Balingbelakang : Tidur yang lena ^__^

Salam sayang kawan-kawan!

Tajuk itu bermaksud throwback ya, kawan-kawan. Demi bahasa yang kucintai, I telah direct translatekan siap-siap (perosak bahasa sebenarnya I nih ^_^) Bijak tak I? Bijak tak I? (Cakaplah bijak... barulah MD kembang-kuncup tak berhenti menulis entri nanti ~_^)

Sedang asyik meletak watermark kat gambar(s) tetiba nampak semua gambar ni. Walaupun gambar lama, I tak peduli. I nak letak juga dalam blog buat ingatan manalah tahu terkena alzheimer satu hari nanti. Oppss...celuparnya mulut! Minta dijauhkan hendaknya ....

Memori indah si Adik Cute nih.....

Salah satu gambar yang disnap ketika Adik Cute tengah buat photoshoot baru-baru ni. Mahal betul style rambut Adik ni hasil usaha Daddy si tukang gunting. Haru-biru hati Mommy melihatnya!
 
Comel tak Kak Ton? Oppss...ni bukan baby Ton masa kecil-kecil. Ni Adik Cute, anak si Kak Ton ^__^

Lena alahai anak Mommy tidur.... Mommy pun lena sama di sebelah kot lepas kenyang makan nasi putih+lada hitam tumbuk +ikan bilis goreng ^_^

Oh, wow! Adik kalau tidur hilang sifat-sifat boboi sejati!

Ni mesti kes dalam jagaan my niece. Selalu betul tuck in baju macam ni!
Adik lepas kepenatan bermain, ginilah jadinya. Lena tidur sampai 3-4 jam. Mommy pun gembira je dapat merenggangkan otot barang 3-4 jam juga!

Masamnya muka Adik. Ni mesti mimpi jumpa gegirl tak sejiwa di hati...

Masa tidur pun lasak, kalau berjaga lagilah melasak si Adik Cute ni

Rambut curly murly Adik yang memang Mommy tak berapa berkenan

Ini semua gambar lama Adik kecuali yang pertama tu. Sekarang Adik kalau tidur lagilah ayu cute. 

Huhuhu...minta maaf ya! Mommy yang ini memang over excited kalau memuji anak-anak sendiri. Err, mak-mak kat luar sana tidak begitu ke bila tiba pujian buat anak-anak? ^__^ 

P.S. Insya Allah hari ni Abang tamat exam akhir tahun. Wah, tentu gembira tak terhingga boleh lenjan main game tanpa mengira siang mahupun malam. Anak nak exam, Mommy yang gundah-gulana tak senang duduk (makan okey). Berdebar dapdupdapdup jantung ni takut sungguh anak nak exam. Abang rileks je, kalau tak dapat jawab kenalah terima dengan redha sebab mengulangkaji kurang dek kerana banyak ilmu lebih penting yang nak dipelajarinya. Well 1 jam belajar = 2 jam main game ... ^__^






Comments

  1. Adik memang cute. Ala... anak-anak MD dah tentu-tentu bukan darah M'sian aje mestilah cute-come tak boleh nak kata. Kalau kakak jumpa hmm... sorok terus culik bawa balik tak pulang hahaha...

    Kakak memang kalau anak periksa tak selera makan MD itu yg biasa kakak puasa terus selagi anak exam. Hari ini lastlah kakak puasa. Next week seminggu lagi rasanya (kalau tak ABClah) sebab minggu depan baru anak dara kecik kakak periksa akhir tahun. Minggu ini dia UPKK, kakak dia PT3. Yg sulung dah nak balik esok. Lepas tu cuti panjang... aduh... sesak kan jadi mak-mak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Kak... anak-anak Melayu tulen pun banyak yang comel tapi biasalah bila dah jadi mak-mak ni. Feel memang kelaut sikit. Anak dia ajelah yang tercomel dalam dunia. Hihihi....

      Akak ada hati nak culik anak saya ke? Kalau dah ada niat, saya nak ke balai polis JB siap-siap. Nanti akak sms alamat rumah ya, saya nak buat laporan kes kemungkinan culik. Hahahah.... Gurau je ya, kak. Jangan terkecil hati pulak dengan saya ni. Nantilah mana tahu terjumpa kat tengah jalan di JB nun, bolehlah picit-picit pipi. Pipi Mommynya pun kalau nak picit boleh. Huhuhu....

      Kita yang tension lebih mereka nak exam. Anak bujang saya nampak rileks je. Lepas exam tanya boleh buat tak, okey memanjang jawapannya!

      Delete
  2. comel je semua macam mummy jugak...bilalah nak merasa ada anak sendiri..jeles..sob sob.. by the way, blog saya ada masalah sikit, jadi terpaksa tukar link. jemput singgah ye : blognisalpunya.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih, Sal. Nanti kalau ada kelapangan saya datang singgah ya :)

      Delete
  3. Comelnya adik tidur..tak tidur pun comel.anak2 MD.kalau MD tak puji sendiri pun memang ramai yang tolong puji..memang sangat2 comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilalah agaknya orang nak puji Mommynyakan Acik.... Hahaha....aduh, perasan tak habis-habis saya ni. Mohon maaflah ya dengan kerenah mengada-ngada Mommy superheroes ^__^

      Delete
  4. hahah koleksi aksi tidur, suka nengok gaya bebudak tidur, tunggang langgang hahahah seb baik comel, cer kita yg tidur lagu tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita yang besar ni tidur dengan pelbagai aksi cam gitu, dah hilang kecomelannya. Kuis dengan kaki je suruh tidur elok-elok. Hahaha.

      Delete
  5. suci murni muka bila tido..tido memang style angkat tangan ek..macho woo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Adik kena angkat tangan Mar sebab nak gulung-gulung rambut atas kepala :) Kalau Mommy ada sebelah, rambut Mommy pulak digulungnya ...

      Delete
  6. comey n gebu mcm mummynya jgk...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tau Mommynya comel and gebu ni, Husna? Keh3x.

      Delete
  7. pelik plak bunyi baling belakang..
    adik cute memang cute pon..suka tengok..ni mesti mak cute rindu zaman baby adik cute kan??heheee..
    MD, kalo kita tak puji anak sendiri sape lagi??lena sungguh tuh tido takde kerut silau kena flash pon..kahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal boleh je, Zee. Janji bertranslate. Hihihi.

      Huhuhu...macamana pulak tahu Mommy pun cute ni? Auw.... dapdupdapdup jantung. Kah3x.

      Yalahkan, nak tunggu orang puji kita dah bagi hint pun dia tak puji juga. Haruslah kita puji tinggi melangit anak-anak kita kan ^_^

      Delete
  8. Hahaha..baling belakang pon boleh lah. Memang pelik kekadang ayat² bila dah di translate pakai google nih. Sudah nya kekadang tgk kamus jugak. Sebab bahasa kamus agak masuk akal sket.

    COmel nya gambar2 adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, sekarang ni ada orang tengok kamus lagi tak? I rupa kamus tu pun dah lupa tau tak... Ish, camnalah I ajar anak Bahasa Mandarin guna google translate. Harus cikgu berdekah-dekah ketawa ^_^

      Kan dah kata, kalau Adik comel haruslah Mommynya pun comel. Harus ya bukan wajib :)

      Delete
  9. hehehe suka tgk pic2 lama ni. KA klu tgk pic2 lama anak2 ni boleh gelak sendiri, hilang segala stress... Gd luck tuk abg, Adik minggu dpan start exam sek pgi & ptg. doakan ajelah anak2 kita kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang setuju sangat-sangat, KA. Kalau belek gambar lama tetiba aje senyum sorang-sorang. Indahnya memori.

      Abang dah merdeka hari ni, KA. Dia nak concentrate camna nak mendominasikan komputer kat rumah tu...

      Delete
  10. Tengok anak cute tu tido.. comey dan mendamaikan.. tenang jer..
    Anak akak minggu depan baru nak mula exam akhir tahun... dah anak2 ni mana cemas nak exam.. relex jer.. sebaliknya mak2 yg cemas ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ada juga yang baru minggu depan start exam akhir tahun ya! Anak saya dah merdeka (18kali disebutnya). Lepas ni boleh dok depan komputer sampai lebam, tidur pun boleh lewat. Kerjarumah dah tak banyak, school pun dah boleh dilupakan. Sukalah tu dia...

      Yalah, anak baru Tahun 2 tapi berdebarnya mereka nak exam mengalahkan apa. Kalau boleh tukar, memang saya je yang nak gi jawab soalan exam Abang. Sure cemerlang termasuklah Mandarin yang tak pernah belajar tu ^_^

      Delete
  11. Tidur pun cute..lagi2 yang gambar no 2 tu..macam tengah mimpi kegeraman je..ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak angkat tangan gulung rambut, cam tulah dia tidur. Kalau tengok anak-anak tidur ni tenang je rasa hatikan, Diana ^__^

      Delete
  12. muka tak byk beza bila dah besar yer..
    ermmm cuti sekolah nnti apa rancangan kak?? holiday ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kecil dulu rambutnya curly. Tapi akak rasa macam Adik dah sedikit chubby bila berambut pendek nih.

      Delete
  13. Suka tgk adik cute yg baby tu......kalau suh main memang habis mak kerjakan tau.....geget geget kasi nangis....
    Kira time tu awak tgh siput ataslah tu yeh..... berstoking.....berparam berbengkung.....hihi siksa yek dlm pantang!
    Tapi kalau suh beranak memang tidaklah.....tak sanggup dah nak layan sakit demam depa menjelang besar tu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan cepu platinum - adakah MakJilap teringin berbaby lagi? Huahaha.... Apa salahnya Mak. Selagi kilang boleh beroperasi, boleh je produce baby. Keh3x.

      Pandai pun OKje meneka. Memang tengah sopan berkain batik, duduk bersipuh sambil menonton sinetron indon yang beratus-ratus episod. Hihihi....

      Delete
  14. saya pelik tgk baby tidur kedua belah tangan mesti ke atas . maka mencubalah apalah bestnya tido camtu ... heh heh heh . gambar no 2 tu senyum ke ketawa . apalah yg dia mimpi agaknya sampai blh jadi lagu tu ... cute sungguh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah cuba buat gaya gitu, Vee. Tengah malam tersedar lenguh dua belah tangan ^_^

      Adik ni masa kecil baya tu selalu tidur ketap mulut pastu ketawalah, senyum sengih sorang-soranglah. Tak tahu nak klasifikasikan sebagai comel ke atau seram sejuk. Hahaha...

      Delete
  15. Replies
    1. Ini mesti nak komen entri pasal melayan anak-anak tu ke, Hana? Takpa, takpa. Anyway, thanks sudi singgah ^_^

      Delete
  16. waa glam adik..model gitu....hencem sangat la adik ni tau...pipi tembam tu yang geram nak cubit tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pipi Mommy tak mahu cubit ke, Lizz? Alah, asyik nak cubit pipi Adik Cute je. Cubalah cakap nak cubit pipi Mommy, haruslah keluar blog. Huahaha....

      Delete
  17. hihi..kiut sgt2...
    photoshoot ape tu MD
    jd model ye...

    **lya pon ade wak entri pic asya tidur ni.. dh scheduled kan.. kebetulan plok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Photoshoot tu entah bila keluarnya, Lya ...

      Oh, ya ke? Nanti boleh kita tengok aksi si Asya pulak tidur macamana. Sopan ke tidak. Hahaha...

      Delete
  18. adik kiut buat style rambut lagu mana pun hensem..haruslah puji bakal menantu.haha

    Aiman dh mula exam kafa..exam subjek teras sek keb 2 nov nti baru start.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, asal bakal menantu, gambar korek hidung pun tetap handsomekan PK. Beranilah besan nak kata tak handsome, harus putus ikatan yang belum ada. Huahahah....

      Lambatnya Aiman punya final exam. Si Abang dah goyang kaki, goyang pinggul je kat rumah sekarang...

      Delete
  19. Comey nyer cara tido adik...anak2 kecik kalu tido kadang sayu kita tengok kan...
    Suci jer...nak pulak sebelum tido kene marah...rasa menyesal pulak rasanyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suci bersih je muka anak-anak ni kalau kita perhatikan mereka sedang tidur. Hati yang gundah gulana dek masalah alam sekitar pun jadi tenang jekan, Bunda ^_^

      Hihihi...yang itu pun saya selalu juga rasa. Kalau anak tertidur lepas kena marah dan kita tak sempat pujuk, memang rasa kalau boleh nak pusing je jarum jam tu sehari lebih awal. Nak ulang tayang semula dan betulkan situasi yang tak best tu :D

      Delete
  20. Alahai comel je semua gambar adik tengah tdo ni. Rajinnya MD snap gambar tidur dari kecil hingga adik dah besar.. saya jarang nak tangkap eh bukan jarang, kalau ada pun baru sekeping dua. Apa taknya, kalau anak tdo maknya ni terusla rasa merdeka.. takut nak bisibg2 takut depa cepat bangun..

    Memang comel kenalah kata anak2 comelkan? Haha.. tak kisahla.. masa kecil2 ornag kata takleh puji baby comel, sebaliknya cakap buruk, saya mmg tak ikut pun. Sambil cium anak saya asyik cakap, comelnya anak mama ni. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak gambar mereka ni saya simpan. Rasa memang nak buat photobooklah, AN. Takut sangat kalau terhilang. Momen-momen indah ni memang sayang nak dilupakan begitu je. Sejak ada he-ho canggih saya dah start ambil gambar anak-anak ni. Dulu pakai kamera je, AN mana sempat ^_^

      Ish, anak kita haruslah comel. Ya tak, AN? Kalau anak kita tak comel. anak orang lain pun tak nampak comel di mata kita. Hahaha...

      Delete
  21. alo-alo, tomeynya muka menantu to be
    geram dok nengok pipi gebu tu...hehe
    kejab aje dah besa ye, esok tahu-tahu nak kahwin aje....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip, jangan sentuh-sentuh sebelum masuk meminang (Eh, zaman sekarang siapa yang kena masuk meminang ek? Maklumlah I is no pengalaman gitu ^_^)

      Nah, tu dia mak mentua Kasim Selamat dah menunjukkan taringnya. Ada berani nak bagi anak dara tak cukup umur? Hehehe...

      Errr, dah jauh tersasar! Eh, comelnya Adik? Asyik puji Adik je, pujilah Abang juga...

      Delete

Post a Comment