Tuesday, July 14, 2015

Salam Syawal & Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436H

Salam 27 Ramadhan kawan-kawan!

Kali ini I tak berceloteh panjang lebar ~_^

I akan mula bercuti raya mulai esok dan lusa. Balik kampung atau tidak, masih lagi belum pasti tapi I pun dah tak berapa kisah sama ada nak beraya di Kuala Lumpur atau pulang ke kampung halaman di Batu Pahat. 

Kalau terpaksa beraya di Kuala Lumpur itu kiranya pengalaman baru setelah bertahun-tahun selama ini tak pernah lagi tak balik beraya di kampung halaman. Tahun ini juga merupakan kali pertama beraya bersama-sama emak mertua. Dan, kalau sungguh bagai dikata nak beraya sangat di Kuala Lumpur ni, inilah juga kali pertama I kena memasak juadah hari raya sempena menyambut Aidil Fitri. Takpa, takpa... walaupun ada sedikit debaran, google aje mana patut ~_^

Hari Isnin selepas raya I dah mula bekerja tetapi hari Selasa I akan bercuti kembali kerana my mak mertua akan pulang ke Tashkent pada hari tersebut....

Selepas itu, rutin berjalan seperti biasa rasanya....

Dek kerana bila I mula bercuti esok my blog pun akan 'tutup pintu dengan padlock maha besar' makanya celoteh dari rumah MD akan mula bersiaran selepas rayalah nampaknya ~_^ (Legakan tak perlu nak baca banyak sangat perenggan per entri ^_^)

Sempena kehadiran Syawal yang semakin hampir ini, I ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri dan kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata, terluka hati dek kata-kata I selama ini, maaf jua dipinta.

Sumber : Google

Pada kawan-kawan yang teruja nak pulang ke kampung halaman masing-masing, berhati-hati ketika memandu. Biar lambat asal dapat beraya di kampung masing-masing ya *_*

Juadah berbuka sepanjang Ramadhan 1436

Salam 27 Ramadhan kawan-kawan!

Okey, dah nak penghujung Ramadhan ni,  I tak rasalah you all terliur bila tempek gambar-gambar makanankan! Yalah, dalam hati sibuk nak raya sakan aje, sibuk fikir persiapan raya yang mungkin tak habis-habis lagi nak complete, makanya setakat tengok gambar makanan takdalah besar mana masalah dalam kepala, ya tak? 

Lagipun I bukan chef tersohor, yang bila memasak dan ambil gambar aje, terus terliur meleleh-leleh saliva tak mampu dihentikan pengeluarannya ~_^

Waktu berbuka biasanya kami makan nasi putih dan lauk-pauk. Selang beberapa hari, I akan buat menu mi. Mi yang selalu berulang dah tentulah mi sup, mi hailam dan mi goreng ~_^ The latest semalam I masak nasi putih, daging goreng black pepper, ayam goreng kunyit (untuk Bubbly Abang), sup cendawan+kentang (untuk Adik Cute) dan cendawan digoreng bersama bawang, cili merah dan cili padi. Gambar tak sempat nak snap semalam!

Meh, tengok juadah berbuka my small family. Memang simple aje, tak macam rumah orang lain ^_^

Roti cheese
Roti John

Khas untuk Hubbydearie dan Adik Cute aje. Mereka berdua aje yang makan sushi!

Ini semua confirm belilah, tak pun ehsan dari belian my sister ~_^


Antara buah-buahan yang ada. Most of the time, tak sempat pun nak snap buah-buahan atas meja!

Nasi tomato

Nasi Arab
Mi goreng togel yang entah berapa kali kena repeat dalam sebulan Ramadhan

Kalau dah malas nak goreng ayam, memang makan drummet ajelah si Bubbly Abang! Senang betul kerja Mommy ~_^
Star of the bulan puasa (keh3x) : Sardin memijar mulut dek cili padi campak baling juga ~_^ Entah berapa kali kena repeat lauk nih!
Tomyam ayam yang serba tak sempurna sebab masa nak masak tomyam, banyak benda rupanya takda!
Kalau macam ni gaya memanglah lauk si Adik Cute. Adik memang suka 'pitball' (fishball) tak pun sosej + kentang + suun masak air macam ni *_*
Lagi satu lauk kesukaan Adik Cute. Dia suka menghirup kuah sebenarnya. Kalau tak habis, Daddynya sedia membantu!
Daging goreng dengan kacang panjang. Pun I aje yang kerja makan sebab tak pedas sangat! My superheroes pulak tak suka daging!

Menu ni pun entah berapa kali berulang : Ikan goreng masak asam

Meatball masak kari
Makaroni yang diubah suai mengikut tekak orang Melayu ~_^

Kobis goreng dengan sosej

Ikan goreng kalau tak habis, memang tak susah hati. Boleh diolah jadi menu lain esoknya ~_^

Ayam masak kari

Ini mem punya favorite : Ikan masin goreng dengan bawang+cili merah+cili padi. Mem makan ikan masinnya aje ~_^

Daging kisar+kentang+suun goreng. Yang penting taburan cili padi mesti sampai pijar mulut ^_^
 
Ayam goreng masak dengan sos cili, lauk ni memang khas untuk Abang. Almost selang beberapa hari mesti ada atas meja!
Sekali aje I buat sambal tumis sebab teringin nak cicah jemput-jemput bawang + ikan bilis dengan sambal tumis ni. I seorang ajelah yang melantak. Yang lain macam nampak alien ~_^

Monday, July 13, 2015

Dugaan Ramadhan lagi...

Salam 26 Ramadhan kawan-kawan!

Minggu ni dah masuk minggu terakhir Ramadhan sebelum menyambut kedatangan Syawal. Bagaimana dengan persiapan menyambut hari raya? Dah selesai semuanya?

I ni baru aje nak mula membeli persiapan Sabtu lepas. Kali ni tak beria-ia membeli sebab macam tak berapa ada mood pulak nak raya. Oh, by the way, HD ada kata nak balik kampung on the eve of hari raya tapi itu pun tengoklah macamana ceritanya... (Yeah! 50% macam tak jadi raya di perantauan, rindulah IKEA kat kami satu family raya ni!)

Minggu lepas kami tiga beranak ke Aeon manakala HD dan emaknya pulak ke tempat lain. Memang sengaja berpecah kalau tidak memang tak dapatlah nak mencari apa mahunya... Okeylah, kali ni bukan nak bercerita tentang persiapan menyambut raya tapi kisah my bujang bongsu ni.

Dah 2,3 hari I tengok matanya bertahi mata. Ingatkan sakit mata tapi takdalah merah pulak. Hari Sabtu lepas, balik aje dari Aeon I tengok matanya merah. I pun teruslah bawa ke klinik. Rasa tak sedap hati betul bila tengok anak jatuh sakit ni. Sebelum Adik Cute, si Bubbly Abang dulu dah kena. Tetiba aje pepagi tak boleh buka mata sebab penuh tahi mata. Tapi sehari itu ajelah takda pulak melarat. Beberapa hari kemudian barulah si Adik Cute pulak tak boleh buka mata sebab penuh tahi mata! Aduh, susah hati rasanya!

Tak suka pergi klinik yang tak biasa sebab tak suka kena dengan doktor yang sambil lewa aje. Kalau ikutkan hati, nak bawa jumpa doktor yang dah tengok muka my superheroes ni sejak mereka baby lagi tapi tutup pulak hujung minggu!


Sampai di klinik, tak lama pun menunggu. Bila masuk aje, belum check lagi doktor dah kata something about makanan. I pun tanyalah sekali lagi apa sebabnya. Doktor pun check sikit lepas tu terus beritahu yang  nak kena refer ke hospital terdekat sebab ada nampak macam small white dot kat dalam mata kanan Adik yang merah sikit tu...

Sayang anak Mommy! Janganlah sakit, luruh jantung Mommy kalau tengok anak sakit tau! Biar semua sakit tu hinggap kat Mommy, jangan sesekali hinggap pada anak-anak permata hati!


I pun bila dengar nak kena rujuk hospital, rasa nak luruh jantung. Rasa macam berhenti berdegup masa tu juga. I ni bukan boleh dengar nama 'hospital', sakit kena rujuk hospital dan sebagainya. Dahlah masa tu I dengan anak saudara aje. HD takdakan... 

Doktor tak check lanjut dan tak bagi apa-apa ubat. Cuma tulis surat refer ke hospital. I dalam bilik doktor pun tak sampai 5 minit rasanya. Bila bayar kenalah RM40. I pun dok peliklah sebabnya takda ubat, konsultasi pun tak tahu pasal apa tetiba kena bayar RM40. Bila ditanya rupa-rupanya ianya untuk konsultasi (yang tak tahu hujung pangkal dan sekejap sangat rasanya) dan surat rujuk hospital!

Okeylah, malas nak fikir tentang itu sebab hati I dah jadi tak keruan. Masuk aje dalam kereta, I yang bantai menangis! Terus call HD suruh balik rumah cepat sebab nak ke hospital. HD bila dengar I menangis, tentulah rasa kelam-kabut juga. Mahu I tak risau. Bab anak-anak ni kalau apa-apa berlaku memang I lah yang tumbang dulu!  Si Abang pun bila tengok I menangis dalam kereta, dia pun dah tersedu sama. Sedih tengok Adik kena pergi hospital. Sebabnya masa umur Adik bawah 2 tahun kot, Abang pernah tengok tangan adiknya kena cucuk jarum ambil darah. Itu yang dia tak boleh lupa, sedih sangat kalau adik jatuh sakit!

Hospital paling dekat dengan rumah dah tentulah HUKM makanya itulah yang dituju. Dalam pukul 3 lebih kami tiga beranak ke HUKM. Abang pulak dihantar pulang ke rumah dulu. Sampai kat HUKM nasiblah orang tak ramai. Lepas check first time, kena buat payment. Lepas tu kena tunggu doktor. Mujur juga masa menunggu tak lama, tak macam ketika HD terlekat tulang jauh ke dalam tekak sikit hari dulu.

Bila doktor panggil hati I dah tak tentu arah jadinya. Berdebar-debar macam nak rebah kat situ juga! I ni kalau bab-bab masuk hospital memang rasa parah sungguh! Takut alahai. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan kesihatan anak, lagilah I punya khuatir Allah sahaja yang tau!

Bila doktor periksa, katanya mungkin ada jangkitan kuman. Dia pun tanyalah sejarah apa bagai. Tetiba HD mengaku bawa anak pergi pantai (Ya, bulan puasa ni HD bawa anak-anak pergi pantai sebab emaknya nak berendam dalam air masin katanya...)  I tak cakap apa pun walaupun I suspek memang itulah puncanya tapi malas nak bertelingkah!

Doktor pun mengiyakan. Katanya kalau air swimming pool lagilah teruk. Makanya doktor bagi ubat titis dua jenis dan ubat demam kalau perlu. I tanya juga apa white dot dalam matanya yang merah tu. Kata doktor kemungkinan besar tahi mata statik aje kat situ. I punyalah lega. Tanya juga serius ke tidak. Dek kerana doktor tengok I yang tentu arah dia pun kata,

Macam nilah, Puan! Saya bagi ubat untuk seminggu. Kalau tak okey, saya boleh tulis surat rujuk pakar mata. Kalau puan risaulah...

Bila dengar 'rujuk pakar mata' lagilah rasa nak berhenti jantung I ni berdegup!

Perlu ke tidak, doktor? Serius ke?

Takdalah... bagi ubat dulu. Kalau puas risaulah boleh bawa jumpa pakar!

Oh,  gigil satu badan I rasa!

Kita ni bila sakit memang jumpa doktor. Bila dah jumpa doktor tu, memanglah kita kalau boleh nak doktor 'comfort' diri kita yang sakit dan susah hati ni. Kalau tak serius, kata tidak. Kalau serius, terus-terang aje kata serius. Kalau tidak, memang menjerut hati aje mendengar explanation doktor. Kalau tengok riak wajah doktor tu, rasa macam takda apa-apa, takdalah serius mana. Tapi bila dia keluarkan statement macam tu, hati I jadi tak tentu arah betul!

Kata HD tak perlulah risau. Mungkin takda apa-apa. Tapi jadi emak macam I ni, memang emosi sungguh.  Takda apa-apa pun sampai kena rujuk hospital, memanglah I bantai menangis aje! Mujurlah si Adik tu tak banyak buat hal. Pandai pulak cakap kat doktor di hospital,

Tadi doktor kata ada benda dalam eyes! (merujuk kepada doktor di klinik earlier...)

Itu jugalah alasan yang I guna untuk tidak membenarkan Adik bermain dengan tab di rumah buat masa ni. Tapi sesekali aje yang didengarnya, most of the time memang merengek juga nak main.

Doakan my beloved son takda apa-apa masalah serius, ya kawan-kawan! Dahlah nak raya, hati ni memang takda mood nak kerja. Ditambah lagi dengan kerisauan tentang kesihatan anak, memang hati ni meronta-ronta nak balik rumah aje duduk tengok anak depan mata!









 


Friday, July 10, 2015

Kad Raya Kedua *_*

Salam 23 Ramadhan kawan-kawan!

Seminggu lagi nak raya nih (yeah!), takda rasa apa-apa ke? 

Oh, tak payah dijawab sebab soalan tu bukan untuk you all tapi untuk tuan punya blog ^_^ Maklumlah tahun ni kali pertama katanya tak balik raya. Walaupun tak pernah bergaduh tentang turn nak balik kampung siapa, bila jadi macam ni rasa sedih juga!

Okeylah, kita lupakan hal yang itu! 

Pagi tadi sampai aje pejabat, Head of Security (semestinya orang Jepun) datang menuju ke my meja sambil hulurkan sekeping sampul kad raya (yeah!). Terkebil-kebil I menerimanya sambil ucap terimakasih. Dok fikir juga gerangan siapalah yang menghantar kad raya pada I kali ni. (By the way, kalau hantar apa-apa pada I silalah tak payah letak 'MD'  tu, pening orang Jepun dok fikir I ni doktor ke apa...keh3x)

Ini rupanya kad raya kedua yang I terima (yeah...lagi ~_^) ....



Dihantar khas oleh seorang lagi rakan blogger yang sedistrict katanya, Cik Vee kita yang ayu ~_^

Bukan setakat kad raya aje tau, di dalamnya siap ada duit raya lagi (Vee. duit ni untuk I ke atau untuk anak-anak I ni?) ^_^ Tentulah omaknya anak-anak I akan gembira dapat duit raya ni, sampai kembang-kuncup hidung tak nak puasa lagi dah sebab dah dekat raya!

Terima kasih banyak ya, Vee! Ingat juga awak kat kita. Kalau nak tunggu kita hantar kad raya kat kawan-kawan, hantar tahun ni, tahun depan sampailah gamaknya. Maklumlah, kad raya I semua I tempah kat Mars sana, penghantaran menaiki roket kena transit di Venus dulu. Itu yang selalu buat lambat kalau I lah yang menghantar apa-apa kepada kawan-kawan ~_^

Zaman sekarang ni kalau dapat kad raya satu pun nak heboh satu blog, sampai buat entri khas! Maklumlah, kad raya macam ni dah masuk dalam senarai 'artifak'. Tak lama lagi cuma dijumpai dalam muzium aje. Bukan macam dulu, berkotak-kotak dapat siap gantung kat dinding dan  letak bersusun tepi TV, kat side table lagi...

Sekarang ni nak dapat satu kad raya pun susah. Kalau dapat tu, haruslah terus tempah frame dan simpan untuk kenang-kenangan sepanjang jalan kehidupan katanya! Mana tau akan datang orang nak cari kad raya yang dah pupus katanya, bolehlah kita jual untuk jadi jutawan. Tak pun sebagai ingatan buat anak cucu yang tak merasai nikmat terima kad raya pada zaman mereka nanti!

Kalau dah dapat lebih daripada satu, bertambah-tambahlah kegembiraannya, bukan kepalang ~_^ Kalaulah dapat berguni-guni kad raya sekarang, memang kena riang-ria post gambar kad raya dalam blog dan semua media sosiallah nampak gayanya tau! 

Tapi entri ini bukan kerana teruja sangat dapat kad raya kedua; cumanya nak ucap terima kasih tak terhingga kepada si penghantarnya, rakan alam maya Cik Vee kita nih... ^_^



 

 


Thursday, July 9, 2015

Chef Master'main'

Salam 22 Ramadhan kawan-kawan!

Hari ni pada minggu depan, I dah bercuti raya. Walaupun katanya tak balik raya, tetap juga nak cuti. Cutikan secoet banyak, apalagi  cutilah! Barulah feeling-feeling anak perantau beraya di perantauan (Alahai, ngengada jerk macamlah jauh sangat duduknya padahal dari KL ke BP tu lebih kurang 3 jam dah sampai!)

Mengapa I tak beraya di kampung kali ini (first time dalam hidup kiranya tak balik semasa raya puasa) tak usahlah ditanya. Kang bergenang air mata, siapa yang susah! I juga yang susah tau.... 

Tapi tak tahu jugalah perancangan HD macamana. Sebabnya kitakan suka plan-plan last minute ni. Manalah tau tetiba di malam raya, ajak balik kampung 18 jam jerk. Okeylah tukan ~_^

Sebenarnya hari ni niatnya nak bercerita ringkas je tapi tahu ajelah MD ni, mana pandai tulis point by point. 'Karangan' entrinya mestilah kurang-kurang 10 ribu patah perkataan ~_^ Maka, macam biasa hadam ajelah yerk!

A few days ago kot, I nampak si Bubbly Abang bukan main ceria ambil buku tulis dan menulis sesuatu. Tekunnya alahai. Kagum pulak Mommy tengok anak kononnya 'belajar' tanpa disuruh macam selalu. Tak lama lepas tu, masa I tengah sibuk menggosok baju, dia pun tunjuklah hasil tulisannya itu....

Nak tau dia buat apa?

v

v

v

v

v

v

v

v
 
Dia sibuk  tulis resepi!

Alahai, ingatkan tengah belajar ke apa. Rupa-rupanya lain cerita! Tapi memang selalu pun macam ni. Kalau dia terlebih rajin tu, bukan kerana belajar ke apa tapi ada benda lain yang dibuatnya macam tulis komik untuk kawan sekelas dan sebagainya...

Ini resepi si Bubbly Abang. I tak bertanggungjawab kalau ada yang pejam mata nak main campak baling ikut resepi asli Abang ni untuk buat juadah berbuka pulak ~_^




Entah manalah dia dapat idea tulis resepi macam ni gaya. Nampak benar anak si MD ni memang tak pernah masuk dapur tengok Mommynya memasak. Eh, tapi main tumbuk-tumbuk guna lesung tu adalah sebab mereka teruja tengok lesung batu. Bak kata si Bubbly Abang pada zaman dahulu kala, alat ni memang takda orang lain pakai lagi kecuali Mommynya!

Bila dia unjuk buku tulis ni suruh I tengok, terbeliak mata tengok tulisannya yang makin teruk! Baru nak tegur tetiba nampak tajuk, teruslah capai smartphone kita snap gambar dulu. Kena masuk blog ni ~_^ 

Sampai kata Abang,

Mommy ni mesti nak masukkan dalam blog. Semua pun nak masuk blog!

Oppsss..... ~_^ 

Padanlah dia sibuk tanya pada I microwave dalam BM orang panggil apa. I pun tetiba blur tak ingat. Lepas garu kepala baru teringat 'ketuhar gelombang mikro' tapi dek kerana pening si Abang ni panjang sangat perkataannya, dipendekkan jadi 'ketuha' terus ~_^ Betul-betul ikut sukukata nampaknya! Ada yang kena seligi ni, ejaan senang macam ni pun silap!

Kalau nak tahu, Abang ni tak pernah makan kuey teow walaupun Mommy banyak kali dah masak. Dia bukan suka pun makanan macam ni kecuali mi. Bulan puasa ni pun pernah buat sekali bahana dok baca blog PK ler... 

Agak-agak, ada tak yang sanggup menjamu selera menggunakan resepi master'main' si Abang ni? I sebagai Mommynya pun tak berani nak cuba. Ngehhh.... ^_^




 










Wednesday, July 8, 2015

Cabaran berpuasa dan makanan tradisi Uzbek ^_^

Salam 21 Ramadhan kawan-kawan!

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Syawal. Terasa makin getir pulak dugaan bila berpuasa pada penghujung Ramadhan ni. Walaupun kalau dibandingkan dari pembacaan dan penceritaan tak seteruk mana pun berpuasa di negara kita ini berbanding dengan di negara-negara lain yang jauh masa berpuasanya lebih panjang, cuaca lebih sejuk mahu pun lebih panas.

Entah kenapa terasa pulak bila dah sampai ke penghujung, makin terik bahang matahari. Kalau hari bekerja tu tidaklah terasa apa. Cepat sungguh masa berlalu. Yalah, nama pun duduk bekerja dalam air-cond 8 jam sehari. Memanglah tak terasa. Cubalah duduk aje di rumah pada hujung minggu. Memang terasa siksa nak menunggu waktu berbuka. Itu pun bukan jenis yang dok tersungkur melingkar atas katil aje kepenatan. Kalau nak diikutkan rutin harian di rumah pada hujung minggu memang takda tanda-tanda nak nampak fullstop walaupun masa berbuka dah jauh berlalu! Memang terasa letihnya. Mulalah terbayang-bayang di mata imej segelas air sejuk berketul-ketul ais di dalamnya ~_^

Kalau nak diikutkan, berpuasa di negara kita ini terasa lebih meriah. Dengan bazar Ramadhannya, dengan aneka juadah pilihan ketika berbuka dan suasana menyambut kedatangan Syawal yang jauh lebih meriah. Hanya tepuk dada, tanya selera apa mahunya aje. Semua pun ada ^_^ Sedap tak sedap belakang kira. Masa berpuasa memang semua pun nampak sedap aje pada pandangan mata!

Bagi yang menyediakan juadah berbuka pun tentu pening kepala. Sebabnya kalau nak diikutkan menu terlalu banyak boleh dibuat juadah sampaikan naik pening tak tahu nak buat apa ~_^ Macam itulah juga dengan I yang memasak sendiri hampir sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Bila belek menu, rasa macam nak buat itu dan ini tapi bila terkejar-kejar di dapur selepas pulang dari kerja, memang balik-balik menu yang sama 2,3 hari lepas yang nak dibuatnya *_*  Padahal resepi yang terkumpul dah penuh dua file hitam tu tapi buat tak juga....

Semalam hancur-leburlah azam tak mahu ke bazar Ramadhan. Oh, no... bukan salah I sebenarnya! Mulanya HD called kata yang emaknya nak memasak maka nak ajaklah I lepas balik kerja pergi ke NSK beli barang sikit (Hebat tak plan kita orang? Masa orang sibuk nak beli juadah berbuka atau memasak untuk persediaan berbuka, kami nak pergi beli barang lagi!) I pun okey ajelah. Kalau mak mertua nak masak, I lagi lega...

Tiba-tiba bila I balik tengok kosong aje takda apa-apa pun kejadian istimewa berlaku di dapur my house. I pun cepat-cepat called HD yang on the way balik dari Cyberjaya. Barulah diberitahu yang emaknya tak dapat masak sebab barang takda! (Aha, first time stok barang dapur habis!)

Sebaik HD sampai rumah, kami pun bergegaslah nak ke Giant kononnya lagi dekat dengan rumah. Tapi tau ajelah bulan puasakan, walaupun dekat berzaman baru sampai! Dek kerana malas nak tempuh jem, HD berpatah-balik dan decided untuk singgah di bazar Ramadhan. Hancur azam I jadinya....

First time juga dalam sejarah kehidupan berkeluarga, HD siap turun meninjau bazar Ramadhan, demi ibu tersayanglah. Nak ajak ibu tersayang pergi tengok apa yang ada dijual di bazar. I dan anak-anak 20 meter berjalan di belakang, buat hal sendiri ~_^ Biasanya kalau sebelum-sebelum ni, memang I aje yang dikerahkan turun untuk membeli juadah. Pandai-pandai I lah membeli ikut citarasa my small family. Sebenarnya kalau dah jadi emak ni, memang tahu segala apa yang jadi kesukaan suami dan anak-anak. Tapi jadi bapak pula belum tentu lagi tahu kesukaan isteri dan anak-anak, betul tak?

Kos belian takdalah banyak mana, RM30++ aje pun. Tak tahu sebenarnya nak beli apa. Tapi bila balik rumah, penuh juga meja dengan nasi tomato untuk mak mertua, nasi ayam untuk suami, kuih tepung pelita, kuih kole, lepat pisang dan lepat ubi (kuih aje dah RM5), laksa untuk mem, cempedak goreng, roti jala, murtabak daging dan air tebu! My superheroes pulak lari ke rumah MakNgah mereka kerana MakNgah ada masak ayam masak lemak (favorite Abang tu) dan Adik Cute pulak risau alahai hati kalau tak jumpa MakNgah 24-7 sehari (memang nak kena seligi si kecil ni, sanggup tinggalkan Mommynya nak kejar 'kokok (kakak), MakNgah dan AtokMak!)

Rasanya so-so ajelah!  Nak kata tak sedap pun tidak, nak kata sedap sangat sampai kena berulang pun tidak juga! Takut juga I kalau-kalau mak mertua tak berkenan nak makan makanan dari bazar Ramadhan kerana tahap kebersihan. Yalah, wet market di negaranya langsung tak wet. Gerai-gerai tepi jalan di negaranya semua bertutup plastik dan takda kerusi meja plastik yang hodoh. Meja pun siap beralas cantik. Kebersihan dapur tak payah cakaplah, memang daki-daki takda melekatlah. Itu ajelah kelebihan orang Uzbek, tahap kebersihan mereka memang tip-top. Itu tak dapat disangkalkanlah!

Apa-apa pun memang kenyang jugalah semalam walaupun membeli saja. Hari ini maybe mak mertua den nak masak makanan dari negara sana kerana dah hampir 3 minggu di sini, belum pernah pulak anak kesayangan merasai air tangan ibunya dan menu-menu tradisi dan istimewa negara sendiri ~_^ Bolehlah I merenggangkan urat-urat sendi mana patut hari ni *_*

Besar juga harapan kalau-kalau mak mertua buat 'Honim'  seperti gambar di bawah :



Tak pun 'Guruch Lagmon' (Rice with gravy),



Atau paling koman pun 'Tovuq blahblahblah...Qovurdoq' (Fried Chicken Wings with Potatoes) hari ni ~_^



Harap-harap HD 'sesat'lah masuk blog ni hari ni! Bolehlah beritahu kat ibu tersayangnya apa menantu Melesya harapkan dapat makan waktu berbuka nanti~_^

P.S. Gambar dari pakcik kesayangan G to the O to the O to the G to the L to the E.... Gogol! Eh, bukan.... Google yang sebenarnya ~_^






Tuesday, July 7, 2015

Kolam air panas Hulu Yam

Salam 20 Ramadhan kawan-kawan!

Ahah, jangan tak percaya! Walaupun katanya bulan puasa, berjalan tetap juga ^_^ Bukan apa, bukan untuk bersukaria tapi kerana HD hendak membawa ibu tersayang merendam kaki dalam kolam air panas. Setakat ni banyak juga tempat yang mereka pergi tanpa I dan cuma ini satu-satunya tempat yang I ikut serta kerana kami pergi hujung minggu.

Bukan hujung minggu baru-baru ini tapi dua minggu sudah, kalau I tak silap kiralah! Hujung minggu yang baru ni lagi best. Kalau I cerita tentu tak percaya ~_^ Kata mak mertua, dekat sini mudah untuk pergi berbanding dengan di sana. Adalah juga terdapat di sana tapi bayaran untuk sekali masuk sangatlah mahal, macam bermalam di hotel lima bintang! So, bila dengar begitu apalagi, dibawalah oleh anakanda tersayang ke serata kolam air panas yang ada di KL ni. Kiranya HD memang expert dah sekarang. Mana ada kolam air panas pun dah tahu *_*

Ke kolam air panas di Hulu Yam ni kira yang pertama kalilah. Sebenarnya kami tersilap. Selalu dengar my sister yang di Selayang tu pergi kolam air panas. Ingatkan di sini rupa-rupanya ada satu di Selayang. Masa on the way balik tu baru perasan signboard di tepi highway ~_^

Yang ini sebab first time pergi terasa begitu jauh sekali. Entah hutan mana yang kami lalui pun tak tahu. Habis segala empangan (Empangan Batu kot...) kami temui. Kiri-kanan jalan orang menjual buah-buahan terutama durian, manggis dan rambutan. Entah kenapa tak pulak terliur nak berhenti. Hinggalah nak sampai di kolam air panas, kami terjumpa gerai. Ingatkan kami dah sesat jalan maka HD pun turunlah bertanya dengan penjual di gerai buah-buahan tersebut. Dah terlanjur bertanya, kita beli jugalah mangga (Sedap sungguh tau, manisnya terasa sampailah ke hari ini. Menyesal beli sikit aje...)

Rupanya kena teruskan perjalanan lagi sikit ^_^ Sampai di kolam air panas ni pun dah pukul 12 tengahari. Memang bestlah terbakar kulit dek matahari yang mencanak naik! Masa kami sampai pun takda orang. Adalah 2,3 keluarga Cina sedang asyik merendam kaki. Maklumlah bulan puasa, mana ada orang nak duduk membakar kulit bawah terik matahari...




Hampir sejam kami di sini lepas tu teruslah balik. Dek kerana terasa jauh sangat perjalanan ketika ke sini, I suggest HD ikutlah Rawang. Rupanya lagilah terasa jauh ~_^ (Menyesal hingga ke hari ini tak singgah beli air kelapa segar 3 biji RM1...hehehe...)

"Adik, agaknya kolam mana kita nak try dulu?"

Sibuk juga si kecil ni nak rendam kaki juga!

Sampai rumah masing-masing dah flat. Semua pun bantai tidur lepas solat Zohor. Mereka bolehlah berehat lama tapi I ni kenalah kembali jadi bibik di rumah yerk. Nak kena angkat pakaian di jemuran, nak kena memasak untuk berbuka. Nak uruskan anak-anak lagi. Pendekata jangan haraplah kalau ke mana-mana tu bila balik dapat terjun tiruk landing atas katil. Sungguhlah angan-angan Mat Jenin tak pernah jadi nyata!

 




Monday, July 6, 2015

4 tahun berturut-turut ~ Berbuka puasa di Hotel Maluri

Salam 19 Ramadhan kawan-kawan!

Pejam- celik, pejam-celik, tak lama lagi rupanya kita di bulan Ramadhan ni. Lepas ni menyusul Syawal pulak... Cepat betullah masa berlalu pergi. Memang tak terasa. Walaupun tekak kering ketika berpuasa kerana cuaca panas, tahu-tahu aje dah hampir 20 hari kita berpuasa ^_^

Sebelum Ramadhan kali ini, memang I dan keluarga selalu berbuka puasa di luar bila tiba hujung minggu. Bukan I yang malas masak tapi my sister tu yang selalu mengajak ~_^ Makanya kita on ajelah plan nak berbuka di luar.

Tapi, tahun ni aktiviti berbuka di luar agak merundum kerana kehadiran mak mertua. Tak tahu bagaimana persepsinya kalau berbuka di luar. Makanya, semua plans put on hold dulu sampailah ada peluang untuk pergi berbuka. 

Cerita ini pun bukan baru sebenarnya. Kami berbuka di Hotel Maluri pada 27hb Jun yang lalu. I tempah tempat bila masuk minggu kedua berpuasa. Itu pun tak pasti sama ada boleh pergi atau tidak. Bila kata HD rancangan berjalan seperti biasa, lega!

Masuk tahun ini, sudah 4 kali kami berbuka di hotel ini. Sejak sebelum ada blog pada tahun 2013, sehinggalah sekarang. Kisah sebelum ini boleh rujuk di sini dan di sini kerana tahun ini memang entri ni tiada gambar makanan dek kerana azamnya tak mahu bagi orang terliur (kononlah nak tunjuk baik ~_^) dan juga malas nak ambil gambar disebabkan hal-hal tertentu ~_^

Kali ni kami sampai di Raintree Cafe, Hotel Maluri agak lewat, selepas pukul 7 malam. Dan apa yang pasti, tetamu kali ini pun terlalu ramai sampai hilang selera nak ambil gambar dek kerana bergesel punggung aje ~_^

Tahu ajelah bila dah ramai, macamana perangai masing-masing bila nak berbuka. Ada yang sibuk berbual sampai tak sedar menghalang laluan. Ada yang sibuk memilih sampai queue panjang di belakang. Ada yang kalau boleh semua pun nak ambil masuk pinggan lepas tu tak habis... Pendekata, memang pelbagai ragam boleh dilihat bila berbuka secara buffet ni ~_^

Menunya memang banyak sehingga tak mampu nak menjamah semua. Walaupun you all kuat makan, I tak rasa kita dapat merasa semua hidangan yang tersedia dek kerana banyak manalah perut boleh sumbat selepas berbuka puasa! I pun cuma 'kejar' air aje. Bergelas-gelas, honestly speaking ~_^  

Makan jugalah nasi putih, ayam masak lemak, lala goreng bercili, ketam (sepit aje yang I dapat, lupa pulak masak apa...), mi kari dan sedikit dessert. Lepas tu senak dah perut tak boleh nak masuk lagi. Mak mertua den pulak enjoyed juga nampaknya walaupun sama aje tak boleh nak makan banyak! 

Menurut kata HD, Mami sukalah juga dapat makan buffet Ramadhan kali ini kerana memang takda jumpalah bab buffet Ramadhan ni di Tashkent. Apatah lagi bab nasi dan lauk-pauk memang jauh sekali. Itu pun tetap juga Mami tanya berapa harganya dan anak kesayangannya selamba aje menjawab - RM30 seorang!

Kalau ditanya pada I yang dah jadi regular customer sejak 4 tahun lepas setiap kali tiba bulan Ramadhan, memang dah biasa-biasa jadinya. Lauk-pauk yang banyak itu pun rasa macam biasa aje dek kerana kami memang dah tahu pun apa menu yang ada setiap tahun ^_^

Harga untuk tahun ini tetap sama seperti tahun lepas walaupun ada GST yerk this year. Harganya ialah RM68 nett untuk dewasa, RM41nett untuk warga emas dan kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun manakala di bawah 6 tahun adalah percuma.

Hujung minggu yang baru ni kami tak berbuka di luar kerana my emak, sister dan anaknya (team berbuka my family) pulang berpuasa di rumah my another kakak di Batu Pahat. Maka, kami berbuka senyap-senyap aje di rumah and dah tentulah I yang masak yerk!

 I tempek sekali lagi alamat Raintree Cafe, Hotel Maluri ni manalah tahu ada yang teringin nak mencuba sebelum Ramadhan berakhir...

Raintree Cafe
Hotel Maluri
No.1, Jalan Permaisuri
Taman Maluri
55100 Cheras
Tel : 03-9287 8833 
(Hotel ni senang aje nak cari, di belakang Aeon Taman Maluri yerk ~_^)

Nah, ini aje gambar yang boleh masuk blog menandakan kami dah sampai ke buffet Ramadhan di sini ~_^



 



 

 

 


Adik Cute dan Anais, si Adik Gumball ^_^

Salam kawan-kawan! Sejak dua menjak ni rasa macam malas aje nak bangun pagi. Sejuk😁 Dah jadi tabiat, sejuk macamana sekali pun memang ...