Chef Master'main'

Salam 22 Ramadhan kawan-kawan!

Hari ni pada minggu depan, I dah bercuti raya. Walaupun katanya tak balik raya, tetap juga nak cuti. Cutikan secoet banyak, apalagi  cutilah! Barulah feeling-feeling anak perantau beraya di perantauan (Alahai, ngengada jerk macamlah jauh sangat duduknya padahal dari KL ke BP tu lebih kurang 3 jam dah sampai!)

Mengapa I tak beraya di kampung kali ini (first time dalam hidup kiranya tak balik semasa raya puasa) tak usahlah ditanya. Kang bergenang air mata, siapa yang susah! I juga yang susah tau.... 

Tapi tak tahu jugalah perancangan HD macamana. Sebabnya kitakan suka plan-plan last minute ni. Manalah tau tetiba di malam raya, ajak balik kampung 18 jam jerk. Okeylah tukan ~_^

Sebenarnya hari ni niatnya nak bercerita ringkas je tapi tahu ajelah MD ni, mana pandai tulis point by point. 'Karangan' entrinya mestilah kurang-kurang 10 ribu patah perkataan ~_^ Maka, macam biasa hadam ajelah yerk!

A few days ago kot, I nampak si Bubbly Abang bukan main ceria ambil buku tulis dan menulis sesuatu. Tekunnya alahai. Kagum pulak Mommy tengok anak kononnya 'belajar' tanpa disuruh macam selalu. Tak lama lepas tu, masa I tengah sibuk menggosok baju, dia pun tunjuklah hasil tulisannya itu....

Nak tau dia buat apa?

v

v

v

v

v

v

v

v
 
Dia sibuk  tulis resepi!

Alahai, ingatkan tengah belajar ke apa. Rupa-rupanya lain cerita! Tapi memang selalu pun macam ni. Kalau dia terlebih rajin tu, bukan kerana belajar ke apa tapi ada benda lain yang dibuatnya macam tulis komik untuk kawan sekelas dan sebagainya...

Ini resepi si Bubbly Abang. I tak bertanggungjawab kalau ada yang pejam mata nak main campak baling ikut resepi asli Abang ni untuk buat juadah berbuka pulak ~_^




Entah manalah dia dapat idea tulis resepi macam ni gaya. Nampak benar anak si MD ni memang tak pernah masuk dapur tengok Mommynya memasak. Eh, tapi main tumbuk-tumbuk guna lesung tu adalah sebab mereka teruja tengok lesung batu. Bak kata si Bubbly Abang pada zaman dahulu kala, alat ni memang takda orang lain pakai lagi kecuali Mommynya!

Bila dia unjuk buku tulis ni suruh I tengok, terbeliak mata tengok tulisannya yang makin teruk! Baru nak tegur tetiba nampak tajuk, teruslah capai smartphone kita snap gambar dulu. Kena masuk blog ni ~_^ 

Sampai kata Abang,

Mommy ni mesti nak masukkan dalam blog. Semua pun nak masuk blog!

Oppsss..... ~_^ 

Padanlah dia sibuk tanya pada I microwave dalam BM orang panggil apa. I pun tetiba blur tak ingat. Lepas garu kepala baru teringat 'ketuhar gelombang mikro' tapi dek kerana pening si Abang ni panjang sangat perkataannya, dipendekkan jadi 'ketuha' terus ~_^ Betul-betul ikut sukukata nampaknya! Ada yang kena seligi ni, ejaan senang macam ni pun silap!

Kalau nak tahu, Abang ni tak pernah makan kuey teow walaupun Mommy banyak kali dah masak. Dia bukan suka pun makanan macam ni kecuali mi. Bulan puasa ni pun pernah buat sekali bahana dok baca blog PK ler... 

Agak-agak, ada tak yang sanggup menjamu selera menggunakan resepi master'main' si Abang ni? I sebagai Mommynya pun tak berani nak cuba. Ngehhh.... ^_^




 










Comments

  1. hahaahahaha lieya tegelak2 bace resepi abang tulis tu kak...bijak2...tulisan dah le comel2...bulat2...kemas ajek kak.....eheeemmm ni ade can jadi chef tersohor satu hari nanti ni kot kak...

    kak lieya bukan takat berani nak cuba.....seram pun ade.... hahaahahhaah.....udang ayam daging rencah2 biase guna tu takde hahahahahaah...tapi takpe, kipidap abang...pasni keluarkan resepi rendang ayam tak balik kampung plak tau.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali tengok macam pinggan, mangkuk, perisa, senduk, minyak panas tu disuruh campurkan sebati dengan kuey teow. Pening juga kalau tak pernah goreng kuey teow tetiba dapat resepi macam ni gaya! Tengok tajuk pun dah ngerilah nak cuba ~ kuey teow Cina. Maksudnya tu masak kuey teow Chinese style lah kot. Tapi dari ajaran sesat yang diberi, macam nak masak maggi pulak! Hahaha!

      Hai, sedap nama menu tu... bolehlah akak yang membuatnya bila raya nanti ^_^

      Delete
  2. PK je kot yang berani cuba,,..hehehe.tapi kna derhaka pada resepi sikitlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau resepi macam ni senanglah PK nak menderhaka. Bolehlah tambah udang ke, kerang ke, taugeh ke... Hahaha....

      Delete
  3. Wahhhh sekali abang tulis resepi. Jangan memain bebudak sekarang. Nani dulu nan hadoonyaa tulis tulis resepi gini. Hahahaha. Conteng conteng adalah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut ni sebenarnya Nani bila akak tengok resepi kuey teow Abang ni. Penuh dengan maksud tersirat ~_^

      Delete
  4. Baru nak ckp tulisan abg ada sikit mcm mommynya hihi....tak jadilah kang ada yg kecik hati pulak hihi...
    Weyh ....tgk tulisan abg tu nampak abg ni seorang yg confident tau....tulisannya besar besar dan tegak!

    Laaaa....ingatkan resepi Kuey Teow goreng....rupanya panaskan Kuey Teow goreng beli hihi....

    Nampak sgt mommynya rajin membeli hikhikhik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Itu sebenarnya pujian ke cacian ni? Nak kata tulisan Mommy si Abang ni macam budak-budak sekolah Tahun 3 lah tu! Ni yang nak merajuk ni.....

      Eh, itu bukan kuey teow goreng dibeli. Saya rasa ini versi instant kuey teow gorenglah. Takda dalam pasarankan? Nanti saya suruh si Abang majukan perniagaan kuey teow instant ni ~_^

      Aha...statement tu yang buat gigil nak taip entri gaya gini ^_^

      Delete
  5. Apa jenis kew teow si abang ni beli nih? Kenapa kena masak 10 min dan kena masuk ketuha 10 min lagi? Haha.. geli hati baca resepinya tu.. memang kena beli kuew teow ya bang, takkan MD sanggup nk uli tepung pulak ya? Huhu

    Bab tulisan tu okje bg saya..agak lawa juga ni.. baru sek rendah kan? Yang sek men pun ada ramai yg tak lawa tulisan.. buat habis dakwat cikgu je komen, Sila tulis dengan kemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu demi memastikan yang kuey teow tu betul-betul masak untuk dihadam. Kalau dah hancur lebur kuey teownya tu maknanya bolehlah dimakan, AN~_^

      Ini kira agak teruk juga tulisan ni. Kalau dia tengah rajin, elok sikit dia tulis tersusun dan kecil daripada ini. Kalau dah macam ni maknanya nak cepat siaplah tu. Sama macam Mommynya, kalau dah gigil dan nak cepat menulis, memang hodoh sungguh tulisan!

      Delete
  6. kelakar lah abg ni.. tulisan dia cantik.. kemas..
    ermmm lama ke cuti raya kak??? balik bt pahat tak kali ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Initially ambil cuti dari hari Rabu minggu depan. Isnin lepas raya naik kerja macam biasa. That week rasanya Mami nak balik ke Tashkent. Tapi memandangkan tak balik ke kampung, rasa macam malas pulak nak bercuti. Tapi, persiapan raya tak siap lagi .... Nak juga rasanya cuti tapi.... Aduh! Banyak sungguh tapinya....

      Delete
  7. mask kuey tiaw je..apasal rumit sangat resepi abang nih..heheheh..ni tengok gaya abang punya resepi macam mommy dia lebih kerap guna mokrowave dari dapur gas..mommy banyak ngelat kat dapur nih..kan??ngaku cepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang mana tu yang rumit, Diana? Senang aje... saya rasa ni versi instant kuey teowlah sebab perisa pedas pun dah siap ada. Macam nak buat maggi pulak *_*

      Ish, saya mana pernah panaskan makanan... Kalau makan luar, tak bawa balik rumah. Kalau beli luar, terus makan tak payah masuk microwave. Hahaha... ini bukan salah saya tau! Tapi yang sebenarnya Abang memang cuma kenal microwave aje dah dia buat maggi aje yang tau.....

      Delete
  8. salam ramadhan, nk jd chef abg nih., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan ~_^

      Kalau boleh Mommynya tak nak Abang jadi chef. Chef untuk Mommy aje takpa. Itu boleh *_*

      Delete
  9. Bakal suami mithali ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis resepi aje, kak. Masaknya tak pernah. Baru-baru ni dia masak maggi, direndamkan maggi sepenuh-penuh air diletaknya. Nak on kan microwave pun tak pandai. Sampailah malam baru dia teringat nak beritahu dia magginya dalam microwave belum siap-siap lagi!

      Delete
  10. cantik je tulisan bubbly abang ni sy tengok,,tp resepinya sumpah lawak..sy gelak guling2 dulu baru cari idea nak cuba resepi abang ni. nak keringkan koey tiaw tu kena tgok jam bg cukup 10minit..pastu nak masuk dalam ketuhar keluar ketuhar kena disiplin 5 minit sepeluh minit....lagi abang mana resepi perisa pedas tu..pening jugak ni nak derhaka resepi pun tak tahu hujung pangkal.muahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak derhaka ni memang senang, PK. Resepi basic aje. Pandai-pandai kitalah nak buat perisa pedas tu macamana. Saya suspek dia dapat idea tulis resepi ni macam dia tengok saya masak instant maggi mee tu ~_^

      Delete
  11. hihi.. ada bakat nk jadi chef ni..
    xpelah MD, klo x balik kmpung pon..ambk cuti utk rehatkan badan..or apakata bawak family in law skali balik kmpung..msti dia org suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah mula menulis resepi pulak. Kalau elok resepinya bolehlah tiru. Ini resepi macam ni, takut weyh nak mencubanya.

      Balik kampung juga akhirnya, Lya. Tak jadi nak masak untuk raya ~_^

      Delete
  12. ahahhaa.. so sweet si bubbly abang.. siap ada resepi lagi erk... dah cuba buat belum MD resepi tu?? haha... si abang Pae plak dok sibuk suruh sy buatkan kek..yg mcm dalam TV tu katanya..haha..adoi anak2... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak beranilah Atie nak mencubanya. Keluar masuk microwave pulak. Entah apa jadi agaknya kat kuey teow tu kalau ikut resepi si Abang ni. Takut tak boleh dihadam. Hahaha...

      Dah suruh buat tu, apalagi... pergilah buat demi anak. Kah3x...

      Delete
  13. hahaha bakal chef yg tersohor nanti nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul takpa, takut resepi semuanya ngeri-ngeri belaka nak tiru ~_^

      Delete
  14. cayalah abang
    gayanya mcam nk maaak maggie je abang
    cntik tulisan abang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, rasa macam masak maggi. Sebab kalau setakat maggi tu dia tahulah caranya cuma tak reti guna microwave aje.

      Ini pun dah semakin hodoh tulisannya, Ciksu. Kalau nak cepat, sama aje kekdah dengan Mommynya. Comot tulisan....

      Delete
  15. hehe...aduss...bagus betul chef sorang ni
    naik letih ketawa ni...
    ada cara senang masak kuey teow rupanya...baru tahu =)

    p/s-kemas tulisan si abang. kata orang orang bertulisan besar dan kemas,
    orang yang sangat berani dan takin =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pentingnya 'sharing is caring' ~_^ Ada cara senang, buat apalah kita nak ikut cara susahkan! Inilah sebab saya kongsi dalam blog resepi terunggul si Bubbly Abang ni. Manalah tau ada yang berani nak cuba. Kalau sakit perut, itu bukan salah saya dan keluarga kerana berkongsi resepi rahsia :)


      Oh, kalau begitu ikut Mommynyalah! Kita pun tulisan sebiji-sebiji sampai lah ni, kemas, bersih, comel. cute mute semua bercampur menjadi satu kalau tengok tulisan kita. Kah3x.

      Delete

Post a Comment