Resepi kopipes Makaroni Bakar

Salam sayang kawan-kawan!

Hai, entah mengapalah sekarang ni suka betul sengih seorang diri *__* 

Pucuk dicita ulam mendatang, shawl diorder, kasut yang datang ....

La La La .... (Eh, sumbang pulak suara pagi-pagi ni belum pekena teh tarik!)

By the highway, jawapan tekaan semalam  semuanya SALAH! Macam ni lah kalau ikut logik akal. Bila kita dah tanamkan satu fakta/kepercayaan dalam kepala berkali-kali, tak kira apa pun orang kata, kita tetap mempercayai fakta tersebut. Yang lain-lain kenalah tanya pakar sebab MD tak habis belajar nak jadi surgeon dulu ...

Kepada yang pening lalat tak faham apa yang MD potpetkan ini, yang banyak berbelanja kat Giant semalam adalah my eldest sister. Barang dibeli besar-besar. Barang MD banyak gak tapi comel-comel semuanya boleh sumbat semua dalam beg IKEA (tapi kalau kira jumlah barang keseluruhan sepanjang hari, memanglah MD menang dengan penuh gaya sopan gitu ...) So, hadiah misteri remains misteri selamanya. Huahaha.... 

Oh, ya! Lupa pulak tajuk hari ni. Sebelum terkeluar tajuk sekali lagi, percayalah dengan sepenuh jiwa raga, yang ini adalah entri lecepi (baca : resepi) kopipes ~_^
(Sejak bila pulak dia ni pelat ...)

Semasa berkunjung ke rumah adik ni semalam, nampak dia berkongsi resepi. Ini tak tahulah buat ke berapa kali I dah baca pasal resepi yang sama  tetapi semalam dengan penuh keterujaan I nak mencuba resepi adik ni ...

Aunty (alahai....) terus pergi Aeon Big balik kerja semalam untuk beli kesemua barang yang perlu walaupun bila sampai rumah rupanya 80% barang yang diperlukan dah ada dalam stok Wait seminit! Budak ni baru 15 tahun tau so dengan penuh keterpaksaan kenalah guna pangkat 'Aunty', ya PB ... (betul tak Umminya?) 

Ok, ok, I tahulah I dah mengomel panjang tapi resepi tak sampai lagi .... 

Inilah dia resepinya 'Makaroni Bakar' versi Angah (si Angah ni anak kedua kepada kawan-tolong-kita-cepat-kaya Kesuma Angsana ya ...)  

So Ummi tolong beritahu kat Angah, Aunty nak kopipes resepinya sebab Angah sibuk kat sekolah kan *___*

MACARONI BAKAR VERSI PEARLVELVET

Bahan-bahan

400g macaroni
250g daging cincang
3-4 biji telur dibelasah dipukul hingga kembang 
2-3 biji cili benggala merah atau hijau
1 peket sosej daging
2 labu bawang besar
4-5 biji cendawan butang
1 tin Carbonara cap Campbell atau 1 tin susu cair
1 tin sos Prego cap Campbell 
Sedikit keju parut
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa anak tekak

Cara memasak 
(Ada 2 cara Angah ni bagi -cara penuh kompleks dan cara malas. MD buat cara penuh kompleks lah nak bagi ketiak berpeluh ...)

1. Rebus makaroni hingga empuk dan toskan
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau
3. Masukkan daging cincang dan sosej yang telah dipotong
4. Kacau rata hingga semuanya masak
5. Masukkan cendawan terbuntang mata butang dan cili Benggala
6. Masukkan carbonara cendawan cap Campbell dan sos prego
7. Letak garam kalau suka (gula juga kalau maulah adik manis ...)
8. Masukkan makaroni dan kacau hingga mendidih
9. Tuang ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minyak
10. Tuangkan telur dan tabur keju
11. Bakar selama 40 minit pada suhu 180 darjah Celcius

Lepas tu silalah menjamu selera ....

Sebelum dibakar, yang ni kita sukalah, Angah!
Selepas dibakar selama 40 minit


Soalan please!

MD tak menderhaka pada resepi ke?

Oh, ada....

1. Our family kecuali makpaknya tak suka bawang so MD guna satu aje racik halus-halus lagi jangan sampai Abang boleh detect ada bawang dalam menunya. 

2. We suka cendawan so we letaklah satu tin  terus (nak tau jenama juga ke?) 

3. Cili Teluk Benggala tak cantiklah kat Aeon Big, kat rumah pun elek. So MD guna lada hidup aje...opppsss....cili merah ya ...

4. HD suka sos prego tapi kita bertiga tak suka, so kita letak beberapa sudu aje.

Kritikan membina daripada one and only big judge di rumah aka HD

Well, I rasa kalau you tak bakar lagi best. Nasib baik seloyang aje you bakarkan...the rest tu simpan nanti I wallop kasi habis coz I sekarang tengah diet nasi

Overall punya kesimpulan

Kami suami isteri berpendapat yang makaroni kalau tak dibakar lagi best marbeles rasanya. Kami suka telur tapi rasa telur telah membuatkan kami rasa muak sungguh dengan makaroni bakar ini. Apa-apa pun, resepi Angah ni memang best.

Sekian, dari dapur tukang masak bergaya, tung, tung, tung (hah, siap ada bunyi senduk lagi)  *___* Camna PK, kalah mati tak kali ni? Huahahaha.... 

Alahai senangnya hati hari nih...













Comments

  1. acik memang tak pernah cuba yang bakar dan sup..macaroni acik.goreng je..baru habis dimakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru settledkan baki makaroni yang tak terbakar semalam. Sedap pulak...Duh sendiri buat sendiri ngaku sedap :)

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Kak!!! terliur tgk tp sofia mmg xle nk buat kan..akk buat kan blh?nnt post kat sofia hehehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Dah tahu dah. Lagi-lagi kalau stress, makpak tak datang menjenguk, tgh dok tengok cerita Korea, memang takdalah dia nak memasak. Meh bagi alamat siap...nanti akak hantar lepas sepurnama bila akak buat lagi :)

      Delete
  3. Hai kita pun senyum gak la...almak tak sempat nak teka semalam membizi...
    ni yang lapo nih...erm sedapnyer...tangkap leleh kalo gini..
    siap ada kesimulan tu yang tak menahan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...awak beli apa tu... ^__^

      Kan dah kata kalau MD buat entri resepi memang nangis-nangis nak baca :) Ini tahap Iron Chef buat resepi kopipes memang ginilah gayanya Lizz!

      Delete
  4. Bila dah buat sekali tahu mana perlu di alter senang. Lain kali buat jgn bakar dan jgn letak telur..

    Apa pun kakak tengok sungguh menggoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan, kak. Walaupun suka aje kat telur tapi saya rasa muak sungguh. HD kata sedap memanjang, bakar ke tak bakar. Tapi tekak saya yang minat cheese ni pun tak menahan muaknya. Part yang tak dibakar tu memang marbeleslah :)

      Delete
  5. ok serious terliur.. tapi i olsss tgh diet kan..
    so tahannnnnnnn2 nafsu ni hah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, nyampahnya dengar! Nak diet apa lagi kalau dah berat 50kg pun tak sampai nih? Itu menyiksa body namanya Lyn :) (Tahap jealous yang tak dapat dikawal kerana tak mampu berdiet ...)

      Mehlah akak nak belanja resepi kopipes ni...tak mahu ke? Kedai buka sampai esok je. Lepas tu no more invitation :)

      Delete
  6. tapi nampak sedap jek..apa pun saya nak cuba..tapi buat sikit je la sebab dalam umah ni saya sorang je kot yang suka benda2 gini..anak2 ni cerewet bab makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut resepi ni Diana memang penuh satu kuali. Dapatlah satu loyang 8 inch + 2 bekas tupperware empat segi tepat :) Redha ajelah lakibini kena menghabiskan dah anak-anak semuanya nak main cium bau, soal jawab pun byk sangat tanya apa ingredientnya!

      Delete
  7. hahaha... dah cuba ker.. mesti Angah suka ni... (sebab KA dah call bagi tau dier).. Lupa nak pesan sebenarnya Angah kata dier, kadang2 buat with or without egg dier kata.. ikut selera tekak msg2 ler ! Tapi Angah pun suka without egg sebenarnyer..... neway KA clik2 nuffnang sini yer kasi cepat kaya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis pun, KA. Last sekali bawa bekal ke pejabat semalam. Sukalah resepi Angah ni memang sedap, tapi yang tak payah bakar tu lagi sedap saya rasa. Next time kalau nak buat lagi, saya tak mahu bubuh telurlah pastu nak deco-deco dgn lada teluk benggala merah/hijau/kuning lagi kasi meriah warna-warni gitu.

      Delete
  8. md serius la saya x pernah masak atau makan makaroni lagi.hahaha.
    teringin nk mmbuatnya tapi entah tahun bila la nak mencubanya... hihihi

    oh ya pasai PPL tu ialah pusat pos laju :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pusat Pos Laju rupanya...kesiannya saya nih tak tahu pun :)
      Western food ni memang kegemaran MD/HD so kita no hal sesekali berwestern :)

      Delete
  9. Lams tak buat rona roni makaroni ni tau Potamayo....mak jilap suka gak benda ni tp tulah pak jilapnya kurang suka....tp apa kira kalau mak dah teringin hehe....
    Okje buat bila dah letak prego tu okje buh kari jugak sedap weyh....tp awak tak suka sos tu yeh ....tak boleh buat apalah...ganti je ngan mayo le kalau cenggitu....tak pun tambah kentang hehe....
    Rajin angah ni...walau umur 15 tahun dah pandai masak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Julap ke Pak Jilap :)

      Cuba mak tengok...kalau tak derhaka tinggi menggunung sure tak rentung mak...Mak cubalah pakai pemanggang ajaib mak tu...bilalah nak keluar resepi guna PA ni mak oooi....

      Kita sos prego traditional tu tak suka sangat....tapi kalau mayo ke, cheese ke, kita pejam mata tabur tanpa peduli-lantak-pi kalorinya :)

      Ha'ahlah...lupa nak deco ngan kentang...bako dulu kentangnya pastu buat ala-ala bento Jepun pastu taburrrr....sure marbeles...barulah boleh menang ngan Angah...

      Itulah OKje....orang kecik2 dah belajar masak, kita ni dah kahwin baru teringat nak belajar...nyesal pulak *lap-lap hingus kat lengan baju kurung*

      Delete
  10. Cer cite....AEON BIG mana ni? Hussein Onn ke....nak sekodenglah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kita biasa jek gi AEON Balakong, Bukit Mahkota mahupun AEON Big kat Hussein Onn...napa OKje tak pernah nampak kita.....

      Huhuhu......chak!

      Delete
    2. Ye ke.....nape tak pernah terserempak yek......kalau gitu nsnti kita date nak ......kat AEON BMC le senang hehe

      Delete
    3. Bersabarlah wahai OKje...Bila kita mampu diet tanpa nasi nanti kita bertemu 4 mata ya...dekat aje Aeon BMC ni...kacang ler kalau nak suruh kita gi :)

      Delete
  11. Suka jgk. Tp entah bila la nak buat pn x tau la. Bdk2 ni bab mkn kdg2 unpredictable skt. Kdg2 mkn. Kdg2 x. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya setuju. Selalunya kita aje excited try resepi bagai, lepas tu kita lakibini kena habiskan...Budak-budak ni banyak manalah boleh masuk mulut mereka ....makan pun memilih!

      Delete
  12. MD angah kirim salam,kalau sudi baca n3 dier ni yer......http://pearlvelvet.blogspot.com/2014/04/terima-kasih-aunty-mummydearie.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Angah! Hahaha...dah siap baca dan komen, KA! La, Angah ni....saja aje nak mencuba dan tempek buat entri kat sini, takdalah mengharap balasan :) Apa-apa pun terima kasih sekali lagi pada Angah ya sebab 'memperkenalkan' resepi mudah dan marbeles ni. KA dok kata anak-anak suka sangat masakan Angah ni, tu yang nak cuba. Malulah budak 15 tahun boleh buat kita mak budak tak leh buat nanti :)

      Delete
  13. owh dah buat rupanya . QV baca entry ni kemudian ...heheheee ... makaroni saya lbh suka campurkan di dalam sup ayam ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah cuba makaroni sup lagi. Nanti bila nak tukar selera kenalah mencuba juga.

      Delete
  14. Saya suka buat makaroni bakar. Biarlah kalau saya buat sellaunya suami makan macam takleh telan je..saya buat lagi. Nampak macam banyak saya bawa ke sekolah, bagi kawan2 habiskan.. haha.. bukan tanda tak sedap.. sedap juga tau..resepi Angan ni dah nak sama dengan saya cuba juga. Tapi kalau time xcukup bahan, saya campak je apa yang ada.. itu yang saya sorang je makan.. hihi. Syoknya KA..anak remaja dah pandai masak.

    Nak juga ada anak rajin masak.. mak boleh la jadi mem je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah nampak dalam blog AN rasanya makaroni bakar ni. Tapi sebelum ni memang saya selalunya goreng aje. Ini pun saya buat si Abang tak mahu makan, ada itulah, ada inilah... Adik takpa tak banyak soal lagi ada apa dalam menu tu... :)
      Nampaknya buat masa ini, takdalah harapan kita nak tengok anak perempuan memasak di dapur... AN maybelah mana tahu akan datang...saya ni kena tunggu menantu masuk rumah ler, baru best dapat buli kalau nak makan apa-apa. Itupun kalau pandai masak ler ...

      Delete
  15. haaa,, macaroni terbakor ni i belum penah try. kalo bakor pun confirm la guna pemanggang ajaib jugeks ni. dah itu je reta yg i hade. kehkeh. patut la keluar entry nama dia sebesar2 alam kat blog angah. rupa2nya md dah up nama dia banyak kali dlm entry ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunalah reta yang ada tu sebaik mungkin. Kalau letak aje tak guna pun membazir. Bukan boleh nak diwariskan pada Luth, errr... tapi boleh aje untuk bini nyer...keh3x.

      Cubalah Lyd, manalah tahu tak terbako langsung makaroninya...

      Itulah orang dah ucap terimakasih terpaksalah kita balas balik dengan entri panjang lebo... tak biasa lagi ke :D

      Delete
  16. eh, lupa nak bitau. dah klik nuffnang iklan nissan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sayu rasa hati mendengarnya. Terima kasih banyak ye sebab teringin sangat nak naik ducati veyron nih....

      Kita buat yang sama bila pergi rumah awak ya!

      Delete
  17. saya dah catat semua bahan. 2 abdul saya memang suka tapi tak cukup masa nak buat...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap aje ANIM. Mula-mula tu beriyalah nak tengok resepi. Dah separuh jalan, eh bukan main excited main campak baling aje ngalahkan Iron Chef :)

      Delete
  18. wah namaku diseru..soryla terlewat mengomen..kalah mati jugaklah.muahaha..sbb sy takpernah buat makaron bakar kan..MD menang penuh bergaya!haha..

    klu tak bkar lg sedap ye..klu muak maknanya tak payah letak telur la kan..sy ada sekali tu nk buat dah,tp cari makaroni takde tanda halal,ragu2 nk beli terus cancel..smp skang tak smp lagi seru nak buat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak kalah mati. Kita takda pembantu nak melerakkan dapur :) Mestilah dengan penuh bergaya kita memasak makaroni bakar nih...

      Jangan letak telur, tak payah bakar. Lagi best, PK. Lagipun itu saya rasa macam marbeles gila. Siap bertambah pinggan dek keenakan masakan sendiri. Huahaha ....

      Delete
  19. samaler kitapun suka yang tak dibako.. haritu pun tersilap buat cam kering sikit lagiler tak sedap... tapi mungkin dicuba resipi yang ini lebih sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan bako, Cho. Membantu pencemaran udara ni bukan bagus sangat :) Lagipun jimat tenaga kalau tak dibakar. Lagi marbeles ohsem rasanya gitu...

      Delete

Post a Comment