I ni kan memang boleh digolongkan dalam kategori cengeng/kuat menangis. Kalaulah being emo tu merupakan satu penyakit, kira serius jugalah penyakit ai ni. Manakan tidak, ai boleh aje menangis meleleh-leleh airmata dengan hidung merah menyala semata-mata tengok adegan sedih dalam cerita Korea yang sepatah apapun ai tak faham.
Bila pelakon Korea tu menangis tersedu-sedan, ai pun join together-gether kat depan TV menangis teresak-esak. Masalahnya mereka faham bahasa mereka tapi ai satu apa pun tak faham. Kalau baca sarikata, aduhai... lebih parah kesan sedihnya tu!
Kadang-kadang tengah tengok cerita komedi tetiba terselit scene berduka-lara-yang-tak-tahu-kenapa pun ai boleh meleleh air mata tau ... Hah, emo ke tidak ni?
Jadi, setahun yang lalu pada tarikh ini telah berlaku suatu kejadian yang membuatkan air mata ai merembes, mengalir deras macam empangan pecah. Nak tahu kenapa? Haisshhhh, malu pulak nak cerita kat sini. Tapi takpa, ai cerita ajelah *dasar mengada-ngadalah ni*
Seingat ai dah 4 kali ai bertukar kereta (hai, empat aje? sikitnya ... ingatkan dah berpuluh-puluh dah ni ...) Kereta yang ketiga itu, ai gunakan sejak dari zaman single sehinggalah berkahwin dan ada anak. Kiranya banyaklah sentimental moments dengan kereta ni. Sat, sat ... ai tahulah you all semua dah tahu my main point nih ...
Kiranya kereta itu ai guna sampai settled hutang dekat bank. Lepas tu macam biasa tetiba nafsu ganas menyerang disulami dengan hasutan suami dan sanak-saudara terdekat suruh ai pergi buat hutang bank lagi. Jadi ai pun segeralah menjual kereta tersebut.
Adegan hujan lebat-ribut petir tu berlaku ketika ai dan suami beserta dengan Bubbly Abang pergi ke secondhand car dealer nak jual kereta dan ambil cek beribu2 tu . Sebelum tu lagi dah dua, tiga hari ai dok menggosok body kereta dengan penuh kesayuan. Mulalah terbayang-bayang segala pahit manis kenangan bersama ...
Naik tow truck aje rasanya dah tiga kali. Sekali dekat parking Low Yat bila kereta tetiba tak mahu start. Semalaman ditinggalkan di situ sehinggalah tow truck angkut keesokan harinya. Kali kedua paling tragislah. Lepas tengok midnite show kat Pavilion. Keluar panggung start aje enjin tetiba bunyi macam meletup. Timing belt berderai sudah. Simpan semalaman juga jauh nun di parking paling bawah. Bayangkanlah macamana susahnya tow truck tu nak mengheret kereta tu keluar dari situ. Hubbydearie ye yang control macho stering kereta. Kalau ai dah tentu semua tiang kat parking area tu ai langgar.
I ikut Hubbydearie that time so both of us merasalah naik tow truck yang panjang tu, ambil angin panas pada satu tengahari di tengah bandar KL. I punya mekanik pun naik gelak tengok ai dalam pada tu, ribu jugaklah duit keluar dari poket.
I ikut Hubbydearie that time so both of us merasalah naik tow truck yang panjang tu, ambil angin panas pada satu tengahari di tengah bandar KL. I punya mekanik pun naik gelak tengok ai dalam pada tu, ribu jugaklah duit keluar dari poket.
Kali ketiga cuma dua hari sebelum kereta dihantar ke secondhand car dealer untuk dijual. Mungkin dia 'merajuk' bila tahu dah nak kena let go oleh tuannya yang loving nih ^_^ Kereta ini jugalah yang banyak ai drove masa tengah dating ngan boyfriend aka Hubbydearie. Eh, pendekata memang banyak sungguh moments indah bersama 'darling' ai yang satu ni.
Sepanjang jalan pulang dari menjual kereta, ai dok sob, sob ajelah dalam kereta. Sedih ya amat. Naik gelak my Hubbydearie tengok gelagat ai yang tidak pernah dilihat itu. Katanya tak perlu bimbang sebab dia dah ambilkan gambar luar, dalam kereta ai tu *sengih*
Si Bubbly Abang lagilah bagus, ini statement yang keluar dari mulut becoknya itu,
"Alah Mommy, jangan nangis. Not worth it. Kereta Mommy tu bukan Ferrari ke, Lamborghini ke. Nanti Abang besar Abang belikan Mommy kereta lagi best daripada tu!"
Oh, rupanya ai seorang aje yang emo dalam kereta ketika tu. Yang lagi dua tu, dok gelak sakan aje tengok Mommynya nangis-nangis sedih sebab jual kereta! Tak sangka kata Hubbydearie ada juga species yang macam ai nih!