Thursday, January 30, 2014

Selamat bercuti!

Terasa sunyi-sepi pulak hari ni. Mungkin dah ramai yang bercuti sempena Tahun Baru Cina dan sambung hingga ke hujung minggu, right? Yang di WP ni, tentulah lagi seronok. Boleh sambung terus ke Isnin minggu depan.

I masih bekerja lagi ya hari ni. Takda plan malaslah nak bersuka-suka mohon cuti. Dahlah jumlah cuti tahunan sebelah mata pun tak mahu nak pandang rasanya. Dah  tiga tahun berturut-turut (hattrick nih) I 'kehabisan' cuti tahunan sampai berpotong gaji gitu. 

Entah kenapa juga, rasa macam sibuklah pulak pagi ni. Dengan macam-macam kerja nak diselesaikan. Walaupun takda kena mengena sambutan Hari Raya Cina dengan tuan empunya blog ni, hati ni dah rasa malasnya alahai nak kerja.

Entah kenapa juga sejak semalam I rasa macam hari ni hari cuti. Masa nak balik kerja petang semalam, I siap wished my boss happy long holiday gitu dek terpedaya dengan kawan sebelah yang dah bercuti sempena nak raya. Tetiba boss kata, eh, eh,eh...esok jumpa lagi kan? Alahai, malunya.... Siap boleh cover balik tu. Harap-harap I datanglah kerja esok takut terlupa!

Balik rumah petang semalam, terasa malas nak basuh baju. Kononnya esok pagi (hari ni) bolehlah membasuh sekerap yang suka. Lagipun Abang dah start cuti hari ini. Punyalah malasnya dia, beg sekolah pun nak ditinggalkan dalam kereta I. Katanya nanti-nanti boleh ambil. Cuti kan panjang. Lagipun homework satu aje... (memanjang satu aje lepas tu merengek ada lagi dan lagi dan lagi... sampailah Mommy pergi check sendiri buku-bukunya)

Lepas solat Subuh, boleh lagi nak menyambung tidur. Yalah hari cutikan... Siap beritahu kat Hubbydearie nanti bolehlah kita angkut satu keluarga gi jogging kat taman berdekatan. Biasalah bila terlelap semula lepas pukul 6 pagi, memanglah tak sedar. Bila bangun balik tengok jam dah pukul 7.15 pagi. Baju kerja pun tak iron sebab memikirkan pasal cuti aje... 

Apalagi, lompat katil  dan buka langkah seribu ler... Nasib baik sempat iron baju, mandi dan make-up sikit @_@ Sekali tengok jalanraya alahai lengang aje.... boleh drive kereta sambil berangan mengarang novel lagi dalam kepala nih.

Eh, rasa macam malas betullah nak buat kerja! Tapi si boss yang satu ni asyiklah dok tanya soalan yang sama. Rimas betul ler.... 

Selamat bercuti ya you all semua! Mesti macam-macam plan yang dah dirancang. Kepada yang memandu pulang ke kampung mahupun nak berholiday sakan sempena cuti ni, berhati-hati di jalanraya. Tiru macam akak ni, bawa 20km/jam aje kat fast lane. Wakahkahkah....


Wednesday, January 29, 2014

Kisah satu hari aje...

Salam sayang semua...

Entah mengapa hari ni akak sibuk pulak. Sedari pagi kerjanya mengisi form sampai naik letih dah tangan ni. Jarang sungguh pegang pen dah sekarang ni. Semalam macam biasalah bila cuti, blog pun tak pandang. Ada interview penting semalam but then bukan interview kerjalah @_@

Dalam pada sibuk nak attend event penting dalam hidup ni, tetiba aje sampai di tempat yang dituju, kasut tumit tinggi akak buat hal lagi. Dah lama tak pakaikan, bila pakai aje tetiba terkopak pulak... Nasib baik survived sampai habis interview dan sempat balik rumah tukar kasut lain. La ni dua pasang ada dalam kereta untuk ditampal dek kerana tercabut tanpa sebab pasal lama sangat terperap dalam bonet kereta ~_^

Hal pentingnya sejam lebih aje tapi dek kerana dah cuti sehari apalagi, kita pergi ukur jalan ajelah bersama Adik Cute, HD (tak sangka HD beriya-iya nak gi mengukur jalan, selalunya taknak) dan Mami. Kalau ikutkan hati I ni, rasa macam nak kuak lentang atas katil aje bila dapat cuti sehari ni (baik tak? baiklah tu kan, tak suka gi 'ukur-ukur jalan' ni!)

Mami kata nak pergi tengok tudung dan lain-lain untuk dijual di negaranya. Eh, kalau setakat barang-barang beli dari Malaysia ni memang senang alahai nak dijual di sana. Katanya 'ada baik sikit' kalau beli barang from Malaysia ^_^ So Mami kata, dah terlanjur datang melawat anak/menantu/cucu  di sini, lebih baik borong apa yang patut.

Maka kita pun pergilah memborong tudung, baju dan gadgets (ya gadgets you, jangan terperanjat pulak...) Masa gi borong tudung tu, I sopan aje. Walaupun tengok harga tudung rasa macam nak rembat satu kodi aje...

Masa ukur jalan ni, Hubbydearie kena mengekori Mami sebab senang nak buat translation @_@ I pulak  tolong main kejar-kejar dengan Adik Cute. Aduh mak hai... rasanya lebih baik ikut belakang Mami daripada tengokkan si Adik ni. Kita masuk kedai tengok barang, dia merangkak dalam kedai, celah-celah segala barang main sembunyi-sembunyi! Seluruh kedai tu cuma dengar gelak tawa si Adik aje.

Kita masuk kedai ini, dia singgah kedai sebelah main merangkak-rangkak dalam kedai. I dah memang letih mengejar dan menjerit suruh keluar. Lagi kita takutkan dia kata nak balik, lagi aktif dia merangkak celah-celah bungkusan tudung dalam kedai; macam kedai tu semua keluarga dia yang punya!

Yang peluk Adik lain. Yang bagi duit RM1 kat Adik pun lain. Yang bersalam dah macam jabat tangan dengan YB aje lain. Boleh satu masa tu, dia sedia aje mamat Pakistan ni peluk cium, dukung dia... Adik rileks aje sambil mengerjakan butang baju kemeja mamat ni. Pelik kot tengok bulu dada lebat alahai.... ~_^

Lepas membeli, Mami ada juga suruh ambil satu kalau berkenan  tapi menantu Melesya ni dengan sopan sekali lagi menolak. Eh, takpalah...menantu Melesya any time boleh gi beli tudung tapi Mami bukan selalu datang ke sini. Lagi pun, Mami beli berkodi-kodi untuk dijual tapi menantu Melesya beli berkodi-kodi untuk pakai sendiri @_@ (Yang ini pun Hubbydearie tolong translate satu persatu, laju pulak tu translation sampai kat Mami!)

Selesai ukur jalan, tengok jam dah pukul 4 petang. Hubbydearie ni habis aje urusan Maminya terus terlupa urusan isteri sendiri. I minta singgah kat bank untuk withdrawal/bayar duit kereta dan bank in cheque, dia selamba aje antara dengar dengan tidak. Bank dah nak tutup baru tanya nak pergi ke tidak. Beranginlah hai satu badan ni....

Ingatkan nak ajak pergi makan nasi beriani pastu tengok jam dah pukul 4 lebih, manakan sempat. I nak rush balik rumah, cop tempat parking kat sekolah Abang dan tunggu Abang balik lagi. Adui, double berangin aje badan ni...  

Selalunya kalau makan malam mesti nak duduk bersama dan makan apa yang disediakan. Kalau tidak mesti Hubbydearie marah especially Abanglah yang dapat layanan istimewa dari Mommy ni. Tapi semalam, bila Mami kata takpalah, biarlah I dan Abang pergi makan apa mereka mahu lepas ambil Abang balik sekolah. Mami boleh aje sediakan makanan untuk anak kesayangannya dan Adik di rumah...

Eh, Hubbydearie terus bagi approval untuk I buat cam  tu - belikan Abang makanan apa yang dia nak, apa yang tekak I nak makan juga! Pelik sungguh tau....

Bila Abang balik sekolah I pun tanyalah nak tak pergi makan KFC dengan Mommy saja? 

Ini pulak jawapan si Abang ni,

Eh, Mommy! Tak baik kalau cheating suami selalu. Suami tu kan HALAL......

Adui mak hai....  

P.S. Jangan jauh merewang ya memikirkan maksud 'halal' si Abang ni @_@ Pada Abang maksud halal tu bila orang tersebut tak makan benda-benda haram. Selalu juga dia kata Uzbek ni halal untuk Malay, macam Mommy dengan Daddy @_@






Monday, January 27, 2014

My eldest superhero

Salam sayang semua!

Dah lama tak bercerita pasal my two superheroes. Eh, dah lama ke? Jap-jap nak scroll entri dedulu macam orang tu nak check dah berapa lama *sengih*



Si Bubbly Abang ni baru aje bikin Mommy pening kepala. Dia yang ke sekolah Cina (of course Mommy yang hantar ler) tapi Mommy pulak yang kena mengulangkaji buku-buku aktivitinya setiap malam. Abang memanjang aje tak sempat nak check sebab  SIBUK. 

Kalau tak sibuk dengan game, dia sibuk buat marketing strategies untuk melariskan 'imaginary business' yang dia ada. Yalah, nama pun kerjanya 'business boss' , asyik sign cheque book ajelah! Kesibukannya memang mengalahkan supermommynya yang kelam-kabut selalu sampai terlentang nih.

Setiap malam sebelum kemaskan buku Abang, I akan tanya berapa homework perlu buat. Maklumlah buku semua dalam bahasa yang Mommy tak arif. Kadang-kadang, homeworknya boleh skip-skip muka surat pulak. Dia main agak aje. Bila dah nak hampir tengah malam, barulah peluk cium hug Mommy sambil merengek kata ada 2,3 homework belum siap. Tangan rasa nak terkehel kerana kena tulis banyak sangat. 

Adui, Abang... dahlah nak tidurkan Adik satu hal. Kalau dah dekat pukul 10 malam baru beritahu ada homework yang terlupa nak beritahu Mommy, yang tak siap lagi, memanglah badan Mommy rasa berangin aje...

Abang ni sebenarnya nak I duduk sebelah sambil tengok dia buat homework. Jangan ke mana-mana. Menyambil pun kalau boleh jangan. Dahlah Mommynya memang tak boleh duduk setempat. Kalau cam tu, semua kerja dalam rumah tak siap. Sebelum teman Abang buat homework, kena tidurkan Adik Cute dulu. Kalau tidak lagi haru-biru. Abang menulis, dia nak menulis. Abang guna buku latihan, dia pun nak buku latihan sama. 

Kalau nasib baik Adik cepat tidur, bolehlah Mommy concentrate hal Abang pulak. Kalau tidak, dua-dua pun Mommy lepuk kang!  Biasanya time Abang buat homework dengan Mommy memang selepas 9 malam. Kalau Abang tak terlupa beritahu Mommy, kira oklah. Mommy dah set up plan siap-siap, mana kerjarumah nak buat dulu. Mana yang Mommy kena ajar dan mana yang Abang kena buat sendiri (macam tulisan Cina tu) Itupun lepas Abang buat semua, Mommy kena check sekali lagi. Kalau Mommy rasa lain macam aje/tak puas hati, memanglah Abang kena re-do. Mommy tak peduli walaupun jarum jam dah nak dekat 11 malam. 

Rabu lepas katanya cikgu suruh bawa copy IC. I tanya copy IC siapa? Eh, lupa pulak siapa punya. Mungkin Mommy kot, katanya. Sebab - yang ini tak boleh menahan I dengar. Sebabnya nak copy IC Mommy kerana menurut seorang kawan sekelas, esok polis nak datang sekolah nak check IC. Of courselah polis tu nak IC Mommy kan.... 

Ada ke....

Ya ke AN, kena bawa copy IC sebab polis nak datang sekolah buat spot check? ~_^

Makanya I 'bekalkan' Abang siap dalam folder lagi copy IC Mommy, IC Abang dan birth certificate Abang. Tanya Cheng Laoshi, mana satu yang polis tu nak! Daddy punya tak payahlah. Daddy takda IC. Lagipun bila hal sekolah anak-anak, memang Mommy aje yang ada superpower. Semua pun kena melalui Mommy. Kalau takda signature Mommy, sorry tak lepas @_@

Balik sekolah hari Khamis, masuk aje kereta terus ditanya pada beloved Mommy kenapalah tak datang sekolah ambil duit RM100! Cikgu kata duit tu kena ambil sebab bolehlah beli KFC atau makan McDonald nanti!



Mommy of course berangin lagilah. Kalau tak beritahu kena datang, macamanalah Mommy nak terhegeh-hegeh datang collect duit tu? Selamba ditanya lagi duit RM100 tu banyak mana? Apa lagi boleh buat dengan duit tu? I pun beritahu dia kalau tak dapat ambil duit RM100 tu makanya tak dapatlah Lego yang dihajati. 

Maka hari Jumaat akak dah get ready tukar selipar jepun lepas balik kerja untuk ambil duit, taknaklah terkedek-kedek lagi nanti terjelepuk pulak kang! Siap called sekolah lagi pagi tu tanya betul ke dah boleh ambil duit RM100 tu. Nasib baik tak kena marah dengan kerani lagi... keh3x. Disuruhnya jumpa guru kelas sebab duit pada cikgu. Akak ni kan hafal dalam kepala time table anak, makanya akak pun set time kul 5.45 petang nak ambush kelas Abang sebab memang guru kelasnya tengah mengajar Bahasa Cina waktu tu @_@

Baru nak ketuk pintu, Cheng Laoshi dah tanya, 

"Ibu Luth, ya?"

Sebabnya : Dia yang last sekali ambil duit!

Settled satu hal. Pandai pulak tu bila masuk aje kereta tanya mana duitnya. Minta maaflah Abang, memang Mommy bagi pegang kejap aje note RM100 tu. Pastu dah selamat masuk akaun. Say byebye ajelah to Lego, ya Abang! Buatlah marketing plan baik-baik. Pergilah jual botol plastik ke, suratkhabar lama ke kalau nak kumpul duit. Jangan gi jual novel dan majalah yang Mommy belum baca, sudahlah....

Ada satu malam tu, I geram kat Hubbydearienya. So, masa dok gurau-senda ngan Abang, I pun membebel-tak-jumpa-full-stop pasal betapa Daddy selalu aje lupakan Mommy bila oi-jonnya (ibunya) ada. Daddy cuma nampak Mommy dalam bilik aje. Keluar aje dari bilik tidur, nama isteri pun Daddy lupa! Oi-jon Daddy aje yang dapat tempat dalam hati! (Apa ni kak? Kes cemburu tak habis-habis lagik?) 

Tetiba Abang memberikan pendapat,

Eh, Mommy! Kalau Abang dah besar dan Mommy dah tua macam buvi-jon, Abang akan layan Mommy macam Daddy layan buvi-jon! Mommy tak suka ke kalau Abang buat cam tu? Ke Mommy nak Abang layan Mommy lagi baik daripada Daddy layan buvi-jon?

Sukalah! Of courselah Mommy suka!

Habis tu, kenapa Mommy marah Daddy layan buvi-jon cam tu?

Adoi, inilah padahnya kalau ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus sesangat *sambil tepuk dahi*



















Hebatnya jadi Tuan Direktor nih....

Jangan terkejut. Jangan refresh banyak kali.

Memang tak tahu kenapa, I ni dah gila meroyan nak dok menaip entri banyak-banyak. Meranalah sesiapa yang rajin mengikuti omongan kosong di sini.

I tengok bukan main ramai yang memuji drama Ariana Rose dan novel 'The Wedding Breaker' ni. Malangnya, I memang tak menonton drama ni mahupun membaca novel yang katanya sungguhlah best itu... (Eh, memangnya drama pukul 7 malam kat TV3 tu best-best belaka ke?  I dah berkurun tak menonton TV3 sebenarnya...)

Pukul 7 malam tu waktu peak kelam-kabut for me. Mana nak basuh baju, mana nak masak, mana nak make sure anak-anak dah siap mandi, mana nak prepare table for dinner, mana nak itu, ini... Eehhh, pendekata macam-macamlah nak kena buat. 

Makanya waktu itu bukanlah waktu yang sesuai untuk I memeluk bantal busuk duduk bersimpuh di atas sofa sambil bersenang-lenang di depan kaca TV! Mahu semua orang dalam rumah kebulur tak makan kalau I mula menonton pukul 7 malam. My time biasanya pukul 9 malam, itupun Channel Astro 393 aje. La ni bila Mami ada di rumah, langsunglah tak dapat menonton *sayu gitu*

Hati tu teringin juga nak menonton dek kerana pengaruh pembacaan  tapi, simpan dalam hati ajelah...

Ni bukan nak cerita pasal Ariana Rose ke apa sebab I memang tak tahu apa-apa pun pasal drama ni. Nanti kena gelak pulak kalau bagi statement tak kena tempat. Sendiri yang malu, nak kelentong tapi tak pandai ^_^

Ni nak cerita pasal adegan-yang-tak-ingin-dilihat bila menonton drama kegemaran. Rasanya bukan I aje yang rajin buat, awak, awak dan awak juga ramai yang syok sama, berangan aje lebih!

I ni bila menonton drama banyak episod, memang tak sabar sungguh nak  tunggu ending. Suspens dalam hati ni begitu membuak-buak. Tak larat rasanya nak dok depan TV pada masa yang sama esok, esok dan esok-esoknya menunggu cerita selanjutnya. Tapi bila dah tahu kesudahan macam malaslah pulak nak menonton. Drama yang menarik terus jadi hambar. Makanya lebih baik tahan aje nafsu yang membuak-buak tu sambil menonton dengan penuh debaran!

Masa nilah bakat sebagai seorang pengarah tu terserlah....

Itu tak betul, ini salah. Itu tak boleh buat, ini nampak kaku. Pendekata semua pelakon tu fake aje lakonannya, keras kejung depan kamera (Eh, namanya berlakon, memanglah lakonan semata...)

Mulalah mulut membebel-bebel mengata orang tak pandai berlakon. Tapak tangan ni pun sakit alahai dek kerjanya menumbuk tapak tangan aje bila rasa tak puas hati dengan jalan cerita. Pengarah tu pun memanglah sengal, boleh buat jalan cerita macam inilah, macam itulah... Cuba buat macam yang I explain masa menonton tu, for sure ratings pun leh naik mencanak! Yalah, yalah... memang penonton yang bertukar jadi zombie pengarah ni bukan calang-calang ilmu di dada. Itu yang dapat title free gitu-gitu aje!

Lagi satu yang I tak puas hati sangat-sangat, kenapalah kalau namanya heroin aje mestilah lemah-lembut, baik macam nak rak perangainya dan comel-comel aje. Memang sesiapa yang berangan nak jadi heroin tapi tak cukup tinggi, tak cukup langsing, dan tak cukup sifat baik tak cukup comel menawan, jangan mimpilah. Kalau seksi dan gediks, kira ok lagi. Boleh ambil watak perempuan jahat/penggoda. 

Tapikan kalau ada yang panggil I untuk mengarah drama, hah... akak terduduk gak kat situ. Tak reti camna nak mengarah *gelak beso* Cakap-cakap depan TV marah pelakon tu bolehlah ~_^







Friday, January 24, 2014

Kisah suamiku pula... as a Muslim

Salam Jumaat yang mulia, ya kawan-kawan semua!

Terlanjur dah menulis tentang ini, maka nak jugalah I berkongsi cerita tentang my Hubbydearie. Ini cerita zaman silamnya, lebih khusus lagi zaman kanak-kanaknya. Jangan salah faham juga, bukan berniat nak membuka pekung di dada, bercerita hal buruk-buruk tentang keluarga sendiri cuma nak berkongsi cerita dengan rakan-rakan sebangsa dan seagama. Manalah tahu ada yang boleh dijadikan iktibar.

Kalau di negara asalnya, bila berjumpa yang sebangsa dengan Hubbydearie, memanglah mereka mengaku mereka Muslim. Walaupun pada hakikatnya, berbotol-botol arak ditogok di rumah. Itu perkara biasa. Makanan yang dijual di kedai-kedai juga adakalanya tidak halal. Jadi, bila nak makan di luar, kenalah betul-betul pasti sebab mereka juga ada bangsa Korea campuran (woo....mereka ni makan daging anjing juga ya katanya...) dan bangsa Rusia. 

Hubbydearie memang dilahirkan sebagai Muslim (sekadar pada nama sahaja) tetapi tidak pernah mengamalkan kehidupan as a Muslim sehinggalah usianya 8 tahun, kalau tidak silap I seperti yang diceritakannya. Kiranya dalam keluarga, Hubbydearielah yang menjadi punca keluarganya mengamalkan Islam yang sebenarnya dalam kehidupan mereka sehingga kini. Honestly speaking, Dada (father in law) dulu-dulu merupakan seorang yang kuat minum dan selalu pulang dalam keadaan mabuk. 

Pada usia Hubbydearie 8 tahun, beliau mula tertarik dengan kehidupan sebagai seorang Muslim sejati. Bayangkan ketika musim salji tebal, seawal pagi beliau dan kawan sekampung akan meredah salji untuk ke sekolah. Setiap pagi around Subuh, Hubbydearie akan melalui kawasan masjid (ya, ada masjid di sana tetapi tidak sebanyak dan semegah masjid-masjid di Malaysia ni), melihat dan mendengar orang bersolat di dalamnya. Hatinya rasa terpaut untuk mengetahui lebih lanjut...

Beliau memaksa kawan sekampung untuk menyertainya meng'jelajahi' perkara baru dalam hidup. Mereka keluar lebih awal setiap pagi dalam kesejukan salji tebal dan singgah di masjid untuk belajar bersolat. Katanya kali pertama masuk masjid, beliau buat mengikut apa yang dilihat sehinggalah imam masjid tersebut menegur dan mengajar cara-cara solat yang betul. Semua ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi dari pengetahuan ibubapanya.

Walaupun begitu, menurut Hubbydearie, Mami memang sejak dulu dilihat bersolat. Hubbydearie sendiri tak tahu dari mana Mami belajar kerana di sana ajaran Islam tidak boleh diajar sewenang-wenangnya di khalayak ramai. Bila Hubbydearie sudah pandai bersolat di masjid, barulah beliau sedar yang selama ini cara Mami melakukan solat banyak silapnya. Tapi Hubbydearie tidak berani menegur kerana takut kalau Mami dan Dada tahu apa yang dipelajarinya.

Setiap kali menyambut Tahun Baru, keluarga Hubbydearie (sama seperti keluarga lain di sana) akan menyambutnya dengan jamuan makan bersama keluarga dan.... tentunya ada botol-botol arak dihidangkan bersama. Oleh kerana Hubbydearie tidak mahu lagi melihat bapanya minum sempena tahun baru, beliau mula mengunci diri di dalam biliknya. Pada mulanya, memang keluarganya tidak tahu hal sebenar. 

Tapi Dada mula perasan kelainan sikap anaknya. Yalah, Hubbydearie ni seorang yang nakal dan gemar sesuatu yang baru, mempelajari perkara-perkara yang tidak pernah diketahuinya. Kalau dulu bila Dada minum, Hubbydearie selalu merengek ingin cuba rasa 'air yang diteguk' kerana rasa pelik dengan habit bapanya. Beliau nak tahu mengapa Dada cukup suka 'minuman' itu sehingga kadang-kala boleh bertukar ganas.

Tapi sekarang, Hubbydearie langsung tak mahu menyentuh botol atau gelas yang berisi minuman tersebut. Akhirnya rahsianya bersolat di masjid terbongkar. Ibu dan bapanya tidaklah begitu marah tetapi mereka tidak mahu Hubbydearie berbuat begitu lagi. Tidak baik katanya...

Hubbydearie tetap dengan keputusannya walaupun usianya masih kecil (sebaya Abang ketika itu...) Akhirnya seluruh keluarga berjaya dibentuk olehnya untuk mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar (Memang I rasa bangga bila mendengar 'kejayaan' Hubbydearie mengubah kehidupan keluarga walaupun baru berusia 8  tahun) Selepas itu, Hubbydearie tidak perlu curi-curi untuk ke masjid di pagi hari. Beliau dan Dada akan pergi bersama-sama. Beliau juga mengajar Mami bersolat dengan cara yang betul.

Sejak itu, Dada pun banyak berubah sikap. Tidak lagi minum dan jadi pemabuk. Dada buang kesemua botol-botol yang ada di rumah. Tiada lagi sambutan tahun baru. Kalau tengok Dada sekarang ni, memang kita rasa insaf sangat kerana beliau belajar dari kosong untuk menjadi seorang Muslim sejati tanpa ada bantuan dari luar. Sedangkan kita ini, semuanya tersedia. Ada sekolah agama, ada majlis agama,  ada para ustaz/ustazah yang mampu membimbing dan bebas mengamalkan cara hidup Islam di negara sendiri. 

Pun begitu, adakalanya Hubbydearie meragui ilmu yang dipelajari. Yalah, budak kecil sepertinya memang banyak perkara yang tidak difahami. Hubbydearie sentiasa berharap agar Tuhan tunjukkan kepadanya kebenaran.

Suatu hari Hubbydearie pulang awal dari sekolah. Beliau terlupa membawa kunci rumah dan  tiada sesiapa pun yang ada di rumah. Biasanya Hubbydearie orang terakhir yang akan pulang ke rumah lewat petang sehingga dimarahi Mami. Hubbydearie pun duduk bersila di hadapan rumah yang berkunci, tak tahu apa nak dibuat. Kalau pergi mencari Mami sudah tentu beliau akan dimarahi kerana tertinggal kunci rumah. Kalau mahu menunggu abang atau adik-adik perempuannya, tentulah sampai petang beliau harus duduk di depan pintu rumah! Sambil duduk-duduk, beliau teringatkan sesuatu. Lantas beliau berdoa kepada Tuhan dalam hati - kalau betullah agama yang dianutinya, tunjukkanlah kebenarannya.

Tetiba Hubbydearie nampak dari kejauhan abangnya berlari-lari kepenatan ke arah rumah. Bila sampai di hadapan pintu, abangnya terasa pelik melihat Hubbydearie di hadapan rumah dan bertanya mengapa beliau pulang awal, tidak seperti selalu. Hubbydearie ingatkan abangnya berlari tergesa-gesa kerana ternampak si adik di hadapan rumah. Yang sebenarnya, si abang terdetik untuk pulang kerana ingin mengambil sesuatu.

Namun pada Hubbydearie, kejadian itu dilihat sebagai tanda kebesaran Allah S.W.T. Abangnya tiba-tiba aje terdetik untuk pulang ke rumah tanpa mengetahui yang si adik tidak dapat masuk ke dalam kerana ketiadaan kunci. Banyak juga kata Hubbydearie perkara yang berlaku yang menguatkan lagi keinginannya untuk mendalami Islam.

Ini pulak kisah si adik perempuan bongsu. Adik yang ini memang cemerlang dalam pelajaran. Adik Hubbydearie mendapat keputusan cemerlang dalam kemasukan ke universiti. Seperti yang dijanjikan, kalau berjaya ke universiti, beliau ingin bertudung. Malangnya pada hari pertama beliau bertudung ke universiti, beliau diberi amaran oleh pensyarah tidak akan dibenarkan mengikuti kuliahnya kalau bertudung. Dengan berat hati, adiknya pun membuka tudung demi meneruskan pengajiannya.

Pernah juga adiknya cuba memohon kerja. Sebaik melangkah masuk untuk ditemuduga, beliau diberitahu dengan kerasnya yang mereka tidak menerima wanita yang bertudung. Itu sahaja alasannya. Full stop.

Bila beliau berhijrah ke US mengikut si suami, adiknya teringat kisah ini. Beliau rasa kelakar kerana di US (negara bukan Islam) beliau bebas memakai tudung ke mana sahaja tanpa ada yang peduli tetapi di negara sendiri yang kononnya sebuah negara Islam, perkara sebaliknya berlaku.

Sebab itulah banyak persoalan yang timbul bila Hubbydearie menjejakkan kaki ke Malaysia buat kali pertama. Begitu juga dengan Mami dan Dada. Katanya 'Islam agamaku' tetapi mengapa bila semuanya ada di depan mata, kita di sini tidak mengamalkannya sebaik mungkin?

Teringat kisah lucu Hubbydearie ketika pertama kali sampai di KLIA. Terpegun, memang cukup terpegun melihat negara Malaysia yang dipelajari di sekolah dulu merupakan sebuah negara dunia ketiga di mana orangnya bersikap 'barbaric' , 'panjat pokok' tetapi kini ada sebuah airport yang cantik dan besar, kehijauan yang indah untuk dilihat tetapi....

" I memang terkejut bila melihat seorang pekerja di airport, perempuan Melayu bertudung cantik tetapi memakai seluar jeans dan baju ketat dan bila si dia ini menjongkitkan kaki untuk mengambil sesuatu, I boleh nampak seluar dalam yang dipakainya!"

Soalan seterusnya....

"Mengapa dia bertudung kalau begitu? Itu ke yang you all panggil 'tutup aurat'?"

Hehehe..... I can gelak aje ok.....









Inilah hasilnya ...

Salam buat semua kengkawan,

Pagi ni bila pergi kerja, mood memanglah gembira sebabnya hari ni kan Jumaat. Esok dah hujung minggu. Memang best sangat rasanya kalau tak perlu menghadap kerja (macamlah banyak sangat kerja di pejabat ni)

Tapi, esok Bubbly Abang kena sekolah, ada kelas ganti untuk Chinese New Year. Hari Ahad pula ada replacement untuk his Art Class. Memang penuh jadual Abang minggu ni. Itu yang dia 'bermuram durja' takda waktu rehat katanya. Yang sebenarnya, tak berpeluang nak menghadap komputer main game!

Lepas tu boleh pulak bagi alasan tak suka pergi sekolah sebab selalu rasa rindukan Mommy yang lovely ni bila di sekolah dan nak cepat-cepat balik rumah jumpa Mommy! Boleh ya, Abang bagi alasan syahdu macam tu supaya Mommy 'terpedaya'? Jangan haraplah dapat absent dari sekolah dengan alasan macam tu, ya. Tapikan... kalau betul my beloved superhero feels like that, aduhai... sukanya ai.... Indah dunia ni jadi emak tau *nyanyi-nyanyi sumbang*

Semalam I dah dapat 'hasil rembatan' menyopping online sehari sebelumnya. Dek kerana I kena cari tempat selamat untuk menyumbat hasil tersebut dalam kereta, I tak excited pun nak check bagai barang yang baru sampai. Kata security guard yang terima parcel tu dari courier service (memang kerap mereka ni kena signkan untuk I tau...) nampak gaya 'baju raya' Cik Rynn ni dah sampai. Bolehlah pakai masa raya Cina nanti. I pun jawab dengan penuh selamba... ' Itu bukan baju raya... Itu handbag(s) untuk raya Cina nanti' *lebar senyuman manis akak tau*

Pagi ni bila sampai ke pejabat, barulah I sibuk menggeledah kereta nak periksa barang yang sampai. Adui, tensi akak ni tau! Kelmarin masa dok-tak-berkelip-mata melihat gadis kurus (model) tu posing dengan handbag, tengok macam sesuailah sangat. Tak kecil, tak besar gedabak. Akak ni pulak dah bilang berulang kali ya - walaupun ada measurement dinyatakan, akak ni memang gagal memanjang dalam department ni. Akak tak leh agak ler besar mana. Tapi bila tengok perempuan kurus tu posing-posing dalam website, ok apa. Akak pun tamak, terus beli dua...

Bila tengok balik physically, sentuh sana-sini ... mak ooi...besarnya beg. Kalau sangkut kat bahu (tanpa ada sampah-sarap dalam beg) memang melayut sampai ke punggung ler... Apa ni? Apa ni? Akak tak suka tau *lari-lari keliling pokok Fragaria ananassa sekali lagi sambil nyanyi lagu K-pop*

Inilah masalahnya kalau shopping online ni. Tak dapat nak pegang-pegang, feeling-feeling syiok dengan barang yang nak dibeli. Oleh kerana hasil rembatan yang kurang memuaskan,  terpaksalah akak shopping online lagi... *yabedabedu*






 

Thursday, January 23, 2014

Cerita Mami dan masjid

Alkisah, Mami ni sejak mula menjejakkan kaki ke Malaysia memang suka bersolat di masjid-masjid yang ada. Mami kata tak terluah perasaan gembiranya bila dapat menjejakkan kaki di masjid. Di negaranya, perempuan tidak ke masjid (kalau tak silap kerana fahaman Mazhab Hanafi) dan lelaki muda pun tak digalakkan ke masjid (yang ini nanti I cerita di lain entri).

Berulangkali Mami mengucap syukur dan berterima kasih kepada Hubbydearie, kerana jika tidak kerana beliau berkahwin dengan orang Malaysia dan tinggal di negara ini, memang Mami tak mungkin dapat merasai nikmat bersolat di masjid.

Mami pernah ke US melawat anak perempuan bongsu (my adik ipar) tetapi of courselah keadaannya tak sama seperti di sini. Mami sangat sukakan Malaysia kerana keindahan alam semulajadi, kemudahan bersolat yang disediakan hampir di mana-mana, masjid-masjid yang indah dan makanan halal yang mudah didapati. Mami ni selain daripada kari ayam yang menantu Melesya selalu buat untuknya sangat suka dengan ayam KFC hot and spicy *sengih*

Selepas melawat Malaysia, memang mengah jugalah anak perempuan Mami merayu-rayu ajak Mami datang ke US semula tapi Mami macam keberatan pulak.

Teringat ketika kali pertama Mami dan Dada (father in law) datang ke Malaysia. Kami bawa melawat masjid di Putrajaya. Kali pertama Mami dapat bersolat di Masjid Putra, beliau menangis. Masa tu kami solat bersama. Sebaik selesai dan sibuk melipat telekung, I nampak Mami duduk bersimpuh sambil menekup muka.

I rasa pelik juga mengapa, lalu datang dan duduk sebelah Mami, bertanya sama ada beliau ok ataupun tidak. Tetiba Mami memeluk I sambil menangis. Beberapa kali Mami menggeleng kepala sambil mengucap syukur dan 'rahmat' (terima kasih). Being an emo person, I pun tersedih sama. Menitik juga air mata nih walaupun tak tahu lagi sebabnya.

Mami siap tunjuk isyarat minta ambil gambarnya bertelekung dalam masjid. I pun buat ajelah. Bila keluar dari masjid, barulah I tahu cerita sebenar setelah Hubbydearie terangkan. Mami rasa sedih sebab tak pernah menyangka dapat juga masuk bersolat di masjid walaupun jauh merantau ke negara orang semata-mata nak merasai pengalaman tersebut.

Dada pula memang setiap kali berjalan dan nak masuk waktu solat, akan segera menyuruh Hubbydearie cari masjid berdekatan kerana nak berjemaah. Kata Dada, untungnya Muslim di Malaysia ni, secara terang-terangan boleh mengamalkan ajaran Islam tanpa rasa khuatir. Segalanya sudah disediakan, antara mahu dengan tidak aje mengerjakan solat lima waktu. 

Pernah juga Dada tanya pada Hubbydearie, mengapa walaupun masjid di mana-mana, adakala tak penuh ketika solat berjemaah? Sedangkan di negara sendiri, teringin sangat nak merasa nikmat yang sama tapi tidak kesampaian.

Dada selalu berpesan kepada Hubbydearie, jadilah seorang Muslim yang baik memandangkan Hubbydearie berpeluang berbuat demikian kerana tinggal di sini. Kali ni bila Mami datang pun, hanya masjid dan taman-taman sahaja yang ada dalam fikirannya tentang Malaysia ni. 

 



 

 


Akak berjaya!

Hehehe... jangan terpedaya dengan tajuk di atas!

Tiada apa pun sebenarnya cumanya sejak dari pagi tadi I cuba meng-godeh/godek my blog ni for the first time after berbulan-bulan lamanya. Sebenarnya I ni penakut. I bukan pandai sangat bab-bab ni. Kalau silap langkah, memang menangis berendam air matalah nampaknya. Ni nak minta tolong Hubbydearie, minta maaf banyaklah ya. Mahu tahun depan pun belum ada masa Hubbydearie nak tolong. Kalau zaman sebelum kahwin dulu, belum sempat minta tolong pun dah ada depan pintu rumah nak membantu ~_^

Dah lama nak tukar gambar header tu. Nak letak gambar my superheroes. Gambar memang banyak tapi bila time nak letak,  tak tahu mana satu yang sesuai. Walaupun I ni Maths sangat geliga, bab-bab measurement ni I selalu aje gagal. Tak tahulah mengapa. Itu pasallah masa kecik-kecik dulu pernah beli taugeh 1-2 kg untuk makan 4 orang aje @_@

Bila dapat bega itu, ini dalam blog ni rasa macam best aje, macam clever semacam aje ... walaupun pada orang lain takda maknanya nak pekik satu taman tema kasi orang tau. Eleh, benda enteng cam gitu pun jakun! Apa nak buat ya, akak memang pun jakun selalu @_@

Hari ni sebenarnya nak up entri lain tetapi tetiba entri ni pulak yang di'up'kan. Nampak tak? Nampak tak betapa jakunnya akak ni bila dapat buat something yang tak pernah buat? Rasa macam akak sorang aje yang tau buat benda ni ~_^

Oklah, entri ni tak payah buat panjang berjela, nanti sakit hati pulak orang membacanya... macam tin kosong, bunyi aje kuat isinya takda (Eh, pernahkah I buat entri berilmiah sebelum ini? Macam takda aje, macam bukan I aje ...)

Alright, nak gi sambung shopping online sekejap! Semalam baru ukur jalan kat KLCC, luas pulak pandangannya bila dah masuk ke sana. Memang macam-macam ada ler...sampai balik pejabat pun lambat siap cakap kat boss,

"Sorry boss! I lambat! I lupa jalan keluar dari parking kat KLCC!"

Boleh bagi alasan gitu sebab lambat balik lunch? 

I, boleh ajelah @_@ 

P.S. Ni nak tanya ni, napa pageview akak dok tracking akaknya own pageview? Penat tukar setting tetap juga nak track akak tau...nyampahlah...ada sapa-sapa boleh tolong?



Wednesday, January 22, 2014

Apa kata mak mentua pulak...

Hari ni akak lambat taip entri sebab sibuk sangat....

.....  Sibuk shopping online!

Sebelum I membebel tak ingat dunia, ni nak bagi tau sikit nih...

I sebenarnya 'tak cukup makan' sekarang ni a.k.a berdiet tanpa rela ^_^ So, bila pergi melawat kawasan jiran tetangga, rasa lapar sungguh you all ni pergi tunjuk makanan yang sedap-sedap sehingga meleleh air liur tau!

Di pejabat sekarang ni memang jarang sungguh dapat makan breakfast properly, dengan tenang dan sopan-santun. Ada aje yang datang mengganggu. Di rumah pula memang tak sempat breakfast juga, sebaik aje kaki nak melangkah keluar ke tempat kerja, ada aje dalam kepala ni yang teringat lupa nak buat (Hah, camana ayat ni? Anggap faham ajelah...)

Dinner di rumah pun makan alahai sopan-santun sungguh sambil mengumpat berlainan bahasa ( I suspectkan... Hubbydearie ni selalu ngumpat dengan Mami pasal I pastu tak ngaku, then dia ngumpat dengan I pasal family dia pulak dalam bahasa kebangsaan, pastu bila Mami tanya tak ngaku juga! Hubbydearielah culprit sebenarnya dalam segala misunderstanding yang berlaku, ya! @_@) I memang memanjang aje tak pernah bersalah!

Ni dah cerita pasal menantu-menantu 'hantu' yang berlainan bangsa sebelum ni so kali ni nak tanya pendapat MIL lah pulak apa katanya tentang menantu Melesya yang 'hipokrit' nih (Yalah, asyik berlakon baik aje tapi kat belakang aduhai.... memang pun I baik tau! Kenapa? Tak percaya ke? Mehlah sini berlakon jadi mak mentua I kalau nak tahu sangat!)

Ini hasil kajian oleh suami saya ya, siapa lagi kalau bukan Hubbydearie anak-kesayangan-  tak-pilih-kasih Mami @_@

Hubbydeariekan rajin dok berborak dengan Mami (Kata HD, beliau rindu sangat nak berborak/bergosip dalam bahasa ibundanya kerana di sini tak ramai kaum kerabat yang boleh diajak berjumpa minum kopi sambil borak kosong...kesian alahai I mendengarnya...) Maka satu hari Hubbydearie pun bertanya pada Mami tentang topik hangat - isteri Melesya kesayangannya ini... @_@

Bila Mami memulakan bicara dengan keluhan, Hubbydearie dah suspen. Tension katanya kalau Mami ada banyak komen negatif tentang isterinya. Tapi Hubbydearie of course tak menyalahkan Mami kesayangan kerana pada pendapatnya, isteri kesayanganlah yang harus berusaha lebih untuk menambat hati mentua yang berkunjung sekali-sekala aje!

Kata Mami, menantu yang ini taklah nampak jahat tetapi kalau dibandingkan dengan menantu lagi seorang nun di sana, memanglah menantu yang ini lebih moden dan lebih senang kehidupannya walaupun siang bekerja malam jadi surirumahtangga...

Sebagai ibu mentua katanya, beliau selalu aje cakap yang baik-baik tentang menantu-menantunya. Kalau di sana tanya, macamana menantu yang di Melesya, katanya baik aje. Kalau di sini tanya, macamana menantu yang di sana, jawabnya baik juga...

Tapi dalam hati katanya (ni takda version tapis-menapis, direct cerita dari Mami kepada anak lelaki kesayangannya) walaupun menantu sebangsa tinggal bersama, baik, cekap melakukan kerjarumah dan lebih memahami, adakalanya tidak boleh diterima akal juga sesetengah perbuatannya. 

Bermanis mulut dan pandai ambil hati tapi dalam masa yang sama, ada juga sikap yang tidak boleh tahan Mami melihatnya (Keh3x....akak gelakkan ajelah kan time menantu sana kena...) Walau apapun, Mami tetap berterimakasih pada menantu di sana kerana menjaga mereka sekeluarga dan menguruskan rumahtangga (Itu sebenarnya tugas akak tau kalau tinggal bersama mereka kerana Hubbydearie anak lelaki terakhirkan...)

Menantu yang di sini pulak, memang tak pandai bermanis muka (hah see, see...akak sebenarnya tak hipokrit sangat.... cakap aje berlakon tapi sebenarnya memang itulah diri kita yang sebenarnya), nak kata jahat pun  tidak juga.

Kadang-kadang ada juga yang tak kena pada pandangan tetapi Mami kata kenalah memahami sebab menantu yang ini berlainan bangsa dan budaya. Tak boleh juga nak menyalahkan menantu kerana dia diajar, dididik dengan cara yang berbeza. Cuma Mami dapat rasakan walau sebaik mana pun kami cuba (antara I dan Mami) untuk memahami, jurang komunikasi memang luas terbentang. Sukar katanya nak berkomunikasi dengan menantu dan cucu di sini kerana masalah bahasa dan kerana itu, banyak perkara tak dapat dilakukan dengan baik.

Kata Mami lagi, tengok gaya macam menantu Melesya 'tak heran' pun nak belajar bahasa ibunda mereka mahupun Russian language, makanya kenalah ambil alternatif untuk belajar Bahasa Melayu. Kalau tidak, selamanyalah tak boleh enjoy berbual dengan menantu dan cucu di sini.

Mami pesan pada Hubbydearie supaya ajar isteri dan anak-anak berbahasa mereka juga. Lepas tu, rajin-rajinlah pulang bawa keluarga melawat sanak-saudara di kampung halaman. Yang ini, bukan salah I menghalang ya... Hubbydearie tu yang terlebih comfortable tinggal di Malaysia.

Sebenarnya I rasa sangat bertuah kerana Mami memahami dan memberi restu kehidupan kami sekeluarga walaupun I bukanlah menantu yang diingininya selama ini. Hubbydearie sentiasa berpesan supaya berbuat baik dengan Mami kerana beliau  tak mahu Maminya rasa menyesal walaupun sedetik kerana anak lelaki kesayangan memilih untuk berkahwin dengan wanita berlainan bangsa. Sebab itulah I cuba menjaga tata-tertib sebaik mungkin dek kerana pesanan suami. Bak kata Hubbydearie, his Mami dapat peluk cium jumpa anaknya setahun sekali, tetapi I dapat dia insya allah, seumur hidup ~_^ Makanya inilah sebab I bertabah tak mahu Mami rasa yang perempuan Melayu  tu tak baik.

Bak kata Hubbydearie kepada isterinya,

I tahu tiada siapa yang sempurna. Walaupun you tak boleh jadi sebaik kebanyakan perempuan Uzbek melayan keluarga mentua mereka, I cuma nak you jadi isteri yang baik buat anak Mami dan pada pandangan Mami juga!

Jumpa Mami setahun sekali aje so I guess, no hal lah kan ... @_@



 

 

 



Tuesday, January 21, 2014

Menantu Uzbek vs Menantu Melesya

Salam sayang muahs, muahs semua!

Hah, meh sini nak cerita sikit! Sikit aje yek takda panjang mana pun @_@

Alkisah, bila berkahwin berlainan bangsa, budaya dan agama, memang banyaklah perbezaan yang harus diterima hakikatnya dan bertolak ansur dalam menanganinya. Begitu jugalah dengan menantu Melesya yang kecoh seorang ni...

Katanya, tradisi orang Uzbek, anak lelaki terakhir bertanggungjawab menjaga ibubapa dan bila sudah berkahwin, seharusnya anak lelaki terakhir dan menantu perempuan tinggal bersama keluarga lelaki. Makanya, segala tanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga terletak di bahu menantu perempuan terpilih ni, ya!

Seperti yang pernah diceritakan, my Hubbydearie ada empat adik-beradik (2 lelaki dan 2 perempuan) dan Hubbydearie merupakan anak lelaki kedua/terakhir. Seharusnya setelah berkahwin, Hubbydearie dan isteri tinggal bersama keluarganya dan menjaga kedua orangtua. Unfortunately, anak lelaki keluarga Rahmanov ini telah memilih perempuan warga asing (dah macam bunyi perempuan indon/kemboja/vietnam aje...) untuk dijadikan isteri. 

Sebagai ibu yang sangat menyayangi anak lelaki yang katanya terhandsome di Uzbekistan dan berderet makbapak menawarkan anak dara masing-masing untuknya, mestilah terasa musykil dan susah hati. And of courselah membangkang sekeras-kerasnya keputusan anak apalagi bila diberitahu anak tersayang nak tinggal di Melesya!

Meruntun-runtunlah hati si ibu sambil berfikiran negatif di antaranya, 'Adakah anak lelaki kesayanganku ini telah diracuni fikirannya oleh wanita durjana dari Melesya itu sehingga sanggup pergi meninggalkan ibubapa yang ditake over tanggungjawabnya kepada anak sulungku?' (Hah, tengok besar tak masalah yang difikirkan oleh Mami ketika itu!)

Tradisi orang Uzbek juga, bila anak dara dah cukup umur untuk berkahwin pada usia 18 tahun dan tak buat apa-apa (tak sambung belajar dan tak bekerja) wajiblah mula mencari jodoh yang sesuai (ni macam style mak-mak kita zaman 50-an, kan...) Dating-dating pre-kahwin pun tak digalakkan di sana. Semuanya diuruskan keluarga kedua belah pihak as long as kedua merpati dua sejoli suka sama suka. 


Makanya pihak lelaki akan datang menziarahi keluarga belah perempuan sambil membawa anak teruna. Diberi masa ketika itu untuk saling berkenalan di bawah pengawasan ketat kedua belah keluarga (untuk tahu both tertambat hati ke tidak bila melihat muka masing-masing) manakala para ibubapa sibuk bergosip. Kalau ok, on ajelah...next week ke, next month ke bolehlah berkahwin dan buat majlis kenduri-kendara besar-besaran yek!

Dalam kes my Hubbydearie katanya, makbapak yang menyusun anak dara masing-masing untuk dipinang. Kira first time le berlaku kat Tashkent kes macam ni... Ni ada satu kes, minah ni tergila-gilakan my boyfriend-masa-tu, sibuk dok suruh makbapak pinangkan untuknya...nasib baik I takda kat situ, kalau tidak boleh main tarik-tarik rambut tengok jenama syampu mana yang lagi baik untuk rambut @_@ Itulah yang Hubbydearie dok bangga sangat tu katanya 'offer' tak pernah susut. Nyampah I dengar!

Sebenarnya, I as an outsider ketika itu, faham benar dengan kemahuan ibu Hubbydearie (Hishhh, masa tu belum jadi menantu, takdalah panggil Mami, Mami ok!) Anak kesayangannya right... kalau boleh memanglah nak pilih menantu sebangsa supaya dapat tinggal bersama-sama dan menjaga kedua orang tua. Tapi adat orang tengah bercintakan, walau faham macamana sekalipun, kita pun tak mahulah 'kehilangan' juga ^_^

Mujurlah segalanya berakhir dengan baik dan bila Mami first time tengok menantu, confirmed katanya menantu Melesya ni bukan jenis 'witch' yang main charm, charm orang gitu (kesian kat I tau...)

Ok, back to menantu Uzbek vs. Menantu Melesya. Sebenarnya comparison ni tak adillah sebabnya yang dibandingkan tu surirumahtangga sepenuh masa di sana dengan menantu 'berkerjaya' aka surirumahtangga separuh masa/hujung minggu aje. Eh, comparison lain kali ler (kalau teringat), kita cerita bagaimana nasib menjadi surirumahtangga sepenuh masa di Uzbekistan.

Alkisah, bila dah berkahwin menantu perempuan kena terus angkut beg kain baju dan tinggal di rumah keluarga mentua. Nasiblah kalau ada adik beradik lain yang tinggal bersama. Memang merana badan ler jadi hamba dalam keluarga mentua (Hiks2x, jahat tau I ni...)

Kalau bergaduh ke apa, jangan ngengada nak angkut beg kain baju dan lari balik rumah makbapak ya. Memang kena halau dek makbapak sendiri gamaknya. Duklah kat rumah mentua sampai bernanah hati dan perasaan atau kalau tidak pun, sampai kena cerai (Eh, memang mulut nak kena lemps ni...)

Semua urusan rumahtangga dari A to Z memang tanggungjawab menantu perempuan, ya. Cepatlah buat kerjarumah yang disuruh seawal pagi sampai matahari dah lama terbenam. One thing yang I perasan, ikatan kekeluargaan bangsa Uzbek ni sangat erat. Itulah pasal setiap kali bertemu, mereka beri salam, peluk cium kiri kanan. Kalau lelaki setakat peluk erat ajelah... 

Itulah yang berlaku di rumah I sekarang ni. Sebaik Mami keluar dari bilik di pagi hari, me, HD, Abang dan Adik dah get ready nak hug and kiss her sebelum duduk bersarapan sambil beri salam dan tanya khabar, ' Lena tak tidur malam tadi?' etc. Kalau pergi/balik kerja atau keluar rumah pun, samalah kaedahnya.

Hormat kepada ibubapa memang sangat tinggi levelnya, ya apatah lagi ibu. Memang you kalah matilah kalau membabitkan ibu ni. Like my Hubbydearie, kalau ada hint dalam hatinya yang Mami terasa hati, memang kena tegurlah menantu Melesya ni. Itupun kata Hubbydearie, hormatnya terhadap Mami tak sehebat anak-anak bangsa Uzbek yang lain. I don't know, sebabnya I pun tak pernah berada lama di Tashkent untuk memerhatikan tingkah-laku ibubapa dan anak-anak.

Oleh kerana menantu perempuan tinggal bersama ibu mentua, layanan yang diterima oleh ibu mentua seharuslah lebih baik daripada ibu sendiri. Kalau ketika makan, tetiba air dalam cawan ibu mentua dah nak habis, kenalah menantu cepat-cepat bangun tuangkan air untuk ibu mentua. Jangan sampai kosong cawan orang tua tu, ya. Kalau ibu mentua bangun nak buat kerjarumah, menantu mestilah cepat-cepat take over supaya ibu mentua tak buat kerja tersebut. Pendekata apa sekalipun, ibubapa mentua haruslah didahulukan @_@

Kalau bercakap dengan ibu mentua kena hormat dan janganlah sambil lewa. Kena lihat mukanya sambil 'memaniskan' muka sendiri, jangan sampai ibu mentua ternampak resah gelisah di muka menantu sehingga hatinya terfikir yang bukan-bukan. Hah, ambik! Memang kenalah nanti bila anak lelakinya balik kerja!

Cubalah bayangkan kalau dapat mak mentua yang kejam, ya. Aduhai, memang tak tahu apalah nasib diri. Kesian juga bila I terfikir tentang kehidupan perempuan Uzbek yang dah berkahwin dan jadi surirumahtangga sepenuh masa ni. Penceraian adalah sesuatu yang sangat luarbiasa di sana, like a  taboo. Kalau perempuan diceraikan, jangan haraplah ada yang sudi nak masuk meminang lagi. Confirmed memacam fitnah dah ditaburkan kenapa si perempuan ni kena cerai (tak pandai buat kerja rumah, tak pandai layan suami, jahat, tak hormat keluarga mentua, etc. etc. pendekata semua salah perempuan, ya)

Bila I dok fikir balik, ini dah macam era mak-mak, bapak kita kan. Ada perkahwinan diatur keluarga dan sebagainya. La ni kat Melesya, tak heran apa. Kalau tak sesuai, bercerai ajelah. Macam lazim sangat perkara tu, takda siapa pun heran. Bangga pun ada juga kalau dapat kahwin berpuluh kali macam Kak Liz Taylor. Kira laku macam goreng pisang panaslah sampai ke tua pun ada yang sudi nak menyunting bunga rafflesia di taman @_@

Eh, tak penat baca ke? I dah penat bercerita ni. Lain kali sambunglah kalau teringat apa-apa lagi ~_^











Monday, January 20, 2014

Entah apa-apa...

Salam Isnin semua @_@

Wah, seronoknya ketawakan I jatuh terlentang ya!

Takpalah I tak ambil hati pun. Sebenarnyakan kalau ada orang jatuh depan kita ataupun ada sesuatu yang di luar dugaan berlaku betul-betul di depan mata kita, memangnya kita akan tergamam. Lepas tu barulah otak mula berfikir nak buat apa.

Macam dalam kes I ni, kalau berlaku depan I pun, I rasa nak gelak juga dulu walaupun rasa perbuatan itu sangatlah bersalah dan harus dielakkan. Makanya bila mulut baru nak mengorak senyum, otak dah suruh stopkan reaksi tu dan buat apa yang patut *sengih*

Begitu juga yang berlaku beberapa minggu lalu bila kami sekeluarga di Masjid Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah). Hubbydearie yang sibuk suruh kami berhati-hati kerana lantai licin tetiba jatuh terjelepuk depan mata I (dan orang lain juga...) I baru aje nak mengorak senyum bila tetiba tersedar yang jatuh tu suami saya ya... Makanya kalau dok gelak memanglah tak tahu nak kata apa! Kesian Hubbydearie, seminggu gak sakit lutut kirinya. Kiranya adil dan saksamalah suami isteri pun dah termerah padam muka  dek kerana jatuh di tempat awam (cumanya I selamat sikit 'water face' sebab seorang aje yang nampak kejadian tak diingini tu)

Hujung minggu yang baru ni kami tak dapat ke mana-mana. Lepak di KL ajelah. Semua plan tercancelled dek kerana Mami sakit kaki. Mami tu macam menantu Melesya jugalah tak boleh sejuk sikit walaupun tinggal di negara empat musim (Menantu Melesya lagi ngengada, panas sepanjang tahun pun asyik mengeluh sakit kaki...)

Kita sekeluarga menghabiskan minyak kereta aje jalan-jalan takda apa faedah pun yang dapat. 

Biasa tak bila keluar dengan satu tujuan tetiba berubah arah dan balik dengan tangan kosong? Hah, itulah yang berlaku baru-baru ni. Plan sikit punya banyak dalam kepala tetapi semuanya yang memerlukan kudrat nak berjalan berkilometer katanya... 

My sister sehari suntuk menghilangkan diri on Friday. Rupanya my sis 'berumahtangga' di Sogo. Hebat potongan diskaun katanya... diskaun atas diskaunlah. I ni bab Sogo memang lemah kepala lutut. Malas sungguh nak berebut tapi mata dah terbuntang bila dengar pasal potongan harga nih. Ingat nak cari sesuatu untuk Mami. Makanya my Hubbydearie yang tak pernah sukakan area Jalan TAR tu tetiba berubah muka gembira bila dengar nak beli something for his beloved mother.

Maka on Saturday afternoon, kita pun mencuba nasib mengharung jalan yang sesak. Bila sampai di Sogo, alahai...tak mungkinlah dapat parking kereta sesuka hati. Tengok punyalah padatnya. Betul-betul depan Sogo, Hubbydearie kata jom kita cancel aje plan nak shopping. Buang masa dan tenaga aje katanya...

Lepas tu tak tahu nak ke mana dah. Hubbydearie tanya I, I tanya Hubbydearie balik. Gitu ajelah kisahnya. Abang happy gila doanya terjawab. Dia memang  tak suka Sogo juga. Sangat membosankan katanya...

Ronda punya ronda nak menghabiskan minyak kereta, kita terus ajelah ke MidValley. I tanya Hubbydearie nak cari apa di situ. Katanya takda apa-apa, just jalan aje! Aduh!

Sampai di Aeon Big nampaklah electric oven yang murah gila ni ada promosi. Akak ni dah lama terbayang-bayang nak buat segala macam benda dengan electric oven ni. Yang lama sudah dilontarkan keluar rumah. Mana tak sakit hati. Bila menggunakannya memang sehati sejiwa tapi bab menyental, membasuh selepas  tu, memang akak seorang aje yangdipertanggungjawabkan. Dek kerana tak sehati sejiwa nak membelinya, maka kita balik dengan tangan kosong lepas jalan-jalan makan angin kat MV.

Tetiba sampai hari Ahad, keinginan membuak-buak nak buat roti Uzbek pulak. Maka, satu family sekali lagi mengharungi jalan ke Aeon Big berdekatan. Sampai aje, tanya punya tanya, takda stok pulak! Katanya kalau ke Aeon Big yang lebih besar, mungkin ada stok lagi. Oleh kerana tak mahu kecewa, kita pergi ke Aeon Big yang 'lagi besar'.
 
Unfortunately, stock memang takda dah habis diborong oleh pelanggan yang rakus tengok harga murah yang berbaloi-baloi. Kita pergi makan kat Secret Recipe lagi banyak faedahnya. Budak berdua tu memang angin ajelah, bila jalan-jalan begini. Si Adik sampai terlentuk-lentuk nak tidur. Si Abang memang boring aje bila nampak shopping mall ni. Not his type ler nak jalan-jalan window shopping or shopping ke apa.  

I ni pula bila berjalan dengan Hubbydearie memang 'sopan' yang amat. Ambil pegang, ambil pegang aje. Semua pun tak nak beli tapi dalam hati, aduhai....tahanlah nafsu yang membara, membuak-buak tu bila tengok segala macam barang yang ada. Nak beli nanti apa pulak kata Mami. Habis duit anak aku dikerjakan menantu Melesya ni. Hari-hari balik kerja lepas ambil Abang pun ada aje benda yang bergayut kat tangan nih... Ishh, tak bolehlah tunjuk sangat nafsu serakah tu. Kena sopan sikit. Nanti bila I jenjalan sorang-sorang, barulah merembat apa yang patut!

Bila sampai ke penghujung senja, Abang pun selamba bertanya,

Mommy, kata nak pergi tengok monkeys?

Huhuhu...monkeys semua dah lari masuk hutan sebab takut tengok Abang dan Adik nak datang peluk cium mereka @_@



Thursday, January 16, 2014

Kan dah!

Terima kasih buat semua kengkawan yang memberi komen dan nasihat buat I dalam entri sebelum ini. I sangat menghargai pendapat yang diberi. Tak pernah ya buat entri sambil bersedih merembes air mata begitu (di pejabat lagi tu...).

Setiap kali nak balas komen pun, kepala ni terngiang-ngiang kata-kata Abang dan tindakannya setelah nampak Mommy bangun tidur dengan bengkak-bengkak mata dan tak berhenti menangis. Kalau ikutkan hati, memang 2 hari 2 malam pun I tersedu-sedu. Tapi Mami ada di rumah, terpaksa juga sembunyikan perasaan sedih seboleh mungkin. But then, bukan Mami tak nampak pun I bengkak-bengkak mata. 

Sebenarnya banyak yang Abang keluh-kesahkan bila bercakap pasal I ni pilih kasih di antara dia dan Adik. Adik of courselah tak heran apa pun. Dia kecil lagi tapi sekarang ni pun dah pandai, kalau Abang kiss Mommy, dia nak kiss juga. Abang berbual dengan Mommy, Adik pun nak bual juga. 

Bila berkeluh-kesah begitu, I cuma hug Abang dan beritahu dia, tak kira apa orang kata, I tetap sayangkan dia dan adiknya. Walau semua orang tak suka, I akan tetap sayangkan dia seluas langit ni sampai bila-bila. Takda siapa pun boleh paksa I untuk tidak menyayangi Abang dan Adik juga.

Oklah, I ni sebenarnya a happy go lucky person. Kalaupun rasa sedih, simpan dalam hati aje. Jarang nak share dengan sesiapa kecuali kalau rasa sedih tu memang tak terbendung sangat-sangat.

Bukan nak minta simpati atau apa pun, sekadar bertanya pendapat untuk mengetahui betul atau salah perbuatan I selama ini. Yalah, kita manusia biasa. Sukar nak mengaku atau menyedari kesilapan diri tapi sentiasa nampak kesalahan orang lain walaupun hanya sebesar kuman.

I memang nekad tak kira apa atau siapa, memang hak mutlak I sebagai ibu untuk menyayangi anak dengan cara I sendiri asalkan tidak mendatangkan musibah dalam kehidupan mereka pada masa akan datang. Walau apa pun orang kata, I sayangkan anak-anak mengikut cara I  dan langsung tak berniat nak membezakan mereka.  

Namun, I tetap terbuka menerima teguran (walau pahit macamana sekalipun) atas kesilapan mendidik anak-anak. Yang pasti hak mendidik anak-anak itu milik I sebagai ibu mereka. I akan pastikan yang I tak silap mendidik anak-anak kerana bagi I, membentuk masa depan mereka adalah tanggungjawab yang tak  ternilai buat seorang ibu.

Hari ni nak lupakan episod sedih tu dan nak bercerita kisah MD sendiri pulak yang berlaku semalam ....

Sebaik habis waktu pejabat, I pun kemas-kemas meja dan tutup kedua-dua desktop dan laptop. Beriyalah mengangkut handbag yang maha berat tak tahu apa yang I pikul dan beg sampingan pun berat juga. Semalam akak pakai tumit tinggi ya. Lepas tu berangan jalan terkedek-kedek ke punch card room dengan dua beg tadi sarung kat tangan kanan. Rasa nak rebeh aje tapi tahan ajelah demi nak jalan terkedek-kedek tu (kalau dulu masa 20-an I panggil catwalk ler...)

Sempat lagi menegur seorang kawan yang baru nak keluar office dengan pertanyaan 'Nak ke mana tu? Jumpa kat JJ lagi tak hari ni (macam selalu)?' Sebaik aje kawan tu keluar, I pun terpusing 45 degree nak punch my card. Dek kerana tak balance, I terus jatuh terduduk! 

Seluruh berat ditampung dek tangan kanan yang ada dua beg tu ya... Ingatkan boleh bangun, entah macamana terus jatuh terlentang! Nasib baik takda jejaka kacak dan available ketika itu. Yang ada cuma my Japanese colleague satu department. Dia pun  terperanjat kot terus tanya, "Oh..oh... Are you okay?"

Ok ajelah I jawab. Masa tu memang tak sakit. Bila dah masuk dalam kereta barulah tapak tangan kanan ni berdenyut-denyut rasanya. Mana tidak, seluruh berat ditampung dek tangan kanan saja @_@

Teringat peristiwa 15 tahun lalu. Masa tu bila tumit kasut termasuk dalam lubang pavement, badan I macam elastik gitu, terus bangun berdiri dan jalan (bolehlah kata macam ahli gimnastik) walaupun muka merah padam satu bas penuh dok perhatikan insiden tersebut. Masa tu bolehlah berlagak macam ahli gimnastik kerana berat pun 42kg aje. Hah, sekarang tak boleh bend macam dulu ya!

Bila dah malam, barulah terasa seluruh urat dan sendi-sendi kedua belah tangan dan bahu sakit alahai.... 

Beryoko-yokolah I semalam sampai ke pagi @_@






Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...