Setahun sudah ....


Salam Selasa buat semua!

Sekejap benar masa berlalu. Hari ni dah masuk bulan Julai, bermakna setengah tahun pertama 2014 telah ditinggalkan di belakang. Merenung kembali, apalah agaknya janji-janji manis yang dibuat pada awal tahun dahulu telah terlaksana. Serius, sebelah tangan pun masih tak cukup *keluh-kesah sikit punya panjang*

Kalau 1 Ramadhan yang lalu, tuan empunya blog menyambut hari lahir yang entah keberapa agaknya, hari ini pula merupakan hari ulang tahun pertama MD berblogging. Berjaya jugalah membebel berjela-jela sepanjang setahun yang lalu.  Namun apa yang dapat dikongsi demi kebaikan kawan-kawan, kurang pasti pulak *__*

Thank you Mr Google for the logo

Seperti yang diketahui, memang kalau menulis I lebih suka 'berjenaka'. Cerita-cerita pun menjurus kepada permata hati di rumah. Itulah sahaja kegembiraan hati ni yang ingin dikongsi bersama ceritanya. Suka tak suka, belakang cerita. Kalau nak diikutkan kesukaan setiap pembaca, kenalah I menumpang tulis di blog masing-masing ikut tajuk yang dikhaskan *__*

Sangat tak sesuai pulak rasa kalau selalu bertenggek, berumahtangga di rumah orang. Soalannya, ada ke yang sudi memberi ruang? Hehehe ...

Masa mula-mula berblogging dulu, dari nama blog, header mahupun tagline, memang dah confirmed tahu apa yang dimahukan. Tapi yalah, bila mula menulis, ikut suka hati taram semacam aje apa yang ada dalam kepala. Yang tak patut dikongsi pun kadang-kala terkongsi sama ^__^ 

Sebenarnya I sendiri tak sangka banyak idea nak dicurahkan dalam blog. Setakat kisah my superheroes tu, memang tak akan habislah. Ada sahaja yang nak dikisahkan. Tapi, kenalah faham ... I bukannya nak menunjuk-nunjuk atau 'mempopularkan' anak-anak sendiri demi mendapat trafik yang baik. Pendekata, tak semua orang suka apa yang kita tulis walaupun kita sudi berkongsi cerita.

Alhamdulillah, setelah setahun berblogging, dapat juga berkenalan dengan insan-insan ohsem @ teman bloggers yang ada. Terpegun juga rasanya bila boleh berbual mesra melalui blog sebagai pengantara walaupun tidak pernah bersua muka. Kepada yang biasa bertandang ke mari, memang dah serius kenal keletah dan cara MD di alam maya. Harapnya tiada yang terasa hati dengan gaya penulisan MD.

Ingin juga sebenarnya bertemu empat mata dengan kenalan alam maya yang ada tapi ....

Adalah tapinya ....  ^__~

Kalau diikutkan kata hati, I sebenarnya dah planned sesuatu untuk berkongsi dua tarikh istimewa ini bersama rakan-rakan alam maya tetapi dek kerana keadaan semasa, semuanya jadi punah.  Mungkin bukan rezeki kawan-kawan tapi takpa, boleh aje dilakukan pada masa lain yang lebih sesuai. 

Sekali lagi, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan alam maya yang selalu singgah memberi sokongan, memperkenalkan pengalaman indah sebagai blogger yang membuatkan hati lebih gembira berblogging dan terasa dihargai *__*

Terima kasih semua, ya !


Comments

  1. Md kita plan g melancong rumah Hd nak? Md support..
    set..set..

    pst..Oh Md, kenapa rasa sayu plk bc entry ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Napa pulak sedih, PB? Tang mana yang sedihnya tu? Janganlah buat sampai I menangis tersedu-sedu. Hehehe ....

      Amboi, pantang kita buat plan, jauh ke depan plan you ya, PB. Nantilah I kena kira duit tiket berapa banyak nak tanggung, tak pun suruh you all tanggung sendiri ler, I bawa jek :)

      Doakan I jadi billionaire, semua kenalan alam maya yang rajin bertandang I bawa gi melawat Tashkent :D

      Delete
  2. Selamat ulang tahun pertama blogging lah ye MD..
    Akak dulu tiga tahun jadi silent reader.. dua kemudian akak setup utk blog.. best rupanya berblog ni kan..
    Kekawan maya semua best jer.. pastu rajin pulak meninggalkan jejak walaupun tah apa yg akak colotehkan tu..

    Setuju gak dengan cadangan petak bunga tu .. set set ehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, CH. Memang tak dinafikan, best untuk jiwa raga bila dah berblogging nih. Ramai kawan-kawan alam maya yang tak pernah kenal sanggup sokong kita dan mesra belaka rupanya.

      Aha, yang itu nanti saya korek tabung duit syiling yek!

      Delete
  3. memang pun..awal2 ada blog mesti tak tahu nak tulis apa..tapi makin lama kita tau dah apa cerita yang boleh kita kongsikan dengan orang lain...tak semestinya tulis benda2 yang berinfo je..yang ringan2 dan cerita kosong pun orang layan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula tu walaupun dah tahu blog berkisar tentang apa, still juga nak menulis meracau-racau takda hala tuju. Sekarang pun takda hala tuju juga tapi dah okeylah, tahulah apa hendaknya :)

      Delete
  4. kejap jer dah setahun yer.. semoga selepas ni byk celoteh yg best untuk rakan alam maya ni..
    lepas ni lagi lah byk entry.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni masih tak kering idea dalam kepala ni, Lyn. Cuma nak tengok mood kerja merundum ke tidak. Kalau mood tu takda, susahlah sikit nak menulis. Takut pulak tercerita yang bukan-bukan dek kerana nafsu marah tak tentu pasal :)

      Delete
  5. Alhamdulillah, Tahniah MD dan Selamat Ulangtahun untuk Blog Mummydearie.

    P/s : Nanti check emel MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ema. Saya dah replied email semalam jugak :)

      Delete
  6. tahniah MD..dah setahun usia blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mar. Sekejap je kan masa berlalu, langsung tak terasa.

      Delete
  7. Sama sama kasih MD..tahniah..dah stahun..acik tidak pernah jemu baca dan tengok gambar/keletah superheroes MD yang comel tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak, Acik kerana selalu beri sokongan dan datang berkunjung ke blog MD yang tak seberapa ni.

      Delete
  8. Cepat jer masa berlalu...dah setahun yer...Lepas ni harap MD lebih serius lagi dalam penulisan blog...

    Tak kira lah apa cerita yang kita tulis yang pasti ia original dari kisah kehidupan kita seharian....

    Selamat Ulang Tahun Blog MD dan Selamat Berbuka....semoga terus maju jaya...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harapnya begitulah, Bunda. Setakat ni memang mood teruja je bila nak menulis entri :)

      Terima kasih, Bunda !

      Delete
  9. Selamat harijadi juga kepada tuan empunya blog.... :)

    ReplyDelete
  10. wah , dah anniversary rupanya . tahniah MD . QV anggap blog ni sebuah ekspresi diri . ada cerita yg kita tak blh nak share saja2 dgn org sekeliling tapi kita blh luahkan di sini dgn bebas sbb kita x perlu tgk reaksi memek muka org ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) Memang betul tu, Vee. Apa yang kita tak terluah di alam nyata, boleh saja berkeluh-kesah di sini dengan syarat jangan over-overlah pulak kan ...

      Delete
  11. Wow..pok pek pok pek, dah setahun dan membebel kan blog kan..Hihihi..untung masih ingat spesel date lahirnya blog ni. Mak ni?? Hahaha..lupa sudaaaaaaaaaa..bulan mei kot? ke tak? ke..eh tah le. Tp yg pastinya masa piala dunia sblum ni pun mak dah menulis. So, dah lama kowt. 4-5 tahun dulu agaknya.

    Happy blogging beb!! Memang seronok buat kawan kat alam maya thru blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni, janganlah reveal mak dah tua sampai lupa banyak tarikh istimewa :)

      Yalah, mak. Sekejap jek dah setahun. Tak terasa pun penat potpetpotpet kat blog sampai naik muntah orang dok nak menghabiskan cerita :)

      Delete
  12. Sebenarnya semalam dah baca entri ni....tapi mcm biasalah dah katanya jiran sebelah,idekat je pun ....pergi mari, pergi mari pun tak pe janji tingkap terbukak haha......
    Eleh sajalah tu kan nak suruh ucap 2 kali...hehe
    Okje pun rasa apa yg OKje tulis ni langsung tak de perkongsian yg dpt dimanfaatkan.....tp belasah ajelah hehe....
    Eh OKje suka apa baca cite gitu gitu....cite yg tak beratkan kepala otak...cite sempoi sempoi....ringan sikit kepala....
    Beb..... niat tu teruskan..... Tak baik ditunda tunda.....alah kita bukannya jauh.... boleh jer set time jumpa kat AEON Balakong....hehe tu, dah tu je yg mak terer jalan hehe ......AEON BMC lagi terer....keh keh.... Time lelaki lelaki tak ada lagi senang....hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paham-paham, OKje. Maklumlah jiran sebelah rumah, ikut suka hati je bila nak datang :) Eh, mana ada? Hari Ahad, harijadi kita. Semalam, harijadi blog kita. Kan tak sama tu, kenalah ucap 18kali sampai kita suruh stop buat ucapan. Hahaha ....

      Alah, OKje... sekarang ni saya tak peduli traffik light merah, kuning ataupun hijau...yang penting saya tulis apa saya nak. At least, jiran sebelah rumah kan ada nak tolong ketawa, gelak-gelak sambil check bahasa. Takdalah syok sendiri macam mula-mula dulu. Eh, siapa ek cakap kita syok sendiri dulu-dulu tu? Macam nak cari jek orang tu suruh minta maaf sebelum raya ni. Keh3x...

      Niat apa? Niat apa? Main serkap jarang jek... Kalau berpuluh gambar MD keluar kat blog, for surelah tak terlintas nak jumpa. Calling-calling pun dah cukupkan... Balakong ke, BMC ke, even Tesco kat Kajang tu pun ah kak memang expert. Tapi tulah, tulah...tulah, ada banyak tapinya :)

      Delete
  13. Assalamualaikum..

    Wahhhh dah setahun akk ekk...mmg xsedar pn masa berlalu yg rupenye dh setahun...haaaaa cantik plan tu kalo kite set date jumpe...hahah best2 tuh..

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Kejapkan masa berlalu. Kalau baby baru lahir, dah setahun dah sekarang ni :)

      Amboi, nak ajak dating je. Kalau akak keluar rupa bentuk muka bumi MD kat sini, tentulah tak terfikir nak jumpa yek :)

      Delete
  14. Birthday blog rupanya.... mcm tak caya baru setahun MD berblog... cara cerita tu mcm dah lama menulis...
    Itu la kan, bila dah ada blog semua cerita main taram aje... semau benda nak cerita... tapi cerita anak2 tetap no 1... lantak la orang nak boring ke tidak... itu lebih baik dari kita duk cerita kisah orang... opps!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Register kat blogspot dah lama dengan nama lain tapi mula menulis under Mummydearie ni sejak Julai tahun lepas. Saja lepas birthday last year, azam nak berblogging pulak :)

      Betul tu, Nur. Semua pun nak tulis masuk blog tapi apa kisahkan, blog kita sendiri. Kita tulislah apa nak tapi kalau orang tak baca, janganlah melalak pulak. Hahaha ...

      Delete
  15. Tahniah dulu dari kakak buat My Little Amazing World. Your amazing bukan kakaklah maksudnya kang ada yg salah sangka pulak hihi..

    Memang bila berblog akan rasa indah dan seronok cuma sesekali ada kekangan masa macam aduhai tergendalalah jadinya.

    Apa pun tahniah sekali lagi dan terima kasih juga dari kakak sudi menjadi teman alam maya. Mana tahu bertemu tapi sama-sama tak kenal hahaha... kalau jumpa dua hero MD kakak boleh kenal punya..

    Selamat berpuasa dari kakak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kakzakie. Itulah tak sangka boleh berceloteh tak berhenti-henti sejak Julai tahun lepas :) Lebih terasa bersemangat bila ada sokongan dari kawan-kawan alam maya yang tak pernah bersua muka macam kakak juga.

      Hajat nak low profile macam akak tapi semua dok merenung superheroes Mommy nih, memang kalau ternampak kenallah kan mana satu MD nih :)

      Delete
    2. Kenal sangatttt....lainlah satu family tu pakai furdahlah...furdahlah...hehe

      Delete
    3. Awat yang excited sangat nak jumpa MD ni OKje... takdalah comel dan awet muda macam awak tu :)

      Delete
    4. Eh...sapa yg excited nak jumpa ni.... naik jemu dah ni duk jadi jiran sebelah hehe

      Delete
  16. happy 1st anniversary berblogging MD..kerana adanya My Little Amazing World tu le saya leh kenal MD, abang dan adik cun di alam maya. In sha Allah...moga kita dapat bersua empat mata no...
    All the best dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Anim. Betullah kan, kalau ikutkan senegeri, hampir sebandar je pun. Kalau tak kerana blog, tentulah kita tak kenal satu sama lain. Itu yang indahnya ....

      Insya Allah, ada rezeki bertemu jua :)

      Delete
  17. Alhamdulillah... Keep blogging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga berkekalan minat ni hendaknya. Terima kasih :)

      Delete
  18. Macam baru je baca satu entry MD yang cakap baru 5 bulan berblog, ini dah 7 bulan lagi berlalu ya?menunjukkan masa berblog kita ni sangat seronok kan. Tahniah MD. Saya pun sama dulu, menjelabg setahun baru saya rasa saya menulis ok. Sebelum tu suka hati je menulis, itu yang banyak delete entry lama..

    Dah banyak kelainan blog ni sejak 7 bulan lalu.. bagus kan. Menjelang 2 tahun lagilah canggih jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih buat AN juga kerana selalu singgah sini. Tanpa teman-teman alam maya semua, siapalah saya. Memang syok sendiri memanjang :) Eh, mengalahkan artis pulak komennya !

      Saya tak terfikir lagi nak delete entri lama-lama tapi bila baca semula memang rasa cam nak gelak pun ada sambil dalam hati berkata - Aku ni menulis untuk bacaan diri sendiri ke?

      Hahaha ..

      Delete
  19. rasa cam sayujer baca entrini.. memang banyak kenangan yang terakam di blog kitani.. akakpun kalau baca2 balik.. ooo der yerk.. sebab otak ni kadang2 lupakna.. syukur punya blog kerana di blog ini kita punya kawan yang rupa2nya baik2 hati belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, Cho... ni yang pelik. PB pun kata sama. Apanya yang sayu? Macam bila sebut ulang tahun pertama tu macam mengenangkan umur anak yang semakin meningkat ya? Sejak ada blog ni memang suka betullah nak up semua benda dalam kepala masuk blog. Hahaha....

      Delete
  20. sama sama kasih MD..
    betul tu.. bukan snng nak puaskan hti smua pihak. yang pnting blog kita, idea kita. tak copy paste org punya kan.hikhik.

    berblog juga dpt tenangkan fikiran saya bila baca dan dpt komen positif dr rakan alam maya. jadi bersemngt.

    hari tu mommy ada ke singgah aeon big wangsa maju? saya lalu je sabtu tu, skali tgk mak aii, beratur kereta nak masuk parking.. maka berlalu aje la. tak snaggup nak bersesak kat dlm tu. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ciksu. Bila rakan-rakan bagi support dengan mengomen sama, memang suka betul hati. Rasa indah je dunia blog nih ....

      Anak saya dua-dua demam minggu tu, so tak dapatlah ke sana. Tapi saya ada gak gi hari Jumaat sebelumnya. Meninjau-ninjau mana yang patut :D

      Delete

Post a Comment