Bila malas melanda ...

Salam 10 Syaaban kawan-kawan!

Mesej untuk Cik Malas ^_^

Oh, Cik Malas! Boleh tak jangan kacau hidup I lagi? I dah bosan membuang masa bersama you, tahu tak!

Oh, ya! Semalam I ada aje bekerja macam biasa! Infeksi mata tu takdalah teruk sangat. Cumanya dari mata kiri, mata kanan pula kena infeksi selepas tu. Sekarang ni dah okey, cuma sejak sehari dua ni terasa gatal-gatal pulak kedua belah mata. I titis ubat mata aje!

Oleh sebab itu, takdalah I pakai maskara ke, celak mata ke, eye shadow ke sepanjang masa ni. Nanti jadi makin sensitif pulak! Lain kali I nak labelkan semua alat solek I lah supaya I tahu bila boleh campak baling buang dan beli baru ^_^ Spesies sensitif memang kena alert lebih sikit! 

And ... I didn't go to clinic pun! 

I kan memang terkenal malas nak pergi klinik kecuali kalau nak MC sebab cuti tahunan dah habis! Ada masanya, lebih sanggup ambil cuti tahunan kerana sakit sebab malas punya angkara.

Bukan my fault, tapi salahkan Cik Malas, my kembar yang kadang-kala menjelma ikut musim ~_^ 

Biasanya kalau tak malas, sibuk macamana pun masih juga nak cari masa untuk update blog. Tapi bila malas dah melanda, ada masa sedikit pun tak kuasa nak menaip entri baru tau. Kasihan alahai my blog yang baru nak menginjak 3 tahun Julai nanti...

Bukan setakat nak update blog pun malas, la ni nak memasak pun malas ^_^ 

Okey! Okey! I know apa you all nak komen!

Yalah, I mana pernah kata rajin masakkan! Tak macam kawan blogger kita, mama CH yang hari-hari ada aje menu dia nak tempek buat pedoman kawan-kawan yang malas macam I ni ^_^ 

Tapi jangan tak tahu, bab save resipi, memang kerja mainan I  tau ~_^ Rajin bukan main lagi. Sampai situ ajelah, sampai masukkan dalam file masakan yang berlambak ada di rumah tu. Kononnya kalau guna cara konvensional macam tu, senang sikit nak rujuk bila teringin nak masak. Malangnya sifat teringin tu sangat rare muncul dalam diri tau! Balik-balik bila di dapur,  masak lauk yang sama!

But then again, sehari dua yang lalu, tiba-tiba I rajin pulak ^_^ Cik Malas tak meresap dalam badan rasanya! 

Tapi... seperti yang biasa berlaku, masakan yang 'rare' dihidangkan atas meja membuatkan anak-anak I tak berselera pun nak makan. Kalau hari-hari hidang ayam goreng I rasa okeylah kot, dah mereka berperangai macam tu!

Semalam si Bubbly Abang tak mahu makan sebabnya masih terasa kenyang makan di rumah MakNgah. Sebabnya seperti yang I jangka kerana takda lauk ayam! Cuma ikan sahaja! Tapi of courselah dia tak mahu mengaku, takut kena marah!

So, I warned him ... hari ni makan kenyang-kenyang di rumah MakNgah sebabnya Mommy malas nak masak. Mommy nak beli KFC hanya untuk diri sendiri sahaja. Dah mereka guna alasan kenyang makan di rumah MakNgah hari sebelum ni, so gunakanlah juga alasan yang sama hari ni bila tengok Mommy makan KFC dengan penuh berselera ^_^

HD geleng kepala aje ...

Nak jugalah I ikut kata sesetengah kawan-kawan yang komen dalam entri ni. Kalau dah anak-anak cerewet makan sangat, apakata tak payah masak! Senang! Beli aje kat luar apa yang mereka nak!

Kalau nak tanya mereka, memang hari-harilah I kena menggoreng ayam. 

Ketibas tau!

Errkkk... tau ke 'ketibas' tu apa?

Ketiak basah ^_^

Okeylah, sebelum entri ni bertambah merapu, I nak mengundur diri dulu! 

Jumpa di next entry bila Cik Rajin pulak menjelma dalam diri ya ~_^    

 

       

   










 


Comments

  1. hahaha.gelak sorang lea baca entry ni. teringat kat diri ni seminggu dapur tak berasap. demam dan jaga orang demam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu takpalah juga, Lea. At least adalah alasan munasabah sebab demam dan jaga orang demam. Ini, takda alasan pun tak masuk dapur. Apa keskan...

      Delete
  2. NI Cik Mals ke yang menaip ni?

    Huhuhu..sampai terbabas-babas kakcik membaca dek ejaan yang 'berselang-selang' tu...

    Kakcik pun tengah ambil mood nak menulis kembali macam dulu-dulu. Tak tahulah sama ada En Mood tu nak datang ke tak... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni Cik Malaslah tu, Kakcik. Kalau Cik Rajin yang hinggap, memang tak cukup nafas Kakcik baca entri saya tau ^_^

      Semoga En Mood tu datanglah menjengah Kakcik. Kalau tak datang juga, serulah Kakcik. Hahaha!

      Delete
  3. Hihihi ...
    Hahahhahah..
    Ingat siapalah CIK MALAS tu MD oiiii..
    Buat mama CH ketawa sorang2 ni..

    CH pun kekadang ada juga Cik Malas tu datang terjah..
    Semalam masak asam pedas utk en suami..
    dan goreng telur dan sambal sardin untuk anak2..
    Janji mereka makan sudah hahahha..
    Tiada bagai masakan rare tu de.. ~__^

    Kekadang apa yg kita cakap boleh en hubby geleng kepala kan MD..
    Macam2 bini aku ni..
    Tak pe lah ini pilihan aku kihkihkih.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas CH tak sama macam saya tau. Malas-malas CH pun saya tengok terlebih rajin juga berbanding saya. Saya ni kalau dah kata malas, memang tidaklah buat apa-apa. Masak sardin pun tak, CH ^_^

      HD memang opposite daripada saya perangainya. Saya ni memang over banyak tapi HD tu lain tau, CH. Tapi, kalau nampak saya dengan HD, memang saya sopan aje sebab ada suami di sebelah. Hahaha!

      Delete
  4. Hahahaah ! Haipp jangan malas malas. Seru sikit semangat rajin tu masuk kak. Eh Nani sama jugak suka save resepi banyak banyak lepas tu entah bila nak buat, asyik beli aje lauk dekat kafe. Ketibas eh? Ohh first time dengar. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah malaslah, Nani. Nak blogwalking pun malas. Tapi malas akak ni lain daripada yang lain tau. Bukan malas terus tak datang, tapi less than bila rajin yang meresap dalam badanlah ^_^

      Kawan akak yang ajar banyak perkataan baru ni ^_^

      Delete
  5. hahahaha.. kena seru cik Ra Jin la kak kalau nak taip entry. Minggu ni aina mood rajin.. Gigih balik keje hari hari masak. da jemu makan luar kot.. tggu la nanti mood Ma Las mai... hihihi.. budak budak mmg suka aym goreng.. Pengaruh upin ipin ni kak.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, eh! Macam best aje kalau tulis macam ni yerk - Ra Jin, Ma Las! Dah macam nama bintang filem Korea. Hahaha!

      Akak cubalah juga ni nak merajinkan diri. Tapi kalau akak dah rajin, jangan ngeri pulak ek tengok entri bertujai-tujai keluar ^_^

      Delete
  6. Salam MD. .lama tak bertandang ke sini.,jauh nak seberang laut china selatan..hahaha..
    bab2 malas toksah cerita, sy pun klu malas dtg hari2 tapau beli lauk bawa balik rumah.. hehe.. duk pun tinggal berdua dgn Pae, weekend jer lah rajin kan diri..
    klu suka ayam goreng, boleh geng dgn auntie lah hero2 tu..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... epik sungguh alasan ^_^ Yalah, kalau berenang memang jauh tau, Atie! Kenalah naik kapalterbang, cepat sikit sampai ^_^

      Kalau saya pun tinggal berdua memang tidak masaklah. Lebih baik kita 'sedekah' kat restoran, jimat tenaga dan masa. Cumanya duit memang tak dapat berjimatlah. Hahaha!

      Delete
  7. Weyh cik Malas .....abg tu makan ayam goreng dengan nasi jer ke? Kicap, sos buh tak? Abg tu nak menyenangkan keja mommy sebenarnya. Tak payah nak berpeluh bagai nak bergulai oklah tu...
    Yg penting air tangan ibu, gitu...ha nampak tak bila cik mak dah nasihat, mcm rajin sangat jer gayanya hihi...

    Dah....dah... kalau nak bercik malas sangat suh dia hinggap time masak, time time berblog ni tak yah nak malas sangat, mak tak de kawan mengumpat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, garangnya bila datang! Lain kalikan Mak, kalau datang rumah jiran yang dah macam rumah sendiri tu apa kata beri salam siap-siap! Tak pun masa Mak nak keluar pintu rumah Mak tu, Mak jerit siap-siap beri salam kat jiran. At least jiran bolehlah standby intipati gosip hari ni ~_^ Betul tak?

      Yalah, sejak Cik Mak rajin memasak (untuk perut sendiri) memang nasihat semuanya bagus-bagus belakalah. Nantilah kita fikirkan sama ada nak ikut nasihat ke tidak. Tak pun, apa kata datang rumah kita tu tolong masakkan untuk anak-anak kita, suami kita tak payahlah. Tengok terkangkang terkiap ke tidak ^_^

      Ai, Mak juga yang tak mahu mengaku selalu rindu kat kita. So, kalau takda orang rindu, biarlah kita beredar pergi gitu. Huhuhu....

      Delete
  8. Sebenarnya dah jadi mak-mak ni bukan rajin sangat pun MD (maksudnya kakaklah ni) cuma nak keluar pun malas tu yg kena ke dapur juga. Kalau ikut rasa memang lebih jimat makan di luar. Jimat masa menyediakan, jimat masa memasak dan jimat tenaga mengemas. Tapi itulah malas pulak nak keluar kalau bukan hari cuti.

    Buat ajelah masakan janji ada ayam. Kesian pulak abang tu kan. Macam adik senang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu, Kakzakie. Definisi 'malas' tu subjektif sebenarnya. Ada orang kata malas tapi mengalahkan orang lain yang terlebih rajin. Ada juga yang kata malas memang betul-betul malas ^_^

      Saya pun kalau dah balik rumah, jangan harap nak keluar semula. Walaupun untuk cari makan, memang tidaklah kecuali kena sergah dengan suami. Hehehe!

      Delete
  9. Belajar vocab baru hari ni, ketibas!
    eh, apasal kembar MD Cik Malas tu pun asyik kalau ai jer skrang ni?
    Kadang2, banyak jer nak cerita... Tambah2 bila dalam pantang ni.. Tapi buka jer komputer, mood merudum sebab line tenet slow... huwaa, stress mak... eh tapi org dlm pantang xleh stress2... Jadi mmg tak buka la komputer masa pantang... hahaha

    Untung la abang nak makan ayam jer.. Tak perlu pening kepala fikir menu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, ingat jangan tak ingat new vocab tu tau! Patutnya saya introduce masa El Nino tengah teruk melanda. Time tu memang ketibas selalukan ^_^

      Oh, orang berpantang mesti nak nyaman-nyaman, tenang-tenang. So tak payahlah susah hati pasal line internet ya. Lepas habis pantang tu, pulunlah habis-habisan kalau masih ada lagi sisa kerajinan tu ^_^

      Delete
  10. senanglah tu MD nak ayam goreng je,sama dengan anak2 saya, cuma sekarang si abag sudah pandai minta ikan pedas..haaa senang juga sebab dah beritahu menu, senang mamanya ni masak, tak payah pening nak fikir apa nak dimasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun ada masanya muak juga. Jadi saya ni pelbagai resepi ayam goreng saya dah cuba masakkan untuk mereka. Si Bubbly Abang tu aje yang tak boleh kalau takda ayam tapi adiknya okey lagi. Yang si kecil tu pulak kalau ada lauk berkuah, settled dah!

      Delete
  11. acik pun ada masanya berkawan dengan cik malas juga MD..tapi tak selalu la.sebab kalau rasa nak malas2 tengok tv..tetiba je cikr ajin datang tanpa diundang,,geram je rasanya he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik bolehlah kot bermalas-malasan selalu sebab takda apa yang nak dikejarkan sekarang ni. Hehehe... Tapikan Acik, kakak saya yang lama dah pencen tu pun tak pernahnya dapat bermalas-malasan tau, ada-ada aje kerja yang nak dibuatnya!

      Ingatkan bila dah pencen ni banyaklah masa rupanya tak juga ya, Acik!

      Delete
  12. Assalamualaikum MD
    hari ni kaknoor pulak yg datang cik rajin
    sampai sanggup terbang melayang kat sini
    bukan apa teringat lah kat celoteh MD yang panjang berjela tu
    tetiba dtg sini rupa nya MD sdg mood suam2 kuku pulak ya
    nak balik lah babaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam!

      Terima kasihlah KakNoor rajin 'terbang' ke mari. Tapi itulah pasalnya, saya pulak yang tengah berdamping dengan kembar cik malas. Kami ni kembar tiga tau - saya, malas dan rajin ^_^

      Delete
  13. ha3, semalas2 MD, ada gak entri panjang berjela, bukan cam akak,mood malas terus menjunam kelaut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kalau saya malaslah. Panjang gini entrinya. Kalau saya rajin, memang parah orang nak baca entri saya. Kalau saya terlebih rajin, memang lagi ramai agaknya kawan-kawan yang baca perenggan terakhir aje. Hahaha!

      Delete
  14. dah namanya Mak, takkanlah sampai hati tak masak untuk anak-anak..tul tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap mulut aje, Sal. Dalam hati tak sanggup nak buat! Tapi memang betullah semalam akak beli KFC aje tapi untuk seisi keluarga. Akak punya share yang paling murah tau ^_^ Dah namanya emak, kan...

      Delete
  15. hihi...kadang2 cik malas ni ada juga hinggap kat akak
    meh meh azan sikit kat telinga tu...
    bagi cik malas terbang hihi

    #salam kenal MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, KB!

      Saya ni pun tak tahulah sejak dua menjak ni asyik berdamping dengan Cik Malas. Tapi kalau datang Cik Rajin meresap, pengsan pulak ^_^

      Delete
  16. Sy ni kadang2 dok umah nk keluar lagi malas tu yg masak.bukanlah rajin sgt tp apa yg dimasak semuanya anak2 n en suami makan.depa jenis tak memilih Alhamdulillah senang.biasanya malas nk keluar tu lebih mengatasi malas nk msk..msk simple2 pun takpe janji tak payah keluar beli makan.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebenarnya kalau dah balik rumah, memang malas nak keluar (kecuali nak pergi shopping ^_^) Tapi itulah, saya tak serajin PK juga. Kalau malas tu masih lagi fikir nak masak. Kalau saya, haruslah semua saya suruh puasa. Hahaha!

      Tapi sebab ada anak-anak, kena fikir juga mana nak cari makan! Saya dan suami berpuasa malam, okey lagi tapi kasihan pulak kat anak-anak!

      Delete
  17. klu time rajin, macam2 di masaknya.. cuba dtg time malas, tapau jer lah kan.. janji makan... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rajin datang tak payah ceritalah, Lyn. Tapi rajin akak ni pun takdalah rajin sangat bab masak-memasak ni ^_^

      Kalau time malas, silap haribulan makan maggi aje seisi keluarga. Hahaha!

      Delete
  18. eleh, takut p klinik, kata malas
    alasan tu, alasan

    tapi kalau bab masak, bab tulis entri blog
    saya pun selalu juga dapat penyakit M tu..huhu
    ni cadang nak komen panjang
    tetiba datang pula penyakit M
    sambung lain kali ajelah ye...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh... kita tak takut kliniklah! Kita takut hospital jerk!

      Bab masak tu sebab anak-ana tak suka mencuba resepi baru menyebabkan saya malas. Kalau mereka suka, saya rasa saya antara yang terajin memasak di dunia tau! Jangan tak tahu ^_^

      Laaa...boleh gitu ek! Lain kali nak buat jugalah bila bertandang ke sana ~_^

      Delete
  19. hmmmm cik malas. en malas. pn malas. semua memang selalu ziarah aida ni, MD.
    tak tau la nape diorang suka nau dtg.
    amat ler faham... huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serasilah tu ~_^ Hahaha!

      Kadang-kadang bila selalu sangat menjengah kita, memang lamalah nak datang rajinnyakan!

      Delete

Post a Comment