  19. aida yg lom masu 40 ni pun dah ada gini MD.
    tetiba rasa mcm curiga. gi la dapur cek mcm2.
    cek seterika da tutup lom suis. cek itu cek ini.
    terutama bila nak jalan2. da dlm kereta, tanya mr.asben ~ semua ok ekk?
    aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa was-was tu yang terukkan. Sakit jiwa dibuatnya. Memang boleh kena sakit jiwalah kalau diikut-ikutkan rasa was-was tu.

      Selalu pun memang seterika, dapur gas dan kunci rumah yang selalu kita jadi was-was ni!

      Delete
  20. saya banyak jadi kes pelupa ni bila mengandung, bila lupa2 dah padam api dapur ke belum haaa jaga2 mengandung la tu hahahah..tapi itu dulu sekarang takde lagi, kadang2 dia mari juga, selalu terfikir lupa tutup paip air hahaha,

    kalau suami bab kunci kereta pula, mesti nak tengok2 lagi walaupun dah kunci kereta tu.Tapi mungkin peringkat umur kilauan emas permata macam kita nih memang cenggitu peelnya kot MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Maknanya kena cepat-cepat buat pregnancy testlah kalau datang lupa ya!

      Yalah, peringkat umur macam kita ni penyakit macam ni kira ringan aje tu. Hehehe!

      Delete
  21. Lyn biasa lupa & was2 ni.. maklum lah umur makin meningkat..
    contohnya bab lock kereta.. kekadang dah melangkah jauh, baru teringat eh dah lock kereta ke belum. lepas tu sure patah balik terkedek.
    pernah jer kat rumah tak lock kereta sampai next dah nak pergi kerja baru tau. hahahhaa.. ini normal berlaku dpt Lyn. klu keluar dgn my niece pun, siap tanya, Acik dah lock kereta ke belum.. dia yg tolong pantau. hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Ini memang penyakit orang meningkat usia ke gamaknya?

      Nasib baiklah bab lock kereta tu akak takda pulak terkena. Kalau tidak memang jenuh. Akak ni bukan boleh, kalau rasa was-was memang berpatah balik buat all over again!

      Delete

Post a Comment