Thursday, October 31, 2013

Ibubapa dari sudut pandangan anak-anak



Oh, dear friends! Boleh ke I nak upkan entri ni sekali lagi? 
 
Tetiba teringat kat anak-anak di rumah (alahai, sebenarnya tengah syok sendiri baca entri dulu-dulu, kah kah kah)
 
Minta ampunkan patik, ya sebab perasan and syok sendiri tetiba ^_^

Dari sudut pandangan Bubbly Abang:

I love my Mommy very much.  I love her forever coz she is my beloved Mommy. Tapi Mommy kita ni suka takutkan kita dengan ayat powernya :

“Kalau tak sayang Mommy lagi, buatlah! Buatlah perkara yang Mommy tak suka!”

Kita tak sukalah bila Mommy ugut macam ni. Dah banyak kali kita cakap kat Mommy yang kita sayang Mommy forever tapi Mommy suka sangat takutkan kita dengan ayat power cam ni. Kita tension kadang-kadang...

Mommy kita ni memang paling berkuasa kalau di rumah. Mommy yang uruskan segala hal di rumah; apa nak makan untuk breakfast, lunch and dinner, bila nak makan, bila kita nak mandi, bila nak buat itu, buat ini, pendekata semua perkara dalam rumah Mommy yang handle. Daddy malas nak masuk campur sebab kata Daddy, Mommy punya pitching sangat high bila dia menjerit dan Daddy sakit telinga kalau dengar. Lagipun kata Daddy, Mommy is the housewife not him. So, Mommy kena handle semua urusan di rumah ^-^ *pandai Daddy kita*

Mommy kita pun kadang-kadang macam magician. Mommy tahu segala perkara yang berlaku dalam rumah,

“Eh, sudu ni ada 12 kenapa cuma ada 11 aje kat sini. Sapa ambik tak pulang nih?”

“La, the last time I checked ada 6 batteries kenapa tinggal 5 aje nih?”

“ Mommy susun 6 mugs kat sini mana pergi satu lagi?”

Mommy aje yang tahu di mana nak simpan barang ini dan itu, macamana nak susun ini dan itu. Dan Mommy sangat particular. Mommy tahu aje apa-apa yang tidak berada di tempatnya dan apa barang yang hilang dalam rumah!

Kita suka buat homework dengan Mommy. Mommy tahu aje apa homework yang kena buat tapi Mommy tegas. Ini rahsia – Mommy lagi tegas daripada Wang Laoshi kat school.

Kalau tulisan kita tak cantik, Mommy akan padam the whole mukasurat dan suruh kita buat semula. Kita nak nangis tau sebab kita penat tapi kalau kita buat muka masam mencuka, Mommy akan guna ayat power macam biasa. Kita tak sukalah...

Tiap-tiap pagi Mommy akan telefon dari pejabat and  tanya pasal kerja sekolah. Mommy akan kata,

"Abang, homework Maths tak sempat tolong tengokkan semalam so buat macam yang Mommy tulis yek!”

"Abang, kenapa jawapan nombor 1 homework BM yang buku coklat mukasurat 24 tu Abang tak tulis huruf besar bila mulakan ayat?”

"Abang, crayon yang baru beli semalam Mommy letak dalam tempat yang sama dengan sempoa dalam beg sekolah tau!”

Kita hairan macamana Mommy boleh hafal semua homework kita!

Kalau buat Matematik, Mommy akan tunjuk ajar semua. Tapi kalau Mommy takda masa, kadang-kadang Mommy siap tuliskan jawapan dan suruh kita salin. Sebenarnya Mommy suruh kita kira betul-betul dan jawapan mesti sama macam yang Mommy tulis tapi bila Mommy away at her office, kita tulis ajelah lepas tu kita padam tulisan Mommy.Tengok,  kita pun smart juga tau *tersengih sambil buat muka comel*

Mommy tak pandai Mandarin tapi Mommy tetap juga nak bertegas dengan kita bila buat homework Mandarin. Padahal, kita dah kata dah yang kita lagi clever daripada Mommy dalam subjek nih ^-^. Contohnya, bila kita suruh Mommy hafal perkataan dan buat ejaan Mandarin, Mommy selalu dapat zero! Tapi Mommy ada kuasa mutlak di rumah so kita tak boleh lawan kata Mommy. Lagipun kita sayang Mommy and kita tak mahu Mommy sedih bila kita tak dengar kata atau nakal.

Mommy ni pun emotional juga. Bila tengok cerita sedih dalam TV, mata dan hidung Mommy merah. Kita pelik juga, kita tengok cerita yang sama tapi takdalah sampai menangis macam Mommy. Peliklah!

Kalau berjalan dengan Mommy mesti selalu di sisinya. Kalau menyeberang jalan (bukan atas jalan, cuma kat parking area aje) mesti pegang tangan Mommy. Kalau kita jalan 1 m  di depan atau di belakang Mommy, memang Mommy akan panik dan mulalah terjerit-jerit suruh kita ‘be very careful’, ‘look left and right first before crossing the road parking area’. Lepas tu Mommy guna ayat power sekali lagi *sigh*

Apa-apapun kita sayang Mommy sangat-sangat. Kita dah janji pada diri sendiri nak belikan Mommy sebuah rumah tiga tingkat, kereta Lamborghini dan beri Mommy duit 10,000 RM10 setiap bulan bila Mommy tak kerja lagi. Tapi Mommy terpaksa tunggu sampai umur kita 30 tahun. Sebelum itu, terpaksalah Mommy berjimat cermat  spend duit gajinya ^-^

Kita sayang muah-muah kat Daddy jugak. Daddy kita sangat cool.  Daddy tak cepat panik macam Mommy dan Daddy’ s pitching pun tak tinggi ^-^ Kalau berjalan dengan Daddy, dia tak kisah pun samada kita di sisi ke, 1 meter di depan atau di belakang. Daddy cuma pesan ‘take care’ and ‘be careful’.

Daddy takda ayat power macam Mommy *lega sikit kita* Kalau buat homework, Daddy tak duduk sebelah kita. Daddy suruh kita buat sendiri semua homework yang ‘simple’, bila tiba yang susah barulah Daddy tolong  tunjukkan. Daddy juga ajar kita guna kalkulator untuk buat Matematik!

Satu hari sedang kita main kira-kira campur tolak guna kalkulator, Mommy nampak. Mommy tanya macamana kita tahu guna kalkulator untuk campur, tolak? Kita jawablah Daddy yang ajar. Mommy pun gaduh dengan Daddy sebab kata Mommy budak sekolah rendah tak boleh ambik jalan mudah buat kira-kira! Oh, kita rasa bersalah pulak sebab Mommy and Daddy gaduh pasal kita guna kalkulator! 

Daddy juga ajar kita guna Google Translate, buka youtube and beli macam-macam online  games. Daddy kita memang best. Ada satu hari kita kena buat karangan Mandarin, kita guna aje Google Translate untuk buat ayat from English to Simplified Chinese. Senang betul walaupun kadang-kadang ayat yang ditranslate tu entah apa-apa agaknya ^-^

Pernah sekali Daddy nak pam minyak dan suruh kita tunggu dalam kereta. Kita tercakap pulak dengan Mommy. Apalagi, pitching Mommy naik one level higher. Tapi lepas tu Daddy tak buat lagi ^-^ Daddy definitely tak tahan dengar 'rintihan' Mommy!

Kalau Mommy yang arrange stuff memang biasanya complete kecuali kalau dia terlambat nak gi kerja atau ada hal penting. Satu hari Daddy misunderstood apa yang Mommy kata. Daddy bekalkan kita hot and spicy chicken drummet tapi lupa nak letak botol air dalam beg sekolah kita. Apalagi, kita menahan pedas daripada waktu rehat sampai balik sekolah pukul 6.15 petang. Bila masuk kereta, kita ngadulah dengan Mommy yang tekak kita pedas sangat sebab takda air. Bila balik rumah, Mommy pun sedih-sedih cakap dengan Daddy, “Sampai hati you buat anak cam ni.....”

Daddy pun jeling kat kita and told me dengan pandangan tajam, “Hey, you are a man! Apa ngadu-ngadu benda simple cam ni?”

Kita takut sikit dengan Daddy sebab Daddy kuat. Kalau kita main boxing-boxing kat rumah dengan Daddy dan adik, sakitlah kalau terkena tumbukan Daddy. Itu baru aje main-main, belum real lagi -_-

Apa-apapun kita sayang MommyDaddy kita so much. Kita tak kisah kalau mereka pukul atau marah kita sekali sekala sebab kita nakal ^-^

Dari sudut pandangan Adik Cute:

Kita sayang Daddy kita more than Mommy. Mommy kita garang sangatlah. Itu tak boleh, ini tak boleh. Mommy kita suka paksa kita tidur cepat waktu malam. Kita nak sepah-sepahkan rumah dan main-main lagi tapi Mommy selalu aje angkat kita masuk bilik, tutup lampu, sumbat botol susu dan suruh kita “Close your eyes, sleep, sleep!”Tapi kita suka main rambut Mommy bila nak tidur. Best tau ^-^

Betul kata Abang dan Daddy kita, Mommy ni memang sejak lahir suka menjerit kot! Sikit-sikit aje Mommy dah buat pitching nyaring sangat. Sakit telinga kita bertiga. Kita baru nak selongkar almari baju, Mommy dah jerit. Kita baru selongkar barang mainan kita satu bakul besar, Mommy dah jerit. Kita baru nak susun kereta mainan kat sofa, Mommy dah jerit. Kita bukak fridge pun Mommy jerit. Itu belum kira lagi kalau kita berlari masuk bilik air nak main air atau kita nak terjun menjunam dari sofa. For surelah jeritan Mommy boleh didengari sampai ke luar rumah!

Abang kita kata, Mommy ada ayat power yang dia suka guna bila Abang nakal atau tak dengar kata. Tapi kita tak pernah dengar Mommy guna ayat power tu kat kita. Nasib baik... tapi kita lagi takut kalau Daddy yang ada ayat power, sebab kita sayang Daddy kita sangat-sangat. Kalau Mommy marah kita, kita cepat-cepat buat 100m pergi kat Daddy. Daddy suka gelakkan Mommy bila kita buat macam tu ^-^

Kadang-kadang kita terasa nak minum air sedap dalam peti sejuk tapi Mommy asyik membebel dan ‘rampas’ minuman dari tangan kita. Kita geram betul. Kadang-kadang, kita buat muka geram kat Mommy, tapi Mommy tak takut pun. Dia lepuk belakang ass kita. Nasib baik tak sakit sebab kita pakai pampers ^-^

Daddy kita memang contoh yang baik. Daddy tak marah pun kalau kita usik komputer atau bawa lari handphone chargernya. Kalau kita sepahkan rumah, Daddy cool aje. Dia akan kemas dan kemas tak kiralah berapa kali kita sepahkan ^-^ Baru-baru ni kita dah rosakkan printer Daddy. Daddy langsung tak marah cuma kita dengar Daddy cakap dia nak beli printer baru. Tengok, Daddy is such a cool father! I love my Daddy sooo much! Muah, muah, muah! Nah, only for you Daddy! (But please don't tell Mommy nanti dia sedih sampai bengkak mata dan merah hidung) Eventhough kita sayang Mommy lesser than Daddy, kita tak sampai hati nak buat Mommy sedih. Sebab kata Abang,

"Mommy is forever our beloved Mommy and adik tak boleh buat Mommy sedih  tau!"

Kita suka kalau Daddy mandikan kita, tak macam Mommy. Daddy pun tak paksa kita tidur waktu malam (tapi Daddy jarang tidurkan kita kecuali bila Mommy merajuk) Daddy suka main bola dengan kita tapi kalau Mommy ada, banyak benda tak boleh buat. Mommy langsung tak bagi sepahkan rumah. Baru nak minum air dan tertumpah atas karpet, Mommy dah marah. Kalau  Daddy, dia tak kisah pun...

Tapi, kita tetap sayang MommyDaddy kita. Kita sayang abang kita juga sebab cuma ada kita dan abang aje di rumah. Kata Mommy,

"I love both of you as you are my only matahari, bulan dan bintang”

Kalau dah macam tu, kenapa Mommy suka marah kat kita dan abang???

Tak fahamlah dengan Mommy ni!











Penghargaan dariku untuk mu ...

Eei, jiwang karat pulak tajuk ni. Tak sesuai langsung untuk mommy to start the day. Tapi apa nak buat, takda idea sekejap. Blank tetiba... Oklah kan,  sesekali menjiwang tapi tak jiwang!

Semalam terbaca dalam satu blog ni tentang sesuatu. Tak perlulah I jelaskan di sini. Tapi memang betullah bukan mudah nak memuaskan hati semua orang. Lagipun bila berblogging, kita tak boleh paksa orang untuk menyukai blog kita. Tidak semua orang suka dengan apa yang kita tulis. Masing-masing mempunyai sikap yang berbeza; rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Tetiba pula terasa nak mendedikasikan satu entri untuk the first batch of bloggers yang I kenali ketika sibuk buat kunjungan muhibbah. Well, I don't know any of them personally but I love to read their writings. Macam yang pernah I kata dulu, the more santai the blog, the more interest I nak membacanya. I blogwalking kerana nak menghilangkan rasa bosan dengan rutin seharian and of course I tak baca perkara-perkara yang too much serious pada pandangan mata kasar I yang tak berapa pandai nih.

Bila hati dah berkenan,  tentulah I akan sering berkunjung tanpa diundang. Seronok membaca satu hal, dan mungkin yang sudah tahu, I ni memang suka tinggalkan jejak. Sebabnya seperti yang pernah I katakan dulu

Of course my interest in blogging bermula di sini. Tak perlu pengenalan lagi kerana she is a famous blogger. Dari sana, I  singgah ke sini dan juga sini. *_^

1. Si Lyn ni kecil molek orangnya. Tulisannya memang santai. Katanya kuat makan tapi bukan salah diri sendiri tetapi keadaan sekitar yang banyak mempengaruhi. Untungnya ada kadar metabolisme yang tinggi; walaupun rajin melantak bila balik rumah emaknya tetap juga maintain saiz pinggang tu. Walaupun tak pernah kenal in person, she looks like a caring daughter, sister and makcik aunty. Nasib baik Hubbydearie tiada adik beradik lelaki yang single mingle lagi. Kalau tidak boleh rekomenkan. By the way, lupa pulak nak tanya, betul ke belum berpunya lagi? ^_^

Thanks Lyn kerana from her blog, I start jenjalan cari makan to my next pit stop ...

2. Bila namanya mak budak, entah kenapa interestnya memang terarah ke blog mak-mak budak juga. Cuma ada dua bapak budak yang I baca blognya ketika mula berblogging. Dia ni katanya blogger gila glamour. Sungguh bagai dikata! Salute sebab dalam blognya sentiasa berupdate dan seronok membaca entri yang pendek (tak macam my entry yang beratus-ratus kilometer panjangnya) Bila dia menulis, macam sedang duduk face to face dengan tuan punya blog mendengarnya berbicara. Katanya nak jadi among blogger terhebat. Insya allah semoga tercapai sebab nampaknya beliau memang rajin berusaha. (Eh, awak ni macam satu state aje dengan saya....nampak tak kejawaannya di situ... hahaha... gurau aje ye jangan merajuk, buruk bila bapak budak merajuk... )

3. Mak yang ini, macam ada tarikan magnet untuk I ke blognya. Anak beliau seusia dengan my Bubbly Abang. Sungguh banyak keletah dan kerenahnya. Seronok tahu bila baca kisah mak dengan anak ni (for me lah ye...) Melentik-lentik bulu mata I sambil tersenyum simpul sambil membaca kisah anak daranya tu. Katanya tak berapa sihat sekarang, insya allah doa saya supaya Adik akan cepat sembuh seperti sedia kala. 

4. Yang ini satu lagi blog belongs to bapak budak. Tulisan beliau ni teratur aje tapi yang paling I suka sekali gambar-gambar yang diambil. Memang cantik pada pandangan mata I yang tak berapa bijak dalam hal-hal fotografi ni. His blog is very simple and easy for me to read. So, when I am happy, I will always berkunjung gitu. But then macam biasalah bapak-bapak dengan mak-mak memang berbeza sedikit. Mak-mak ni lebih santai kot orang-orangnya. So, bila bapak-bapak menulis perkara yang serius (as for me serious tu like pasal komputer, menjana pendapatan, buat duit lebih and bla, bla, bla...) kadang-kadang I baca, kadang-kadang I skip jelah yek! *_*

5. Mak yang ini memang I suka sebab baby girlnya alololo...comel betul. Ingatkan nak buat menantu tapi tak cukup umur pulak. Tak pasal-pasal nanti kena masuk court keluar court. Anak tak akil baligh dah sibuk nak dicarikan jodoh...hahaha... 

Her chubby boy pun aduhai suka sangat tau ambil gambar 'seksi-seksi' gitu. Lemas jiwa raga I melihatnya .... After all, memanglah I suka pergi berkunjung rumah mak-mak budak yang lebih kurang macam Bubbly Abang dan Adik Cute.

6. Blogger yang ini (wah, I panggil you blogger tau bukan mak budak) katanya dah sendu tapi bila  tengok rupa, eh jelita gitu! Suka sangat nak bermanja dengan Arjunanya tapi katanya tak dilayan sangat. Yalah dah katanya bercinta bagai nak rak masa zaman sekolah-sekolah dulu sampai sendu sekarang, gitulah kaedahnya. Kalau menulis memang santai habis tapi she is so, so, so happy go lucky. Nampak ceria aje. Belum baca lagi, I dah senyum siap-siap. Bila baca, I ketawa terbahak-bahak...eleh bukan ada yang nampak pun I tersengeh macam kerang busuk.

7. I berkunjung sekali ke sini dan tak tahu entah kali keberapa buat kunjungan baru I terperasan beliau add my blog kat bloglistnya. If I'm not mistaken, I didn't even request. Wah, terus berbunga-bunga hati, kembang kuncup lagi. Yalah, beliau dah lama berblogging, I pula orang baru. Bila kena add by 'senior' ni, terasa kembang semacam aje jiwa-raganya. Thank you, Rasp.

8. Dia ni memang I suka. Rajin betul melayan kerenah anak-anaknya. Suka main masak-masak kat rumah. Kadang-kadang tu I copypaste menunya nak buat di rumah. Al malang sungguh, response yang diterima daripada my sons memang jauh berbeza dengan anak-anak si Lizz ni. 

9. Mama seorang ni memang suka berposing dengan anak-anak daranya. Sama naik mak dengan anak-anak ^_^ Tapi walaupun sudah ada tiga anak, cemburu sungguh melihat kerampingan badannya. Katanya berdiet sampai turun berkilo-kilo. Ke kadar metaboslime memang turun mendadak bila sibuk berposing depan cermin ni? Gurau aje ye ... 

10. She looks like a very simple person. Dia ni ada geng sekepala yang se'rainbow' semuanya. Katanya semua kenal kat alam maya. Wah, seronok gitu. Mana sangkakan boleh jadi kawan baik walaupun berkenal-kenalan di alam maya. Dari sini, I jumpa semua geng 'rainbow' nya yang quite close to each other nampaknya. 

Well, it is not the end actually....

Ada ramai lagi nice people with a beautiful heart di luar sana yang I jejak melalui blog masing-masing. To those yang sudi menerjah my blog, reading my lengthy entries till the end and try to get to know the owner, thank you very much. I menghargai each one of you. Lain kali bila buat another appreciation, insya allah I will add lagi ye. 



Wednesday, October 30, 2013

Gelak Part III

Bila mood berblogging merundum, inilah hasilnya ~_^

Seorang lelaki sedang memandu sebuah kereta mewah bersama keluarganya. Tiba di satu persimpangan lampu isyarat, dia pun memecut laju cuba untuk melepasi lampu merah. Sebaik melepasi lampu isyarat tersebut, dia ditahan oleh seorang polis.

Lelaki : Maafkan saya, Tuan. Saya ingatkan lampu masih hijau tadi.
Polis : Eh, eh, takpa. Awak tak melanggar lampu isyarat pun. Memang lampu isyarat hijau ketika awak melintasi persimpangan tadi (sambil tersenyum)
Lelaki : Habis tu, kenapa Tuan tahan saya? (sambil menggaru kepala)
Polis : Kami sedang menjalankan kempen lalulintas dan tahniah, awak merupakan seorang pemandu yang berhemah! Jadi, kami ada wang tunai RM1000 untuk diberi!
Lelaki : Oh, baguslah! Boleh saya pergi ambil lesen memandu nanti!
Polis : Apa? Awak memandu tanpa lesen?
Isteri : Eh, bukan, bukan, Tuan! Suami saya ni kalau mabuk memang selalu cakap bukan-bukan...
Polis : Apa? Awak memandu dalam keadaan mabuk?
Ibu mentua : Itulah...mak dah kata tadi. Mak tak sukalah pergi bersiar-siar naik kereta curi!
Polis : ????

Seorang anak jutawan dihantar belajar ke luar negara. Satu hari dia menelefon ibunya untuk bertanya khabar.

Ibu : Bagaimana kehidupan kamu di sana?
Anak : Baik-baik sahaja, ibu! (sambil mengeluh kecil)
Ibu : Mengapa kamu mengeluh?
Anak : Takda apa-apa, ibu. Cuma...  saya cemburu melihat kawan-kawan lain datang ke sekolah bersama-sama menaiki bas. Hanya saya seorang sahaja yang dihantar menaiki kereta mewah.
Ibu : Kalau begitu ibu akan masukkan duit ke dalam akaun kamu hari ini!
Anak : Untuk apa ibu? Bukankah ibu baru sahaja masukkan duit beberapa hari lalu...
Ibu : Ibu mahu kamu gembira. Pergilah suruh pemandu kita belikan sebuah bas supaya kamu boleh pergi ke sekolah bersama rakan-rakan yang lain!

Seorang suami dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh isteri yang baru dikahwini dua hari yang lalu.

Hakim : Mengapa kamu membunuh isteri yang baru kamu kahwini?
Suami : Sebab isteri saya tidak dara  lagi, Yang Arif!
Hakim : Kalau begitu, mengapa kamu tidak membunuhnya pada malam pertama perkahwinan kamu?
Suami : Sebab isteri saya masih dara pada malam itu, Yang Arif!





Tuesday, October 29, 2013

My super serious picky eater

Di rumah I sebenarnya cuma ada kami berempat :- my husband and I, Bubbly Abang and Adik Cute  tapi bukannya suatu perkara yang senang untuk menguruskan all of us ni. Pening kepala kadang-kadang kerana macam-macam kerenahnya. Paling teruk sekali dah tentulah my eldest son, Bubbly Abang. Walaupun baru 7 tahun, banyak sungguh kerenahnya yang hendak diberi perhatian especially bila melibatkan his pemakanan.

Si Abang ni sangat-sangatlah picky eater. His choice of food sangatlah limited. Itu tak makan, ini tak mahu. Puas dah I guna pelbagai cara langsung tak jalan. Masa kecil dulu memang dia sangat comel dan chubby, totally different dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Not because of food tetapi disebabkan susu formula S26 yang diambil. Umur baru 3 tahun, orang fikir dah masuk tadika. Masuk 4,5 tahun, mereka fikir dia 7 tahun. Sekarang ni kalau orang tanya umurnya dan I kata baru 7 tahun, terbeliak jugalah mata. 



Pun begitu, Abang dah banyak kurus dan nasib baik juga kerana dia quite tall for his age. Sekarang ni pun bukan dia kuat makan. Kalau nak masak atau keluar makan, mesti kena fikir tentang his food. Sampaikan my Hubbydearie dok komplen mengapa kena ikut taste Abang kalau nak masak atau makan di luar. Sepatutnya dia makan apa yang parents bagi makan. Dek kerana tak mahu berbalah, I as a wife and mother ni terpaksalah ambil langkah yang lebih prihatin. Setiap kali masak, I akan masak satu lauk favorite Abang, satu lauk favorite Hubbydearie and satu lagi yang kami boleh kongsi makan. Adui, naik pening juga kepala ni bila tiba masa untuk memasak!


Abang's favorite is chicken. Itupun very limited choice juga. Dia cuma suka ayam  goreng, ayam masak pedas atau sekali sekala ayam masak kicap atau kari ayam. It depends apa yang dia nak untuk menu of the day. Ayam goreng itupun nak kena tengok warna gorengannya. Kalau silap sikit memang dia tak mahu makan.

Lain ceritanya kalau goreng mi di rumah. Memang togel ajelah langsung takda sayur. Kalau Abang ternampak bawang goreng atas pinggannya, mahu merajuk tak mahu makan kerana susah nak mengasingkan bawang dengan mi. Kerap juga Mommy jadi mangsa, kena jadi tukang suap dan tukang mengasingkan mi daripada bawang dan sebagainya. Tomato sebiji pun boleh jadi masalah besar! Paling meriah pun mi goreng di rumah cuma letak ayam sahaja. Letak daging kalau liat sikit (maklumlah Mommy pun tak expert sangat part potong daging ni) lagilah dia tak mahu. 

Abang ni memang memilih makan betul. Begitu panjang kalau nak disenaraikan list makanan yang dia tak suka/mahu makan. Cuba ajelah bayangkan bila mana anak tak mahu makan telur, sayur-sayuran, ikan, daging, all kind of seafood, nasi selain nasi putih, kentang, segala maknek bawang, mi hun, tak minum Milo dan banyak lagi. Bila nak cuba sesuatu yang baru, dia mesti nak cium bau dulu. Kalau bau rasa lain macam, tak mahu dicubanya makanan tersebut.

I dah guna cara paling lembut dan juga paling garang untuk dia cuba makanan yang 'baru' baginya tetapi tak jalan pun. Bila dah sampai menangis-nangis and I pun kadang-kala hilang sabar, we go back to the routinelah. Tak kuasalah nak berdrama-drama selalu pasal makanan aje. Masa bersama anak-anak tu macam emas, tak mahu I buang masa dok marah-marah pasal makanan aje. 

Kadang-kadang kesian pun ada tapi kalau berterusan macam ni, Abang juga yang akan susah nanti. I pernah tunjukkan padanya gambar kanak-kanak di Afrika yang kebuluran kerana tak cukup makan. Mulalah dia tunjuk muka sedih lepas tu bila diingatkan jangan memilih makanan, again masalah pun bermula.

Nasib baik juga Abang ni tinggi dan sekarang badannya tak nampak gemuk macam masa kecil dulu. Sungguhpun begitu, I tetap kawal pemakanannya. Siapa yang tak sayang anak, ya tak?







Monday, October 28, 2013

Antara dua benua

Aduhai tajuk... nasib baik tak letak 'Cinta Antara Dua Benua' . 

Memang pengsanlah semua membaca sampai nak termuntah darah, pun tak habis-habis entri nih. Maklumlahkan, cerita mengungkap sejarah silam. Memang kalahlah sejarah penubuhan Malaysia kalau nak dibandingkan dengan sejarah cinta erhmmm, tuan punya blog ni ^_^

Alkisah, seperti yang pernah dikhabarkan di sini, my Hubbydearie is not a Malaysian. Dari mana tak payahlah diwarwarkan ye. Cumanya memanglah dia berkulit putih walaupun bukan omputih, and he is not an English native speaker. Nasib baik jugalah dia berbahasa omputih macam takda masalah aje. So, takdalah masalah juga I nak berborak lepak-lepak mengumpat masa mula-mula kenal dulu. Sekarang ni dia dah fasih berbahasa Malaysia, tak susah nak communicate with him. (FYI, my Hubbydearie ni suka mencuri dengar bila I bergosip dengan my sister tau ...memang tak malu!)

Bangsa my Hubbydearie ni senang aje. Kalau dalam cerita omputih, memang bangsa dia ajelah yang jadi bad guy. Asyik-asyik pun itu ajelah jalan ceritanya. But no, no, no he is not an Arab walaupun banyak kali dah Pak Arab kat KL ni terfikir yang dia ni sebangsa dengan mereka. Duh.

Sebenarnya kelakar juga my Hubbydearie ni. Tak tahulah kot dah banyak sangat bercampur darah susur galurnya, di negara sendiri pun orang fikir dia foreigner. Kami pernah naik teksi di negaranya dan tetiba driver taxi tu cakap his mother tongue language with me, not him. The taxi driver fikir my Hubbydearie is a foreigner and I pula look like one of the natives. Yalah, sampai hati betul taxi driver ni tau! 

Bila dah berkahwin merentas benua ni, memanglah kena banyak bertoleransi kerana perbezaan dari banyak aspek. Namun apa yang penting, kita kena saling hormat-menghormati. 

Nasib baik kami tiada perbezaan dari segi agama kerana Hubbydearie memang seorang Muslim ketika kami berkenalan. Tiada juga masalah bahasa walaupun English is not his mother tongue language. But then, sebelum ditanya, I memang sepatah perkataan pun tak reti dalam bahasa ibundanya. Masa mak mertua datang bertandang for the first time, memang macam itik dengan ayam ajelah kita. Main cemolot pipi kiri kanan aje yang tahu, lain-lain kena pakai translator yek! (Nasib baik juga Bubbly Abang masa tu tak pandai guna Google Translate lagi)

Yang paling ketara sekali ialah perbezaan budaya. Itu memang tak dapat dielakkan. Banyak juga insiden yang mencuit hati berlaku dalam hidup kami. Adakalanya memang kelakar, adakalanya pulak boleh dibuat alasan untuk bertikam lidah tak sudah-sudah. Adat berumahtanggalahkan...

Pernah sekali Hubbydearie suruh si Abang ambil sesuatu,

Abang, ambilkan Daddy sikap!
Daddy nak apa?
Sikaplah! Comb, comb ...to comb your Adik's hair!
Daddy itu bukan 'sikap'. Comb tu sikat lah! Apalah Daddy nih! Cakap pun  tak betul!

Aha, kena sekali dengan Abang. Si Abang ni memang sejak masuk tadika, lebih glamor BMnya berbanding dengan Daddydearie. Kami suka juga mengumpat mengata, memang lepas Abang masuk sekolah, Daddy akan gagal BM kalau terpaksa ambil test paper BM Tahun 1. Kalah dengan Abang, itu yang Daddydearie tak menahan panahan merah padam muka dek marah diumpat!

Masa mula-mula kahwin dulu Hubbydearie tak dapat nak membezakan penggunaan di antara 'aku' dan 'saya'. Walaupun dijelaskan banyak kali, tetap juga dia rasa confused sekejap. Lalu terjadilah tragedi bahasa ni,

Hubbydearie : Mak, Ngah, marilah makan!
Mak               : Takpalah, makanlah dulu!
Hubbydearie : Kalau macam itu, aku makan dulu yek! 

Terngangalah my mom dan sister melopong-lopong gitu. I gelakkan ajelah, nak buat camna.

Hubbydearie kata dia rasa pelik bila tengok kita berbaju kurung pada hari Jumaat. Katanya di negara sendiri, langsung tak pakai baju kebangsaan bila pergi kerja. Kalau pakai, orang kata buang tabiat ke apa mamat/minah ni. Yalah, dalam hati I manalah mereka nak pakai. Dah tentu-tentu mereka lebih selesa berpakaian sependek yang mungkin. Bra ngan seluar dalam pun mungkin terlupa nak pakai!

Walaupun begitu, dia respek dengan orang kita yang sangat peramah. Pernah sekali kawannya datang ke KL, tersinggul bahu dengan orang tempatan. Memanglah salah kawannya tetapi dia pelik bila orang kita yang disinggul bahu, ucap minta maaf dengannya. Eh, terbaliklah pulak. Tapi dari pengalaman I sendiri, memang bangsa Hubbydearie ni very cold, macam takda perasaan langsung. Kalau tak kenal, memang muka mereka sombong-sombong belaka. Naik menyampah pun ada. 

Masa mula-mula di KL dulu Hubbydearie tak boleh nak bezakan di antara Indian dengan African people. I pun menempelak, itu pun tak pandai. But then bila I disuruh membezakan antara Australian, American, British, dan semua omputih di dunia ini with just a glance (tanpa dengar percakapanlah) memanglah I pun tak reti. Apalagi bangsa Hubbydearie. Memanglah tak clever langsung katanya ... hehehe...

I teringat kata Hubbydearie, since beliau tinggal di Malaysia, beliau banyak berkorban untuk menerima segala perbezaan di antara kami dan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. I pun tak pernahlah nak paksa-paksa too much kerana memahaminya. Macam bila tiba Hari Raya, beliau memang hesitate sikit nak pakai baju Melayu. Adakah patut nak berseluar jeans dengan kemeja pergi sembahyang raya. So I told him takut-takut pulak nanti sama gaya dengan Mat Bangla, teruslah dia sarung juga dengan penuh keterpaksaan baju Melayunya. Ni si Bubbly Abang dah ikut Daddynya. Susah betul nak pakai baju melayu. Just imagine at his age, Abang cuma ada tiga pasang baju Melayu!

Nak pakai warna sedondon waktu raya? Oh, minta maaflah. Kalau Mommy meraung, lari-lari sambil kunci pintu bilik dan landing atas katil menangis meleleh air mata pun belum tentu mereka setuju. Nasib baik si Adik Cute happy giler aje bila mengenakan baju Melayu sampai tak mahu tukar-tukar!

Pernah sekali kami pergi beraya di rumah my cousin, lantas si cousin pun bercerita bagai nak raklah dengan Hubbydearie betapa enjoyed nya dia main guling-guling atas salji sambil buat snow man. My cousin tu much older than us lah of course. Anak-anak pun dah besar panjang masing-masing.

So bila balik, Hubbydearie pun cakaplah dengan I,

Peliklah you people! Main guling-guling atas salji. You tak tahu ke betapa sejuknya dan menyampahnya kita orang bila salji datang!

Yalah dear, kita orang tak pernah jumpa salji. Kalau nampak memanglah kita syok sakan! Tak kiralah berapa umur janji dapat guling-guling atas salji. Best apa!

Kalau you datang masa winter, I bet satu hari aje you dah nak balik. Kena kipas angin pun you menggigil sejuk, lagilah kalau suhu below zero degree!

Alahai you mengata bukan main... Yang you dulu  tu sibuk nak berpiknik bawah pokok getah, pokok pisang, pokok bunga raya tu apahal nya?

 
 


 





 









Friday, October 25, 2013

Blog tanpa gambar

Biasanya bila baca blog tu mesti nak tengok gambar-gambar menarik, kan. Kebanyakan bloggers suka letak gambar nice places, family, and food (yang selalu buat I terliur pepagi hari tau) Kalau tiada tu, rasa macam ada yang kurang pula. Macam 'something kurang somewhere', kan ^_^

Macam itu jugalah my blog ni. Well, I just started blogging in July 2013 and when I started.....eh, nanti I ceritalah. Let me corner baring my writings first to make you people exhausted,  tired and bored looking for the point, yeah!

Tapi those yang rajin buat kunjungan balas to my blog and serajin I mengomen balik di sini (thank you very much from deep down my humble heart and I appreciate your visit very much, muah, muah, kelecops, kelecops right and left, ok) pasti sudah terbiasa dengan my blog yang most of the time memang tak bergambar except gambar my super precious and beloved heroes dan kartun uploaded from mr google (how do we know that google is a male or female? haishhh...bantai ajelah...)

Ada sebab sebenarnya. Hah, inilah baru I nak bercerita! (Wah, panjang ya mak eh buat introduction dah perenggan keempat baru nak start story telling) Hope you are still reading and tak tertidur meleleh air liur right in front of your computer *gelaklah*

I ni sebenarnya memang tak suka bergambar. I love taking picture of my kids and hubby (but my hubby already warned me not to put any pics here without permission walaupun katanya dia sangat handsome dan 'bergetah' and I think I won't get that permission so soon...)

Alkisah... masa zaman dulu-dulu, akak ni sebenarnya gila bergambar tapi unfortunately akak tak 'makan gambar' and end up gambarnya tak menarik di hati kakanda ni. Janganlah nak berangan ambil gambar super spontan gitu. Memang sahlah sangat sempoi-tan which I tak suka, Kalau dah tuanpunya gambar tak suka, memang tak merasalah gambar-gambar tu nak keluar paper yek (Cis, mengalahkan K-pop celebs lak) So I pun decided, I don't like to take photos ANYMORE.

Another sebab, my phone dah nyawa-nyawa ikan sebenarnya. Dah menggelupur tahap gaban. I dah merayu, melutut kat Hubbydearie (bukan suruh beli tapi I nak beli sendiri pakai uang sendiri tu) tetapi katanya, untuk apa? I pun jarang nak angkat telefon, nak telefon orang dan seangkatan dengannya. Kalau yapun saja suka-suka mendail anak di rumah, check background Hubbydearienya activities (itu yang dia tak suka tu, kalau takda langsung handphone, lebih afdal katanya) dan honestly speaking, I am not active kat FB ke (well, I ada personal FB akaun baru aje signed up last year dan kurang diambil peduli), twitter ke, instagram ke, you just name it, I don't have it you see ....

Handphone I tu dah pernah hilang 5 hari 5 malam, dah pernah masuk dalam baldi penuh air, dah berpuluh kali kena baling dek si Adik Cute, dan dah tak mahu berfungsi lagi dah kameranya sebab boring giler dengan tuanempunya handphone yang tak pandai ambil gambar cun melecun. Kalau I tunjuk physical looknya kat sini, for sure ada yang menangis mendayu-dayu, merayu melutut-lutut minta I ganti ajelah yang baru. Namun handphone tu tetap setia disisi menunggu masa to bid farewell. Kesian, kan. Luruh airmata I sekejap ...

I tahu ramai para ibu di luar sana yang memang tak senang duduk, tak senang makan, tak senang nak buat apa-apa bila ada anak kecil dan lasak tapi tak tahulah mengapa I memang tak peduli tentang pose-pose istimewa untuk diupload di sini bila bersama family. I boleh aje keluar dengan my family without my handphone. Sebenarnya ada aje kamera boleh guna tapi eh, tak umpphlah nak angkut-angkut kamera pastu click here and there. Jakun sangat pulak rasanya ... (for melah ye, jangan pula orang lain terasa, sebab I tak pernah buat begini)

Kalau sesekali rasa teringin nak take some photos, try juga nak guna Hubbydearie's  tapi always ajelah jawapannya a big 'NO' (ni for sure nak letak gambar kat blog nih...) Kedekut betul tau, langsung tak nak bekerjasama. Katanya nanti year end boleh beli S4 (tadi kata I tak pakai handphone pun takpa) tapi tengok dulu macamana taksubnya I dengan mengambil gambar. Kalau orang sibuk makan, I sibuk petik-petik gambar, anak-anak tak terurus berlari lintang pukang dalam restoran macam milik parents mereka aje, confirm tak payah beli handphone baru.... Uwahhhhh ....

Ni tengah mengajar my superheroes to behave themselves supaya Mommy dapat izin beli handphone baru ...

And I guess, this is one of my wishes for 2014. Taklah penting sangat pun this wish. Maybe dok No.10 dalam wishlist kot.

Begitulah alkisahnya betapa sedih dan terharunya hidup I sebagai seorang blogger picisan (mak datuk, tak mahu menyerah kalah dia nih...) tanpa a very 'smart' phone di sisi.... 

Sedih, kan!

Nah, ambillah tisu ni I bagi free aje.


Eh, bukan ini tisu tandas, yang ni baru I bagi free ...



*Kan dinda dah kata, dinda suka googled gambar tau*










Pelupa atau dah tua ni?

Salam pagi Jumaat semua *_^

Sebelum memulakan entri, salam takziah buat keluarga pegawai bank yang ditembak oleh jaga tak guna dua hari yang lalu. Semoga allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Alfatihah ....

Merah-merah mata I baca tentang kejadian itu. Memanglah jodoh, ajal maut di tangan Tuhan tapi kadang-kadang memang tak disangka-sangka pula pengakhirannya. Mungkin itu bahagian beliau. 

Geram betul dengan jaga tak sedar diuntung tu. Doanya cepat-cepatlah kena tangkap dan terima balasan yang setimpal.

Alright, tak mahu kisah sedih untuk Jumaat yang indah ini. Back to my main entri  selepas selingan ... ^_^

This happened recently. 

Tak tahulah kenapa ....

Biasanya bila ke tempat kerja memang akan bawa dua beg. Satu beg tangan dan satu lagi beg untuk bawa segala macam sampah-sarap. Sebenarnya beg yang kedua tu tak begitu penting pun. Kalau ditinggalkan di rumah pun tak apa. Tapi dah naik sedap pegang dua beg kiri kanan, itu yang kena bawa juga. 

Satu pagi singgahlah sekejap di 7-11. Bubbly Abang suka sangat makan roti hot dog yang dijual di 7-11. Jadi Mommy yang mithali ni setiap pagi akan pergi mencari. Roti tu  tak selalu pun ada dijual. Kadang-kadang sampai dua, tiga 7-11 outlets yang I terjah semata-mata mencari keinginan si anak. Kalau jumpa memang I borong semuanya sampaikan dah terbiasa budak cashier kat 7-11 tu sengih-sengih kat I sambil berkata, 

Cukup ke ni, kak?

Tak pedulilah ya. Janji apa anak nak makan, Mommy dah fulfilled. 

Bila dah menyinggah di 7-11 ni mestilah ada beg plastik lain. So pagi tu, kononnya tak mahu berbondong-bondong bawa beg, I pun satukan ajelah semuanya dalam beg yang kedua.

5 minutes before lunch, I dah get ready nak ca-alip-but. Yalah, lunch break cuma an hour aje. Tak sempat nak touch up, window shopping dan menternak kolesterol dalam badan tau.

Tetiba cari kunci kereta tak jumpa. Puas cari dalam locker, dalam drawers, dalam semua beg yang dibawa pagi tadi  tapi tak juga jumpa. Dahlah pagi tak sempat breakfast. Perut dah berkeroncong minta diisi dengan makanan lemak berkrim sesegera mungkin. 

Tetiba teringat nak check kat kereta. Matilah kalau tertinggal kunci dalam kereta. Kalau Hubbydearie tahu memang sah kena marah sebab careless sangat. Lagi satu, I ni memang suka sangat kemas kereta sebelum masuk pejabat lepas tu letak kunci atas kerusi sambil kaki terkial-kial menahan pintu jangan sampai tertutup tanpa diduga. Duh, memang semput kalau tertinggal atas kerusi. Kunci spare takda pulak!

Lenggang kangkunglah mak minah pergi ke parking area. Dahlah mak minah ni rabun. Silau matahari pulak buat sakit mata aje tau. Belek-belek rupanya ada elok aje kunci kat stereng kereta. I pun apa lagi dengan ganasnya cuba buka pintu. Walla...nasib baik pintu kereta tak terkunci!

Alhamdulillah! 

Tapi dek kerana dah terlewat nak gi lunch/window shopping/make-up-ping, I dok bertafakur depan komputer ajelah. 

Bila diingat-ingat balik terasa macam ada lapse aje dalam otak ni. I langsung tak ingat what happened from the minute I came out from my car and cleaned up the stuff. Terus blank...

Itu tanda-tanda umur dah meningkat tua ka? 


P.S. Semalam saya tersilap kereta. Masalah betul kereta sendiri pun tak cam. Bukan main lagi menekan kunci kereta dengan penuh sifat keperempuanan dan nak masuk kereta orang. Nasib baik saya seorang, takda yang nampak kekalutan yang berlaku. Merah padam gak muka dek terik matahari dan malu. Masalahnya kalau kedua-dua kereta yang dok sebelah-menyebelah dari brand yang sama takpa jugalah. Ini ...  eh, boleh terperasan nak gi masuk kereta mewah orang pulak!

Hehehe.... 



Cita-cita

Salam kawan-kawan! Alkisah   cuti extra   yang I dapat tu sempena 'terbekerja' pada Hari Pertabalan YDPA Isnin lepas, ada syara...