Adik Cute Turns 4 @_@

Salam 29 Muharam kawan-kawan!

Ahah, apa khabar kawan-kawan alam maya yang disayangi? Seminggu tak dengar I mengomel, takda siapa pun yang merindui ke? Kecil besar, kecil besar hati I ni tau bila takda siapa yang peduli. Hehehe...

I memang sibuk jiddan minggu lepas. Kalau air liur pun tersekat-sekat nak telan, tak mungkinlah blog sempat diupdatekan ... 

Hari Isnin lalu pun I bercuti lagi sempena Deepavali kerana anak-anak tiada penjaga tetap. My sister makin seronok kot di Kuwait nun sampai bertangguh tak mahu balik. Sepatutnya Sabtu lepas dah sampai Malaysia tapi letih katanya sebab baru sampai dari Dubai ke Kuwait pada hari Jumaat so malaslah depa nak balik ke Malaysia keesokkan harinya. Anak saudara seorang tu tak ingat nak naik kerja langsung bila dah berjumpa buah hati dan my sister pulak dah terlupa nikmatnya nasi putih+telur masin+sambal belacan I guess ...

Kisah kompang yang tak berhenti dipukul tu pun tak habis lagi dek kerana kesibukan yang super tak boleh bayangkan last week. Makanya kita biarkanlah dulu, tengok mood dan sawan pengantin kotnyalah datang semula yerk ^_^

Kita lupakan semua ceritera abad ini kerana entri ini sepatutnya khas untuk buah hati kesayangan hamba and my lovely, super duper cute comel lote intan payung, belahan jiwa raga anakanda tersayang, Adik Cute @_@

Hari ni pun I terlambat update entri. Kalau tidak, entri harijadi anak-anak akan up masuk blog tepat saat mereka dilahirkan pada tahun masing-masing ^_^ Begitulah kononnya salah-satu cara menunjukkan kecintaan dan kesayangan teramat dari Mommy untuk anak-anak sejak ada blog ni! 

I berjalan jauh hujung minggu baru ni makanya tak dan nak sentuh komputer pun! Walaupun begitu, tepat pukul 12.01 pagi 9 November, I dah hugged and kissed zillionth times my superboy ni ^_^ 

Adik Cute pun lambat tidur sebabnya dah puas tidur dalam kereta sepanjang perjalanan pulang dari bercuti katanya tapi kekal blur tak faham bila kita wish happy birthday sedangkan bila harijadi orang lain, dia yang sibuk tersengih-sengih depan kek macam harijadinya!

Oppss!

Kalau nak tahu entri ini ditaip pada pagi Isnin  tetapi dalam pada sibuk mengarang tetiba my nephew called. Makanya tak jadi keluarlah entri ni hari Isnin lalu dan kena sambung mengarang pagi ni!  Lama tu weyh masanya, berhari-hari ^_^ Sebaik selesai makan-makan tengahari Isnin tu, urusan lain pulak menimbun menunggu! Namun, demi anak tersayang, tetap juga ditintakan memori buat si kecil ni dalam blog Mommynya yang tak seberapa ni...

My nephew dan isterinya nak datang ke rumah bawa Texas Chicken dan hadiah untuk harijadi Adik Cute katanya. My nephew tak tahu pun auntynya ni cuti hari Isnin lalu. Maka  I pun suruhlah dia dan isteri datang aje ke rumah tengahari nanti. Lega den.... tak payah masak ^_^ (dasar pemalaskan... )

Yang sebenarnya rancangan asal nak keluar lewat petang sebab HD ada urusan sepanjang hari. Nasib baiklah my nephew ni datang dulu. Kalau tunggu HD memang tak jadi keluar! Macam biasa semua pun dah arif, bab kek harijadi tu tak payah susah hati nak menyediakannya atas sebab-sebab yang dah banyak kali dibilang ^_^

I pun sebenarnya nak pergi ke Shell sebab si kecil ni sibuk nakkan Lego yang dipromosi di Shell ni. Kebetulan minyak kereta pun dah habis. Elok sangatlah tu. Nampak gaya kena isi RON97 supaya dapat beli Lego tu pada harga RM9.90!

Si Bubbly Abang dah dapat Lego dari Shell ni semalam bila Daddy pam minyak kereta. Nak beli dua tak dapat pulak. Kali pertama kita isi minyak, stok Legonya habis pulak!  So, untuk berlaku adil dan saksama terhadap kedua-dua anak lelaki kesayangan kenalah buat macam ni. 

Tapi ini cerita sebelum my nephew datang bawa hadiah yerk. Bila buka hadiah yang diberi, oh tidak... melambak Lego lagi! Tak jadilah I nak pergi habiskan lagi RM9.90 di Shell ^_^ 

My superheroes ni bila dah dapat Lego, perkara lain tak dihiraukan lagi. Ayam goreng pun tak pandang. Lapar pun tolak ke tepi dulu. Janji ada banyak Lego baru depan mata. I sendiri rasa nak muntah dah dok tengok Lego ni banyak sangat. Setiap kali menyapu rumah, setiap kali itulah terjumpa Lego parts nih!

HD balik lewat petang Isnin tu makanya kami takdalah celebrate makan-makan macam selalu. Takpalah sebabnya sebelum tu kami dah bawa Adik Cute dan Bubbly Abang berjalan jauh ^_^ Itu nantilah kita cerita ya. Maklumlah I ni kalau bercuti, naik kerja aje bukan main banyak tetiba kerja menimbun atas meja! Stress macam ni!

Yang paling tak percaya, malam tu kami keluar sekejap dan tiba-tiba HD offer nak belikan Lego untuk his superheroes! Jarang berlaku kejadian macam ni tau. Selalunya memang HD tak layan bab-bab nak beli toys ke apa ni. Anak-anak pun jarang meminta dari Daddy mereka kecuali teringin sangatlah (sebab tau pun jawapannya apa...) Surprise sungguhlah sebab Daddy bermurah hati tambah koleksi Lego anak-anak ^_^

Kali ini pun takda warkah terbuka buat Adik Cute. Mommy tak sempat nak mengarang entri syahdu pulak tapi takpalah... Adik Cute pun bukan tau membaca lagi ^_^ Lain kali Mommy tulis warkah ala-ala ibu macam selalu ya @_@

Buat anakanda Luqmann Uzair, selamat harijadi yang ke-4. Semoga kekal comel, rajin tolong Mommy buat kerjarumah macam selalu, sentiasa diberkati hidup, membesar dengan sihat dan jadilah anak yang soleh ya, sayang @_@

 

    

  


Comments

  1. Wah. Kemain kak ton sibuk sepanjang minggu ye.. ramai rindu eh..

    Apa apa pun kita bg ucapan dulu ye.. happy birthday to Luqmann ya.. moga adik membesar jadi anak soleh dan bijak.. moga sentiasa menggembirakan mummy dan daddy nanti.. moga dapat beri tauladan yang baik kepada orang lain..

    Lego shell tu mcm best ya.. naim dh byk kali minta tp saya buat xdgr je.. mujur kami kumjungi yg hijau sb hijau tu paling dkat dengan rumah kami ni..

    Ai dik mcm slim je tu.. mummy xjaga betul2 ke? Cepatla Mak Ngah balik dan jaga dik ya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda siapa pun yang merindui, AN. Huhuhu....

      Terima kasihlah di atas ucapan tu ya dan saya mengaminkan ajelah. Mudah-mudahan menjadi kenyataan segala doa kawan-kawan alam maya saya ni ^_^

      Saya dah beli satu untuk Bubbly Abang. Adik Cute pulak sampai hari tak sibuk bertanya Lego Shell ni. Lagi pun masa harijadinya dekat 18 'ekor' Lego baru dia dapat. Pening lalat saya melihatnya ...

      Eh, ya ke? Anak saya yang 'bongsu' ni memang tak kuat makanlah. Memanjang aje dia kenyang. Ni kalau MakNgahnya balik esok tengok Adik Cute dah slim, tentu saya kena tunjal kata tak bagi anak makan! Keh3x.

      Delete
  2. Ha!!! Baru sedar nak balik ke pangkal jalan? Hihi...balik balik teruskena sergah, maklum le lama tak menngumpat sama sama, rasa dah hilang skill mak, tau Kak Ton...

    Makan apa kat Ganu? Daging penyu ke? Haha....
    Makan tu elok elok tang helmet tu kang patah gigi, terpaksa control nak ketawa kikiki....

    Pengantin tu amacam? Tak mengantuk ke depa, manalah tau depa tersenggut senggut sambil bawa Lego hadiah adik tu haha....

    Udahlah mak nak balik.....nak lipat baju!
    Hepy Bezday Adik Cute, moga makbul doa mommy.
    Babai.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Mak ni... kalau lama tak dengar khabar kita memang rindu jiddan dia... Mulalah tu nak menghentam, mengumpat berjemaah sambil bertepuk bertampar manja di alam maya tau!

      Daging penyu tak jumpalah, Mak. Kalau ada, nak juga bekalkan Mak. Maklumlah Mak kan suka memasak sekarang. Manalah tau tetiba Mak jumpa resepi best. Boleh masuk blog nanti ^_^

      Amboi.. .sempat bergurau tang pengantin! Pengantin enjoy apa sebab tinggal berdua aje kat rumah. Maklumlah mak mertua takda katanya... Hari tu mereka ke Langkawi dan Cameron Highland. Kira honeymoon setempatlah gitu ^_^

      Terima kasihlah, aunty sebelah rumah! Mana tau doa aunty dimakbulkan Allah. Siapa yang senang, aunty dan Mommy juga yang menumpang tuah! Kah3x!

      Ish, time datang sini aje teringat baju bertimbun! Kalau tak datang, takda pulak dia sibuk nak lipat baju! Nyampah betul tau!

      Terbantut idea nak menghentam dah!

      Delete
  3. Rindu dgn MD ni..
    Pastu dah lama tak menyinggah kat teratak blog CH ye ~__^
    Happy belated birthday buat Luqman Uzair..
    Semoga menjadi anak yg soleh, umur yg diberkati Ilahi dan menjadi kebanggan ibu dan ayah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, ya ke CH? Saya ni sejak minggu lepas teramat sibuk sampaikan blog pun terabai sama. Nak buat macamanakan... Kalau ikutkan hati, memanglah tiap-tiap hari nak update blog dan blogwalking tak sudah. Tapi kengkangan masa tu yang membantutkan niat ^_^

      Nanti-nanti saya senang saya pi terjah blog CH ya! Bukan tak mahu pergi, rindu juga sebenarnya tau!

      Thank you, CH! Semoga segala doa dan ucapan dimakbulkan Allah hendakNya!

      Delete
  4. lama betul kakak kita ni tak update blog ye..busy sungguh.apa-apa pun, hepi birthday Adik Cute..semoga membesar bagai johan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul busy, Sal bukan main-main ^_^ Kalau tidak, memang kerja update blog ajelah. Kalau takda masa tu, memang akak busy sangatlah jawabnya!

      Terima kasih ya, Kak Sal di atas ucapan ~_^

      Delete
  5. sama umur anak kita, anak saya 25 disember will turns 4yo insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi muda. Masuk tahun baru 2016 masih lagi 4yo yerk ^_^ Walau apa pun setiap kali menyambut ulangtahun kelahiran anak, terasa sungguh masa cepatnya berlalu. Tak puas rasanya menatap setiap peringkat kehidupan anak-anak tau-tau dah semakin dewasa dah mereka!

      Delete
  6. Walaupun menulis tak guna tekak tapi bila tekak sakit apa pun rasa tak selesa kan. Itu yg bila dah sembuh macam-macam nak dikhabarkan. Tapi kalau panjang sangat bimbang jadi novel pulak. Ala-ala cerpen oklah ni..

    Apa pun happy belated birthday buat anakanda Luqmann Uzair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kalau dibiarkan memang boleh mengarang novel, kak! Tapi sebab tau tak laku punya sebab corner baring banyak sangat dan ngeri orang nak membacanya, sebab itulah saya karang cerpen aje ^_^

      Terima kasih, kak! Dah besar dah anak bujang saya yang kecil ni *sigh*

      Delete
  7. Happy belated birthday adik cute..
    semoga menjadi anak yg soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Aunty Lyn ^_^

      Harapnya semua doa kawan-kawan untuk Adik Cute ni dimakbulkan Allah S.W.T. hendakNya ...

      Delete
  8. happpy belated birthday adik cute..sory ya future in law lambat wish..hahaha..

    semoga kekal soleh n dimakbulkan segala doa mummy..

    busy kemain ehh rasa macam dh setahun MD tak singgah blog kita.hakhak..

    anak2 sy tak suka lego..selamat duit ibu.muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, PK. Memang betul tu PK, lama sungguh tak datang ke blog awak. Memang busy tak main-main. Saya ni kalau pergi 'bertandang' pun tak tinggal komen sama maksudnya dengan bukan bertandang tau. Kena datang semula dan komen barulah namanya blogwalking ^_^

      Tunggulah ya nanti saya datang terjah!

      Delete
  9. Tu dia MD dah mula berceloteh setelah rehat lama.

    Selamat hari lahir adik cute. Moga jd ank soleh dan berjaye ye sayang, muda sket je dari syafiq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, LM.

      Saya ni kalau diberi peluang berceloteh, memang tak berhentilah gamaknya. Hehehe!

      Delete
  10. hepy besday adik cute!!!! semoga sentiasa sihat, ceria dan berjaya dunia akhirat amin amin.

    sama la kita kak, naik muntah tengok lego sesaje.. last sekali simpan satu beg lego dan tinggalkan satu baldi je. gembira hati seorang ummi sekejap hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah, Kira!

      Amin! Amin! Semoga segala doa rakan alam maya untuk Adik Cute dimakbulkan Allah hendakNya!

      Penatlah dok mengemas Lego di rumah ni. Setiap kali menyapu mesti ada aje parts yang bersepah dek anak-anak berdua ni!

      Delete
  11. happy belated birthday adik cute
    tau adik cute tak suka kek...idak dah buat dah kek bertingkat2...hehe
    apapun acik yana doakan semoga adik cute panjang umur, murah rezeki
    jadi budak baik ye. jadi anak soleh. belajar pepandai...pastu dapat gaji besar
    pastu datang minang aisy...opps...hehe

    eh mana mummy kamu ni adik cute wei
    minta air dari tadi tak sampai-sampai
    selalu camtu tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah, MAK ^_^

      Senangkan macam ni. Kalau birthday menantu tak payah susah hati nak beli kek. Mahal weyh. Nak buat pun tak payah. Berpeluh pulak ketiak tu nanti nak ambil hati menantu 'bergaji besar' katanya ....

      Saya aminkan ajelah segala doa YY untuk Adik Cute ni ya. Manalah tahu dimakbulkan Allah. Siapa yang untung? Dah tentulah Mommynya....kan, kan, kan!

      Alahai... berapa kali dah cakap belakang! Kalau datang pun tak beri salam, terus ajelah ke dapur. Ambil je apa yang patut yerk! Tuan rumah busy tengok catalogue IKEA yerk ^_^

      Delete
  12. wpun dah terlewat , hapy birthday luqmann uzair . semoga jadi anak lembut hatinya . eh tapi klu lembut sgt hati u susah juga . nanti kena buli memanjang ... saya paling sakit hati bila terpijak lego , sakit woooo ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Aunty Vee ^_^

      Lembut hati terhadap orang tua takpalah kot. Kalau keras sangat pun susah juga. Hahaha!

      Nasib baik sekarang dah tak banyak dicampak baling atas lantai. Kuranglah sikit sakit kaki. Tapi sisa-sisa yang lama tu masih lagi banyak bersepah. Asal kemas rumah aje mesti terjumpa celah mana!

      Delete

Post a Comment