Tuesday, December 1, 2015

JJCM : Restoran Sang Dewi

Salam 19 Safar kawan-kawan!

Duh, rasa macam lama pulak  tak bersiaran padahal beberapa hari aje ^_^

I is sibuk, I tell you kan. So takda apa-apa yang special pun sampai tak sempat bersiaran secara langsung!

Hari ni kita nak berceloteh pasal apa ek? 

Cerita pasal makan-makan ajelah ya. Senang sikit nak mengarang. Corner baring pun takdalah jauh mana ~_^ Berderet-deret ni cerita JJCM tapi ikut mood tuan pengarang novellah ya! Kalau datang mood rajin, nanti semua pun ditempek kat blog. Kalau datang mood kurang rajin berkarya katanya, nasiblah tak keluar blog ^_^


Itu dia tengok tajuk di atas pun dah tahu ke mana kami pergi makan, ya tak?

Tak pernah dengar nama  restoran ni?

Kalau nak tahu, inilah yang dikatanya restoran kepada kakak ipar Dato Siti Nurhaliza ^_^ Katanyalah... I tolong spread the cerita rumours jerk! Eh, betul atau tidak, I terlupa pulak nak tanya kat pekerja restoran ni walaupun berpuluh kali dah sampai di sini!   

Restoran Sang Dewi ni terletak di belakang Giant Hypermarket di Taman Connaught. Kalau nak ke Alam Damai dari Bandar Tun Razak, memang senanglah sikit. Boleh juga ikut jalan Cheras-Kajang, kenalah buat u-turn ke Taman Connaught. Bersebelahan dengan Ikon Connaught yerk!

Eh, bab tunjuk arah ni janganlah tanya lebih-lebih okey! Kalau tak mahu sesat, janganlah minta I tunjuk arah! Sesal tak bergunalah jawabnya @_@ I nikan selalunya jadi penumpang seat belakang aje ^_^

Restoran ni kalau nak tahu famous dengan sambal hitam Pahang tapi sekali lagi janganlah tanya I apa rasanya sebab I tak pernah merasa pun! Kami selalu ke sini untuk bersarapan. Jadi, janganlah haraplah I nak makan sambal hitam ketika bersarapan nasi lemak sambal kerang yerk ^_^

Mehlah tengok suasana riang-ria bila MD sekeluarga bersarapan ... (Eh, apa yang riangnya! Kami ni selalu aje jadi sepuluh pelanggan yang pertama. Hehehe....)


Bubbly Abang yang malu bila disnap gambar bersama ayam goreng tapi tak pernah reject kalau kita orderkan ayam goreng untuknya ^_^

Adik Cute baru bangun tidur disuruh mandi dan ajak keluar. Mengamuklah weyh. Itu pun I ugut nak tinggalkan dia di rumah sebab I nak pergi Legoland dengan abangnya. Barulah dia nak ikut sekali! Kalau tidak, dia nak tinggal di rumah aje!

Lebih 'meriah' kalau nak dibandingkan dengan pinggan si Adik Cute. Pinggan Adik Cute cuma ada nasi dan ayam goreng jerk. Jenuh dimakannya kulit ayam goreng yang garing. Sedap kata Adik Cute ^_^

Sarapan pagi si penulis blog ni ^_^ Kalau ke sini, memang tak pernah tak ambil sambal kerang tau! Oh, sambal kerangnya jauh nun di atas @_@

Restoran ni dibuka juga untuk makan tengahari. Kalau tak silap sebelah petang tu tutuplah. Lauk-pauk untuk makan tengahari pun banyak tapi sebab kami selalu ke sini untuk sarapan lewat pagi, makanya tak pernahlah lagi makan tengahari di sini!

Dari segi rasa memanglah not bad. Bolehlah diterima tekak. Cumanya dari segi lokasi yang tersorok di belakang bangunan CMC (di mana Giant berada) ni yang akan buat kita berfikir dua, tiga kalilah nak makan di sini. Malap aje persekitarannya. Tapi tau ajelah ya, kalau MD sekeluarga berulang-kali pergi tu maknanya okeylah kesedapan rasa hidangannya ^_^  

Itu ajelah nak story-mory. Kalau nak diungkit kisah lama (pernah cerita pun di dalam blog), restoran ni memang ada kenangannya. Mana tidaknya, masa kami memulakan 'pengembaraan' untuk menyambut harijadi Bubbly Abang pada tahun yang sudah-sudah, bateri kereta kong sebaik aje kami selesai bersarapan. Nasib baik tuan punya kedai sedia membantu memanggilkan mekanik. Sampai la ni kami ingat lagi tau hal bateri kong di sini ^_^

Udah, udah..nak byebye sekarang! Lain kalilah kita story mory panjang berjela. Nak makan tengahari nih ^_^ 









   

 


31 comments:

  1. Oooo nilah restoran kakzie. Patutlah kalau dia masak kat umah pun dia guna ayat menu sang dewi rupanya nama restoran dia sang dewi tu.

    Sy ni tak kenal dia tu PA aka akk ipar ct. ye lah saya ni kurang ambik tau psl artis . Maka bila dalam flight blk dari bandung 6 thn lps duk la sblh dia borak sakan. Dia cerita bawak blk gulai minang utk adik ipar mak mak dia bla bla bla.. Dia gi sorang. Siap la tukar2 link fb konon jgn lost contact. Bila dah add mak aii PA penyanyi ke? Ops akak ipar CT? Aduh terus segan. Ahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LM pernah berborak dengan Rozi, akak ipar Dato' Siti ke? Setahu saya memang inilah restorannya yang dikata-katakan orang tu. Nak kata pasti sangat tu tidaklah, tapi bila tengok memang serve makanan dari Pahang, saya agak betullah. Dulu pun saya dapat tahu tentang restoran ni sebab membaca kisah kakak ipar Dato' CT ada buka restoran di Cheras!

      Delete
  2. Dah lama juga dengar tentang restoran milik Rozi (kakak ipar merangkap pengurus Dato' Siti) ini, tapi belumlah pernah sampai lagi walaupun nak kata jauh tak jauhlah juga dari rumah kakcik. Nanti2 bolehlah cuba... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah sekali Kakcik kalau terjalan-jalan ke kawasan Taman Connaught ni. Restorannya di belakang bangunan Giant jadi agak tersorok dari pandangan. Memang tak jumpalah kalau nak tengok signboard restoran. Kawasan ni pun malaplah sebab area car park di Giant tu. Baru-baru ni saya pergi, bangunan CMC tu dah tutup tinggal Giant dan Pizza Hut aje yang beroperasi.

      Delete
  3. bila sebut sambal hitam pahang tu tetiba rasa teringin nak cuba... rasa teringin tu rasanya dah lama tapi tak tau la kenapa tak pernah pulak di cari. nak buat memang entah kenapa rasa macam malas jer hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terliur ya, Suria? Apa kata masak sendiri aje di rumah. Google aje resepi ^_^ Akak ni nasihatkan orang memanglah pandai tapi kalau suruh akak buat sendiri, minta maaflah memang terkilan sampailah tahun depan!

      Delete
  4. sambal nasi lemak tu nampak sedap..merah menyala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya memang merah menyala tapi tak berapa pedas pun, Zee. Bolehlah kalau ikut anak tekak saya ni.

      Delete
  5. Selain sambal udang , sambal kerang juga sedap makan ngn nasi lemak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sambal udang pun favorite saya, Bunda! Kalau ada sambal udang, saya tak ambil dah sambal kerang ni. Kalau ada sambal sotong, saya tak ambil dah...Eh, eh, eh! Melampau pulak statement ^_^

      Delete
  6. Lain macam merah sambal nasik lemak nye ye...tapi sambal kalau merah2 camni memang selalunye sedap...cilinye tu di tumis cukup garing...sambal kalau makan dgn nasik lemak kene pedas2 manis sikit baru la meletop dik oiiii....eh! Ape ni komen cerita pasal sambal je....hahaha...ok bai ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, bila Chef Linda Off bersuara... lain macam bunyinya ^_^ Sambal tu memang merah menyala, takda kaedah photoshop ke apa! Tapi rasanya takdalah pedas mana. Ikut anak tekak sayalah. Anak-anak pun kalau nak sambal, saya ambil sambal ni juga. Mereka sanggup makan maknanya okeylah juga di tekak mereka!

      Nampak sangatlah dok tenung nasi lemak saya aje tu. Dah, dah... pi lah buat sambal tumis hari ni yerk ^_^

      Delete
  7. Huh.....keluar pun akhirnya.....
    Asyik cite pasal makan kat Sang Dewi jer. Lama lama teringin pulak sang Jilapah nak menerai makan kat situ. Kalau Dato CT ada best jugak boleh ajak dia selpie ek....kalau dia sudilah......Maklumlah dia tu Dato mak ni sapalah cuma spesis yg hampir terhapus hihi.....

    Apasal kerang sikit sangat Mak Ton.....mcm kat celah gigi geraham bongsu mak jer.... ke dah makan tiga suku tu hihi.....

    Weyh Mak Ton, ayam goreng yg abg makan tu, bhg ayam yg mak suka tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni kalau ya pun merindui setengah mati kat Adik Ton ni, coverlah sikit kerinduan tu. Tak manis dipandang oleh spesies-spesies Jilapah yang lain tau ^_^

      Lamalah Mak tak pergi Sang Dewi ni. Rasanya tahun ni baru start balik ke sini. Bila dah terbiasa, mulalah rasa macam tak berapa best lagi. Tapi kalau sesekali makan kat sini, barulah terasa kawkawnya balik ^_^ HD kata rendang ayamnya best tapi saya tak ambil. Ayam goreng tu pun saya suka, Mak. Garing semacam kulitnya. Nak buang pun sayang walaupun katanya berlemakkan...

      Itu aje kerang Kak Ton ambil. Selalu ambil banyak juga tapi takut nasi dah habis, kerang tak habis-habis lagi ^_^

      Errr.. Kak Ton pun suka bahagian yang itu, Mak ^_^ Sehati sejiwa raga betullah kita nikan....

      Delete
  8. lengang sungguh..kak MD gi breakfast kul 6 pagi ke apa?hahaha..baca direction tu macam susah je,kalau saya memang tak sampailah.takpun sampai kedai dah tutup..bestlah sambal kerang, saya tak boleh makan kerang sangat, nanti menggaru..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tak tahu, Sal. Restoran ni buka lewat kalau hari Sabtu. Biasanya pukul 10 lebih kami pergi untuk brunch gitu ^_^ Itu pun selalu aje akak sekeluarga jadi pelanggan pertama tau! Kalau datang awal sangat, banyak lauk pauk tak siap lagi. Itu yang tak best. Tak nikmatlah kalau tak makan bersungguh-sungguh time breakfast ^_^

      Akak suka sangat kerang. Udang pun suka. Sotong pun suka. Lala pun suka. Entah apa yang akak tak suka, akak pun tak tahulah, Sal!

      Delete
  9. Cewah.. sibuk ye menjelang nak cuti 2 minggu ni? M9ga berjalan lancar urusan md.. saya pun lega ni.. sebabnya tugas spm saya abis semalam, rasa lega sangat abis bebanan..

    Saya pernah order online sambal hitam sang rozi ni.. sedap tapi pedas.. memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dah habis tugasan SPM ya! Saya pun sebenarnya pelik gak ni sebab cuti dah sekolah tapi kawan cikgu yang seorang ni jarang nampak update blog bertubi-tubi. Satu je selalunya alasan cikgu tak update blog ~ sibuk dengan tugas ^_^ Kotnyalah dah sampai Kelantan. Tapi semalam baca blog, rupanya dah sampai Penang dah dia sekeluarga yerk ^_^

      Delete
    2. Haha.. yg ke penang tu sebab ada jemputan kenduri, jd redah jela walaupun masa tu tugasan jaga spm masih belum lagi habis masa tu.. mood nk update blog bertubi2 belum sampai lg ni.. nak enjoy masa cuti ni dulu.. lepak kat rumah, kemas kabinet dapur dan kalau dh penat, lepak depan tv sambil tengok cerita korea. Aduh nikmatnya hidup arini.. baru hari pertama ni ye..

      Delete
    3. Kiranya sambil menyelam minum air sekalilah yerk, janji tak lemas ^_^ Saya baru aje kira-kira dengan jari ni nak ke utara tapi selagi belum dapat pergi, malaslah nak cerita banyak. Selalu sangat dah buat plan tapi tak jadi. Itu yang sentap. Awal-awal budak bercuti ni, saya uruskan hal persekolahan anak-anaklah dulu. Dah settle urusan barulah senang hati nak berjalan!

      Wah, seronoklah tu tengok cerita Korea ya? Malam ni jangan lupa tengok Achiara. AN mengikuti tak 119 episod Fabulous Neighbour tu?

      Delete
  10. sambal pahang ori orang pahang buat kira pernah rasa kak. pedas berdengunggggggg tapi memang sedapppp sangat. rasa sekali nak rasa lagi lagi sampai habis sambal orang tu kita kerja kan hahahahaha. nengok ayam goreng abang tu achik kira is terliur pulak. padahal ayam goreng je punnnnn grrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak actually tak pernah pun merasa sambal hitam Pahang ni. Kalau macam ni, lain kali akak pergi mestilah nak cuba juga. Selalunya tengok aje tanpa teruja nak mencuba. Yalah, bila datang sini memang aim ayam rendang tak pun sambal kerang. Kalau dah namanya pagi tu memang bantai nasi lemak ajelah Kira kalau makan kat luar. Ada juga nasi goreng dan mihun goreng tapi macam tak selera pulak akak tengok. Nasi lemak penuh santan tu juga yang menggamit perut minta dimakan ^_^

      Delete
  11. amboi md , meriahnya nasi lemak . nasi lemaknya ciput je tapi lauk pauknya mcm2 ado ... heheheee .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kalau makan nasi lemak mestilah nak meriah, Vee ^_^

      Eh, ni bukan sesekali namanya ni kalau dah tiap-tiap minggu pekena nasi lemak :)

      Delete
  12. Aishhh banyak pulak entri JJCM ni. Kecur air liur lagi sekali. Hehhehe !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu lepas memang minggu makan-makan, Nani. Itulah sebabnya entri makan-makan aje yang keluar ^_^ Lupa pulak akak nak letak tanda warning 18SX. Eh, apa ke hal pulak SX jadinya! Hahaha!

      Delete
  13. kecur air liur tgk nasi lemak tuh..
    terus jadi lapar. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti kes dah lama tak makan nasi lemak ya, Lyn... Eh, tapi akak yang kerap makan nasi lemak di hujung minggu pun sama aje kecurnya. Hehehe!

      Delete
  14. Sekarang ai dah jarang makan dekat luar sebab takut berat naik.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, you dah kurus apa? Okeylah tu sesekali pergi makan luar dengan family. Nanti kalau naik, kasi adjust balik semula. Hahaha!

      Delete
  15. Alhamdulillah, saya baru ternampak posting ni. Terima kasih kerana sudi datang bersama keluarga. -Rozi.

    ReplyDelete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...