Wednesday, December 16, 2015

Lupa mati ada endut sampai tersangap-sangap dok mengingat ^_^

Salam 4 Rabi ul Awal kawan-kawan!

Laaa... rupa-rupanya ramai juga yang tak tahu apa maknanya 'endut' yerk!

Kenapa tak tanya kat kawan-kawan yang asal dari Johor, mesti mereka dengan sukarelahati explain panjang berjela ^_~

'Endut' tu maksudnya buah hati, kekasih, boyfriend atau girlfriend ^_^

Kalau dulu masa duduk kat kampung zaman baru lepas akil baligh, selalu aje dengar insan-insan terdekat bercerita sambil bergaduh,

Kau dah ada endut eh... aku cakap dengan Bak!

Eh, kau tu yang gatal nak berendut, nak ngata orang pulak!

Eh, cepat cakap siapa endut kau sekarang!

Yang kau sibuk nak tau pasal endut orang tu apasal? 

Lebih kurang macam tulah intipati pergaduhan bertepuk bertampar zaman dulu-dulu semasa baru nak kenal dunia realiti katanya ~_^

Eh, bukan I, bukan I... 

I mana ada endut dulu-dulu! My abah garang tau! Kalau abah marah, boleh bersambung tiga hari dua malam! Dah tidur, esok pagi bangun terus sambung berleter! Manalah berani anak-anak perempuannya nak berendut! Diminati tu adalah, tapi kalau nak berendut terang-terangan, siaplah korang kalau tak kena jerlus kepala tu masuk dalam kolam tak tahulah apa nasib. Sebab itulah I 'berendut' senyap-senyap di luar pengetahuan my abah ^_^ Paling-paling koman pun hukuman kena pukul kat punggung sampai terkencing. 

Hahaha...teringat my adik lelaki yang sampai terkencing kena pukul dengan arwah abah tapi bukan pasal endut-endut nilah! Dan teringat juga my abang yang kena kejar dengan lembing keliling rumah sebab culas memanjang! Asal abang sibuk cuci kereta/motor Vespa abah atau menyabit rumput keliling rumah, dah tentu-tentu abang ada niat nak keluar jumpa kawan-kawan sama ada main sepaktakraw atau pun pergi tengok wayang. Kah3x! Kenangan sungguhlah!

I pulak sebab anak manja, tak pernah arwah abah naik tangan tapi pernahlah sekali I ingat kena tarik rambut sebabnya berebut suratkhabar Utusan Malaysia yang arwah abah bawa balik. Arwah baru balik kerja, bila dengar motor Vespanya masuk perkarangan rumah, bukan main laju I dan my kakak menerjah sebab nak berebut siapa dapat baca suratkhabar dulu ~_^

Abah tak tahan bingit sebab penat baru balik kerja maka ditarik rambut kedua-dua anak suruh senyap! Sikit lagi nak kena hagul kepala! Hehehe... padan muka kami berdua! Lepas tu taubat dah tak mahu berebut suratkhabar tapi kalau my sister ambil dulu, I punya jeling sambil dalam hati kata, "Nantilah! Nantilah! Mesti kena juga kakak aku ni nanti! Tunggu jerk time sesuai masa abah tidur!"

Eh, mengimbau kenangan lamalah pulak padahal tadi nak bercerita tentang 'endut' jerk ^_^

Meh, kita belajar lagi jadi orang Johor dan dah terlanjur bercerita kisah pada zaman dulu-dulu, kita teruskan ajelah penceritaan yerk! Panjang dan takda gambar pun ^_^

Dulu-dulu kalau I mengantuk, selalu aje menguap sambil tutup mulut lepas tu dok sibuk cakap,

Apasallah asyik sangap aje ni ek....

Orang yang mendengar pun macam terpinga-pinga apa ke bendanya... Yalah, orang kata menguap, kita kata sangap. Lama-lama baru faham ada juga orang yang tak faham. Ingatkan kat KL ni cuma ada orang Johor jerk ^_^ Lupa pulak ... ^_^

Ingat tak kerja apa yang paling you all suka nak mengelak ketika kecil-kecil dulu?

Kalau I lah, dah tentu bab pijak belakang badan abah tak pun kena cabut uban! Aduhai... stresslah kalau kena buat dua kerja ni (hahaha...sejak dulu rupanya MD dah pandai stress ^_^, maka no hal lah setakat stress light-light kat pejabat sekarang ni...)

Kami ni adik beradik perempuan lebih ramai daripada lelaki. Lelaki cuma tiga orang aje. Masa kami semua kecil molek dan tinggal sebumbung di rumah makpak, memang kerja anak-anak perempuanlah bab-bab macam ni. 

Bila abah balik kerja, mencicit masing-masing; yang kena sediakan towel dan kain pelikat abah lain, yang kena buat air minuman abah lain, yang sibuk nak kejar suratkhabar lain (^_^) dan my emak biasanya masa macam tu di dapur, baru habis masak dan nak menghidang makanan sebab nak makan beramai-ramai bila abah selesai solat Zohor (My abah kerja setengah hari jerk tiap-tiap hari, by noon selalunya dah berada di rumah)

Anak-anak pulak bila abah balik mesti dalam keadaan kemas dan rapi. Kalau ada yang main sampai gelap muka, silalah mandi siap-siap dan pakai elok-elok. Letak bedak barang sekati dua supaya bila abah sampai rumah tenang aje hati tengok anak-anak dalam keadaaan terurus. Emaklah yang dapat nama ~ isteri dan ibu mithali namanya. Hahaha!

Selesai semua, abah akan naik ke rumah atas nak menonton TV sambil baca suratkhabar. By this time, siapa-siapa yang tengah baca suratkhabar tu haruslah segera beri suratkhabar pada abah (sebab itulah kita orang bergelut nak baca suratkhabar dulu sebab bila abah dah ambil, lama betul dibacanya lepas tu tertidur! Nak ambil suratkhabar dari atas perut abah takut oi...nanti terjaga teruslah kena sambung cabut uban~_^)    

Abah memang suka berbaring bawah kipas angin lepas tu panggillah mana-mana anak perempuannya untuk cabut uban. Sambil tu abah pun bacalah suratkhabar...

I ni kalau kena panggil, mulalah start nak cari alasan. Biasanya I cabut slowly-slowly, satu, dua, tiga dan bila tengok suratkhabar dah terlepas dari tangan abah (dah duduk atas perut ^_^) dan dengar abah berdengkur, I pun slowly-slowlylah bangun dengan penuh tertib nak melarikan diri ^_^

Tapi my abah ni ada sixth sense ler.... kita baru berjingkit nak melarikan diri tetiba nanti abah terjaga,

Nak pergi mana tuuuu..........

Sakit perutlah, Bak! Nak masuk bilik air!

Zassss.... lari cepat-cepat!     

Lepas tu duduklah lama-lama dalam bilik air supaya abah tertidur semula dan 'melupakan' kita ... ^_^ Ingatkan bila dah berjaya 'melarikan diri' selamat dahlah rupa-rupanya tak juga. Tetap kena panggil semula sambung cabut uban! Uarggghhhhhhh ! 

My emak pulak jenis tak garang. Paling-paling garang perbuatan emak setakat piat atas nipple aje ^_^ Mak paling sayang my adik lelaki (we assumelah, padahal as a mother, mak sayang semua anak-anaknya, cara aje nampak berbeza ^_^) maklumlah anak bongsu katanya. Anak-anak perempuan ni emak tak pernah paksa buat kerja tapi entah kenapa kami ni terpanggil kotnya nak tolong emak. Tolak ke tepi my sister, Ngahlah sebabnya Ngah memang dari kecil sampai la ni rajin tak tahu nak kata macamana! Ngah tu tangan kanan emaklah senang cerita. Kalau Ngah dan mak takda, lintang-pukanglah kami adik beradik tak reti nak buat apa!

Kalau emak memasak di dapur, my kakak semua kena membantu. Siapa yang buat derk aje, mesti kena sound tapi I exceptional case. I tak tolong pun takpa. Itu yang bijak teramat di dapur. Lada hidup dan lada kering pun tak tahu apa ^_^ Dapat beli barang basah kat fishmonger kali pertama bila mak takda rumah bukan main teruja lagi sampai habis udang halus tu I beli sekati, taugeh sekati, ikan berkilo, main sekilo sekati aje, tak mainlah gram-gram ni ^_^   Bila mak balik, ambil hah..kenalah piat kat nipple ^_^ Pandai pulak tu beri alasan 'lupa matilah mak kilo, kati tu macamana rupa....' padahal tak tahu apa benda pun!

Paling tak suka bila emak memasak dan abah masuk ke dapur melihat-lihat apa kami buat. Bila abang nak membantu aje, sorang-sorang anak perempuan cuba nak melarikan diri. Abah cerewet sangat. Stress! 

Nak tumbuk lada hidup dalam lesung batu nak dibuat sambal belacan pun ada 'teknik'. Lesung batu pegang tangan kanan, tangan kiri letak atas lesung supaya bila lada ditumbuk, tak terpercik masuk mata pulak! I pulak lagi terrorlah, I pakai spek mata rabun buat baca suratkhabar my abah gitu kalau tak mahu terpercik lada ^_^  

Hai....seronoknya kehidupan zaman dulu-dulu ya! Terasa dekat sangat dengan makpak dan setiap ahli keluarga ~_^ Enjoyed teramat masa tinggal sebumbung seisi keluarga di Johor dulu tapi apakan daya, manusia berubah. La ni MD dah terlebih 'urban' katanya, tak boleh dah dok kat kampung, tak boleh bernafas! Kena ada shopping mall dekat-dekat senang nak cuci mata! Padahal tak sedar diri, masa kecil-kecil dulu dialah yang paling sibuk nak terjun dalam longkang besar depan rumah, nak main lari-lari jatuh atas biji sagu dan nak main lompat-lompat atas sepanjang batang sagu yang dah bersusun nak dijual kepada Cina! 

Lupa matilah tu.... ~_^ 

   

     


Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...