JJCM : Restoran Rumah Thai & teka teki ^_^

Salam 8 Jamadil Awal kawan-kawan!

Hari ni marilah kita bersantai depan komputer sambil menikmati hidangan dari restoran terbaru yang kami terjah ~_^ Nama restoran seperti yang tertera kat tajuk entri nilah ~ Restoran Rumah Thai.

Macam biasa, ini adalah hasil google-an HD bila kami tetiba aje rasa nak makan di luar. Bila ya kami ke sini, lupalah pulak tapi bulan inilah ^_^

Okey, lets start our makan-makan journey dan macam biasa, silalah sediakan tuala kecil di bahu buat lap air liur kononnya. Jangan lap cadar bilik tidur ya. Nanti penuh pulak peta 7 benua @_@


Eh, I beri alamat dululah ya! Nanti dah membebel kang terlupa pulak nak letak alamat ...  


Alamat Restoran Rumah Thai adalah seperti di bawah :-

Block B4-G2, Gaya@Melawati
Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-4162 8207 


Kalau sudah namanya 'Rumah Thai', agak-agak you all ya, apa menu utama di sini?

Chicken chop?

Nasi dagang?

Nasi lemak sotong?

Roti canai?

Mana mungkinlahkan...dari nama restoran pun dah tahu apa menu yang ada. Bak kata pepatah, dari pandangan mata kat menu, terus turun ke hati dapdupdapdup kus semangat nak mencuba hidangannya! 

Eh, ada ke pepatah gaya gini?

Pepandai ah kak aje tau ~_^

Sekarang pilihan di tangan you all ~ nak tengok hidangannya ke atau muka my superheroes dahulu?

Eh, I ajelah yang buat pilihan! Dan tentu-tentu ni my blogkan. Kita letaklah gambar superheroes teruja nak makan malam katanya ...


 
Si Bubbly Abang kata dia tak mahu makan sebab berdiet kononnya. Tetiba his lovely Mommy sergah suruh makan malam juga! Muncung sedepa tapi tengoklah ya dia makan ke tidak!

Adik Cute pulak pakai baju tidur aje. Masa ni dia baru baik demam. Rasanya inilah first time kita keluar malam lepas dia baik demam. Ingatkan nak keluar kejap aje, makan dan balik rumah. So I katalah kat Hubbydearie, biarlah kalau dia tak nak tukar pakaian. Lagi pun si kecil ni mana suka keluar rumah. Kita ajak keluar boleh dia kata pergilah semua, biar dia tinggal di rumah sebab dia malas nak keluar!  Suruh tinggal dengan hantu, barulah terhegeh-hegeh dia nak ikut!




 
Mari kita tengok menu pulak ya ...

 
   Kami tak ambil pun set ni. Kita ambil ala carte aje. Pilihan pun semuanya small size tapi tak sangkalah bila sampai, portionnya banyak tau!

 Tomyam Ayam (S) RM7.90

  Udang masak petai RM9.90

  Ayam gajus RM8.90

  Kailan ikan masin RM7.90
 
 Hubbydearie tanya soalan cepu lempang to me,

You makan petai tak?

Tak! (Punyalahkan...dah bertahun kahwin pun tak tahu isteri mithali makan petai ke tidak!Sayur kailan tak dimakannya inikan pulak petai!)

Habis tu kenapa order?

I nak terkam udang!

Lalu HD pun ambil petai dan makan...

Eh, I boleh makan petailah! I' m more Malaysian than you!

Balik rumah jangan masuk bilik air!


HD mungkin boleh makan petai tapi beliau tak tahu yang bau petai tu macamana. Macam bau perfume busuk kekdahnya! Nasib baiklah HD takda buat hal selepas makan petai. Manalah tahu tetiba terlepas angin ke kan, mahu merana kami dalam perjalanan pulang nanti. Pengsanlah weyh dalam kereta!

Cuma ayam gajus  tu tak habis makan sebab my anak-anak tak berapa suka. Si abang makan ayamnya dan si adik kunyah gajusnya. Maka terpaksalah kami suami isteri mengerjakan sampai licin ayam gajus ni. Macam biasalahkan ~_^

Asalnya I nak order ayam goreng tapi tak nampak pulak dalam menu. Asyik ayam goreng, muak juga. So bila ayam goreng takda, kita cuba beralih arah ke ayam goreng kunyit pulak tapi tetiba mata I terpandang pulak ayam gajus ni. I dok fikir asal namanya hidangan ayam, mesti Bubbly Abang suka nak cuba. Rupa-rupanya meleset. Biasalah anak-anak sekarang memang makpak kena lebih mendengar permintaan mereka! Tapi elok jugalah, next time makan-makan, tak payahlah susah-susah nak cuba suruh anak-anak makan ayam gajus lagi! 

Kesimpulannya, makanan di sini sedap ya! Boleh mengulang makan lagi kalau tak tahu nak ke manalah. Masa I baca review kat mana entah, ada customer tu kata dia dah 7 kali makan kat sini! Hebatlah tukan!

HD dah dok jeling-jeling, geletek-geletek I setiap kali my sister Ngah datang rumah. Disuruhnya I promote Rumah Thai ni supaya boleh bawa Ngah pergi makan di sana. Ngahkan suka makanan macam ni. I buat derk aje ^_^

By the way, semasa mencari restoran ni, I ternampak pulak satu restoran western berhampiran. Memang tak pernah masuk and dah berjanji pok amai-amai dengan HD, lain kali kita mesti cuba ke restoran western tu pulak ~_^

Dan, fakta paling menarik sekali ialah restoran ini tidak mengenakan caj GST. Dahlah harga murah, makanan sedap, GST tak perlu bayar, review percuma, apalagi yang kalian mahukan? Pergilah segera cuba makan di sini ya! 

Okey, sekarang I nak beri soalan berhadiah pulak ~_^ Siapa paling cepat jawab dengan betul, I hantar hadiah nanti @_@

Soalannya :-

Berapa harga keseluruhan hidangan kami malam itu? 

Sila jawab dalam kotak komen ya ~_^

Dengan ini, tamat sudah JJCM kita untuk hari ni T_T
 

    

Comments

  1. Kakcik tak pernah makan di sini, jadi tak dapatlah hendak mengagak berapa kos keseluruhan yang telah dibayar...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teka aje, Kakcik ^_^ Kita nak beri hadiah ni....

      Delete
  2. harga lauk boleh teka, tp harga nasi dan air tak tahulah pulak. hari ni dekat group family tunjuk tomyam, blog ni pun tunjuk tomyam nak kena makan tomyam jugaklah petang karang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sengaja letak harga lauknya. So baki tu kenalah agak-agak berapa ^_^

      Dah dapat makan tomyam semalam? Kalau tidak, usahakan sampai dapat hari ni!

      Delete
  3. Kakcik copy paste jawapan kakcik untuk pertanyaan MD di blog kakcik, ya...

    Header tu dibuat semula atas permintaan En Suami. Dia nak juga gambar dia ada sama...hahaha...

    Terima kasih atas pencerahan untuk MB tu ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah Kakcik sanggup datang balik ^_^ Sesekali datang ke 'rumah' Kakcik, tengok-tengok dah lain dah... Tapi saya suka tengok header Kakcik. Sweet aje suami isteri, sehati sejiwa gitu :)

      Delete
  4. Betul kata Lea tu..
    Banyak benor bloger tunjuk tomyam..
    Macam kita pun kena buat juga tomyam petang ni hahhaa..

    Petai tu lah yg sedap MD..
    Tapi memanglah bau tandas tak tahan..
    Tapi ada petuanya..
    Lepas makan petai minum kopi 3 in 1..
    InshaAllah tak berbaulah tandas tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke, CH! Tapi mereka tunjuk sebab mereka masak eh. Saya ni kalau tunjuk, memang betul-betul 'tunjuk' kat kedai aje ^_^

      Saya memang tak makai petailah, CH. Alangkah sayur-sayur 'moden' tu saya tak makan, inikan pulak petai! Aduhai...

      Oh, ya ke? Nanti saya ajarlah petua ni pada semua ahli keluarga saya yang suka sangat makan petai ni!

      Delete
    2. Nak mencuba nasib juga lah hahaha..

      Total RM59.60

      Delete
    3. Okaylah. Nanti saya umumkan ya siapa agaknya yang dapat hadiah ^_^

      Delete
  5. Nak try ayam masak gajus tu ler.. ;)
    total damage RM53.10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba saya teringat nak makan luar lagi! Duh!

      Nanti kita bagi masa sikit ya, tengok siapa yang teka betul. Kalau takda pun, yang hampir betul pun bolehlah. Saya tetap beri hadiah!

      Delete
  6. Total cost RM58.40

    Suruh la HD makan kerdas...hahaha..u tau kerdas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tahulah DZ kerdas tu tapi kenapa dengan baunya. Saya ni bab petai dan seangkatan yang berbau busuk dengannya memang saya tak ambil port langsung. Kecualilah durian. Itu lainlah! Saya hantu durian!

      Delete
  7. Tgk ayam gajus tu geram pulak..
    Sesekali dpt mkn menu ala thai sedap juga..
    Total 60 kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali memang sedaplah pekena masakan ala-ala Thai ni especially tomyam. Kalau kena yang kaw-kaw, memang teringat nak berulang makan aje!

      Nanti saya beritahu ya siapa yang teka betul atau hampir betul ^_^

      Delete
  8. Akak pun tak boleh makan petai.. sebab perut akak kalah. sure masuk tandas keluar tandas lah jawabnya..kalah..

    food for me nampak sedap.. tak mahal sangat lah kan makan for 4 org u je.. maybe less than 100 lah tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita ni, Kak Yan! Saya pun bab petai dan seangkatan memang tak sentuh langsung. Nampak bayang pun saya dah 'main jauh-jauh' ^_^

      Murah Kak Yan makan kat sini. Takda GST lagi. Kami berempat aje takdalah makan macam-macam sangat.

      Alahai, Kak Yan! Tekalah betul-betul. Bawah RM100 tu memang betul. Berapa tu, kena tunggulah ya nanti saya umumkan ^_^

      Delete
  9. hehe comellah MD ni..i nak terkam udang! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya peminat udang tegar, Linda. Bila teringat kolestrol, baru insaf. Kejap je, dalam 10 minit ^_^

      Delete
  10. Nampak sedapnya...Kena selera makchaq makanan thai ni...

    Tapi pakchaq bukan jenis jjcm.... tempat jauh sikit memang payah la nak ajak....jamu mata je la nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq sukakan makanan international macam ni ^_^ Suami saya suka betullah Makchaq tomyam ni tapi isteri mithalinya masak tomyam katanya belum sama macam restoran Thai. Duh!

      Delete
  11. Ooooo dekat Melawati eh nanti bebila nak terjah lah. Hahaha. Lama dah ni tak terjah restoran thai thai macam ni. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani suka JJCM jugakan. Nanti terjahlah. Murah makanan kat sini. Boleh buat group study kat sini. Hahaha!

      Delete
  12. Wahh suami MD blh mkn petai? LM ngap smbl petai udang .. Cuma ambik udang je lah. Isi petai dihiris nipis ambik gal tp kena potong tiga bahagian mkn utk tiga suap. Kikiki..

    Tgk org mkn berulam petai perut LM yg rasa bergulung2. Mmg x reti mkn petai sejak dulu lg. eh segala yg pahit la senang cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejutkan! Sebelum ni memang HD tak pernah merasa makan petai. Jangan haraplahkan jumpa petai walaupun sebiji di rumah saya. Tapi sambal udang dengan petai ni saya selalu order sebab bila pergi makan aje, ini yang nampak dulu. Saya sendiri memanglah tak makan petai dan seangkatan dengannya. Bukan setakat bau, rasa pun saya tak boleh tahan. Kalau muntah nanti mahu orang kata pegnan pulak padahal tak tahan makan dan bau petai aje ^_^

      Delete
    2. Sbnrnya ada petai yg tak pahit lemak2 tau MD. sbb klu masak smbl
      Udang petai LM ambik sehiris(sebijik petai hiris tiga) ambik sehiris tu potong tiga tu yg jamah campur nasik. Klu tak pahit telan la . Tp selalu gak dpt yg pahit smpi lekat kat lidah. Tu yg hadiah smua utk suami. Bini mkn udg je

      Delete
    3. Aduh, tak beranilah LM saya ni nak cuba. Saya tengok aje dah seriau. Anak-anak mungkin ikut resmi sayalah. Mereka lagi hebat, cium bau dulu. Sudahnya asal bau tak sedap, memang mereka tak akan rasalah!

      Udang lainlahkan. Best kalau makan sepinggan ^_^

      Delete
    4. Krik3.. LM ni selalu kena perli tau. LM paling susah nk mkn benda yg x pernah mkn. Sbb tu LM selalu ckp LM ni tekak melayu. Tp bkn smua makanan sayur melayu LM telan pun. Memilih gak. Bg cendawan kukur/sisir tu mmg x blh telan pun. Bg peria x mo la.. Cumanya klu bg makanan yg x biasa korea ke jepun ke apa je lah mmg x blh nk telan. Nasik arab tu pun lama br blh telan setelah beriya minta kuah apa2 utk siram kat nasik. Tp klu restoran arab mmg jarang la nk ada sup2 jernih tu klu di doha dulu. Maka mkn lah ngan ayam panggang terkebil2. Stgh tahun kot br okey blh hadam makanan gitu

      Delete
    5. La, saya fikir saya aje yang paling susah bila tiba bab makan ni. Itu tak boleh, ini tak nak. Rupa-rupanya ada ramai di luar sana sama aje perangai macam saya. Kenapa dulu-dulu saya tak jumpa orang sama perangai macam ni yerk! Bolehlah saya bangga diri sikit kata saya bukanlah cerewet mana pun!

      Saya bab-bab makanan yang bersayur ni memang susah. Lagi satu kalau bukan daging lembu, sesetengah ikan dan ayam, memang saya tak sukalah. Seafood pun yang saya suka ketam, kerang, sotong dan udang. Memang favorite!

      Delete
  13. Kak Ton ni mmg suka sambal petai kan. Mak tengok dari hari tu asyik order udang petai jer.....eleh konon ckp Ngah yg suka hihi....

    Tp mmg jarang jumpa menu ayam gajus kalau kat kedai biasa....ni mesti kedai luar biasa ek....

    Kak Ton ni kan bikin malu org Johor tau...Kalau org Uzbek boleh makan petai kita patutnya lebih dpd petai mcm kulit petai ke haha....makan tolak batu ngan kayu ....

    Dah mak nak makan lempeng kelapa....lapo ni.
    Opss nak teka jugak.....Rm48.70...kak Ton tak order minuman kan, kak Ton kan selalu share ngan adik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sebab sambal petailah, Mak. Kak Ton nak makan udangnya aje. Udang pedas-pedaskan best. Tapi entahlah instead of order sambal udang, suka betul order sambal udang petai! Kadang bila Ngah ada, bolehlah kita share. Awak ambil petai, kita makan udang. Hahaha! Since HD dah boleh merasa petai, kita share suami isteri ajelah cukup!

      Kedai ni takdalah luar biasa cuma yang tak berapa suka kesuraman di dalamnya. Saya memang tak berapa berkenan makan malam ditemani lampu malap aje. Kalau terang benderang,mungkinlah saya suka berulang juga!

      Eh, kita orang Johor ke, Mak? Lupalah pulak ^_^

      Tak tepat lagi tu, Mak. Tapi nantilah kita tengok siapa yang boleh meneka tepat. Kalau takda juga, yang hampir tepatlah yang dapat hadiah ya ^_^

      Delete
  14. malas la main teka teki..cuma nak cakap..menu tu semua cam sedap...(tengah laporr)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... orang suruh teka tak mahu. Kalau tidak, dapat juga sebatang pensel Mickey Mouse. Hahaha! Gurau je! Nantilah tengok siapa yang menang baru fikir nak beli hadiah apa yang sesuai!

      Delete
  15. alahai tak malaysian la u..petai pun tak makan..sy makan petai tp tak suka baunya kt toilet so memang elak untuk makan.ok sikit la kan dari MD.hahaha..

    memang berpautan harga makanan..restoren thai paling utama kena sedap tomyamnya..klu tomyam sedap Insyaallah makanan lain akan menyusul sedap juga.hehe..

    jap nal bua kira2 dan teka.bab hadiah ni memang suka walaupun tak berapa pandai kira.hehe

    ok dh lum sum pakai calculator.haha teka ajelah RM54.50.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kalau saya datang rumah PK sediakan petai berpapan-papan, jangan menjeruk rasalah ya kalau saya tak makan! Hahaha! Kata CH bau tu bisa diatur - minum kopi 3-1!

      Betul tu, PK. Kalau tomyam out, yang lain-lain tu lebih kuranglah juga. Tapi pernah juga tau saya pergi makan, tomyam a bit out tapi yang lain-lain ada yang sedap! Ini kes ramai chef kat belakanglah tu...

      Nanti kita umumkan ya siapa yang teka tepat atau paling tepat ...

      Delete
  16. Ala... kalau harga makan tu bolehlah kakak campur/darab/bagi tapi harga air tu mana dpt teka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teka ajelah, kak... Bantai aje berapa amaunnya. Akak kan terror bab-bab mengira ni ^_^ Saya memang saja letak harga makanan dan tinggalkan kisah air minuman ^_^ Sebab nak suruh orang menekalah tu ...

      Delete
  17. nak try meneka jugak lah..sebenarnya semalam dah baca arini baru nak komen..hihihi.. total rm49.50 kot..

    ayam gajus tuh rasanya masakan chinese pon ado..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Takpalah, Zee. Sekurang-kurangnya terima kasihlah ya sanggup datang dua kali. Nanti-nanti kita umumkan siapa teka tepat atau kalau takda, siapa hampir tepat tekaannya ^_^

      Delete
  18. kita ni sebab asben tengah pantang makan pedas masam bagai.. gastrik tengah menyerang makan masakan thai memang cuti2 malaysia dulu la. Ni dok baca entri menitik2 air liur.. melimpah ruah atas lantai. Kejab lagi kena mop supaya tak banjir sampai ke rumah orang bawah... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kalau gitu tak bolehlah balik kampung makan makanan siam katanya! Duk diam-diam kat KL je. Kalau gitu, trylah western pulak Suria. Yang penting sebelum makan, gambar diutamakan. Hahaha!

      Nasib baiklah isteri dan mak orang. Kalau anak dara ni, memang kena reject air liur meleleh. Nampak sangat kuat makan. Hahaha!

      Delete
  19. akak mmg bagi idea Lyn & gang JJCM lyn. Tapi klu jauhnya ke KL tu, mmg taktau lah bila nak sampainya.. so far cover area2 sini2 jer dulu...

    my mum pun sama klu sape2 mkn petai, sure dia sound gitu.. make sure masuk toilet & kuar mesti bau wangi, sabun bersih2 sampai hilang bau.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula cover area berhampiran tu, Lyn. Nanti dah lama sikit (sampai tak tahu mana nak terjah) barulah kita keluar kawasan. Macam akak ni kalau weekdays tu memang selalunya di KL aje. Kalau weekends tu barulah kita terjah jauh sikit. Tapi kalau mood baik melanda, weekdays pun kami sanggup pi jauh-jauh tau!

      Oh, petai akak memang surrender! Bau dia boleh menggugat segala deria yang ada tau!

      Delete
  20. Ok kita geng... saya pun tak makan petai... buat malu je dgn HD MD yg boleh mkn petai... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu aje saya kena perli tau - siapa ni yang Malaysian? Saya buat tak tahu jerk. Saya memang suka mengaku lahir kat obersi. Kah3x.

      Delete

Post a Comment