Tuesday, July 30, 2013

Shopping


Oh, alahai! Ceritanya dah quite basi but then, ai nak cerita jugak ^-^



Last weekend, I pun berhempas-pulas pergi shopping keperluan raya anak-anak. Baju melayu kedua-dua anak lelaki ai dah siap beli kat Hugo Clothier di Semua House two weeks ago. Unfortunately, need to do alteration for baju melayu Bubbly Abang.

Biasalahkan, budak baru 7 tahun tapi saiz baju untuk 11-12 tahun nyer, memang confirm kena alter a bit here and there. Bab-bab menunggu ni yang ai tak tahan. Katanya need like 2 hours to alter his baju. So, my sister and I, together dengan my anak-anak yang tahan lasak 24-7 tu merayau-rayau ler dari satu pintu kedai ke pintu kedai yang lain. Hubbydearie tak ikut sama. Dia tolong hantar aje lepas tu off gi jumpa kawan lama kejap. Tak kuasa my Hubbydearie nak join kita orang meredah lautan manusia kat Jalan TAR tu. 

So, kita pun mulalah ‘melawat kawasan’.  Nampak itu cantik, beli.  Nampak ini cantik, belek-belek dan beli. But of courselah, tak semua yang dibelek terus dibeli. Budget mah... mestilah ikut budget walaupun kadang-kala tersasar sesekali, macam tak biasa pulak *senyum sikit nyer lebar*

Dalam pada tu, si Adik Cute dah mula main merangkak-rangkak bawah rak pakaian, nak rasa adventure sikit, dia gi merangkak kat luar kedai. Bukannya dia tak boleh berjalan, sajalah tu nak bikin hati Mommy panas sikit. 



Si Bubbly Abang pula sibuk bergangnam style kat mana suka. Sibuk aje nak ajak main 'eja-eja' dengan Mommy. Dahlah mata Mommy tengah rambang tengok barang, hey kacau ler BFB nih... Bila terasa penat dan tak dilayan, mulalah merengek pulak ajak balik rumah. Dengan barang-barangnya, dengan keletah anak-anak yang cute-but-sometimes-buat-hati-Mommynya-meluap-berapi bak-volcano-nak-meletup, I terus told my sister, ‘lets go homelah!'

Honestly speaking, ai memang tak suka area Sogo or Jln TAR ni. Really makes me see things double and nak pitam aje. Memang kalau boleh ai akan elakkan untuk ke mari. Tapi kalau dah sampai, 5 jam ler paling kurang buang masa kat sini (eh, itu dululah sekarang ni tak buat lagi, jarang sekali *senyum* )

But then, my sister kata senang beli baju melayu dah siap untuk anak-anak dan suami and boleh alter at the same time (konon nak introduce ai kat kedai baju melayu lelaki lah ni at the same time, dapatlah dia menumpang gi belek tudung-tudung kat sini. Ai tahu taktik my sister nih!) I pun gagahkanlah diri pergi membeli. Dek kerana both of my kids sibuk mengexplore lantai shopping mall, I decided untuk balik rumah dan datang ambil pakaian Bubbly Abang a week after. Tak sangguplah nak dok menunggu dan memperabihkan duit budget raya kat sini. That’s why I was there again last Saturday (ada ajelah alasan dia ni)

Itu cerita dua minggu lepas sebenarnya *tersengih cam kerang busuk* (La panjangnya mukadimah, cerita belum masuk lagi rupanya ~_~) So sebab dah clever dengan lumrah anak-anak, last weekend ai pun merayulah kat Hubbydearie tolong jaga anak di rumah supaya ai boleh continue shopping raya *senyum sumbing* Lucky he agreed to take care of our kids.

Pukul 9.30 pagi dah terpacak kat parking di Sogo. I told my sister, “Alah, this time orang nak amik baju Abang and gi tengok-tengok jap apa yang menarik kat Sogo. Dah lama giler tak gi sana.” Iyalah tu...

Baru aje parked the car, ai tengok sikit punya ramai umat manusia berjalan keluar dari basement Sogo. At that time, I cuma dapat parked my car at B3. Bayangkanlah, betapa ramainya orang. Dok dalam kereta setengah jam lepas tu kami decided nak keluar tunggu lif beroperasi as usual at 10am. Malas ler nak berjalan keluar. Nak simpan tenaga dulu ^_^ Itupun tak dapat-dapat juga nak naik lif dek berebut-rebut siapa-cepat-dia-dapat-masuk-lif-dulu. Letih dah ni...

Dari Sogo nak ke Semua House, OMG..... nak nangis rasanya. Jalan sesak bukan dek kenderaan tapi dek kerana umat manusia yang super excited (termasuk saya) nak memborong persiapan raya. Menyesal betul...tapi nak buat macamana dah separuh jalan. Ai dok memandang lantai jalan ajelah dengan harapan dapat segera sampai entrance Semua House. Sebaik collect baju melayu Abang, ai dah tak toleh kiri-kanan. Kita terus aje berjalan kaki balik ke Sogo (Oh, terlupa insert...sempat gak gi merewang beli apa-yang-patut sebelum sampai ke Sogo! *lebarnya senyum akak*)

Erhmmm, dah sampai Sogo takkanlah taknak meninjau-ninjau dan melawat kawasan ek? Penat aje buang tenaga meredah manusia pastu balik rumah. Eiiii, tak boleh ni. Mesti gi tengok-tengok kejap.Biar penat, biar nak terpengsan asalkan puas hati. Bak kata orang, takkan nak pulang dengan tangan kosong (eh, kosong ke tangan ai hari tu?) Memang tak berbaloi!

Dan hasilnya....?



Settled dah semua keperluan raya. Adalah dua, tiga, empat, lima, sepuluh barang lagi nak dicari. Takpa, takpa. Ada lagi satu hujung minggu sebelum raya, kan. Nanti I pujuk Hubbydearie suruh teman ai gi shopping but pleaseeeee....not Jln TAR or Sogo!

PS: Gambar-gambar ilustrasi adalah digoogled sesaja *ngeh*




Monday, July 29, 2013

Kasut oh kasut


Diam tak diam dah tinggal beberapa hari saja lagi nak menyambut raya. Mommies like me memang tak kisah sangat tentang keperluan sendiri. Yang penting, keperluan anak-anak semua dah selesai.

Ai gi shopping spree hujung minggu lalu. Sampai la ni masih terasa kepenatan. Alhamdulillah, 99% dah settled. Cuma nak cari kasut untuk Bubbly Abang. Kesian sungguh buah hati Mommy ni. Memang seksalah nak mencari kasut untuknya. Walaupun baru 7 tahun, tapi saiz kasutnya besar. Cari di bahagian kanak-kanak, takda saiz lagi. Bila ke bahagian dewasa, pun takda juga.

Ai cuma sempat ke MidValley aje untuk survey. Malangnya tak jumpa yang berkenan di hatinya. (Oh, yes! Bukan Mommy yang memilih tapi Bubbly Abang yang akan decide ikut kemahuannya) 

Ai dah pergi ke shoes dept di Metrojaya. Saiz kasut dewasa bermula dengan 39. Malangnya saiz kasut si Bubbly Abang pula 35. Mostly shoes size at children dept ends at 34. Si sales promoter kat Metrojaya tu sampai advised me to search at Bata. Bata? Alahai kesiannya Bubbly Abang. So sedih... 

Ingatnya this weekend I nak pergi meronda lagi cari kasut anak but this boy doesn’t like to follow Mommy whenever I wanna go shopping. ‘Tired and bored, la Mommy!’-itu yang selalu diucapnya. Lebih baik dok kat rumah sambil mengulit tab or mengacau si Adik Cute.  

Macamana nih? Mommy aje yang super excited nak cari barang raya untuk anak-anak and worry so, so much sedangkan anak-anak tak heran apa pun *sigh*

Sunday, July 28, 2013

Blog kesayangan hamba...


Dik, ooi dik! 

Sini kejap! Akak nak tanya soalan nih!

Agak-agak apa masalah blog akak ni ek? Akak rasa cam kurang something ajek!

Jap, kak! Biar adik tengok jap....
:
:
:
La, akak nih... Awat takda gambo langsung? Akak low profile ke apa? Pi dok letak gambo cartoon segala, nape nih? Akak pemalu ek?

Errr, lebih kurang cam tu laaaa! (sambil melirik mata dan tersenyum malu macam minah kat bawah ni)




P.S. Image digoogled ajek.

Saturday, July 27, 2013

Iftar di Hotel Maluri


Dalam kesibukan hari Jumaat, sempat juga buat tempahan untuk berbuka puasa di Hotel Maluri. Ini bukanlah kali pertama, hampir setiap tahun kami sekeluarga akan berbuka puasa di sini.

Dek disebabkan last minute plan, kelam-kabut juga jadinya. Dahlah jalan sesak teruk kerana warga Selangor bercuti sempena Nuzul Al-Quran. Memang sudah dibayangkan tetapi tak sangka boleh terperangkap dalam kesesakan hampir satu jam lamanya -_-

Sudahlah terlambat untuk fetch Bubbly Abang dari sekolah, ai called my Hubbydearie dan kakak berpuluh-puluh kali pun tak berjawab. Almost gave up. Nasib baik akhirnya kakak angkat telefon. Terpaksalah dia dan anak sulungnya tolong ambil Bubbly Abang di sekolah petang itu. Ai sendiri sampai rumah 30 minit lewat daripada biasa...

Ok, cerita tentang our iftar on that busy Friday...

Maaflah macam biasa memang takda click,click, lensa kamera dalam blog ni. Dahlah lewat sampai rumah, nak berperang lagi dengan si Bubbly Abang dan Adik Cute. Mereka berdua ni memang lasak sikit banyak. Lagipun ai sendiri dalam tergopoh-gapah, lupa segalanya. Tahu-tahu dah masuk Azan Maghrib. Apalagi, kita berbuka ajelah, malas nak snap,snap sana sini sinun.  It’s not going to be forever, but very soon, adalah  ~_~

Harga untuk Ramadhan buffet adalah RM60nett untuk dewasa dan RM36nett untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas. Buffet spreadnya memanglah banyak. Cukup berbaloi dengan harga yang dibayar ^-^ I have no complaint, and was happy when I stepped out. Maklumlah dah kenyang kebontangan macam ikan buntal *sengih sikit*

Untuk hari itu, ada disediakan pelbagai air minuman mangga, anggur, ais kacang, kopi, teh tarik, laici dan soya (manalah tak kembung kalau begini...) Makanan yang disajikan terdiri dari nasi putih, nasi tomato, nasi briyani, udang goreng pedas, sotong goreng bercili, ayam percik, ayam masak kurma, kambing dan ayam panggang, sate, lala masak sambal, kari ketam, ayam bakar, rendang tok, masakan pedal, hati dan paru berlada, ulam-ulaman, sambal belacan, sayur campur, ikan kering, telur masin, ikan masak pelbagai lauk, rojak buah, sambal ikan bilis, paella seafood, turkey stew, deep fish fillet with bread crumbs, chicken pie, assam laksa, mi rebus, cucur udang, cucur badak, cakoi dan banyak lagi tak dapat den nak ingat semua dalam kepala ~_~

Dessertsnya pun mengancam juga dengan bubur pulut hitam, bubur kacang, seri muka, lepat pisang, cupcakes, jeli, buah Melaka, kuih lapis, seri muka, bermacam-macam kek dan biskut, chocolate fountain, marshmallow, buah-buahan dan lain-lain *penat nak ingat*

Hah, pergilah jangan tak pergi. Memang berbaloi-baloi. Kalau nak booking, bolehlah telefon ke 03-9287 8833 (Raintree Café) dan alamatnya di :

Raintree Café
Hotel Maluri
No.1, Jalan Permaisuri
Taman Maluri
55100 Cheras

 The hotel is also providing a flat rate parking of RM5 for the diners. 

*How I wish that I could snap a few photos that day...duh! *





Wednesday, July 24, 2013

Boleh ke macam ni?


Betul tu, boleh ke macam ni?
Pernah dibuat orang lain tak agaknya?
Macam-macam soalan yang bermain di fikiran ketika perkara ini berlaku. Ai rasa pelik betul dengan my Hubbydearie ni (Yes, you are right. Eventhough we are married for years, I still do not understand him fully...)
Lemme tell the story...
Sejak dua menjak ni ai memang rajin sesangat search online tempat-tempat best untuk bersarapan. So, banyak juga tempat makan yang I jumpa and baca reviews macam nak terpengsan. Every time I terasa tempat tu best, I’ll inform Hubbydearie. Once approved, ok we’ll go this weekend! (Ini berlaku long before Ramadhan actually...)
Ceritanya lagi... Adalah satu tempat ni di Kota Damansara. Quite far in fact if I need to travel from my home. That’s alright, coz before ni kami sekeluarga pernah terpacak di Shah Alam at 8 in  the morning. So, apa masalahnya keluar selepas subuh hanya kerana nak bersarapan? *big grin*
Percaya atau tidak, ai siap bawa a copy of online review (sebab ada full list of price untuk menu) macam zaman dulu-dululah. Puas kita meronda keliling, pusing satu round, dua round, dan beround-roundlah mencari tempat ni. Guna GPS pun tak jumpa. Ai pun called my nephew sebab katanya dia pernah makan di situ.
Oh, ok katanya sebelah CIMB bank! Cari punya cari, tak juga jumpa CIMB bank yang dikatakan. Of all the banks there, there’s no CIMB bank! Geramnya... Tetiba ai teringat macam ada nampak CIMB bank tapi nun di seberang jalan sana...
Hubbydearie pun cepat-cepat memandu ke sana. Aha, dah nampak dah pun banknya tapi takda pun restoran di sebelahnya. Lagi sekali kita orang pusing, buat tawaf. Unfortunately, kita orang tersalah pusing. Instead of left, we turned right. Once again, jalan-jalan makan angin tak juga jumpa. Sampai sempat singgah 7-11 untuk beli slurpee (yes, slurpee in the morning...memang bergegar otak) dan borong semua roti kegemaran Bubbly Abang untuk bekal ke sekolah for the whole week.
Finally, kita orang jumpa restoran yang dicari. Apalah my nephew ni... cakaplah same row with CIMB bank, bukannya sebelah bank aje *tension gila*  Yeah! Excited jugalah selepas berhempas pula berpusing bagai nak rak. We parked right in front of the restaurant and out of sudden my Hubbydearie told me this,
“Eh, how come kosong? Takda orang pun... You turun and ask whether they all dah buka kedai ke belum ni?”
“Malaslah... we just masuk ajelah!”
“Ok, that’s all for today. At least kita dah jumpa restorannya. Nanti kita datang lagi kemudian untuk try their food. Let’s go back to KL and eat somewhere nearby our place!”
What????  ....... *lidah kelu otak pun buntu*





Cita-cita

Salam kawan-kawan! Alkisah   cuti extra   yang I dapat tu sempena 'terbekerja' pada Hari Pertabalan YDPA Isnin lepas, ada syara...