Wednesday, September 30, 2015

'Ku ke udaralah lagi' ^_^

Salam 16 Zulhijjah kawan-kawan!

Hola! Hola! Apa khabar semua?

I ada je di sini, di depan komputer setiap hari tapi biasalah pekerja super-E macam I ni mana boleh cuti. Asal cuti aje, tetiba kerja melambak. Padahal kalau kerja hari-hari pun, bukannya ada kerja yang tertangguh! Pening memikirkan mengapa dan kenapa tau!

Makanya I tak sempatlah nak menjengah blog sendiri apatahlagi nak berjalan-jalan mengomen berjemaah kat blog kawan-kawan katanya. Dalam pada sibuk sangat tu boleh habis 2 novel dibacanya! Kat rumahlah, bukan kat pejabat!

Errkkk... raya haji dah habis ke? Tak boleh ke kalau nak extend mood raya tu lagi? Buat-buat lupalah yang ini raya haji bukannya raya puasa yang boleh extend mood raya sampai sebulankan! Hehehe....

By the way, raya haji tahun ni kami di Kuala Lumpur, bandaraya yang kucintai separuh nyawa gitu ^_^ Sayang sungguh rasanya nak tinggalkan bandaraya kucintai ni tau ^_^ 

Oh, I know... I know.... Memang itulah soalan cepu lempang yang nak ditanyakan! I masak apa masa hari raya tempohari!

Well, well, well..... 

You knowlah I ni kan... propa aje lebih. Senarai menu kekal dalam kepala tak sempat keluar jadi juadah hari raya ^_^

Eh, bukan salah I 100% tau! Salah my sisterlah.... My sister lagilah propa berganda-ganda daripada adiknya tau!

Mula-mula katanya nak beraya di KL sahaja, tak balik kampung. I pun tersengih aje bila mendengar. Lega dalam hati ni. Tak payah masak. Boleh tumpang makan aje sampai habis lauk-pauk raya tu! Tiba-tiba katanya nak balik di pagi raya. Mula-mula sebelum Subuh, and then selepas solat raya and then dah lega-lega nanti gerak balik kampunglah on hari raya. 

Tak lama lepas tu plan bertukar lagi. Kononnya hari Jumaatlah balik kampung. I masih lega juga mendengarnya tapi takdalah nak menunjuk-nunjuk di depan my sister ni betapa leganya I tak perlu  memasak juadah hari raya ~_^ 

Lepas tu, tukar lagi plan ke pagi Sabtu sebab petang tu ada majlis kenduri di rumah my kakak di kampung tu....

By the way, ini semua plan my sister bukan my plan. I memang sejak awal lagi dah kata nak beraya di KL sebab malas nak cuti hari Jumaat. Maklumlah cuti pun tinggal sebelah jari pun dah tak cukup ^_^ Setakat kenduri tu, I jadi tetamu VVIP aje apa salahnya ^_^ Kalau I balik awal pun, bukan I menolong di dapur. I jenjalan sekitar BP dengan suami tercinta dan anak-anak aje. Dahlah tu, nanti tak pasal-pasal my Chik kena 'serahkan' bilik utama untuk I anak-beranak. Maklumlah suamiku 'omputih' kata orang kampung nun ^_^

Dek kerana my Ngah ni memang tukang masak handalan di kalangan ahli keluarga kami, makanya I memang rilekslah dengar my sister tak balik kampung raya ni. Lepas satu tugas. Nanti pagi-pagi raya kita datanglah bertandang macam biasa bawa mangkuk tingkat. Makan puas-puas, buatlah macam rumah sendiri. Apa nak malu, kan rumah kakak sendiri tu ^_^

Tiba-tiba plan bertukar lagi kata nak balik beraya di kampung. Oh, tidak! Teruslah I apply cuti sebabnya sekarang bukan boleh macam dulu-dulu; cuti dulu baru apply cuti (keh3x). Masa itulah I sibuk memikirkan nak masak apa di pagi raya kalau my sister balik kampung. Oh, tidak... 

Berlaku lagi ni nanti kejadian makan nasi impit dengan daging masak black pepper ^_^ I ni memang dalam diri half Asian, half Western gitu; maklumlah tak sedar diri 100% berdarah kacukan BugJaw@_@

Dalam pada I duduk memikirkan menu tetiba my sister kata tak jadi balik beraya di kampung kali ni. Balik pagi Sabtu ikut my another sister dan keluarganya. Oh my, oh my.... lega tau mendengarnya! Tapi sebab dah ambil cuti tak payahlah nak batalkan. Biarkan ajelah cuti tu habis sebelum tahun berakhir ^_^

Makanya, terjawab dah soalan (pendek) dengan  jawapan I yang panjang berjela ni, kan @_@ Terselamatlah I daripada terpaksa merendang, mengkari, mengkurma, menglodeh dan sebagainya di pagi raya.

Awal pagi I dah bersiap tau. Sampai rumah my sister boleh pulak tu ditanya - 'Kau nak ke mana ni?'

Eh, hari raya mestilah nak pakai cantik-cantikkan walaupun hanya untuk makan, makan dan makan aje kerjanya!

Okeylah, penat I menggarap cerita tau! Kita sudahi dengan satu gambar raya my anak-anak bujang tersayang, terlovely, tercinta dan tergodalah kalau you all tengok. Hihihi....




Nanti-nanti kita sambung meroyan lagi yerk ~_^



 

 



 


Wednesday, September 23, 2015

Salam Aidil Adha 2015/1436H

Salam 9 Zulhijjah kawan-kawan!

Hari ni tak berkesempatan nak menaip panjang berjela kerana banyak  tugas menunggu. Hari Jumaat ni I gatal ambil cuti walaupun hari raya kali ni beraya di KL sahaja. Tengoklah macamana, kalau rajin pulanglah ke Batu Pahat hujung minggu nanti. Kalau tak rajin, duduk KL diam-diam aje sudahlah....

Sempena Hari Raya Aidil Adha esok, I ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua kawan di alam maya. Walaupun hari raya ni sehari sahaja kalau nak dibandingkan dengan hari raya puasa, berseronok-seronoklah menjamu selera bersama keluarga tersayang.

Gambar dikidnap dari pakcik google yang pemurah. Tak pernahnya idea MD sendiri ^_^

I tak pasti lagi nak masak apa. Bergantung pada my sister. Kalau my sister tak jadi balik kampung, makanya I anak beranak akan buat muka tak malu pergi terjah rumahnya beraya dari pagi sampai petang. Misi utama sebenarnya nak makan-makan aje ~_^

Kalau my sister nak balik kampung esok (seperti perancangan asalnya) makanya pandai-pandailah I memasak di dapur rumah sendiri untuk dihidangkan di pagi raya. Senarai menu dah ada dalam kepala, tinggal nak laksanakan aje ^_^

So, inilah antara entri terpendek dalam blog ni yerk! Tak danlah nak berceloteh. Ada 4 surat nak kena buat dengan macam-macam kerja lagi ni hah nak diselesaikan sebelum beraya esok!

Again, Selamat Aidil Adha ya semua! Pada yang berhajat pulang ke kampung halaman tu, berhati-hatilah ketika memandu! Tak lari ke mana kampung halaman kalian tu walaupun pemandu F1 bawa kereta umpama kura-kura aje lembabnya. Cumanya, memang jem teruklah kalau kome buat hal nak pandu 20km/j balik kampung ~_^


Tuesday, September 22, 2015

Baju kurung Kedah

Salam 8 Zulhijjah kawan-kawan!

Alahai, sejuknya awal pagi tadi! Kalaulah hari ni hari cuti, alangkah indahnya dunia! Boleh tarik selimut lagi tinggi sampai hujung kepala! 

Tapi apakan daya, hari ini baru hari Selasa. Silalah jangan over-over berangan sampai bermimpi di siang hari. Bangunlah cepat pergi kerja....

By the way, kerana minggu ini minggu cuti sekolah makanya I dengan penuh kebanggaan nak beritahu yang I prepare heavy breakfast setiap pagi (baru dua pagi jerk, keh3x)! Jangan kata I ni pemalas ke dapur. I know, I know, you all memang suka cop-cop diriku yang tak bersalah ni dengan macam-macam cop negatif!

Kita lupakan adegan kelentang-kelentung di dapur pada dini hari kerana entri ini bukan entri tentang masakan ^_^ Sebenarnya I nak bercerita tentang baju kurung Kedah. Since when yerk I kenal baju kurung Kedah ni?

Since I di zaman anak dara sunti lagi, ahkak-ahkak semua!

Entahlah I pun tak tahu kenapa I suka sangat baju kurung Kedah ni ( tapi la ni dah lama tak pakai macam ni...)

Oh, commercial break sekejap yerk ~_^

Semalamkan I dok cerita tentang mencari kain ela untuk buat pakaian ^_^ Yang kain pink bercorak dengan dua tona warna tu.... 

I berangan-angan Mat Jenin kononnya nak buat macam ni lah (salah satu daripada gambarlah, kalau semua pun lagi afdal rasanya ~_^)

Sumber : di sini

Sumber : di sini

Sumber : di sini

 
Sumber : di sini

Tapi itulah, my tailor kata tak menyempat nak jahit khas untuk I pakai di hari bahagia (my anak saudara) tu nanti ^_^ Makanya I memanglah gundah-gulana bila mendengarnya. Kata my tailor nun jauh di selatan sana (alahai, kedainya di atas kedai nasi beriani mat shah kat hospital tu, keponakan I juga tu ~_^), untuk majlis di rumah my kakak aje yang dia boleh siapkan. 

Tapi tak usahlah bimbang I takda pakaian sesuai yerk di hari persandingan itu sebabnya dah beberapa hari ni I dok ushar pakaian aje ketika beronline ni sampai nak blogwalking pun katanya malas ^_^ By the MEX highway, I dah pergi tempah pun kain pink dua tona tu semalam petang kat seorang tailor ni; atas budi-bicara my Ngahlah. Kalau tak sedap pakai, memang Ngahlah yang kena komplen! Ngah yang beri suggestion suruh try hantar kat tailor tu,kan! Ngahlah yang kena!

Kalau sedap 'pembuatan' nya nanti, dah tentu-tentulah I dengan bangga mengaku itu tailor I juga, I  cari sendiri last minute ^_^ 

Amboi, dah duplohlapan perenggan ni mana cerita asal karangan I ni yerk? Konpius pulak dah.... Lately ni kalau menaip entri memang I pun konpius sama tau apa sebenarnya I nak cerita. Bukan you all aje yang konpius nak membacanya sampai skip terus ke perenggan terakhir atau mungkin nampak tajuk aje terus tekan butang 'X' di atas nun ~_^

Sebenarnya I dah lama simpan dalam draft tajuk ni, sebab I nak bercerita tentang baju kurung Kedah ala-ala emak banyak anak... as simple as this gambarlah tapi yang gambar ni pun kira okeylah lagi ^_^

Sumber : di sini


Harapnya you all fahamlahkan apa yang I dok membebel ni!

Siapa kat sini tak pernah tengok atau tak pernah pakai baju kurung Kedah style ni? 

Ahah, janganlah tak mahu ngaku..... 

Dengan bangganya I mengaku I pakai baju kurung Kedah ni masa I di tangga sekolah menengah, you all ~_^ (Sila faham, buka duduk kat tangga sekolah maksudnya! Nak kena letuk juga depa ni asyik salah faham aje....)

Bila I ingat-ingat balik rasa kelakar pun ada. Zaman anak dara sunti ke, anak dara pingitan ke patutnya pakailah baju tidur kain t-shirt satu piece tukan, alahai..yang ada gambar barbie doll ke, gambar-gambar kartun ke.... Ni tidak, baju kurung kedah dibantainya. Anak dara pingitan betullah you ni, MD ~_^

Dan, kalau nak tahu, I bukan setakat suka pakai baju kurung Kedah ni di malam hari, di siang hari pun I pakai tau masa tinggal dengan makpak di kampung dulu. Yalah, suka sangat tak tahu apahalnya!

Mehlah I berstory-mory asal-usul cerita .... 

Nak dengar ke? 

Tak nak?

Tak nak sudah...

Eh, nakkan? Nak, kan?

Hahaha.... *modesyoksendirisedangovermenyelubungidiri*

Orang pertama yang memperkenalkan baju kurung Kedah ni di rumah dah tentu-tentulah my own mother. Itu pun bukan emak yang beli sendiri. Punca terjadi kejadian memborong baju kurung Kedah ni memang berasal dari my sisterslah ~ my Ngah and Chik.

Mereka berdua ni masa tu kerja di KL. So kalau sesekali balik kampung mestilah nak belikan 'souvenir' untuk emakbapakkan! Maka, mereka selalu belikan my emak baju kurung Kedah ni. Alah, kat pasar malam KL jerk tapi puluh tahun sudah, beli baju kat pasar malam KL bawa balik kampung pun kita dah rasa bangga 'jiddan'. Maklumlah anak belikan dari KL katanya.... Bangga pertama sebab anak yang belikan; bangga kedua sebab barang tu asal dari KayEl, you all ^_^ Tidak ke double kebanggaan jadinya?

Jadi, dalam belikan emak tu, my sisters ni pun belikanlah untuk diri sendiri; untuk dipakai buat basahan masa di kampung. Maklumlah kalau balik kampung tu mereka mulalah 'verangan' nak jadi anak dara pingitan semula!

Kami adik beradik perempuan ni, saiz dulu-dulu lebih kurang sama aje. Kalaulah emakbapak I buat hal belikan baju yang sama untuk semua anak perempuannya, memang berkemungkinan besar jugalah kami boleh tertukar-tukar baju! 

Itulah sebenarnya yang terjadi. Baju kurung Kedah nikan free size. So, satu hari I pun cubalah sarung.

Eh, macam best pulak! I ni memang sejak dulu suka baju yang angin boleh keluar masuk dengan senangnya ^_^

Mula-mula mencuba, lama-lama terpaut hati. Maka si anak dara pingitan Pak Mail ni pun mulalah suruh kakak-kakaknya tolong belikan baju kurung Kedah banyak-banyak. Bila stok sampai, kita pilih dulu mana berkenan. Mak dan kakak-kakak yang lain silalah tunggu turn. Maklumlah I kan anak perempuan bongsu... memanglah gedik manjanya over tak boleh dibayangkan!

I selalunya pakai baju kurung Kedah ni dengan kain batik (keh3x). Apa? You all fikir I tak pandai pakai kain batik ke? Eh, zaman anak dara sunti dah berkain batik tau! 

Tapi tak tahulah mengapa, la ni tak reti pulak nak berkain batik kecuali masa dalam pantang. Kalau berkain batik juga memang 'ohsem' sangat cara memakainya. Sini luruh ke bawah, sana senteng tak ingat dunia. Memang kena gelak. Tapi zaman moden ni lepas jadi emak-emak budak kan I suka pakai baju kelawar tetas bawah armpit^_^  

Tiba-tiba teringat kata-kata seseorang yang pernah rapat dengan diri ini ....

You ni agaknya sebab ramai kakak itu yang style berpakaian pun dah macam kakak-kakak you juga!

Yalah, pakaian I masa belajar kat universiti dulu macam secretary nak pergi kerja okey! 

Sebab itulah agaknya I dikata 'tua sebelum masanya'. Hahaha....

Tapi lepas kahwin dengan HD, dah kembali 'remaja' semula ^_^ Itu yang you all nampak perangai tergedik-gediks mengada @_@

Sekarang ni dah lama rasanya I takda baju kurung Kedah yang original. Yang dah dimodified jadi moden macam tu lainlahkan.... 

Eh, kat mana ek nak cari baju kurung Kedah original untuk dipakai dengan kain batik tradisional untuk dipakai sambil menyapu sampah (dengan penyapu lidi) di laman rumah?

Teringin pulak nak kembali ke zaman anak dara pingitan dulu ~_^

 



 

 

 
 



 

Monday, September 21, 2015

Edisi khas : persiapan pra kahwin ^_^

Salam 7 Zulhijjah kawan-kawan!

Oh, tajuk! Ala-ala nak naik pelamin aje kekdahnya! Ala-ala baru nak jadi pengantin padahal kenyataan sebenarnya, dah lama zaman berkompang itu berlalu pergi. Sekarang ni zaman 'mengompang' telinga anak-anak dan suami aje dengar bebelan kita setiap hari ^_^

Okey, okey! Tak payahlah ngumpat lebih-lebih. I know what you talk-talk behind me, you know .... 

Kalau sekarang ni suruh I naik pelamin sekali lagi  ala-ala mengimbau kenangan lalu pun I tak mahu tau. Malu weyh.... Merah padam nanti muka ah kak menahan umpat keji rakan sebaya. Habis meleleh make up menahan malu yang berleluasa! Hahaha! 

Tapikan ada jugalah hati mana tau sampai ulangtahun perkahwinan jubli perak nanti naklah juga mengimbau kenangan silam dok atas pelamin sekali lagi dengan HD. Keh3x....
 
You all buat apa hujung minggu yang lalu ni? Qada' tidur ke? Tapi emak-emak ni mana mungkin hujung minggu dapat qada' tidurkan. Dapat escape dari aktiviti main periuk belanga kuali tu mungkinlah! Atau, ada yang pergi mengukur jalan macam ah kak juga ke ? Atau pergi berholidaying sempena cuti sekolah ni?

Hari Sabtu lepas merupakan hari sibuk sedunia bagi I. Pagi-pagi (eh, pagi apanya, pukul 11 pagi baru keluar rumah!) dah ke Kajang nun nak pergi jemputan majlis perkahwinan. Ah kak is seriau sakan bila dengar nak ke Kajang. Manalah tau ada orang BMC tetiba jadi jemputan juga di majlis yang sama tanpa diduga. Maklumlah dunia ni bulat. Pengsanlah ah kak nanti nak beramah mesra sambil berselfie mesra selalu dengan MakJilap! For sure MakJilap tahan Kak Ton jangan balik cepat sambil duduk menongkat dagu mengumpat kalian semua tau! Penat mengumpat, kita bergusti lengan pulak katanya. Maklumlah first time terjumpa di luar! Hahaha.... 

Tapi macam doa Abang yang dimakbulkan Allah untuk sekolah ditutup akibat jerebu, begitu jugalah my doa tau ~_^ Kelibat MakJilap memang tak nampak langsung. Spek mata dia pun Kak Ton tak nampak atas meja makan tu tau! Oh, lega banyak! Confirmlah MakJilap bukan keponakan mahupun handai taulan pihak keluarga pengantin! Selamat kita ~_^

Lepas kenyang makan dan catch-up little-little dengan my keponakan, kami pun pulang ke rumah. Itu pun sampai rumah dah hampir pukul 2 petang. Lepas solat Zohor, terus keluar semula. Kali ni I keluar dengan my sister dan niece aje. Anak-anak I tinggalkan dengan Daddy mereka walaupun HD sedar kalau I minta izin nak keluar dengan my sister, mahu lepas 5,6 jam kemudian barulah nampak balik muka I di rumah! Sesekali keluarkan, apa salahnya! Bukan selalu dapat izin keluar sendiri dengan my sister ni ....

Mula-mula kita menjejak kain ela untuk dibuat pakaian mak saudara pengantin ^_^ You all nak tau tak, mak saudara pengantin yang paling vogue ni adalah orang terakhir yang belum siap pakaian sedondonnya tau! Sadis tak statement ni? 

I dah called my Chik di kampung suruh pujuk my favorite tailor tu untuk buat pakaian untuk I pakai pada majlis kahwin my nephew on Oct 17 tu. Kalau tailor tu tak mahu, my Chik buatlah apa gaya. Cakap kat tailor tu kesian kat I, nanti tak cukup kain kat badan sebab dia tak mahu jahitkan pakaian I tau! Tiba-tiba Chik called balik katanya tailor kata tak dan nak siapkan pakaian untuk majlis sebelah perempuan tapi untuk majlis di rumah my sister tu, InsyaAllah, dia akan siapkan! Uh, lega!

Maka jomlah kita mencari kain ela.... 

Untuk majlis nikah di rumah pihak perempuan, sepatutnya tema hijau tapi my Ngah kata, kalau tak ikut tema hari tu pun takpa. Maka I dah terbeli pakaian warna pink, so I pakai pink ajelah ^_^

Ini bukan baju lain, kain lain tau. Yang cream bercorak silang  tu kaki baju  sebenarnya. Kain pun warna pink macam ni juga ^_^

Mak saudara vogue haruslah sesekali terkeluar tema dari yang lain, barulah boleh perasan vogue ~_^ 

Walaupun my favorite tailor tak dan nak siapkan baju untuk majlis di rumah pihak perempuan, I tetap juga akan hantar kain ela ni kat my tailor. Asalnya nak buat kain labuh aje (entahlah kain potong 6 lah, potong 18lah ikut kata my niece...) tapi disebabkan tersangat murah, I beli sepasang juga. Nanti boleh buat pakaian sepasanglah. Sementara ni kita usahakan cari tailor untuk jahit kain saja untuk dipakai di majlis pihak pengantin perempuan. Temanya kata my sister hitam and sukahatilah nak gold ke, nak grey ke tapi I ni tetiba nak pink juga!

Murah sangat kain ni, harga separuh nyawa kalau tak dapat beli katanya...

I dah ada satu ala-ala kaftan pendek so akan disesuaikan dengan kain nilah kononnya....

 

Pssttt..... Tapikan  lepas balik rumah kelmarin, masa takda kerja nak dibuat katanya, I telah melakukan window shopping on the comfort of my bed, tetiba tertekan 'proceed' kat something ^_^ So tak tahulah nak pakai yang mana. 

Yang ini pulak kena cepat-cepat hantar ke tailor hujung minggu ni supaya dapat disiapkan untuk dipakai pada 17hb Okt nanti. Kalau tidak, I mogok laparlah nampaknya sebab takda pakaian sedondon dengan mak pengantin and the rest of my family ^_^




My Ngah nak balik kampung hujung minggu ni maka I kirim kat Ngah ajelah suruh pass pada Chik suruh pass pada ahkak tailor tu memandangkan I tak balik raya Aidil Adha nanti. Tapi kata Ngah 'Memandangkan kau jarang balik kampung, apa kata kau balik hantar baju ni sendiri! Senang tailor nak ukur kotnya ada yang terlebih lemak ke, terkurang tinggi ke...' 

Ni yang masalah ni.... kena balik kampunglah pulak!

Bercakap pasal  warna tema sebelah pihak my sister ni, memang kalut betullah. I ingatkan warna  coklat Milo ke, coklat itu ke, coklat ini ke tetiba ini rupanya 'coklat' yang dikehendaki. Jenuhlah weyh pusing cari kain! I berkenan, my sister tak berkenan. I tak berkenan, my sister berkenan! Bila kami berkenan, my niece pulak tak berkenan! Tapi yang ini my sister yang berkenan sebab my sister tu bukan boleh kalau ada warna merah-merah sikit ni, memang alergi sungguh! Tak dapat dia memakai, orang terdekat pun jadilah! 

Pada mulanya I dah nak ambil plain coklat dan dah pasang angan-angan nak tudung pink (lagi!). Nampaknya memang tak menjadilah angan-anganku itu. By the way, ini baru cerita pakaian yerk, tudung belum menyempat lagi nak cari walaupun hari tu rambang mata tengok kat Ariani sale menggila-gila katanya! Sebab masa tu belum cari kain ela makanya tak beranilah nak beli tudung dulu! Jenuh pulak kang nak bawa tudung ke hulur ke hilir nak cari warna yang sesuai!

Nasib baiklah juga tau bila bawa balik, HD pun berkenan tapi katanya ingat nak beli plain color rupa-rupanya corak juga yang dirembatnya .... You knowlah wife you ni HDkan, memang gitu-gitu aje ^_^

Dek kerana penat, kami bertiga terjah Nu Sentral sekejap 'melepak' minum petang. Amboi, bila anak-anak ditinggalkan dengan Daddynya, memang berlagak bujang aje. Padahal yang bujang my niece aje. My sister and I dah terexpired status bujangnya lama dah! Takpalah sesekalikan asalkan suami dan anak-anak tetap dalam ingatan ^_^

Dah settled semua, dah penat kaki ni mengukur jalan barulah kita tapau makanan untuk mereka yang di rumah. I pun calledlah my beloved Hubbydearie nak beritahulah dah nak balik ni (nak hampir masuk Maghrib pun...) tapi ini pulak jawapannya...

Balik ajelah tak payah call-call. Balik cepat!

Hahaha....ada bibit-bibit marah nampaknya ^_^

Kalau masa baru kahwin dulu mesti kata-katanya lebih lembut seperti ini,

Baliklah cepat, dear. I miss you oredi! Lama betul you keluar tinggalkan I sendirian di rumah ni!

So, kerana hari Sabtu hampir separuh hari di luar rumah makanya hari Ahad, kita berjimbalah dalam rumah aje bersama suami dan anak-anak tersayang.

Eh, silap! Anak-anak tersayang keluar berjimba lagi ke KLCC bersama MakNgah, Abang Iwan dan kakak sepupu tersayang. Mereka ni memang sakit-sakit badan kalau duduk rumah aje hujung minggu tau ^_^

Maka tinggallah MommyDaddy berdua-duaan di rumah menghayati bulan madu-entah-ke-berapa-kali-gamaknya. 

Huhuhu....

 

 



 



 

 

 


Friday, September 18, 2015

Buah hati dinda ^_^

Salam 4 Zulhijjah kawan-kawan!

Amboi, bersiaran sekali lagi nampaknya hari ni! Maklumlah big boss takda katanya pergi outstation ke selatan, maka apakata all girls group dalam pejabat ni berjimba ^_^

Lamakan tak menatap wajah kesayangan hamba dalam blog ini? 

Eh, lama ke?

Lama jugalahkan.... dek jerebu gambar semua kelam tak dapat masuk blog ~_^ 

Oh, takda maknanya! Mommy mereka ni spesies pemalas nak watermark gambar, itulah puncanya!

Nah, di hari yang mulia ini (macam nak sambut raya pula dah...) marilah tengok bakal menantu kome, manalah taukan kotnya satu hari kita terberbesan pulak. Jangan pura-pura tak kenal MD siapa pulak (masa rombongan kita masuk meminang bunga sekuntum di taman larangan) padahal dulu-dulu masa anak-anak masih kecil bukan main lagi mak-maknya datang baca blog terkekeh-kekeh hari-hari tak miss! (Minah ni kalau perasan ramai peminat memang over tak boleh dipujuk, maafkanlah aje yerk kalau rasa nak termuntah!) 

Mari kita tengok gambar bakal ustaz dulu ^_^

Bakal ustaz bukan main lagi dengan kopiah bagai nak 'sholat' katanya tapi berseluar pendek. Si abang kata kena pakai seluar panjang!

Nama aje nak solat tapi tanda peace tetap tak pernah miss bila diambil gambar ^_^ Maklumlah bakal ustaz baru belajar agama katanya. Tak habis belajar lagilah ni...

Masa ni bakal ustaz minta abangnya ajar 'sholat' supaya senang nak solat sekali. Yang benarnya si Bubbly Abang suruh adik belajar solat supaya masa dia tengah bersolat Adik takkan terkekeh-kekeh ketawa mengganggu kekhusyukan abang yang tengah bersolat! Abang bukan boleh tahan geli hati kalau adik dah buat kerenah cute mutenya tepi sejadah!



Ni kiranya bukan masa Adik tengah bersolat. Kalau tidak takkanlah camerawoman snap gambar dari depankan! Ni dia tengah belajar solat atas perintah si abang tersayang ~_^

Bila I kata gambar 'gegar', tau apa Adik Cute jawab?

Takpa, Mommy! Adik buat sekali lagi nanti Mommy ambil betul-betul eh....!

Bila 2,3 kali I nak snap tapi tak menjadi, mulalah dia dah 'patah semangat' nak berposing macam ni ^_^ Penat katanya ....

Berpuluh kali I ambil tapi dia tetaplah kecoh gerak sana-sini. Makanya gegar juga (eleh alasan sebenarnya... Mommy memang tak pandai ambil gambar pun!)

I cuma berhenti snap bila terkesima dengan kata-kata anak bujang tersado, si Bubbly Abang...

Alaaaa... Mommy ni semua pun nak snap photo! Mesti Mommy nak letak dalam blogkan?

Oh, malu pulak ~_^ 

Dan ini pulak gambar bila bakal ustaz bertukar kepada mat romeo ^_^




Adik Cute ni bagus tau, kalau nak keluar rumah mesti dia minta ambil gambar dulu. Kononnya dialah yang paling fotogenik. Si Bubbly Abang pulak sekarang ni kena paksa baru nak bergambar. Penat dah dia nak melayan kerenah Mommynya yang over tak bertempat ni!

Oh, ya dalam entri sebelum ni memang rambut Adik Cute nampak lain sikit. Baru kena taram dengan Daddynya. Itu pun lepas mandi, I sisirlah ke belakang. Boleh pulak dia komplen tak cun! Nak diserkupnya dengan topi macam selalu! 

Tapi sayang pulak rambutnya sebelum ini yang I rasa lagilah comel. Huhuhu....



Daddy macam biasalah lepas trim rambut anak selalu aje kata itulah latest hairstyle yang mengancam. Suruh budak-budak ni percaya pada kata-katanya sebab Daddylah yang paling handsome seantero dunia Uzbek dulu. Maka kalau nak jadi handsome macam Daddy, kenalah ikut aje apa Daddy kata! Kata-kata Mommy tak boleh pakai sebab Mommy pun 'mengalah' dengan Daddy sebab kehenseman Daddylah kononnya (padanlah alahai...lakibini kuat perasan ^_^)

Tengoklah apa jadi kat rambut anak I lepas kena trim (ini yang dikatanya boleh jadi handsome kalau style rambut macam ni...)



I akur ajelah. Dah namanya suamikan. Syurga isteri kat mana? 

Aha, sendiri mahu ingatlah beb ~_^

Okeylah, kita akhiri entri kali ini dengan gambar my superheroes baru habis belajar 'sholat' 

Disebabkan adik nak pakai kain pelikat macam abang tapi not available kat rumah, maka abang bagi suggestion yang sungguh bernas - pakai ajelah seluruh pendek abang! Makanya, dah macam pak uzbek dah anak I ni dengan seluar pendek abangnya yang sampai ke buku lali ^_^
 
Selamat berhujung minggu ya semua dan selamat bercuti sekolah buat mak-mak budak yang over teruja berbanding dengan anak-anak yang bercuti ^_^






















Jumaat sudah...

Salam 4 Zulhijjah kawan-kawan!

Tak suka tau kalau ada cuti umum ni... Eh, cuti tu sukalah tapi yang tak suka bila kembali bekerja the next day. Tentu banyak kerja. Dan entah kenapa semalam malas sungguh nak mengarang ceritera abad ini. Ada juga melayari internet masa lunch time katanya tapi buat kerja lain ~_^ Kotnyalahkan mood merundum penangan jiran dah sampai dibawa ke rumah dek jerebu yang melanda!

Hari ni mampu tengok draft yang ada aje. Malas lagi nak mengarang cerita tapi kalau dah mula menaip tu, malas-malas pun mahu 10 000 patah perkataan juga kita hentam menulis tanpa sedar katanya...

Dek kerana semalam takda entri harian, makanya takdalah cerita seram ke udarakan! Kesianlah kat pelopor cerita seram dalam blog, bagilah depa menjalankan kewajipan depa menakut-nakutkan pembaca. I ni sidekick aje... 

Malam semalam kami sekeluarga keluar makan atas jemputan my Ngah selepas Maghrib. Ulangtahun kelahiran my niece. Eh, actually Ngah ni takda anak perempuan pun! Dua-dua anaknya lelaki macam adik perempuan gediknyalah ni (itu merujuk kepada tuan empunya bloglah yerk!) Yang I panggil niece memanjang ni is my sister punya salah seorang bakal menantulah senang cerita. We're close to each other. Adakalanya terlebih rapat berbanding anak saudara perempuan sendiri.

Sebelum meneruskan celoteh, ni nak beritahulah.... jangan diharap gambar majlis makan-makan semalam, kek harijadi, birthday girl punya gambar (pernah keluar pun.. yang kurus melidi main bowling dengan si Adik Cute dulu-dulu....) mahupun gambar makanan semalam ^_^ I ni kalau keluar dengan my sister's family memang tidak kuasa nak mengambil gambar bagai untuk ditempek dalam blog!

Lumayan jugalah acara makan-makan semalam. Ada bawal masak sweet sour, ada ikan siakap kukus, daging masak kicap, kerabu mangga, sup tulang (oh, sedapnya sampailah ni teringat!), seafood tomyam, kailan ikan masin, telur dadar dan pencuci mulut. Bab air ajelah tak sedap. Fresh orange dua jug tapi dengan kulit-kulitnya kot dikisar sekali! Mencebik-cebik muka my superheroes bila minum. Tetiba masing-masing nak minum plain water sampai habis majlis ^_^

Lepas tu adalah juga acara potong kek. HD duduk paling jauh sekali makanya HD concentrate makan aje berbanding kami yang sibuk nak makan kek juga ^_^ Anak-anak I pula dah jadi waiter masa tu tukang edarkan kek dalam pinggan! HD ni kalau takda kena mengena dengan his wife and kids, memang tak kisah pun siapa nak buat birthday celebration. HD buat derk ajelah... 

Yang paling best my superheroeslah. Dua-dua bagi hadiah pada kakak sepupu kesayangan ni. Yang kecil beri bunga dengan coklat dan yang besar beri pen holder berserta jam loceng gitu. Maklumlah masing-masing tak mampu beli hadiah so kenalah terima apa hadiah yang disediakan!

Sebaik selesai ambil gambar mereka beri hadiah kepada kakak sepupu, masing-masing berbisik kat telinga si kakak sepupu. Yang beri bunga dengan coklat minta semua coklat dikembalikan sebab teringin nak makan. Yang beri jam dan pen holder tu minta balik hadiahnya! Makanya si kakak yang prihatin dapat paper bag dengan bunga sekuntum ajelah bawa balik rumah!

Agak-agak nak dekat pukul 9 malam, kami pun balik. Ah kak nak mengejarkan cerita itu (AN aje yang faham...hehehe!) walaupun waktu rehat di pejabat dah siap menonton habis ^_^ Punyalahkan taksub tak bertempat dan tak padan usia katanya.... Okey, I don't carelah apa orang nak kata ^_^

Dalam perjalanan pulang, HD pun kata pada anak-anak nanti bila kakak dah kahwin dan pergi Kuwait, habislah anak-anak takda tempat nak pow bermanja lebih-lebih. Tiba-tiba aje si Adik Cute menangis tersedu-sedu. Sedih sangat kononnya kalau kakak dah takda kat Malaysia nanti!

Puaslah memujuk. Akhirnya berhenti menangis. Sampai dalam rumah pun boleh pulak sambung merah mata, merah hidung kembali! I pujuk lagi. Berhentilah lagi menangis! Tengah main lego siap sambung balik semula menangis hiba; sedih sangat dan sayu alahai hati tu kalau kakak dah pergi Kuwait, tak dapat jumpa hari-hari katanya....

Adik Cute yang teruja nak pergi makan sambut birthday kakak sepupu. Minta snap photo lagi nak tunjuk t-shirt Upin Ipinnya. Berpuluhkali yerk ucap terima kasih kat Mommy sebab belikan t-shirt ni!
Aduhai... lama lagi si kakak ni nak pergi Kuwait! Insya Allah, pertengahan tahun depan maybe... Tapi lepas my nephew kahwin (abang kepada Afiq) bulan Oktober ni, 2,3 hari lepas tu my sister and si kakak ni akan melawat Afiq di Kuwait selama 3 minggu. Aha, I dah mula risau sebenarnya takut si kecil ni demamlah pulak tak nampak MakNgah dan kakak sepupu kesayangannya lama sangat!

By the way, masuk aje bulan Oktober ni I akan mula menyibukkan diri dengan persiapan majlis kahwin di rumah my sister. Bukan sibuk apalah, I ni kan mak saudara pengantin yang paling vogue dan muda (kah3x) makanya memanglah kena menyibuk-nyibukkan diri! Majlis di rumah perempuan pada 10hb manakala di rumah lelaki (my sister's house) pada 17hb. 

You all tahu siapa flower boynya? 

Of courselah anak den si Adik Cute ^_^

Tapi paling kesian si Bubbly Abang teringin nak pakai tuxedo pada majlis perkahwinan Abang Iwan katanya.... Jenuh ni ^_^

Apa-apa pun cerita hari-hari kecoh I tu tunggulah sampai tiba masanya yerk. Lama lagi  tu ^_^

 Okey dah... I nak sambung buat kerja semula biar cepat habis! Hari ni hari Jumaat dan yang paling seronok sekali dah tentulah sebab big boss takda dalam pejabat. Anak-anak buah semuanya berpakat mengacau-bilaukan pejabat ^_^










Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...