Friday, February 28, 2014

Rindunya saat itu ...

Oh, suka hati dia aje ye nak kata orang perasan! Mulai saat ini tak mahu dah kata rindu kat awak lagi. Kita cuma nak merindui teman-teman sejati aje macam yang ini, ini dan ini mahupun yang selalu bersekongkol untuk kita cepat kaya tau! Awak cemburu ke? Nasib awaklah ye...sapa suruh quote nama kita dalam entri khas untuk orang lain? Nyampahs kita tau @_@

Ok, oklah, meh balik ke tajuk asal! Meh kita pulang ke pangkal jalan ...

Superheroes buah hati pengarang jantung yang di rumah tu (tidak termasuk superhero besar ye...) walaupun baru berumur 8 dan 3 tahun memasing, Mommynya asyiklah tercengeng bila mengenangkan nasib tatkala mereka dewasa nanti. I know, I know... lama lagi masa tu. Tapi la ni I asyiklah memikirkan betapa sedihnya hati ini bila anak-anak dah besar panjang. Takdalah dapat nak peluk cium, hugs  ikut suka hati aje. For sure mereka malu. Apatah lagi anak-anak lelaki. Dah besar sikit nanti, mestilah nak control macho macam Daddy, kan...

Ini kira flashback kisah keletah mereka dulu-dulu ...


Kalau nak tahu si Abang ni sebenarnya memang keletah dan pot, pet, pot, pet tak berhenti sejak pandai bercakap. Ikut siapa? Of courselah, siapa lagi.... Kalau betul tekaan, nah muah haha 18kali I bagi ~_^ Itu ajelah yang mampu!

Si Bubbly Abang masa umur 4 tahun dah dibawa pergi main bowling. Yalah kalau tengok badan macam dah sekolah Tahun 1 masa tu. Dia ni kalau main memang nak lane sensorang aje. Kena letak palang tepi supaya bola bowling tak jatuh tergolek. Of course, dia memang happy. Pesaing semuanya belia-belia negara tau. Kalau suruh pilih bola bowling pun aduhai bukan main... yang paling berat yang dia nak baling kat atas lantai tu. Dia baling macam bowling center tu MommyDaddy yang punya. Berdentam-berdentum bola bowling tu hit lantai. I cuak gaklah... mana tau retak seribu kang lantainya....Melalak pulak Mommy kena bayar ganti rugi dan segala kos pembaikan.

Bubbly Abang ketika 4 tahun

Bubbly Abang ketika 5 tahun



Yang tak happy bila main bowling ni sudah tentulah Mommynya. Sebabnya - nak tunggu bola bowling tu sampai ke penghujung memang makan masa sikit punya lama! Boleh order makanan, makan, taking nap jap barulah bola sampai. Kalau nasib baik, semua pun jatuh tau! Smart sebenarnya anak Mommy nih!

Teringat masa World Cup dulu. Hubbydearie rajin juga tengok bola walaupun bukan peminat tegar orangnya. So, si Abang ni dah kerap dok dengar pasal bola, bola, bola. So one day, I asked him, tak mahu ke jadi pemain bola sepak terkenal?

Abang pun mulalah berfikir sejenak sambil sibuk main kereta-keretanya. Tetiba dijawabnya spontan gitu,

Tak naklah, Mommy! Abang don't want play football!

Kenapa sayang?

Sebab......... kalau dah jadi football player, dah masuk TV ..... camna Abang nak balik rumah jumpa Mommy??? Camna Abang nak keluar dari TV tu jumpa Mommy???

Oh, alahai.... sayang Mommy sangat-sangat nih! 

Sebelum si Abang teringin nak menghadiahkan Mommynya Ducati Veyron tu, Abang ada impian lain tau... Abang nak hadiahkan Mommy rumah banglo tiga tingkat siap ngan lif dalam rumah, swimming pool (untuk dia kuak lentang), gym (untuk Daddy) dan apa-apa aje yang Mommy nak dalam rumah banglo tu...

Masa tu umurnya baru 5 tahunlah.... Tetiba tak lama lepas tu Abang berubah fikiran. Nak tau apa sebabnya ...

Kenapa Abang tak jadi hadiahkan Mommy rumah banglo tiga tingkat?

Taknaklah, Mommy. Berat nak angkat! Camna nak hadiahkan kat Mommy???


Oh, alahai...berat ya! Kesian anak Mommy nak 'angkat' rumah tu nak hadiahkan kat Mommy, kan!

Dulu masa baru bercakap, Abang panggil Daddynya 'bapak' dek pengaruh anak-anak babysitter yang ramai tu. Padahal mereka panggil suami kepada babysitter 'Abah' tak tahulah siapa yang mengajar my son ber'bapak-bapak' ni. Apalagi kalau in public, memang Hubbydearie pecut marathon kalau sempat. Kalau tak sempat memang merah padam mukanya dipanggil 'bapak'. Yalah, sikit punya handsome bergetah gitu dengan muka ala-ala Pak Arab dipanggil bapak...kesian, kesian...kesian sungguh!

Tak ingat entah bila title bapak tu bertukar kepada Daddy. Masa kecil Abang suka menonton kartun di Astro tapi I set suara mesti in English. Dia langsung tak mahu cakap English. Parah hati MommyDaddy masa tu... Bila masuk aje tadika 5 tahun, terus pesan kat Mommy, 'Speak English with me!' walahwey.... 

Masuk 6 years old, kartunnya I tukarkan ke Bahasa Mandarin pulak mana yang dapat.... Gila meroyankan Mommynya nih!

Si Adik Cute baru mula nak bercakap sekarang ni. Yang ini memang lasak sejak dari dalam perut sampai la ni. Memang tak reti diam Adik nih. Sejak ambil 4D scan lagi, dia dah sengih posing-posing naked kasi nampak semua. So, kami tau bila nampak 'bird' - it's a boy again ~_^ Yang sebenarnya I memang tak kisah pun jantina anak - lelaki or perempuan for me ok aje janji anak-anak Mommy sihat.

Adik Cute memang masa lahir nampak macam 'baby girl'

Duduk dalam kotak macam dalam baby cot rasanya :)

Adik masa berumur 1  tahun 3 bulan

I dah beberapa kali nak ambil gambar si Adik ni bersolat. Tak dapat-dapat juga. Pantang kita tengok, dia stop. Kalau Abangnya solat, mulalah dia letak sejadah nak bersolat sama. Siap rapat pintu bilik tak mahu orang masuk 'mengacau'. Pastu memang adegan lucu sesaja dia buat sampai si Abang tak leh concentrate, siap mengekeh-ngekeh ketawa waktu solat! Kata Abang, ' Tak boleh tahanlah Mommy tengok Adik!' Aduh...Adik, boleh tak jangan kacau orang sembahyang! 

Pernah sekali kami tengah sembahyang suami isteri, si Adik slowly ambil satu lagi sejadah letak kat tepi katil, pakai kopiah Daddy dan solat ikut kami. Kita rukuk, dia pun rukuk. Kita sujud, dia sujud. Kita beri salam, dia beri salam juga sambil tengok siling sengih-sengih. Memang tak khusyuk sebenarnya I bersolat waktu tu....  

Adik ni memang ketara jelas dan nyata sayangkan Daddynya, ya..Bila Daddy keluar malam aje, mesti dia akan tanya, 'Daddy MA-NA?' (tak tahu macamana Adik boleh dapat loghat Utara nih...) Lepas 10 minit, tanya lagi, 'MA-NA Daddy?' Duh, geram Mommy dengar. I tanyalah kat Abang, kalau Mommy takda kat rumah pernah dia tanya tak? Jawapannya ... TIADA!

Sekarang ni kalau kita pegang aje handphone atau kamera, dia siap posing gila-gila. Tak dapatlah nak ambil gambar candid. Siap cakap lagi, "Ambil lagi!' Disuruhnya kita snap lagi photo dia 18kali! Melampaulah Adik ni.... gila glamor tau!

Adik memang protective mengalahkan si Abang. Kalau Mommy jerit kat Abang, Adik datang terpa Mommy sambil pukul-pukul Mommy. Maksudnya, 'Jangan nak marah Abang kita, boleh tak?' Tapi bila dia kena sakat dengan Abangnya, eh bukan main lagi dilepuk-lepuknya si Abang nih. Kalau I pukul Abang, mulalah Adik datang menyerang Mommy sambil pukul-pukul Mommy sambil menangis melalak kerana Abangnya dipukul. Muka geramnya kalau tengok aduhai...memang comel gila masa tu terus dua-dua selamat dari pukulan yang seterusnya @_@

Haiiii... rasa macam nak tulis semua dalam blog keletah mereka berdua ni. Yalah, bila dah besar nanti, for sure jadi kenangan terindah dalam hidup Mommy mereka nih. Kesian dan sedih pulak bila membaca kisah anak-anak yang tak ingat jasa, penat-lelah dan pengorbanan ibubapa nih.... 

Eh, eh...apa motif pulak nak bersedih ni? Esokkan hujung minggu. Bolehlah peluk cium dan main gomol-gomol dengan anak-anak lagi. Daddy pun boleh aje kalau nak ikut serta @_@

P.S. Maybe ada yang I pernah cerita before. Malas nak tengok entri lama. Kira dimaafkan ajelah kalau membaca berkali-kali cerita yang sama. Maklumlah Mommy pun dah tua, fikiran dah kurang sharp sekarang nih ~_^





















KLCC Park, kami datang!

Nampak gayanya memang cerita-cerita basi yang terpaksa dipersembahkan sepanjang minggu ni kot ....

Bukan takda idea tapi dah lama sangat rasanya gambar-gambar terperap. Makanya lebih afdal lagi kalau menyegerakan entrinya mana yang patut. I belum malas menulis lagi apatah lagi nak suruh mood menulis panjang ni kedaung perginya. Oh, no, no, no! Belum masanya I pencen menulis berjela-jela. Belum masanya janji ditepati @_@

Again, this 'event' terjadi ketika Mami masih di Malaysia, ya! Maklumlah entah mengapa MD sekeluarga sangat rajin menjejakkan kaki ke taman-taman sekitar Kuala Lumpur ni. Nak kata terpaksa, memang pun ^_^

Ceritanya sesudah Subuh, Hubbydearie buat pelawaan untuk breakfast di luar. Yalah, nak breakfast di KLCC katanya, nak bawa Mami makan di sana... So segeralah isteri mithali ni bangun bersiap. Menyiapkan anak-anak juga sambil menunggu Mami keluar bilik. Mami pulak lain ceritanya. Beliau bangun sebelum Subuh, lepas Solat dan membaca Al-Quran, Mami akan tidur sekejap sehingga pukul 8 lebih gitulah. 

So, kita pun standby kat sofa menunggu Mami. Nantikan nak kena peluk cium pipi kiri left and right... 

Tetiba Hubbydearie berkata-kata,

I' m not sure whether Mami wants to go or not. It depends on her kakilah!

Apa???  Pepandai Hubbydearie rupanya buat plan tanpa beritahu Mami dulu. Ini bukan sesekali berlaku, kerap sangat dah sejak Mami tinggal dengan kami!

Bila Mami buka pintu bilik dan adegan beri-salam-peluk-cium berakhir, Hubbydearie pun tanyalah. Rupanya kaki Mami sakit lagi so dia macam tak mahu pergi. Apa???? Tak mahu pergi??? Habis tu apa nasib I dan anak-anak? Memanglah tak tunjuk amarah. Nanti tak pasal-pasal kang kena hempuk dengan laki melawan perintah larangan Maminya @_@

Tapi akhirnya kami pergi juga dek kerana Mami fikir I yang plan nak breakfast di luar. Sebabnya, sepanjang di Malaysia ni memang Mami tahu menantunya yang suka sangat makan di luar.... Alahai, nama I juga yang kena!

Bila dah sampai ke KLCC, kita jalan-jalan dulu kat taman. Tengok air pancut yang cantik tu. Tengok gelagat orang berposing dan of courselah nak tengok taman KLCC ni. Again, I can't remember when was the last time I jejak kaki kat taman KLCC ni. Seingat I biasanya kalau cuti hujung minggu memang kami suami isteri sangat suka terlentang atas katil, sambung tidur. Nikmatnya ....


 
Sebenarnya I, hebat juga rasa gembiranya kalau breakfast di KLCC. Bukan ke mana pun, setakat nak makan di foodcourt aje. I memang suka makan seafood olio kat Pizza Milano. Tak kiralah pagi ke tidak, yang penting dapatlah merasa my favorite olio ni. Tapikan, mereka mula berniaga pukul 11.30 pagi. Dah kami datang awal around 10 pagi, memang kena merehatkan minda dan mengaktifkan segala sendi dalam tubuhlah nampaknya.



Mereka berempat no hal punya. Melihat keindahan KLCC di pagi hari tu indah belaka. Yang tak indah kena catwalk kat taman ni, of courselah I seorang sahaja @_@



 Lepas puas superheroes melenjan kat taman (nasib baik juga my sons tak nampak tempat mandi dan taman permainan kat situ, puas Mommy ni buat undercover gitu....) kami pun geraklah naik ke tingkat 2. Masa inilah kejadian yang tak diingini berlaku. Ingatkan semua dah lapar. Rupanya tidak. Tetiba Mami tak mahu makan. Hubbydearie tak mahu makan. Si Abang pulak ada ke nak makan ABC pepagi hari. Nak minta 100 Plus lagi sebab 'hausnya tekak ni, Mommy!' dan Adik of courselah  tak jawab sebab tak tahu apa nak minta!



 

 
I dah tension ler... Takkan nak makan sensorang aje depan mereka semua. Tanya sekali - tak mahu. Tanya 2 kali - tak mahu juga. So, sebab geram I pergi beli beef lasagna instead of seafood olio. Geram punya pasal ler tu!

Selamba aje I makan tak ingat dunia. Nasiblah yang lain-lain  tu tengokkan aje yek. Takda maknanya nak tunjuk kesopanan perempuan Melayu terakhir depan Mami hari tu.  Inilah baru the real MD keluar dari cangkerangnya yang keras. Rasa amarah jugak dalam hati pada masa tu... Penat wey!

Balik aje rumah terus kena sound dengan Hubbydearie. Tak boleh ke nak simpan muka marah tu beberapa hari lagi? Awak juga yang susah, awak tu menantu bukan kita... itu katanya....

Maka, bersambung lagi beberapa hari kesopanan perempuan Melayu terakhir I yang vogue itu @_@












Thursday, February 27, 2014

Sepagi di Taman Tasik Perdana ...

Salam sayang semua!

Ini sebenarnya bukanlah cerita baru. Cerita yang masih tersimpan dan tak tahu bila nak publish. Waktu ni Mami masih di Malaysia. Sebab itulah ada cerita taman, ya @_@ Sekarang ni projek melawat taman sekitar telah dihentikan buat sementara. Ketua projek a.k.a Hubbydearie takda pun cakap apa-apa. Kalau dah ketua projeknya malas, nampaknya nasib sangat menyebelahi pengikut-pengikutnya yang malas juga (I lah tu...)

Wah, sejak Mami balik rutin pagi Hubbydearie pun back to normal! No more morning exercise. Memanjang aje si isteri kena kejutkan bangun pagi. Kalau tidak, secara automatik akan bangun sendiri. Maklumlah, suami isteri pun 'berlagak baik' depan Mami *sengih* Dasar pelakon drama, kan ....

Sebenarnya my beloved sons memang sangat suka ke taman. Apa tidaknya, sebaik aje keluar kereta, dapatlah mereka 'merentas desa' ke hulu ke hilir tanpa risau. Mommy pun kurang menjerit kat taman ni kalau mereka berlari ke sana-sini tak ingat dunia. Almaklumlah, Mommy pun nak jaga status perempuan Melayu terakhirkan. Tak mahulah asyik melalak aje. Cukup-cukuplah  melodrama kat rumah. Kat tempat awam ni kena control ayu gitu ~_^

Kalau tak kerana Mami, sudah berzaman rasanya I tak jejakkan kaki ke Lake Gardens. When was the last time, ek? Really tak boleh recalled dah nih. Masa kena 'kerahan tenaga' pada hari tersebut, memang liat sungguh I nak berganjak keluar dari pintu rumah. Malas duh!





Bila sampai aje di Lake Gardens, wah... akak sungguh terpegun! Cantiknya! Terus excited datang  tiba-tiba tanpa diundang. I pulak yang sibuk dok snap gambar budak-budak nih. Abang dan Adik memang gumbira memanjang. Mami pulak boleh senyum sinis tu sambil dalam hati riang berkata, ' Menantu, Mami dah sampai tempat ni dulu sebelum awak datang pagi nih!' 

I pulak yang lebih terlopong daripada Mami. Oh, wow! Oh, wow! 18kali. Pendekata I lah yang jadi touristnya instead of Mami yek@_@




Bila I nampak tram, bukan main excited lagi dok beritahu kat my Hubbydearie. Maklumlah sebelum-sebelum ini, tak pernah nampak pun .... Makanya kita sefamily pun naiklah tram ni satu round mengelilingi taman. Syoknya alahai....

Harganya murah aje, kalau tak silap RM2 seorang .... 


 

Lepas habis pusingan di taman tetiba aje terpancul kata-kata ini dari mulut I,

Dear , kalau macam ni apa kata setiap hujung minggu kita bawa anak-anak beriadah kat sini? (dengan senyuman yang paling manis gitu...)

Oh, alamak! Napalah celupar sangat mulut nih!



 

 
 


Monday, February 24, 2014

Projek bila bersama anak-anak ...

Selepas Mami pulang, rumah kembali sunyi-sepi seperti selalu. Dah takda bunyi bahasa yang I tak faham. Hubbydearie pun dah kurang ramah berborak. Malam kami macam biasalah, menonton TV dan tengokkan anak-anak apa yang patut.

Hari minggu lalu, I kena tinggal dengan Hubbydearie. Duduklah di rumah dengan anak-anak. Penat membasuh, I memasak. Angkat pakaian di jemuran, melipat baju dan menggosok pakaian mana yang patut. Anak-anak pun nak kena tengok-tengokkan selalu. Pantang lepa sekejap, mulalah hiruk-pikuk rumah dibuat dua beradik nih. Memang tak reti bersopan-santun macam Mommynya. Dah Mommynya pun kalau tinggal bersendirian dengan anak-anak, pitching tak pernah low juga ^_~ 

Bila terasa bosan, teruslah ajak anak-anak tukar pakaian dan pergi mencuci mata di AEON. Asalnya nak bawa mereka pergi main tetapi bila dah sampai dan tengok ramainya orang kat sana, lebih baik kita shopping menghabiskan duit dalam tangan @_@

Aha, ini nak berkongsi gambar perihal my beloved sons nih...

Adik dah mula pegang colour pencils, crayon bagai. Memang nak kena alert 24-7 kalau nampak Adik sibuk nak mewarna. Silap haribulan, bukan kertas yang diwarnakan. Habis penuh dinding rumah dengan lukisan graffiti Adik nanti. 

Selalunya I bagi Adik pegang satu atau dua jenis warna sahaja. Kalau diconteng dinding pun, takdalah berwarna-warni dinding rumah nanti. Adik ni clever lain macam. Bila bagi satu warna mulalah mulut kecilnya tu mengomel,

Mommy....... ! Ka-yon one!

Nak crayon satu lagilah tu ....

Ini hasilnya kreativiti Adiklah kononnya ...

Pandainya Adik ni melukis!

Boleh teka tak apa yang dilukiskannya?

Bila I  suruh lukis gambar Mommy, dia tunjuk lukisan di atas.

Bila I suruh lukis Daddy, lukisan itu juga ditunjukkannya.

Bila suruh lukis Abang, itulah juga bentuknya....

Bila suruh lukis Adik, pun itu juga!

Bila suruh lukis lo-li (lorry) barulah ambil satu warna lain dan conteng!

Wah, memang clever Adik ni! Buat satu lukisan tapi all-in-one. Itulah Daddy, Mommy, Abang dan Adik sendiri. Takda bias. Takda beza. Nampak tak kami dalam lukisan tu? (plus lo-li ya...)

Dah penat melukis, Adik pun sibuklah 'parking' all his cars.... Pandai pulak tu susun kereta ikut barisan. Siap cakap lagi, 

Mommy, parking car! Parking! Parking! Come!

Gambar tiada kena-mengena dengan kereta-kereta mewah Adik di rumah
Yalah, Adik! Parkinglah kereta ikut suka mana nak. Bukan kena saman pun kalau park kereta merata dalam rumah!

Abang pula menyimpan impian nak jadi 'business boss' ya (baca : usahawan berjaya) yang kerjanya sign cheque aje. Cakap ajelah apa nak, Abang akan sign cheque. Nah, ambillah berapa nak! Tulis jumlah sendiri. Jangan terlupa ....

Sibuk benar tanya kat I bila dia boleh start buat business. Yalah, marketing  plans dah melambak direkacipta, tinggal nak merealisasikan impian aje ~_^

Baru-baru ni Mommy suruh Abang kumpul segala suratkhabar lama, botol plastik dan apa-apa sahaja yang boleh dikitar semula. Mommy suruh Abang buat projek pergi menjual botol plastik dan surat khabar lama. 

Abang pun apalagi, terus excited mengumpul harta karun bila dengar boleh dapat duit. Dalam hatinya mungkin mampu dapat RM10, RM20 sekali jual @_@ Maka bila nampak lori old newspaper terpekik-terlolong, Abang pun berlari pergi ambil suratkhabar nak jual. Lepas kira dan timbang, dapatlah RM4. Terus masuk tabung khas yang disediakan untuk 'Projek Buat Duit 1' ni....

Lepas tu bila tengok botol plastik dah penuh dua beg shopping Ikea, kita pun segeralah menjualnya. Mommy dah pening lalat sebenarnya tengok dapur penuh 'sampah'. Kali pertama rasa nak gelak pun ada. I tak tahu berapa nilai botol-botol plastik Abang ni. On the way tu, Abang tanyalah berapa agaknya dia boleh dapat. Mungkin tak satu duit warna oren (RM10). I kata tidak mungkin .... Ditanya lagi mungkin tak dapat satu duit warna hijau (RM5). Dengan rasa terharu I kata mungkin juga tidak tapi tengoklah macamana rezeki Abang nanti.

Bila ditukar, nilai botol-botol plastik Abang tu cuma RM3 aje. Bila I beri 3 keping duit RM1, Abang pun menjuih sambil berkata,

Alahai ... Mommy! Banyak ni aje? Sampai bila nak kaya?

Hehehe...takpalah Abang. Belajar cari duit. Baru tahu macamana susah. Ini asyik 'order' Mommy aje suruh belikan apa kemahuannya. Mana boleh. Nanti Mommy dah tak kerja camna? Nak suruh Mommy sapu sampah tepi jalan ke supaya Abang dapat beli drumstick KFC?

Ini dah penuh dua beg lagi botol plastik si Abang. Nak gi 'menjual' minggu lepas, tak dan pulak nak pergi. Oklah, hujung minggu ni kita tukar dan tengok hasil jualan macamana, ya Abang.

Hasil penat lelah Abang mencari seringgit dua untuk cepat kaya


By the way, botol plastik ni nilainya RM0.60 aje sekilo. Kalau tin minuman tu, banyaklah sikit dalam RM3.50 sekilo. Tapi takkanlah kami anak beranak nak minum minuman dalam tin berkoyan-koyan demi nak cepat kayakan ...

Tapi takpalah, yang penting tabung khas tu kalau penuh memang semuanya hasil usaha, titik peluh Abang mengumpul botol plastik (Mommynya usaha sebenarnya yang lebih ...)

Lepas ni nak kena fikir projek apa pula yang boleh dibuat Abang untuk menambah pendapatan supaya cepat dapat hadiahkan Mommy sebuah Ducati Veyron seperti yang diimpikannya ... 

Wajah usahawan berjaya dengan rambut Temenggung Jugah yang famous

P.S. Sekarang ni bila my sister tahu Abang kumpul botol plastik, my sis pun tolong kumpulkan untuknya. Kira takdalah susah mana pun Abang mengumpul harta karun nih... 


 








Terima kasih Suria Amanda

Tak aci betullah macam ni. Hadiah ni dah sampai ke tangan I pada 14 Feb yang lalu tapi sampai hari ni barulah berkesempatan nak update dalam blog. However, I dah personally informed SA cuma tak bestlah kan bila orang beri something dan kita tak tahu macamana nak appreciate pemberian orang pulak.

SA kata tak menjadi kewajipan pun nak  tulis penghargaan buatnya dalam blog but I kata, should say somethinglah bila orang dah bersusah payah menghantar barang pada kita. Well, kenapa ya SA bermurah hati nak hantar hadiah pada MD nih?

Oh, macam semua orang pun tahu, I ni kan suka 'bertenggek' kat blog orang lain pastu tak ingat dunia bila tinggalkan komen. Makanya for the month of January yang lalu, I jadi one of pengomen tegars di blog SA...


Inilah hadiahnya yang I dapat. Minta maaf ya SA sebab gambar tak cantiklah pulak... Maklumlah I ni memang banyak failed dalam banyak bab @_@

Dek kerana ini juga menjadikan I termalu hendak selalu berkomen-komen dalam blog SA. Manalah tahu tetiba I lagi masuk top ten. I segan gila pulak kalau dapat lagi hadiah from SA. Tapikan I memang tak bolehlah kalau dah membaca entri orang dan tak komen. Rasa kurang flavor, macam  I cerita sebelum ni...

Blog Suria Amanda ni sebenarnya dah quite lama I follow. Masa mula-mula  terjah, seronok tengok bloglistnya yang kaya-raya tu. Senang juga lepas baca entri SA boleh terus terbang ke  mana-mana suka ^_^ 

I pun sebenarnya terpegun dengan kisah hidup SA ni. Apalagi bila membaca kisahnya bertarung nyawa selama tiga minggu years ago. Sedih meleleh air mata nih. Kagum juga dengan ketabahannya menjalani hidup bersama anak perempuan kesayangan, si Dania.

Buat SA, terima kasih ya for this pemberian. Jangan serik bila terpaksa approve komen I yang berbakul-bakul tak ingat dunia ni. I ni bila dah suka memang suka baca entri orang secara menyongsang (dari the latest ke the oldest...) Harapnya takdalah rasa terbeban dapat pengomen macam I ni ya, SA @_@

Sunday, February 23, 2014

Byebye Mami@ Oi-jon@Buvi-Jon

Huhuhu.... akhirnya Mami@Oi-jon(Ibu)@Buvi-jon(nenek) telah selamat pulang ke Tashkent Jumaat lepas. Lebih kurang pukul 8 malam waktu Malaysia Mami sampai ke tanahairnya...

I bercuti hari Jumaat lalu kerana menemani my Hubbydearie dan anak-anak menghantar Mami ke KLIA. Of course seperti yang dijangkakan memang adalah adegan air mata nih.

On Thursday itself, I kena bekerja sehingga pukul 8 malam. Sesampai di rumah selepas makan malam sebagainya, Mami ajak duduk bersama. Selalunya (sejak 2 bulan yang lalu) selepas makan malam dan bersolat Maghrib, Mami dan Hubbydearie akan duduk berbual di ruang tamu. Hampir setiap malam juga mereka akan berskype dengan anak perempuan bongsu Mami/adik bongsu Hubbydearie di US. I pulak biasanya akan masuk ke bilik. Kalau duduk pun bukan faham apa yang mereka bualkan. Menunggu terjemahan sama sahaja bagai menunggu buah tak gugur.

But then malam terakhir di Kuala Lumpur, Mami nak menyampaikan ucapan terimakasih. Kata Mami minta maaf banyak-banyak kalau kedatangannya mengganggu keharmonian kami sekeluarga. Bukan niatnya untuk mengganggu tetapi dek kerana anak lelakinya di sini, sekadar melepaskan kerinduan terhadap anak lelaki dan keluarganya. Kalaulah boleh bertemu selalu, Mami pun tak mahu menumpang duduk di rumah anak-anak, itu katanya sambil berlinangan air mata ...

I, of courselah memang emotional tak bertempat. Belum habis ditranslate, I dah kembang-kuncup hidung.  Mata pun dah berair. Sedih pulak walaupun pada asalnya bila mengetahui Mami hendak tinggal bersama selama lebih kurang 2 bulan, panas punggung I dibuatnya kerana pesanan penaja (Hubbydearie) untuk melayan Oi-jonnya sebaik mungkin memang banyak!

I tengok Hubbydearie dah tertunduk sayu memandang lantai tapi mungkin beliau menahan sebak di hati sebaik mungkin daripada menangis di hadapan Mami. 

Keesokkannya, seawal 6.30 pagi kami dah bertolak ke KLIA. My eldest sister pun ikut sama. Macam-macam yang dibelikan oleh my sister untuk Mami sebagai buah tangan. Tak terkata ucapan terimakasih Mami padanya. Penerbangan Mami pukul 10.15 pagi dan dijangka sampai pukul 6.15 petang waktu Malaysia (3.15 petang waktu tempatan)

Senyum aje Abang sebelum pulang ke rumah

Adik pun happy memanjang dapat berlari sepuas mungkin di departure hall, KLIA

Mami pakai pakaian biasa sahaja sebab sesampai di airport nanti, my brother-in-law akan menunggunya dengan pakaian musim sejuk.

Sekeluarga melihat Mami dari kejauhan

Kami tak tunggu sehingga kapal terbang berlepas. Sebaik Mami masuk, kami sekeluarga pun pulang. Ketika bersalaman kali terakhir, sekali lagi Mami menangis bila memeluk anak dan cucu-cucunya. Yalah, memang sedih bila memikirkan terpaksa berpisah dengan anakkan. Entah bila boleh berjumpa lagi. 

Lambaian Buvi-jon buat cucu-cucu yang memanggil namanya
Dalam perjalanan pulang, sekali-sekala terpacul dari mulut Hubbydearie tempat-tempat yang pernah disinggahi bersama Mami. Adik pun kejap-kejap tanya, "Buvi-jon mana?'' Abang memang senyap ajelah tak cakap apa. Sesekali ada juga Abang bertanya mengapa Buvi-jon kena balik ke rumahnya? Bila nak datang lagi? dan sebagainya.  I pulak yang sayu hati bila mendengar mereka bertiga ni dok bercakap pasal Mami.
Guess, siapakah yang menangis dulu bila sampai ke rumah?

Sebaik masuk ke jalan menuju ke rumah tetiba Hubbydearie berkata,

Dah sampai rumah dah kita. This time without buvi-jon!

Oh, nak ekspresi muka macamana pun I dah tak tahu! Sebaik sampai di rumah, Hubbydearie duduk termenung di luar, tak mahu masuk dulu agaknya. Mungkin ingatan pada Mami buatnya sebak. Sebaik I buka pintu rumah Abang terus meluru masuk bilik. Tetiba dia keluar dan menangis...

Mommy, ada bau buvi-jon dalam bilik! Tapi buvi-jon takda, dah balik! Abang nak buvi-jon! Abang sayang buvi-jon!

Teresak-esak si Abang menangis. Bila Daddy masuk dan tengok anaknya menangis, of courselah air matanya tumpah juga akhirnya. Mulanya bergenang, lepas tu I tengok Hubbydearie mula teresak-esak...

Hubbydearie nasihatkan Abang supaya jangan sedih. Nanti bila ada peluang, Buvi-jon akan datang lagi. Mungkin beliau pun sedih tengok Abang menangis, Hubbydearie pun teresak-esak sama. I cuma mampu menenangkan mereka berdua walaupun dalam hati I sendiri pun rasa sedih.

Hubbydearie tanya tidakkah I terasa sedih dengan kepulangan Mami and I told him, kalau dah mereka berdua menangis dan I tumpang sekali bersedih, siapa yang akan memujuk. Beliau sendiri tahu yang isterinya ini memang emotional lebih daripada orang lain...

I told Abang too, Buvi-jon kena balik kerana Oppa-dada (datuk mereka) ada di sana. Kesian Oppa-dada sendirian kalau Buvi-jon lama di sini. Sepupu-sepupunya di sana pun mesti rindukan Buvi-jon juga. Lagipun insya Allah Buvi-jon akan datang lagi ke Malaysia bila tiba hujung tahun kerana cuaca sangat sejuk dan Buvi-jon tak tahan sejuk ...

Tengahari tu selepas bersiap nak ke sekolah, sedang Abang duduk di sofa, again dia menangis lagi teringatkan Buvi-jonnya. I dah susah hati. I told my Hubbydearie takut pulak kalau si Abang ni jatuh demam dek rindukan his grandmother. Lain macam kesedihan yang ditunjukkannya.

Petang ketika ambil Abang di sekolah, again dia beritahu I bila sampai di rumah,

Mommy, biasanya bila kita sampai rumah, buvi-jon mesti ada tunggu kitakan!

Sedih juga I mendengar keluhannya ...

On Saturday morning, bila I bangun tidur nampak si Abang berbaring atas katilnya. I pun tanya lah mengapa berangan sorang-sorang. Rupanya again Abang sedang menangis  lagi teringatkan Buvi-jon yang selalu menemaninya tidur. Biasanya bila bangun tidur pagi, komputer yang ditujunya dahulu. Kali ni Abang beritahu I yang dia takda hati nak main komputer kerana kalau ada Buvi-jon tentu beliau akan duduk di katil sambil melihat Abang rancak bermain game.

Adik pula takda nampak terkesan dengan ketiadaan Buvi-jon. Pada mulanya I jangkakan Adik yang akan merindui Buvi-jonnya kerana Mami yang jaga Adik selama dua bulan ini. Cuma sesekali Adik akan tanya soalan yang sama, 'Buvi-jon mana???"

Rumah I pun sangat sunyi-sepi pada malam hari. Tiada lagi gelak tawa Hubbydearie seronok berbual dengan Mami. Tiada lagi kedengaran bahasa asing di telinga I nih. Rindu pulak hendak mendengar kedua beranak ini rancak berborak sambil berjenaka walau sepatah haram pun I tak faham apa yang mereka bualkan.

I cuba juga melayan Hubbydearie sambil menemaninya berbual dan berjenaka. Tentu Hubbydearie terasa sunyi sangat tanpa Mami. Seperti yang diberitahu kepada I, 

Kalau pendek masanya Mami di sini, it's ok. Tapi dua bulan Mami tinggal dengan kita. 2 bulan juga I melayan Mami. Tak mungkin I tak sedih bila Mami pulang ke Tahskent!

Sabar ya, Dear... panjang umur insya Allah you dapat jumpa your mom again. Maybe this time with Dada too!

Alhamdulillah, masuk hari ketiga, semuanya back to normal walaupun sesekali kedengaran Abang seakan teresak apalagi bila mula berzikir macam Buvi-jonnya selalu buat...

Rutin pun dah kembali seperti sediakala. Hubbydearie ada menghubungi Mami sebaik beliau sampai di sana. Hubbydearie sempat beritahu yang Abang menangis rindukan buvi-jonnya. Kata Mami, janganlah nangis-nangis. Hidup macam selalu. Nanti jika diizinkan, insya Allah akan menjejakkan kaki ke Malaysia lagi. 






Thursday, February 20, 2014

Kenyataan akhbar si Abang @_@

Meh, meh nak story balik...

Tarik nafas dalam-dalam, lepas! Renggangkan kaki dan tangan lepas tu jari jemari tu kasi keletak-keletuklah sikit (eh, faham ke dia orang nih?) dan ...

BACA!

Semalam masa ambil Abang dari sekolah memanglah macam selalu dia akan mula bercerita hal-hal di sekolah. Hal cikgu gurau-gurau lepuk ass sebab lambat no nak gerak ke kelas agama pun nak kena beritahu Mommy.  Yalah, sharing is caringkan @_@

Inilah conversation si Mommy dengan Bubbly Abang petang semalam :-

Mommy, hari ni kita cerita pasal hantu!

Wah, Abang ni sejak duduk dengan Malay girl ni asyik berborak yek! (habislah, kuat berborak tu dah tentu gene Mommy bukan Daddy)

Nak suruh Abang excited bercerita, kenalah Mommy ni tunjukkan minat nak mendengar,

Ok, Abang! Mommy is listening now. So tell me, apa lagi cerita best hari ni!

Hari ni Abang, Auni (the girl yang habis semua keluarganya mati tu...) dan Ana cerita pasal hantu. Before that Mommy, Auni kata Ana tu bukan Malay!

Habis tu orang apa?

Ana tu ... Indon, Mommy! Tapikan dia cakap macam Malay!!!

Oh, ya ke? Memanglah Indon pun macam Malay juga kalau cakap. Abang tak cakap pulak Abang pun bukan Malay tapi Uzbek sebenarnya...

Alahhhh, nak buat apa cakap! Dia orang bukan tahu pun Uzbek tu apa!

Ok, cerita hantu tadi Mommy nak dengar!

Auni kata dia dengan kakak dia pernah kena kacau hantu. Satu malam mereka nak tidur, ada orang ketuk tingkap dalam bilik. Pastu ada orang clap hands ... 

Ehhh, yang ni scary gak lah Mommy dengar!

Pastu  Ana kata dekat area rumah dia, ada banyak orang mati!

Hah, maybe rumah Ana dekat dengan tanah kubur ke?

Oh, tanah kubur yang macam dalam Astro 106 yang buvi-jon selalu tengok tu ke?

Bukan, tanah kubur tu graveyard lah... so apa cerita hantu Abang pulak?

Alah, cerita sama yang Abang pernah cerita kat Mommy dulu. Yang masa balik rumah Atokmak tu. Masa Mommy makan dengan Daddy kat meja makan, Abang sembunyi bawa meja sebab nampak hantu!

Aha, yang itu Mommy nak tahu macamana rupa hantu yang Abang nampak?

Putih semua Mommy. Macam telekung yang Mommy pakai buat sembahyang... tapi muka dia takda apa-apa ...putih semua cuma ada lubang hidung aje!

Oiiit, berdiri bulu roma Mommy!

Tapikan Mommy sebenarnya Abang lupa nak cakap dengan dia orang. Lebih baik kita berselawat dan ingat Tuhan aje daripada cerita pasal hantu. Lupalah Abang nak cakap dengan dia orang tadi!

Hah,  tulah! Jangan asyik cerita pasal hantu. Bukan dapat apa pun. Lebih baik cerita pasal perkara yang elok-elok, baik-baik sahaja.

Err...Mommy ingatkan citer sedih Auni yang Abang cakap tu?

Aha, Mommy baru nak tanya! Betul ke Auni tu takda makbapak?

Kan Abang dah kata bapak dia mati umur dia 4 tahun. Emak dia mati umur dia 6 tahun. Kenapa asyik nak repeat aje? Kalau Mommy tak percaya, pergilah tanya Auni sendiri!

Habis tu, camna pulak bapak dia ada affair dengan perempuan sebelah rumah lepas mati?

Itu.... entahlah Abang pun tak sure apa Auni cerita! Tapi sekarang dia dengan kakak dia tinggal dengan makcik. Errr, Mommy selain emak, makcik, emak apa lagi ek?

Emak apa-apa? Emak ajelah...oh, ok... emak angkat ada, emak saudara tu makciklah, emak tiri pun ada ...

Hah, emak tirilah tu! Dia, kakak dia, makcik dia dengan emak tiri tinggal serumah. Kesian betul takda lelaki. Kalau kereta rosak macamana? Siapa nak tolong mereka? Kesiankan Mommy!

Yalah, kesian sangat!

Itulah Abang kata, nasib baik Mommy ada Daddy. Daddy kan kuat!

Yalah... nasib baik Mommy ada Daddy, Abang dan Adik!

Well, I rasa bila Abang ulang benda yang sama biasanya betullah tu, Mungkin betullah si Auni ni takda ibubapa lagi. Tapi cerita yang lain-lain tu mungkin 50% aje kot yang benar!


Dah terjawab persoalannya ya tentang drama tragik Abang yang akhirnya diklasifikasikan sebagai cerita komedi untuk tontonan umum @_@








Wednesday, February 19, 2014

5.30 pagi

Salam sayang semua! Semoga semuanya  teruja nak memulakan hari Rabu yang indah ini ^_^

Aha, kalau semalam akak berada di depan pintu bangunan pejabat pukul 6.50 pagi hari ni lebih awal lagi...

Ya, betul tu!

Memang betul pun tekaan!

Hari ni pukul 5.30 pagi akak dah terpacak! Tapi hari ni ada clever sikit. Akak suruh Hubbydearie hantar ke McD. Boleh bersantai kejap sambil menikmati udara segar (Eh, segar ke udara kat KL nih?) Boleh tengok matahari terbit pagi. Dah lama dah ni tak menyaksikan matahari terbit. Kalau kat rumah tu, agak-agak dengar azan baru bangun pastu sembahyang pastu leh terbongkang balik kalau penyakit M melanda (sekali-sekalalah ya especially hujung minggu, tak Sabtu, Ahad @_@)

Tak sanggup akak main pok amai-amai dengan nyamuk-nyamuk durjana di pagi hari kat pejabat nih. Lagipun akak insaf sungguh semalam duduk dalam gelap menunggu bos sampai. Nasib baik hantu-hantu yang tengah bekerja kat office semalam tak punch card awal. Buatnya terserempak dengan mereka, bukan setakat tidur bersila depan pintu pejabat aje tau Lyd tapi terlentang tutup mata kat situ gak, tak dulik dah kain tersingkap ke tidak!

Semalam bila Hubbydearie kata beliau nak keluar seawal pagi, akak dah nak nangis rasanya. Kalau HD keluar seawal pagi, akak dah tentu kena sampai office sebelum Subuh. Ingatkan nak naik public transport aje. Tapi dah lama sangat tak menggunakan public transport ni. Nak naik LRT memang takdalahkan buka pintu LRT  terus jumpa pintu pejabat. 

Nak naik teksi pulak, akak is cuak gila. Yalah, bukan semua pemandu teksi tu jahat tapi bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. So, akak tak berani pulak rasanya. Mana tau dia kidnap pulak minta duit kat Hubbydearie (Ek, eleh...sengal betul perempuan sorang nih!)

Lepas tu tetiba aje akak teringat nak buat penjimatan hebat. Lebih baik suruh Hubbydearie hantar daripada bayar duit teksi ke, LRT ke, bas ke.... Maka, Hubbydearie pun hantarlah ke McD pukul 5.30 pagi tadi. Eh, sayang jugak kat isteri Melesyanya ni! 2,3 kali called tanya OK ke tidak, dah selamat sampai di pejabat ke tidak *_^

Masa duduk bersantai kat McD tu, memang takda perempuan Melayu terakhir kecuali akak sorang aje. Dahlah hari ni pakai baju kurung. Dahlah hari ni pakai kasut tumit tinggi yang buat akak jatuh terlentang tempohari. Yang ada semuanya macam backpackers, macam tourist aje ... Ada juga nampak lelaki-lelaki tempatan entah menunggu apa dalam kereta memasing. Akak pun mulalah buat muka brutal, macam ada tali pinggang hitam ler gamaknya. Dalam hati, akak is cuak suspicious juga!

Lepas tu sekali toleh, akak rasa macam kat Cina. Dua kali toleh, macam dah sampai Indon. Beberapa kali toleh macam dah kat Arab pulak. Nasib baik pagi ni takda direct flight gi Nigeria. Selamat akak....

Bila dapat bersantai dinihari, macam seronok pulak. Best tengok orang lalu-lalang, tengok gelagat orang. Baru akak tahu rupanya pintu station Putra LRT bukanya pukul 6 pagi, ya! Padanlah nampak 2,3 orang berdiri depan pintu nak get ready terjah eskalator@_@ Kesian akak ni rupanya dok di bawah tempurung. Eh, dah lama tau tak guna public transport! Manalah akak tahu time tablenya!

Tengok bas lalu, penuh penumpang berdiri. Tetiba teringat zaman kat universiti. Akak berulang hari-hari dari KL. Setakat keluar selepas Subuh tu dah biasa sangat. Setakat tidur dalam bas tu dah lumrah alam. Apa nak buat, student lain berebut nak duduk asrama dalam universiti tapi akak pula berebut minta dikeluarkan dari asrama supaya dapat duduk dengan keluarga my sister. Berulang-alik hari-hari no hal. Zaman muda belia remajakan... Dah habis belajar baru arwah Abah kata ingat nak belikan kereta masa kat uni tapi takut anaknya lebih banyak belajar di luar kawasan universiti dan sibuk racing kereta pulak instead of mengulangkaji pelajaran. Macam tu sekali ya tak percayakan anaknya yang orang kata perempuan Melayu terakhir nih!

Ni teksi yang satu ni... bukan main memecut lagi semata-mata nak mengejarkan lampu isyarat hijau. Habis dia menekan hon kot-kot kalau ada lipas nak menyeberang jalan, better jangan sebab dia nak lalu....

Akak pula bila duduk bersantai kat McD ni tetiba berangan macam kat tepi pantai pulak....dengan spek mata hitam bulat besar, 2-piece swimming suit, topi besar sambil tangan menahan daripada diterbangkan angin puspus kat pantai, sambil menghirup jus oren yang masam. Walahai, bestnya berangan!

Bila dikacau dek deruman enjin kenderaan, tersentap terus dari lamunan. Mulalah akak mengira jumlah semut yang memanjat pokok togel berhampiran McD tu. Bila nampak sampah berterbangan atas jalanraya, rasa macam nak tolong kutipkan aje. Tapi takut pulak kalau ada driver meroyan tak nampak akak tengah kutip sampah!

Bila punggung dah panas dan keadaan dah nampak sesuai untuk memulakan perjalanan, akak pun bangunlah nak catwalk slowly. Ekspedisi berjalan kaki ni mengambil masa ya. Bukan dekat pejabat akak dengan McD ni. Mahu kena 20 minit walkathon kalau berjalan penuh sopan-santun. Tengok jam dah pukul 6.15 pagi. Oklah, jom gerak! Tak larat jadi perhatian kat McD. Maklumlah akak seorang aje yang berlainan jantina... Orang keluar aje McD, terus toleh kat akak. Macam ada karan kepala masing-masing. Mesti dalam kepala dok fikir, 'apakah yang dibuat oleh perempuan Melayu terakhir seorang diri di pagi buta ini, di McD ini???'


Akak ni memang takut nak menyeberang jalanraya, ya. Apalagi kalau ada sampai 4,5 lanes. Lagilah seriau. Jadi kita turun ajelah  eskalator belah sini nak ke belah sana tu... Masa turun eskalator tu pun akak sorang aje tau. Dah cuak dah ni. Macamana nak react kalau ada orang attack kita sensorang kat sini? Mulalah terbayang diri part of suspense triller  movie omputih. Akak nak jerit ke atau patut ke akak letak kunci tajam celah jari so bila orang sentuh aje dari belakang, akak pun libas ajelah biar tercucuk orang tu. Padan muka. Or, pepper spray (ting!)  Manalah pepper spray nih! Oh, tak pernah beli pulak!

Wallawey, memang suspen thriller tau akak berangan!

Bila dah start walkathon separuh jalan, akak tengok alamak laluan di hadapanku masih gelap lagi walaupun kereta banyak. Akak stop lagi kat bus stop terdekat. Duduk lap peluh. Pastu sambung lagi... Bila terserempak ngan lelaki, akak pun slowdown - mula buat aksi u-turn takpun pura-pura nak cari handphone dalam beg.. Manalah akak leh detect hasrat orang tu dalam gelap pagi nih. Maybe dia pun nak lalu aje tapi imagination akak dah gone wild, ok.  Pantang nampak lelaki akak anggap mereka penyangak. Kesian kat lelaki-lelaki yang tak bersalah tu... Banyak pulak pitstops, bilalah nak sampai office camni...

Akhirnya bila nampak aje security guard kat office, leganya rasa hati. Lap peluh lagi ... ingatkan nak terus terjun tiruk kat swimming pool  tapi takut pulak jumpa buaya dalam gelap gelita nih. Tak pasal-pasal masuk berita utama. Bukan kena baham buaya tapi buaya tu yang terkejut chimpanzee tengok ada partner tetiba terjun tiruk pakai baju kurung. Mahulah kena heart attack si buaya tu....

Eh, eh...panjangnya melalut! Akak should stop here or should I sambung meroyan lagi? Hehehe ....

Doa akak pagi ni semoga urusan Hubbydearie dapat diselesaikan hari ini dan tidaklah esok Hubbydearie terniat nak keluar rumah pukul 2 pagi! Memang melalak akak nanti @_@

*Alahai, ingat nak buat 'killer posing' all the way to pejabat. Maklumlah setelah bertahun-tahun bekerja, ini first time akak jalan kaki dinihari. First time in my working life you know!*

P.S. Cerita Abang semalam tu banyak yang confused. Sebenarnya Mommy Abang pun tak tahu kesahihan cerita tersebut. Semalam  tanya Abang ada tak gegirl cerita lagi pasal keluarganya. Tapi ini jawapannya,

Tulah Mommy ni! Semalam cerita tak mahu dengar betul-betul. Gelak-gelakkan Abang aje macam Abang menipu. Semalam tu dah the end of the story. Mommy fikir cerita sedih cam ni boleh repeat hari-hari ke?

Alamak.... marah nampak! @_@


















Cita-cita

Salam kawan-kawan! Alkisah   cuti extra   yang I dapat tu sempena 'terbekerja' pada Hari Pertabalan YDPA Isnin lepas, ada syara...