Thursday, April 30, 2015

I takda mood.... (nak kerja!)

Salam kawan-kawan!

Hari ini sudah 30hb April. Sekejap aje masa berlalu. Tau-tau esok dah masuk bulan Mei. Tapi apa yang lebih penting esok, lusa, tulat dan tubeng adalah hari CUTI !

" Marilah, mari! Kita bercuti!"

"Jalankanlah kewajipan, pada keluarga!"

Eh, tetiba aje teruja nak nyanyi lagu untuk mengundi tapi telah ditukar lirik nih ~_^

I nak buat apa esok?

Seriously, I tak pergi mana-mana! I rileks dengan my family di rumah aje sambil menonton movie yang kita download free. Maybe sehari selembar benang 3,4 movies kita bantai tengok sambil buat air liur basi kat atas sofa. 

Hari Sabtu ada majlis pertunangan anak sulung my eldest sister, Ngah (Beliau memang Kak Ngah tapi anak perempuan sulung dalam keluarga dan jadi anak tertua sekarang selepas my arwah abang meninggal dunia...alkisahnya kalau ada yang tertanya-tanya...) Makanya, of courselah I akan menyibukkan diri walaupun tak disuruh. Itu pun I dok sembang jerk dengan adik-beradik yang lain. Kalau suruh buat kerja, mulalah I 'gunapakai' nama Adik Cute walaupun si Adik Cute dah besar panjang tak perlu sangat perhatian over-over dari Mommy. Knowing Mommy ni, memang suka take advantage bila dan mana dapat ~_^

Jalan-jalan mengukur jalan dan mengenalpasti spesies batu-batuan kat dinding shopping mall tu mungkinlah akan terjadi. Yang itu tak payah plan, rasa terdetik hati jerk, kita bersiap terus masuk kereta ^_^

Ni nak cerita... sebenarnya hari ni I malas nak update blog. Itu pun dalam pada malas, I tetap juga mengarang manuskrip entri teragung pagi tadi tapi tak siap-siap sebab ada kerja nak buat dan I takda hati nak bekerja hari ni 

Tetiba dalam pukul 10 lebih, si Bubbly Abang telefon dari pejabat sekolah suruh datang ambil. Katanya dia sakit perut. Mommy yang panik ni main iyakan aje kata nak datang tapi tak sempat nak cakap lebih lanjut, si anak dah letak telefon. I called balik ke sekolah bercakap dengan kerani. Katanya, nampak Abang macam dah 'okey' lepas letak telefon. I pun jadi teragak-agak nak pergi ambil ke tidak....

Nasib baiklah I pergi. Kalau tidak, anak I duduk dalam tandas sekolah tak keluar-keluar! Abang tu geli nak masuk tandas dan tak reti nak guna tandas cangkung macam tu. Habis dibukanya seluar sukan letak atas lantai tandas. Siap berstokin lagi sebab dia geli tengok keadaan dalam tandas.

Oh, siksa Mommy ke hulu ke hilir cari penyelesaian! Akhirnya I pergi koperasi sekolah yang hampir-hampir nak tutup pintu gril. I belikan aje seluar sukan baru. Nasiblah ada saiz. Tetiba tengok duit dalam purse takda duit kecil. Not RM100 I bagi sambil sengih-sengih minta maaf! Kata amoi tu,

Ayoooo..... ini bukan kedai biasa! Ini koperasi sekolah aje. Mana ada duit manyak!

Sorrylah, moi! I pun emergency ni! Kalau tak percaya, tengok dalam purse I. Takda duit kecil. Kalau ada I dah bagi dah nih! You bagi ajelah duit syiling, duit RM1 dan apa-apa yang you ada!

Dalam pada dia membebel, boleh pulak dia bagi I duit baki RM103. Seluar sukan  tu baru RM17. Nasib baik dalam kalut, akal cerdik Matematik I ni blink-blink sekejap. I pulangkan balik RM20. Berlari lagi pergi tandas budak lelaki nak bagi Abang seluar. 

Keluar dari tandas, I tengok mukanya pucat lesi. Menahan sakit perut pun ya juga. Malu pun dah tentu tu. Masa I sampai, di kelasnya ada cikgu tengah mengajar BM tapi budak-budak terutama kawan-kawan Abang ni bukan main prihatin, keluar masuk tandas dok tengok-tengokkan dia.

Ada satu budak ni comel sungguh perangai. I baru sampai tetiba dia tegur,

Makcik! Makcik mak Luth ya?

Ya, ya! Mana dia pergi?

Dia ada dalam tandas. Dia takda seluarlah, makcik. Kita dah bagi seluar tapi semua tak muat!

Oh,ho....

Abang, Abang... Kan dah famous satu sekolah.....

Selesai tugas, jumpa jugalah dengan cikgu BMnya. Kata cikgu nak buat macamana, budak-budak. Sedangkan orang tua pun kalau sakit perut tak boleh nak menahan!

Glamour Mommy ni Abang....atas sebab-sebab yang dah tentu Abang malu nak ungkit pada masa mendatang *_*

Kalaulah Mommy suruh Daddy datang tadi, mahu tergugat status kegantengannya kena uruskan anak dalam tandas, lari sana, lari sini. Nasib baiklah Mommy yang datang....

Eh, dah pukul 1 lebih ni. I nak makan mi hun goreng RM1.40 yang beli pagi tadilah yerk *_* 

Adios semua!

Selamat bercuti esok, lusa, tulat dan tubeng yerk ~_^






Wednesday, April 29, 2015

Hari ini hari Rabu ~_^

Salam kawan-kawan!

Yeah, hari ini I tak lupa hari! Hari ni Rabu, kan....

Of courselah tak lupa mengira hari minggu ni sebab hujung minggu nanti cuti panjang *_ * Bestnya dapat cuti 4 hari. Dapat mengulit anak-anak kat rumah pun dah best. Boleh main gomol-gomol sampai pengsan dengar jerit pekik mereka ~_^

Oh, ya! Ada berita sensasi tapi belum rasmi lagi. Ala.... my mak mertua rasanya macam tak jadi datanglah. Hip hip hurray!!!! Semalam kata Hubbydearie, abangnya ada email. Katanya Mami mungkin terpaksa batalkan niat nak datang Malaysia bulan ni sebab entah pak saudara mana nak kahwinkan anak!

Mereka memang macam tu. Kalau dah suka, tetiba je on minggu depan buat majlis kahwin. Kalau kitalah, haruslah nak berhabis ribu riban belas juta gitu bila nak kahwin. Maklumlah pengalaman sekali seumur hidup naik pelamin katanya....

Tapi belum pasti lagi kesahihan berita ni kerana belum dapat berhubung dengan Mami. Akhir bulan ni adik ipar yang bercuti di sana nak pulang semula ke US. Makanya tak mungkinlah Mami dan nak datang mai Malaysia (Lebar senyum nampak Kak Ton? Eh, boleh nampak ke? Hahaha) 

Bulan Jun dah nak puasa. Bulan Julai dah raya. Jadinya tak pastilah apa next plan Mami. Datang ke tidak, menantu mithali dah tak kisah sebab penat dah badan ni dok menyental segala lantai dan dinding. Asal kata nak datang jer, I berkemas bagai nak rak. Asal kata cancel jerk, I lepas tangan bab-bab berkemas ni sekejap ^_^

Bila hari Rabu, marilah kita bercerita secara rawak *_* But then, knowing me yang kuat berpidato berceloteh ni, memang hari-hari pun tak penat menaip entri panjang lebar tiada batasan sempadan daerah apatahlagi negara. Hahaha....

Well, one of those weekends yang indah, kami adalah 'tersampai' di KL Festival. Ni nak habaq, walaupun semua shopping malls kat KL dan kawasan sekitar ni I dah 'rasmikan', inilah kali pertama I masuk KL Festival. Yang tak puas hati tu, HD kata beliau dah banyak kali sampai sini dengan Mami! Ish, Ish! Manalah hati I tak terasa bagai dicucuh dengan lighter bila Mami ada jerk, suami I lupa kehadiran isteri tercinta tau!

I know, I know.... tak boleh komplen banyak. Itu ibu my beloved suami makanya I have no hak nak minta undi lebih-lebih! Mahunya kalah nanti. Beranilah nak berlawan dengan emak Hubbydearie. I jongkit kening depan Mami jerk, HD dah tenung macam harimau nak makan mangsa je tau! Silalah jangan berani... ~_^

Sebab itulah bila Mami ada, kesopanan dan ketatasusilaan I mencanak-canak tinggi levelnya dalam diri I ni tau... Well, I kan perempuan Melayu terakhir... apa ada herannya *_* Betul tak, Mak? Sila setuju kalau tidak, kurentungkan dapurmu malam nanti!

Eh... jauhnya corner baring! Nasib baik tak masuk long-kang!

Meh, balik ke pangkal cerita semula *_*

Since kita tak tahu nak melawat shopping mall mana lagi makanya I pun suggestlah HD untuk pergi ke KL Festival. Ada satu kedai ni I teringin nak pergi. Katanya best dan murah. I bukan boleh kalau dengar perkataan best dan murah ni. Mencanak-canak keinginan dalam diri nak join sekaki berkata!

Unfortunately, sebaik aje kita parking kereta dan keluar jenjalan, tetiba aje I datang sakit perut memulas-mulas..... Mulanya dok tahan juga sebab I ni memang tak suka betul masuk public toilet. Tak kiralah percuma ke atau berbayar. Lagi satu memang kepantangan I kalau nak pergi makan atau lepas makan dan masuk public  toilet. Memang I elakkan selagi boleh.

Mula-mula datang memulasnya sekejap aje makanya kita suruh superheroes berposing kat mana dapat ~_^ 



Tapi makin lama makin tak tahan kuasa pulasannya dalam perut, makanya I dok ajak Hubbydearie balik rumah! HD pun bila tengok I berkerut hodoh gitu, terus hilang selera nak teman jalan-jalan. Makanya kita bayar parking dan balik.

Kesimpulannya, I  tak tahulah apa ada kat dalam KL Festival ni kerana my first trip melawat kawasan telah gagal dengan hebatnya ^_^ Next timelah kalau pergi, I cerita habis-habisan. Oh, by the way, kata PB, I boleh jerk buat cerita tentang semua shopping malls di KL ni untuk panduan jenjalannya kalau sesat di tengah hutan batu Kay El ni. Well, nanti kalau I takda kerja, I compile lah semua. Silalah baca dengan hati yang tenang yerk. Jangan skip ~_^ Hahaha!

Ini di shopping mall yang lain pulak yerk....

Abang suruh ambil gambar penuh tapi I dah croppedkan gambar ni. Tak sanggup nak tengok 'ke-sado-an' si Abang masa nih... Tengoklah t-shirt yang sama disarungnya sebab memang dia suka sangat. I rasa nak sembunyikan bawah katil t-shirt ni nanti *_*

Si Adik Cute ni memang kuat jealous sekarang. Abang suruh I ambil gambar, dia pun nak ambil gambar juga di tempat yang sama! 

Masa ni kita sibuk cari pakaian untuk HD dan juga Bubbly Abang. Eh, bukan baju raya! Puasa pun tak lagikan.... Saja jerk beli pakaian baru. Kalau HD yang nak shopping, barulah nampak shopping bags di tangan. Kalau tidak, pulang dengan tangan kosong jerk. HD pulak memang bijak menambat hati. Kalau beliau nak beli apa-apa, mesti tanya kat I - You tak nak apa-apa ke?

Belum sempat I jawab HD akan tolong jawab - Eh, you kan rajin beli barang. Takda apa kot nak beli lagikan!

So, againlah pulang dengan penuh kehampaan katanya ^_^ 

Yang ini pulak masa kami ke KLCC untuk breakfast baru-baru ni. 


Macam yang I kata, si Adik Cute ni tengah mode tak lapar sepanjang hari. Kita ajak dia makan, dia kata dia kenyang memanjang sebab 'baru makan tadi'! Risau pulak I bila anak tak nak makan. Anak terlebih makan pun I risau jugak!

Paling tak menahan, si Adik Cute ni suka makan sushi *_* Ni mesti ikut Daddydearie. I memang tak makan benda mentah macam ni. Adik ni kalau Daddy makan yoghurt dengan timun, dia pun join sekaki. Daddy kunyah tomato, dia pun kunyah sama! Pencinta pisang walaupun selalu jerk kena sembelit...  Memang ikut tekak Daddylah senang cerita....

Nampak tak beg yang digalas di belakangnya tu? Sejak dua menjak ni memang Adik bawa ke mana-mana aje. Penuh ya 'kereta mewah'nya di dalam tu. Siang malam nak bawa beg tu. Padahal beg tu I beli masa umurnya 2 tahun untuk letak pampers dan sebagainya. Tapi buat penat jerk, dia langsung tak teringin nak sandang belakang. Sekarang ni, itulah beg kesukaannya sampaikan nak tidur malam pun beg masih bergalas di belakang!


Yang ini satu lagi beg dapat free dari produk susu kot. My anak saudara yang beri. Beg ni dulu kegunaannya untuk mengisi blocks. Tapi sebab tali panjang dan susah nak sandang, sekejap ajelah dia menggunakannya ~_^

Eh, ni lagi jauh dah melalut ni! Memang seperti yang selalu dilakukan, hari Rabu adalah hari untuk melakar entri rawak ya, bukannya tanpa ayat ^_^

Okeylah, bos dah sampai! Hari ni my boss masuk lambat! So I nak start buat kerja sekarang  *_*



 




Tuesday, April 28, 2015

Untunglah! Untunglah!

Salam kawan-kawan!

I ni selalu je skodeng FB my nieces and nephews. I kalau di alam nyata memang 'geng' dengan depa semua instead of my kakaks atau makciks. Maklumlah I ni muda lagikan.... tak mainlah bergaul dengan makcik-pakcik mahupun kakak-kakak semua *_* Yang sebenarnya dalam group anak-anak saudara ni, I seorang jerk yang tua ~_^

So ada satu nephew ni, adalah seorang kawannya tu memang asal dia post something jerk mesti si kawan ni akan komen bermula dengan, 'Untunglah! Untunglah! Blahblahblah....'

I rasa si kawan ni bekas sawan 'untunglah' masa kecil-kecil dulu sebab itulah sampai sekarang pun masih bersisa lagi sawannya ^_^ Oleh itu, I pun terjangkit sawannya kerana suka sangat 'mentol menyala dalam kepala' bila baca komen si kawan my nephew ni *padanlahmuka*

Cuba bagi hint sikit MD, ni nak cerita pasal apa nih? Jangan make us konpius separuh jiwa raga pulak....

Yalah, yalah... I nak mula berceritalah ni! Cubalah bawa-bawa bersabar. Setakat baca intro 10 perenggan, takkan rugi apa-apalah.  Kalau tak baca pun dah banyak masa yang rugi terbiar begitu sahaja dok menongkat dagu fikir apa nak masak petang nanti, apa kerja nak buat dulu kat pejabat tu! Ahah, jangan nak cheating-cheating pulak dengan I!   I ni dah banyak termakan garam, gula dan asam boi tau, I tahu ler *_*

Sebenarnya kisah hari ini dalam entri kali ini tentang sebab musabab mengapa I tak rajin memasak di dapur rumah sendiri. Asal  tunjuk makanan je dalam blog, mesti orang luar yang masakkan. Eh, bukan, bukan... I takda personal chef! Maid pun takda tau. I takut nanti I bergasak lebih teruk daripada LM makan hati dengan maid-ngaku-kakak-nya tu ~_^ Errk... sorry ya LM terpetik bintang di langit nama pulak ~_^

I ni memang tak serupa PK si perajin-perasap-dapur-gas-di-rumah-nya tu. Kalau tetiba I jadi macam PK, must be something wrong somewhere tau.... Ni nak petik motto si tukang masak - 'Tak pandai masak takpa, janji rajin masak!'

Amboi, amboi.... ngumpat face to face komputer nampak! I tak terasa walaupun I tahu ianya ditujukan pada 'orang tertentu' termasuklah I lah tu. Ya tak, PK? Tapi silap besarlah PK guna motto ni sebab ramai gengnya yang terasa kecuali I *_* Kalau I terasa, haruslah minggu depan 7 hari seminggu I keluar entri resepi. Paling kurang sehari 4 resepi okey! Silalah berdoa I tak berubah jadi tukang masak sejati! Entri resepi I paling mudah pun sekurang-kurangnya 10 000 patah perkataan ^_^ Haruslah pitam nanti!

Dalam my home sweet home ni cuma ada 4 ahli je - MD, HD, Bubbly Abang dan Adik Cute. Tapi, tapi, tapi...citarasa kami empat beranak tidak sama, sipi pun tidak juga ya. Kalau nak memasak, kena sediakan 4 menu berbeza. Paling susah of course untuk si Bubbly Abang yang very the picky eater. Adik Cute tak memilih tapi dia pun ada 'taste' apa yang dia suka. Lagi pun sekarang ni dia tengah ditimpa mode 'tak lapar'. Puas kita masak satu menu kegemarannya boleh pulak dia kata dia nak main dulu, dah kenyang makan. Entah bila dia makan, I pun tak tahu. Tanya kat my sister, katanya - 'Anak kau dari siang tadi tak nak makan!' 

Ohhh.....

Hubbydearie pun tak memilih. Tolak batu, kayu, besi, chemical stuff dan segala yang tak boleh dihadamkan oleh perut, HD akan telan walaupun adakalanya dengan kepayahan buat si pencinta durian tegar ni ^_^ Masalah cuma timbul bila HD mula sibuk nak berdiet. Itu tak boleh, ini tak boleh. Makanya kena sediakan satu menu yang sesuai dengan dietnya....

Tapikan yang buat I terasa hangat terbakar dalam hati tetiba, bila makan malam di luar, tak pernah pulak HD membebel pasal diet tau! Asal I kata jom try restoran ni, laju je HD capai kunci kereta. Beliau pulak yang beria-ia nak pergi try padahal I bagi ujian berskala 7 richter je untuk tahap ketahanan dietnya tu (Eh, dok fikir ni gempa bumi ke pakai richter bagai....)

My superheroes pun minat pada sesuatu menu bermusim. Habis musim, you hias cantik mana pun menu tu mereka tak pandang dua kali. Kadang-kala tu bila masuk blog kawan-kawan dan tengok mereka buat macam-macam menu, teringin jugalah nak cuba. Yang jadi malasnya bila percubaan menjadi tetapi tidak mendapat perhatian, siapa agaknya yang terpaksa menghadap menu baru tu? 

I lah jugak....

Sebagai tukang masak tak berbayar di rumah ni, kalau hari-hari masak menu sama pun jadi bosan jugakan. Ahah, sebab itulah I jarang masak sebab bosanlah masak menu sama aje ~_^  Cuba beritahu I apa paling best budak-budak suka? Muffin? Anak-anak den tak suka! Chocolate Cake? Pun mereka tak suka! Ayam masak kari? Bubbly Abang tak suka! Cendol? Adik tak suka 'ulat', Mommy! 

Homemade nugget? Bubbly Abang kata tastebudnya dah tak kata nugget ni sedap! Homemade french fries? Kalau Mommy buat panjang-panjang, Adik minta curly fries. Kalau Mommy buat curly fries, Adik kata french fries. Abang tak makan french fries sebab tak suka p-o-t-a-t-o! Meatball Ikea yang orang kata sedap sangat tu pun anak-anak I tak hairan nak jamah tau....

So, apa nasihat anda kawan-kawan alam maya yang rajin-rajin belaka ni? Bagilah I idea baru yang fresh sebabnya boleh I praktikkan nanti. Kalau tak jalan juga, nampak gayanya I nak simen batu terus pintu ke dapur rumah. Tak payah masak. Kita makan luar jer bila lapar. Nak makan kat luar pun siksa walaupun I ni rajin JJCM. Cerita belakang tabir yang haru-biru tu memang tak pernah masuk blog. Hahaha!

Jadi, sangatlah beruntung ibu-ibu di luar sana yang ada anak-anak dan suami yang suka dengan apa sekali pun yang mereka masak. Suka nak mencuba resepi baru hidangan ibu tercinta (tetiba jer rasa nak tertumpah air mata....) My superheroes bukan tak appreciate me as their beloved Mommy tapi bab makanan ni memang selalu je I kena berlakon lari pergi Batu Belah Batu Bertangkup tau (Bt Caveslah senang sikit nak cari yerk tak!)

I ni kalau pergi blog kawan-kawan dah dijamu mata dengan gambar makanan air tangan sendiri dan resepi yang sedap-sedap, rajin je kopipes, save dan sebagainya. Kononnya nanti bolehlah buat. Dah banyak kali juga I buat ikut resepi kawan-kawan beri tapi akhirnya I sorang-sorang kat dining table melantak sambil nangis-nangis. Hahaha.... (By the way PK, resepi awak yang kita pernah buat kat rumah dulu, memang kita sorang jerk yang makan PK... Berhari-hari nak menghabiskannya! Budak berdua tu kita suruh try jerk pun dah mencemik muka. Ambil bau siap-siap lepas tu tak mahu rasa sebab hidung dah detect ada sumber-sumber ingredient yang mereka tak suka!)

So, lepas ni takdalah hairan lagikan bila tengok I tak rajin upload gambar menu air tangan sendiri... Faham-faham ajelah. I bukannya ' tak pandai masak takpa janji  rajin masak' tau ^_^













Jalan-jalan hujung minggu dulu-dulu *_*

Salam kawan-kawan!

Ahah, ini bukan cerita hujung minggu yang terbaru! I pun dah lupa dua minggu lepas atau pun seminggu yang lalu. Maklumlah dah tak berapa bagus ingatan katanya, memanglah koala cute ni cepat lupanya *_*

Masa tu kalau tak silap my sister pepagi dah call adiknya ni nak beritahu yang beliau tinggal sendirian di rumah. Makanya kalau nak berjalan ke mana-mana, silalah bawa sekali. Oh, okey! Jomlah ikut kami 'merayau' mengukur jalan  mana patut!

Mula-mula of courselah kami pergi breakfast dahulu tapi bila tengok dalam folder, takda pulak gambar makanan mahu pun restoran tempat makan. Ini mesti kes pergi tempat yang dah biasa. Makanya tidaklah terliur nak memetik gambar lagi ~_^

Lepas  tu, Hubbydearie bukan main sibuk nak ajak my sister ni pergi ke Setia City Mall. Katanya  tentu my sister suka sebab tak pernah pergi. Kalau ikutkan hati I, memang malas. Setakat shopping mall ni, kat KL melambaklah. Apa yang takda... 

Tapi dah suami tersayang kata 'jomlah tunjuk kat kakak you' dengan senyuman menggoda laksana kali pertama kita bertentang mata terus terpikat sampai berjanji sehidup semati..... 

Eh, apakah ini.... ~_^ *malu pulak tetiba*

I ni kalau dah start menaip memang otak tak boleh nak kawal apa yang ditaip dek kerana akal fikiran terus-terusan mengeluarkan sel-sel idea merapu ~_^ 

Makanya dipendekkan cerita, ke Setia City Mall akhirnya kami sekali lagi....

Dear, nanti kalau Mami datang you jangan nak ngengada suggest pi SCM ni lagi okey! (berani sound dalam hati jerk ~_^)

Dekat depan pintu lif pun jadilah, Abang & Adik... Kalau ikutkan Mommy dalam lif pun nak ambil gambar juga tapi takut pulak gambar terpantul balik. Habis kedivaan Mommy semua orang nampak nanti. Mommy bukan hantu selfie  ^_^

Adik Cute kalau baru bangun tidur memanglah over keletahnya. Very demanding gitu!


Baru aje nampak bangunan SCM tu tetiba my sister bersuara,

Eh, bukan ke akak pernah pergi sini dengan kau dulu?

Eh, ya ke? Orang baru sekali jerk rasanya kat sini!


Until now masing-masing tak terjawab soalan ni sebab masing-masing dah kena penyakit alzheimer kot....

Whatever it is, kita masuk jugalah jenjalan barang sejam dua....

Tengok gambar ajelah senang, tak payah susah-susah hati I nak berbicara dalam diam dok menekan keyboard ni. My jari jemari is sakit sekali, dong *_*

Masa ni ada event Honda kot. Ternampak Liza Hot FM jadi pengacara atas pentas tapi den tak kuasa sibuk nak posing-posing nih.

Berpuluh kali pujuk Adik nak snap photo tapi dia pusing lari keliling tunjuk sisi jerk!



Bukan main 'mantops' lagi badan si Bubbly Abang masa ni. Ni masa tengah happy sebab hati senang. Sekarang ni kena pantau makan *_*

Rasanya kalau HD ajak I ke SCM ni lagi tak mungkinlah I nak pergi. Terasa macam jauh jerk. Lagipun kalau jalan-jalan shopping mall dengan HD bukan best mana pun. Balik mesti tangan kosong. Tapi masa ni I ingat ada jinjit shopping bags sebabnya my sister adakan, so I ada 'pelepasan'. Selalu juga bila beli pakaian superheroes bersama my sister, I gunakan namanya - 'Dear, Ngah nak belikan budak-budak ni!', 'Dear, Ngah suruh I beli!'.... Padahal, sendiri ngengada meninjau, sendiri pilih dan sendiri bayar *_*

By the way, sekarang ni mood mengukur jalan dan kawasan macam  tak membuak-buak datangnya! Penangan GST kot! Memang terasa pelik! And as usual, bila ada cuti panjang, cuti umum atau cuti sekolah, kami sekeluarga memang takda buat plan nak ke mana-mana. So cuti empat hari ni takda apa-apa yang dirancang but then, one of my nephews nak bertunanglah..... 

Tengoklah apa ceritanya nanti ~_^










Monday, April 27, 2015

Milan(o), aku datang *_*

Salam Isnin kawan-kawan!

Hujung minggu ni kami tak ke mana-mana pun kerana kaum kerabat ramai yang naik ke Kuala Lumpur. Makanya kita berkumpul dan mengumpat berjemaah ~_^

By the way, tak ke mana-mana tu mengikut definisi kamus dwibahasa Tamil yang I ada, tidak termasuk grocery shopping, melawat shopping mall dan makan di luar *_* Jangan salah faham pulak ~_^

Hari Sabtu kami keluar membeli barang keperluan rumah. Dari Aeon ke Wangsa Walk ke MidValley kami melenjan. Itu nanti kalau rajinlah cerita. Kalau tidak, tak payah ceritalahkan. Panjang weyh nak cover ~_^

Pagi Ahad bangun aje tidur teruslah terfikir nak breakfast di KLCC. Sanggup tu tahan lapar sampai pukul 11 pagi demi nak makan kat foodcourt KLCC tu. I ni kalau sebut KLCC asyiklah teringat pada Pizza Milano. Apa lagi kalau bukan nak makan spaghetti olio. Tak kiralah pagi, petang, siang mahu pun malam, janji dapat makan olio ~_^

Oh, nikmatnya.....
Gambar lama ni. Pagi Ahad tetiba keluar gambar ni dalam kepala *_*


My superheroes lagi baik. Malam sebelumnya I pujuk mereka tidur cepat sikit supaya - 'Esok pagi kita pergi Restoran Ceria untuk breakfast, okey!' (Restoran ni keluar dalam JJCM TV3 Ahad minggu sebelumnya ~_^)

Makanya bila bangun je pagi buka mata teruslah datang kat Mommy sambil tanya,

Mommy, hari ni kita nak pergi Restoran Ceria eh? Kita nak breakfast kat sana eh? kata si Adik Cute *_* 

Walaupun tak jadi, kita tetap akan breakfast di luar rumah kerana Mommy mereka ni memang terkenal dengan ketidakserasiannya di dapur *_* Makanya berkelanalah kami ke KLCC semata-mata nak breakfast di sana katanya....

Bila bersama superheroes, memanglah kena mendahulukan mereka berbanding dengan tembolok sendiri. Dah namanya emak budak, kenalah act pun like emak budakkan... Tak akanlah nak berebut dengan anak-anak bila menghadap makanan. 

Pusing punya pusing sekeliling tetiba aje tekak western menghilang dan kembali ke alam nyata jadi Melayu sejati ^_^  I pun orderlah ini...

Fresh orange untuk HD, Bubbly Abang dan Adik Cute
Teh tarik kecil untuk beloved Mommy ~_^
 
Pizza saiz personal untuk Adik Cute. Satu slice je pun dia makan lepas tu dok hentam sushi my niece!

Siapa punya ni? Tak payah teka dah tahu *_* Abang cuma mengerjakan ayam goreng, nasi lemak dan sambal aje. Ini pun dah berharga RM10.60


Mommy yang dok pujuk ajak pergi KLCC sebab nak makan spaghetti olio tetiba terpedaya dengan LONTONG *_* Takdalah sedap mana pun tapi bolehlah....


Hubbydearie dok mengutuk I sebab katanya punyalah beria-ia nak pergi ke KLCC tapi lontong juga yang dicari. Lebih baiklah breakfast kat kedai akak belakang rumah yang kami selalu pergi breakfast tu ^_^

Eh, memanglah pagi-pagi tadi teringat olio je masa bangun tidur. Lepas tu tetiba je terasa nak makan lontong sebab dah lama tak dapat merasa....

Masa pergi belikan pizza Adik Cute pun I dah berangan nak buat kerja gila. I dok fikir patut tak kalau I tapau satu carbonara, satu olio dan dua piza berlainan topping untuk makan petang! Hahaha....nafsu kalau dah menggoda, memang ternodalah jadinya ^_^ Melampau sungguh!

And for Daddydearie, bila tengok makanan yang I beli teruslah say no to pelawaan I untuk membelikan untuknya. Yalah, selalunya HD bila dah duduk memang berat punggung. Makanya isteri mithali inilah yang selalu belikan makanan. Of course I tahulah apa my hubby suka makankan... kahwin pun dah lama ~_^

But this time, HD nak pergi beli sendiri sebab kononnya semua makanan ni tinggi kolesterol, banyak lemak, dan tidak sesuai dengan diet beliau. Tapi, tapi, tapi akhirnya HD pulang ke meja kami dengan nasi beriani kambing ~_^

Tak beranilah I nak snap foto mengumpat lebih-lebih. Ada kang kena hemps dengan kerusi meja. Hahaha....

Selesai makan, kita jalanlah sekejap meninjau apa yang patut. Believe me, I tak beli apa-apa pun. Masuk satu kedai ni asalnya saja nak tengok-tengok tetiba ada orang tu, tersuka kat sehelai T-shirt. Okeylah dear, belilah t-shirt tu. Nanti kalau tak beli I pulak kena ungkit - Kalau sendiri jalan bukan main buas, bila orang nak beli t-shirt sehelai pun dah naik kening macam Ziana Zain! Eh, your money, you belilah... I tak kisah pun duit you yang melayang terbang masuk mesin juruwang tu *_*

Si Bubbly Abang dan Adik Cute masa sampai je tadi dah 'pow' kakak sepupunya siap-siap suruh belikan Jelly Bean dan entah apa-apa. Semalam masa kami keluar, dia dah kata nak beli tapi Daddynya as usual vote for 'No' makanya tak merasalah. Kalau Mommy sorang aje, kemungkinanlah dapat sebab Mommy ni tak sampai hati memanjang tengok anak-anak terkilan!

Ingatkan lepas selesai 'memenuhi kehendak Daddy' bolehlah pulang tetiba aje si Bubbly Abang ajak pergi Toy 'R' Us. Katanya dia ada tiga hajat bulan ni - nak beli kasut atau jam tangan atau Lego! Wah, bukan main lagi padahal semalam masa berjalan, 'habuan' si Abanglah paling banyak! 

Sebab dah banyak kali ajak, I pun ikut ajelah bila HD beri green light. Sebelum masuk, janjinya nak tengok aje. Tak beli pun takpa. Janji dapat tengok. Keluar dari situ, aduhai ucap terima kasih bukan main lagi dua beradik ni sebab dapat 'pow' MommyDaddy. Haruslah ucap  terimakasih 28kalikan...

Oh, I nikan pandai pulak badan terasa penat bila berjalan dan pulang dengan tangan kosong*_* I memang tak beli apa-apa pun tapi tahu apa HD cakap,

Ni mesti esok dia pergi balik KLCC ni beli apa yang dia tak dapat beli! Am I right? You have intention to come here tomorrrow, right......

Segan pulak nak ngaku ~_^

Oh, nak tayang juga...



Dalam GarrettPopcorn ni ada cheese corn & caramel crisp tapi I tak suka. Nasib baik bukan I beli. Yang ini ex-bos beli sebelum balik ke Jepun hari Jumaat lepas. Ingatkan masa di KLCC I nak beli caramel crisp tu lagi sebab yang itu memang sedap tapi, tapi, tapi... I is takut kalau suami den ada di sebelah. Mahu kena marah bila over in everything tak sudah-sudah ^_^

Okey, itu aje nak cerita hari ini! Sambung telenovela lain hari pulak ya!

P.S. Nampak tak betapa tak kreatifnya tajuk dengan isi drama hari ni? Tapi, ada kukisah? Hahaha....








Friday, April 24, 2015

Mommy memang selalu pun over tau ~_^

Salam Jumaat kawan-kawan!

Aduh, terima kasihlah atas puji-pujian yang tak terhingga tentang kecomelan gambar Kak Ton semalam. I faham, memang ramai yang 'makan hati' bila tengok kecomelan I bergayut. Itu baru satu pose, kalau banyak, alahai... tak tahulah persepsi kawan-kawan macamana! Harus ada yang berguling kat atas lantai dapur sebab dok fikir selama ni dia aje yang awet muda tanpa mengetahui yang Kak Ton ni awet cute-comel-lote gitu. 

Hahaha...

Silalah bertabah dan bersabar dengan perangai gediks Kak Ton ni yerk. Sebab itulah I tak suka paparkan pose istimewa my HD and I dalam blog. Takut ramai pulak yang merana *_*

Dah terlanjur bercerita pasal pose gediks ala ngengada tahap nak minta lemps ni, teringat pulak kat entri kawan kita ni... Dah dua entri berturut-turut dok ajak suaminya posing maut dalam blog. Sajalah tu nak suruh penyakit muntah kaler-kaler Kak Ton mampir semula. Dulu jiran sebelah kena sawan selfie. Sekarang ni pulak, bakal besan buat hal. Ish, takut pulak nanti masa masuk meminang dia over-over selfie mengalahkan orang yang dipinang! Oh, tak rela pulak nak membayangkan situasi tersebut. Buruk bebenor rasanya.... *_*

Pagi ni I lambat bersiaran bukan kerana sibuk semata tapi I teruja dengan 'ejekan' DaddyZiyyad. Doktor-pakar-MC-hari-Isnin ni kata, buat malu jerk I ngaku jadi anak Johor bila Dengkes dan Tepok pun I tak kenal siapa! Makanya I quickly-quickly buka kitab Muta'al Badrain online; siapa lagi kalau bukan pakcik favorite kita semua~ Uncle G to the O to the O to the G to the L to the E!  GOGGLE!!!! Eh, silap! Google lah ~_^

Puaslah I nak baca tentang kisah silam si Dengkes & Tepok ni tapi lain pulak yang jumpa. Tapi, at least, sempat juga baca sejarah Negeri Johor ^_^ I am proud to be Johorean but unfortunately, ilmu sejarah negeri  sendiri memang di tahap beginner gitu. Tapi yang penting I masih bersemangat patriotik cuma tak sokong JDT jer dah memang I tak minat bola nak wat camnakan! Huahaha.... (Pssstt... don't tell others argghhhh... I sokong Bola Kampung jerk ~_^)

And now, lupakan hal-hal itu kerana I baru nak start bercerita.... ~_^

You all tahu kan hari Isnin kalau tak silap ada keluar advertisement Mountain Dew Neon hak full page depan belakang dalam suratkhabar The Star. Makanya, si nenek-bongkok-tiga-yang-cute ni kata korang telah teruja nak rembat benda tu untuk superheroesnya. Bila tengok je, I dah bayangkan tentulah my superheroes suka. Apa ke bendanya? 

Ni hah....




So suratkhabar dalam section ni satu jer. I pun minta tolong my colleague kat section lain untuk rembat benda ni dalam suratkhabar dua orang bosnya. Maka dapatlah sepasang. Balik  rumah malam tu teruslah buat-buat gimik kat anak-anak suruh baca suratkhabar kononnya ^_^

Bila mereka belek dan ternampak 'botol' Mountain Dew tu, mereka sikit pun tak pelik! Siap tanya lagi, Mommy nak suruh buat apa ni... Makanya Mommy yang super teruja teruslah tunjuk camna nak bagi lapliplaplip lampu menyala.

Bila dah menyala, apalagi.... excitedlah superheroes. Macam biasa ucap terima kasih duplohlapankali setiap seorang. Abang yang tengah mengulangkaji untuk exam pun siap suruh tutup lampu sebab nak menghayati cahaya dari botol Mountain Dew tu. Habis tu macamana nak baca buku tu Abang kalau dah gelap gelita disinari lampu neon sesaja? 

Hari kedua tak silap ada belon pulak dengan lampu neonnya di dalam. Sekali lagi minta tolong kat kawan suruh kutip belon dalam suratkhabar bosnya tu. Yalah, anak dua mestilah nak sepasang apa-apa pun nak bagi. 


Balik rumah againlah Mommynya buat surprise. Bila nampak belon, again teruja melampau dua beradik ni. Sorang tukang tiup belon, sorang tukang lambung bagi kena kipas. I dah seriau. Maklumlah, Mommy depa ni takut dengan belon sebenarnya. Kalau belon nak meletup, Mommy mereka dululah yang tutup telinga sambil terjerit terpekik. Itu belum meletup lagi. Akhirnya HD kata kalau dah  tau  takut siapa suruh bawa balik belon?

Oh, again... Mommy yang terlebih teruja katanya ~_^

Hari ini I singgah 7-11 dah ternampak promo air Mountain Dew Neon ni RM1 sebotol. Apalagi, I pun rembat dua. Bukan sebab nak minum, saja nak tunjuk kat depa dua beradik botol yang katanya ala-ala neon tu. Bila masuk kereta I belek-belek, takda apa-apa pun! Ni kalau balik nanti, bukan budak berdua aje yang berebut. Silap haribulan HD pun sama. Bukan berebut botollah tapi berebut 'air sedap' *_*

Mudah aje sebenarnya nak menggembirakan hati anak-anak ni. Benda yang simple macam ni pun buat mereka happy tak terkata. My superheroes memang mewah mulut dengan ucapan terimakasih. Kiranya banggalah juga Mommy mereka ni *_*

Ini memang terkeluar dari tajuk tapi saja-saja je nak bagi lapar perut. Itu pun kalau minat makanan jenis nilah ya...



Ada chawan mushi, grilled salmon, nasi dan miso soup. Lain-lain tu I tak makanlah. I juga order yang ini...

Close up udang kecil ni yerk *_*


Ini namanya ko-ebi karaage (bukan kerengga yo!)

Total semua RM40 tapi bukan I yang bayar, bos belanja untuk Welcome& Farewell Lunch  tempohari *_*

Okey, itu aje nak cerita! Nanti kalau rajin Kak Ton mengarang esei lagi yerk *_*

Selamat berhujung minggu bersama keluarga!












Thursday, April 23, 2015

Bila dah tak tahu nak ke mana ...

Salam kawan-kawan!

My family and I memang rajin meronda dan mengukur jalan di Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya. Adakalanya bila mood terlebih over, kita terus bayar tol masuk highway keluar KL *_*

Tapi ada juga masanya yang kami tak tahu nak ke mana dan nak buat apa. Salah satu aktiviti yang paling kerap berlaku bila tak tahu apa nak buat tentulah melawat taman bunga. Walaupun kecintaan terhadap tumbuh-tumbuhan menipis dalam diri, demi buah hati tercinta, I panjangkan ajelah langkah menuruti jejak mereka bertiga. Lagipun ini salah-satu persediaan bila mak mertua datang nanti (Jangan ditanya lagi bila Mami nak datang, saja nak bagi surpriselah gamaknya mak mertua den ni tau...) 




Sungguhpun beriadah itu aktiviti yang sihat, I ni manalah pernah ke taman untuk beriadah. Tugas I macam biasalah, terus bertukar kepada tukang angkut dan jaga barang. Takda sesiapa pun yang lantik, I dengan rela hati melakukannya. Lagipun I tak berapa rela nak lari setempat apatah lagi suruh lari berirama gitu (Eh, ada ke? Renang berirama I tahulah ada....)


Nampak tak lelaki yang dukung bayi tu? Mesti katanya dari kejauhan, "Bebi, bebi... tengok tu! Kecohnya mak budak tu terjerit terpekik, Bebi...... " *_*


My superheroes memanglah suka berlari-larian di  taman. Bebas macam bird bak kata si Adik Cute. Abang pun sejak kita suruh kuruskan badan, kalau tak dibawa ke taman mulalah dia nak menyalahkan Mommynya atas sebab-sebab dia jadi gemuk. Eh, dia yang tetiba kuat makan  boleh pulak nak kata salah Mommy sebab tak bawa mereka ke taman untuk beriadah petang! Baru jogging seround dah semput katanya. Mommy ni kalau suruh jogging, 4 kali pusing  tasik pun tak mengah tau.

Eh, itu dululah masa zaman anak dara. La ni kalau suruh lari setempat 10 kali angkat kaki dah penat rasanya ^_~

Eh, sudahlah! Lebih baiklah kita mengikuti pengalaman penuh kegembiraan dua beradik ini bila berada di taman daripada mengimbau kenangan entah abad keberapa ketika Mommnya rajin berjogging sambil tutup lubang telinga dengar lagu oldies tu ya ~_^




Asal bola masuk hutan je, si Bubbly Abang yang kena masuk ambil. Kalau nak tau, yang rajin tendang bola tinggi-tinggi sampai jauh terlanting masuk sana-sini dah tentulah kerja Daddy mereka berdua. Lepas tu HD malas nak ambil, kerahkan si Abang. Adik Cute dah ketetel lari menyelamatkan diri daripada kena kerah. Tapi, tak akan nak suruh Adik pulak kan... Nak 'bibik' pergi ambil? Minta maaflah, bibik tengah bersantai duduk tepi air pancuran sambil nyanyi sorang-sorang ala-ala Saloma gitu ~_^



Nak belanja gambar lagi? Okeylah, okeylah.... nah sikit lagi....








Si Adik ni kan dia fikir taman permainan ni ada tertulis hakmiliknya dalam geran. Masa nak main siap toleh kiri-kanan. Kalau line clear, barulah main hak ni sorang-sorang. Asal ada je budak lain datang, bertempik sealam maya si kecil ni minta SuperMommy datang menyelamatkan. Tetiba malu teramat. Tetiba tak boleh gerak dari tempatnya. Tak ke pengsan Mommy yang di luar kelayakan umur kanak-kanak ni nak naik atas dan ambil dia turun! (Tapi dalam hati teringin juga nak menggelungsur sebenarnya... hehehe!)

Ni kisah budak urban jumpa 'animal' ....

Mommy, tolong! Tolong Adik!

Kenapa?

Ulat besar!

Mana?

Ni.....


Padanlah budak sekarang ni belalang pun disangkakan kambing dalam kertas exam! 

Patutlah! Patutlah....

Okeylah, penat membebel dalam senyap ni. Meh sini I belanja exotic photo of mine sekeping ....

V
V
V
V
V
V
V
V




Comel tak Kak Ton/Kak Diba, kawan-kawan? ~_^

Pssttt.... gambar 'Kak Ton' tu Mr Google yang tolong snapkan *_*





Wednesday, April 22, 2015

Cerita Rawak Hari Rabu

Salam Rabu kawan-kawan!

Serius okey, I tak tipu. Tadi masa letak tajuk, ingat nak letak 'Cerita Rawak Hari Khamis'. Tetiba je teringat nak tengok kalendar di sisi. Baru hari Rabulah, cik kak oi. Kenapalah selalu sangat lompat bergalah. I suspect, ini satu jenis penyakitlah walaupun PK kata I menipu. Hahaha....

Hari ini ada makan-makan untuk menyambut ketibaan bos baru dan ucap selamat tinggal pada bos lama (lagi). Wah, kenyanglah makan Japanese food. Budget macam biasa RM40. Tapi knowing me ni kan, mana ada makan bersungguh kalau dah nama Japanese food ni. Again, I pesan Salmon Shioyaki Set. Hopefully hari ni takdalah pulak sake. Huhuhu....

Well, marilah kita tunjuk what I did eat last summer makan-makan sempena menyambut ketibaan bos wanitaku yang ulung ini...


 Close up sikit udangnya tu .....


Amacam? Tak terliur? 

Tak terliur takpa. Bukan itu maksudku.... Saja suka-suka nak tayang makan tengahari entah hari bila agaknya ~_^

Tapi dah namanya tekak Melayu separa-sejati-bila-sampai-waktu, memang gigil-gigil juga cari nasi. Kalau beberapa hari tak jumpa nasi, rasa macam tengah merangkak kat Gurun Sahara jerk kekdahnya....

Meh sini kita 'belanja' nasi Arab versi Malaysia pulak.... 



Meriah tau makan sedulang bersama-sama.... ^_^ Ada ayam, ada ikan, ada daging lembu dan juga kambing. Oh, I tak makan kam-bing makanya I 'pekejakan' ayam jelah....  My sister pun ada dan kali ni dia yang belanja. Huaaaa... itu lagilah buat I teruja nak makan! Orang belanja beb, siapalah yang tak suka.

Yang ini malas nak habaq kat mana. Tanya kat Cikgu AN. Dia dah tahu port MD ni.... Hihihi....

Apa? Tak dengarlah! 

Tak cukup menjamu selera mata lagi? Okeylah, okeylah, I jamu lagi sikit. Tapi ini di port lainlah ya...



Laaa.... apa ni? Mushroom soup si Adik pun tak boleh nak tengok? Lapar sangat ke? Kata tadi bukan main melantak masa makan tengahari tadi!

Sudahlah, sudahlah! Tak sampai hati nak jamu mata kawan-kawan lagi. Kesian pulak. Hiba hati ni mengenangkannya tau ~_^

Ingat tak pertunjukan Hot Air Balloon kat Putrajaya nun?

Sebenarnya Kak Ton dan keluarga pun ada sama, turut memeriahkan pertunjukan tersebut. Tak akanlah kengkawan kat Putrajaya tak nampak muka Kak Ton hari tu? Tengah-tengah tapak Kak Ton tergoyang-goyang korang... *_*

Dek sebab terlupa dan malas nak watermark gambar-gambar yang ada, apa kata kita tunjuk sikit jerk gambar yerk....




Tak tahan orang ramai dan bersesak-sesak, kita lari ke Presint 9 nun tengok dari jauh (Dear...betul ke kita pi Presint 9 hari tu?  I ni bab jalan memanjang je kalut tak tahu hujung pangkal.... Rasa HD kata Presint 9 lah!)

Dan ingat lagi tak masa Kak Ton feeling haru-biru melayan kerenah imigresen baru-baru ni? Masa tu kan I ada kata I 'bertafakur' kat Alamanda sementara menunggu waktu pejabat beroperasi semula selepas sembahyang Jumaat.... Makanya pada malam itu, I telah memujuk Hubbydearie untuk ke sana sekali lagi. Ingat nak posing-posing and dancing-dancing di kawasan sekitar tapi sampai sana dah malam (Sebenarnya aim satu kedai ni ingatnyalah nak masuk tapi Hubbydearie macam tak bagi green light. Red light memanjang makanya langkah pun terbantut, terbantat, terbatal, semua pun bersatu!) Makanya kita pi makan ajelah tapi nehi gambar makan-makan.... ^_^






Ingatkan nak sambung lagi entri rawak ni tapi takut pulak ramai yang garu dan geleng kepala sebab tak sampai maksud entri. Hahaha...

Kak Ton nak menikmati makanan Jepun dululah ya. 

Adios!


Lada

Salam kawan-kawan! Nampak tak moodnya ke mana? Pilih tajuk pun bukan main senang cerita 😊 Tapi, jangan bimbang! I bukannya nak men...